Saturday, January 2, 2021

Kerajaan Hari Ini Tidak Boleh Diharap - Anwar

 


Benarlah apa kata DSAI, kerajaan yang terbina dari pengkhianatan mandat rakyat ini telah menipu rakyat demi supaya diluluskan bajet tempohari tanpa tentangan umum.
Apakah kita harus membenarkan diri kita terus ditipu? Mengapa tidak kita masing-masing bersuara memberi tekanan supaya janji KWSP dan Moratorium dilaksanakan dengan lebih baik.
Esok pada jam 4.30pm, DSAI akan mengadakan satu sidang media di Hotel TAMU and Suites. Kita doakan segalanya berjalan dengan lancar.
Sebelum itu, Ikuti laporan Awani di bawah;
Perkembangan semasa berkaitan pengeluaran Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), moratorium dan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) memberi petunjuk kerajaan sekarang adalah kerajaan yang tidak boleh digantung harap.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan berkata, situasi itu memburukkan lagi keadaan tatkala negara dan rakyat masih bergelut dengan situasi ekonomi dalam negara.
Menurutnya, kenyataan dibuat Menteri Kewangan melibatkan KWSP, moratorium dan HSR semasa penggulungan Belanjawan 2021 baru-baru ini juga sukar untuk dipercayai.
“Ketidakstabilan dan goyahnya kerajaan memberi imej dan reputasi buruk kepada negara dan ia akan menanam ketidakyakinan kepada negara luar untuk mengadakan rundingan atau untuk mencapai sebarang persetujuan dengan Malaysia,” katanya.
Dalam pada itu, mengulas isu moratorium pinjaman sewa beli kenderaan, Anwar menegaskan beliau cakna dengan keluhan rakyat yang berasakan ia hanyalah 'janji dan harapan palsu Perikatan Nasional (PN)'.
“Saya mendapati moratorium pinjaman sewa beli kenderaan ini datang bersama kos yang lebih besar dan menambah beban rakyat.
“Pelbagai syarat yang dikenakan juga terus merumitkan keadaan, dan ini tidak membantu rakyat di bawah yang saat ini masih terhimpit dengan dampak wabak COVID-19.
“Sebagai kerajaan yang kononnya peduli dan prihatin terhadap nasib rakyat susah, adalah tidak wajar perkara sebegini dipandang enteng dan diambil mudah,” ujanrya.
Justeru, beliau menggesa kerajaan dan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk membetulkan perkara tersebut secepat mungkin.
Katanya lagi, kerajaan juga harus menjelaskan dengan lebih terperinci jumlah sebenar yang terpaksa ditanggung kerajaan dan pembayar cukai akibat pembatalan projek HSR.
“Jika benar seperti yang dilaporkan, ini secara tidak langsung telah mendedahkan lagi kelemahan kerajaan PN dalam membuat sebarang keputusan besar buat negara dan rakyat,” katanya
Sumber: Awani

1 comment:

satta matka said...

I wanted to thank you for this excellent read!! I definitely loved every bit
of it. I have you book marked to check out new stuff you post?
kalyan chart