Monday, August 16, 2010

Hubungan Saiful-Farah - Mahkamah Nafi Pun Tidak, Setuju Pun Tidak !!

Trial judge Mohd Zabidin Mohd Diah says prosecution did not deny or agree about alleged affair between Saiful, DPP Farah Azlina

Laporan selanjutnya perbicaraan Anwar 16 Ogos di sini !!

Perbicaraan Anwar 16 Ogos

Sunday, August 15, 2010

Mungkin Ini Antara Punca Felda Bankrap !



PETALING JAYA 14 Ogos - Dalam keadaan golongan peneroka bergelut dengan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) untuk mendapatkan hak mereka dan layanan yang lebih adil, dan juga kemungkinan agensi itu bankrap, pengerusinya, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor didakwa menikmati gaji, imbuhan serta elaun berjumlah RM2 juta setahun.

Mendedahkan perkara ini, Naib Presiden KEADILAN Sivarasa Rasiah melontar cabaran kepada Dr Mohd Yusof bersifat telus dan mendedahkan kepada rakyat jumlah ganjaran sebenarnya yang diterima beliau selaku Pengerusi Felda.

Bercakap pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana hari ini, Sivarasa berkata daripada maklumat diterimanya, pendapatan yang diterima Dr Mohd Yusof tersebut gaji serta elaun.

“Saya nak tanya kepada beliau berapa jumlah ganjaran yang diperoleh sebagai Pengerusi Felda yang turut mengawal anak-anak syarikat Felda?

“Betul atau tidak pendapatan beliau termasuk gaji dan elaun mencecah sehingga RM2 juta setahun?" kata beliau.

Sivarasa menjelaskan walaupun ini satu dakwaan tetapi Dr Mohd Yusof perlu menjawab dakwaan tersebut sama ada benar beliau menerima gaji dan elaun sebanyak itu.

“Saya cuma nak tahu ya atau tidak, itu sahaja. Jadi saya menantikan jawapan daripada beliau.

“Ini kerana sebagai Pengerusi Felda yang mengawal anak-anak syarikat sudah tentu pendapatannya tinggi.

“Itu yang saya mahu tahu apakah ganjaran sebenarnya yang diperoleh beliau setiap tahun. Adakah ia ada mencecah RM2 juta,” kata Sivarasa.

Isnin lalu seramai 766 peneroka dari Rancangan Felda Serting dan gugusan Raja Alias menyaman agensi itu RM200 juta atas dakwaan menipu dalam kiraan perahan minyak sawit

Sumber : Sidiqin Omar (Suara Keadilan)


edyes wrote:

Apalah yang nak dibanggakan RM350 sebagai saguhati duit raya, berbanding RM 2 juta?

Hasil titik peluh ratusan ribu peneroka yang menggoldol hutan belantara puluhan tahun dahulu menjadi ladang komoditi telah menjadikan pengurusi Felda seorang jutawan setiap tahun. Mungkin sekarang ini Dr Mohd Yusof telah menjadi juta-jutawan sedangkan warga Felda menambah hutang demi menaik taraf rumah usang puluhan tahun.

Tidak salah untuk menjadi seorang juta-jutawan. Tetapi janganlah menipu rakyat yang sesusah peneroka, dengan mengurangkan jumlah keuntungan dalam perahan minyak sawit. Menipu dalam perniagaan adalah begitu hina pada pandangan sesiapa pun, tambahan pula golongan yang ditipu itu merupakan golongan yang hidupnya serba serderhana. Ini menjadikan si penipu itu dua kali hina.

Berbalik kepada gaji dan elaun seorang pengurusi badan agensi kerajaan yang mencecah 2 juta, adakah ini mustahil apabila dibandingkan pula dengan gaji seorang CEO kepada Syarikat Air Negeri Selangor?

Mengikut maklumat yang diperolehi, CEO Syabas mempunyai gaji dan elaun mencecah 4 ratus ribu sebulan yang menjadikan pendapatan tahunannya lebih kurang 5juta, sila rujuk di sini.

Fikir-fikirkanlah. adakah kita hidup untuk memberi kesenangan kepada penyangak dan penyamun...?


Artikel berkaitan;
Peneroka Bangkit!! BN Semakin Terancam

Duit Raya Untuk Peneroka Felda!! Kerajaan BN Panik??

Saturday, August 14, 2010

Tawaran Hebat Pakatan Rakyat !!



DAP hari ini mengumumkan bahawa parti itu akan memberikan beberapa habuan sekiranya Pakatan Rakyat membentuk kerajaan persekutuan yang baru pada pilihan raya umum akan datang.

Pada sidang media yang pasti menimbulkan kontroversi, Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata mereka akan membuat bayaran RM1,000 dalam bentuk tunai kepada semua warga emas yang berusia 60 tahun ke atas.

Katanya, jika menguasai Putrajaya, kerajaan Pakatan Rakyat juga akan menghapuskan amalan saman ekor yang menyenarai-hitamkan pemilik kenderaan daripada memperbaharui cukai jalan mereka.

"Kami juga akan membekalkan wifi percuma di seluruh Malaysia,” kata Lim yang juga adalah Ketua Menteri Pulau Pinang.

Katanya, Pakatan menjangkakan keputusan itu akan menyaksikan kerajaan Pakatan Rakyat terpaksa membelanjakan RM2.1 juta setiap tahun tetapi ia bagi membuktikan “penghargaan dan pengiktirafan sumbangan warga emas kepada negara”.

Ditanya, bagaimana Pakatan akan mendapatkan wang itu, Lim berkata jumlah itu kecil jika dibandingkan dengan wang negara yang hilang akibat rasuah.

“Diramalkan Malaysia kehilangan sekurang-kurangnya RM28 bilion akibat rasuah setiap tahun. Kita bukan bercakap mengenai kemampuan menghapuskan rasuah sepenuhnya tetapi cuba mengurangkan sebahagian daripadanya,” katanya pada sidang akbar selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat DAP di Kuala Lumpur.

Lim menolak persepsi tindakannya itu sebagai percubaan membeli undi.

“Sekarang ini bukan pilihan raya, macam mana nak beli undi? Lagipun tak salah beri wang kepada rakyat,” katanya.

Beliau juga menafikan tindakan itu bersifat 'populist' kerana ia juga sudah dilaksanakan di kebanyakan negara, seperti Thailand, katanya sambil menunjukkan majalah mingguan perniagaan The Economist.

“Kita juga tidak mahu fokus terlalu banyak terhadap kesilapan Barisan Nasional, tetapi kita mahu ketengahkan apa yang mampu kita tawarkan,” kata Lim.

Menurut beliau lagi, persetujuan juga sudah didapatkan dari parti Pakatan yang lain seperti PKR dan PAS berhubung tindakan berkenaan dan mereka tudak mempunyai sebarang bantahan.

“Saya bercakap kepadanya (Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan beliau berkata OK lah,” kata Lim.

“Kita mahu membuktikan bahawa DAP bukan anti-Melayu ataupun anti-Islam atau juga bukan sebuah parti komunis. Kita tidak mempunyai sebarang hubungan dengan parti komunis di dunia, tidak seperti Umno yang baru menadatangani perjanjian dengan parti komunis China,” katanya.

Umno baru-baru ini memeterai memorandum persefahaman dengan Parti Komunis China bagi pertukaran pemimpin belia agar “kedua-dua negara lebih memahami pembangunan sosial dan ekonomi Malaysia dan China”. - Mkini


edyes wrote:

Artikel salin tampal, saya tak sempat nak ulas, maklumat dalam artikel di atas WAJIB disampaikan kepada semua warga Malaysia agar mereka terus menyokong Pakatan Rakyat dengan meninggalkan parti lapok perkauman sempit.

Berita di atas terutamanya, memberi kelebihan maksima kepada warga emas dengan tawaran yang hebat oleh Pakatan Rakyat, membuktikan bukan BN sahaja yang perlu mereka sokong.

adios...

Duit Raya Untuk Peneroka Felda !! Kerajaan BN Panik??


Kerajaan regim Najib-Muhyiddin telah menekan butang panik apabila dengan tidak semena-mena, ratusan ribu warga Felda seluruh pelusuk negara bakal menerima saguhati duit raya. Jumlah saguhati tersebut bernilai RM350 untuk peneroka Felda dan RM150 untuk peneroka agensi lain. Berita baik ini muncul sebagai berita pertama dalam Buletin Utama TV3 edisi 13 Ogos 2010.

Lihatlah betapa paniknya kerajaan apabila memikirkan, siapakah UMNO tanpa undian si peneroka. Pemberian saguhati berbentuk duit raya merupakan gula-gula Barisan Nasional yang jatuh dari langit. Justeru, semua warga Felda diwajibkan untuk menerima saguhati yang diberi kerajaan, tanpa berganjak daripada kebangkitan menuntut kebenaran.

Inilah satu kejayaan, inilah satu hasil dari sebuah gerakkan dan semua peneroka Felda mendapat manfaatnya. Tiada lain yang mampu diucapkan selain dari syabas kepada semua peneroka Felda yang telah menunjukkan tanda-tanda untuk bangkit, dan inilah hasilnya apabila peneroka semakin bersatu bertindak bijak dengan menekan kerajaan penipu supaya memulangkan hasil sebenar jualan sawit.

Penipuan Felda terhadap pesertanya telah dijelaskan secara ringkas dalam entri sebelum ini - Peneroka Bangkit !! BN Semakin Terancam !!

Sangkaan saya sebelum ini bahawa pendirian warga peneroka Felda tidak boleh berubah adalah meleset sama sekali. Mungkin setelah sedar betapa mereka di tipu selama berbelas dan berpuluh tahun lamanya, ia memberikan satu anjakkan paradigma kepada peneroka agar mereka tidak lagi diperbodohkan lagi oleh kerajaan melalui agensinya Felda.

Ayuh semua golongan masyarakat, bersama warga peneroka kita tumbangkan kerajaan penipu lagi zalim !

Friday, August 13, 2010

Peneroka Bangkit !! BN Semakin Terancam !!



Ia bermula di Negeri Sembilan, semakin banyak deposit undi popular untuk UMNO di Negeri Sembilan semakin lebur !! Deposit ini amatlah penting untuk UMNO terus survive, di sinilah puluhan parlimen dimenangi oleh mereka dengan bantuan undi warga Felda.

Isnin lalu, seramai 766 peneroka Felda Serting Hilir dan Gugusan Raja Alias, Negeri Sembilan mengemukakan tuntutan saman berjumlah RM200 juta terhadap badan itu. Mereka mendakwa "wujud penipuan dan/atau konspirasi untuk melakukan penipuan dalam urusan jual beli dan hasil buah sawit" selama 15 tahun.

Bukan hanya di Negeri Sembilan, Felda bakal berdepan lebih banyak lagi tindakan undang-undang daripada peneroka di seluruh negara, kata Pengerusi Biro Felda PKR Suhaimi Said.

Sebagai peneraju pengeluaran minyak sawit terbesar dunia yakni telah banyak menabur jasa kepada negara,warga peneroka Felda berhak diberi pengiktirafan sewajarnya dan diberi ruang yang lebih baik untuk memperbaiki taraf kehidupan. Namun apa yang berlaku adalah hanya penipuan demi penipuan dari badan yang diamanahkan, apabila urusan jual-beli buah sawit telah dimanipulasikan supaya tidak dilihat cacat-celanya.

Menurut peguam Sivarasa Rasiah, pembayaran kadar perahan gred kelapa sawit Felda didakwa menggunapakai 18.9 peratus sedangkan nilai sebenar didakwa antara 24 hingga 25 peratus. Penipuan ini menyebabkan kerugian kepada peneroka di bawah naungan Felda di seluruh negara selama berbelas tahun lamanya.

Saya percaya ramai lagi peneroka yang akan bangkit menuntut keadilan sebenar. Laporan dari Malaysiakini menunjukkan setakat ini, peneroka daripada Kota Tinggi di Johor dan tiga lagi gugusan di Pahang - Jengka, Bera dan Kratong - akan terlibat.

Kesedaran yang terpacar dikalangan warga peneroka felda yang telah berevolusi, menerbitkan rasa syukur dan pastinya ia memberi tamparan yang hebat terhadap UMNO yang selama ini bergantung kepada pengundi Felda dalam 46 parlimen miliknya.

Di Pahang, 12 daripada 13 parlimennya mempunyai UPU Felda. Maka tidak mustahil negeri Pahang juga boleh terlepas dari tangan Barisan Nasional sekiranya kebangkitan peneroka tidak dapat dibendung. Begitu juga terdahulunya di Negeri Sembilan yang beberapa Feldanya yang sudah semakin maju.

Evolusi kebangkitan peneroka ini seharusnya memberi iktibar yang cukup besar terhadap kerajaan BN mahupun kerajaan yang bakal menerajui pusat pada pasca PRU13, memberi gambaran tepat bahawa penipuan terhadap rakyat memberi impak yang besar dan pasti tidak mudah dimaafkan.

Bangkitlah peneroka, sudahlah reserved milik Felda berbilion susutnya. Setiap wang ringgit untuk anda juga di cantas tanpa diduga. Bangkitlah peneroka, jangan jadi seperti sungai buaya.


EDYES

(maklumat dipetik dari laporan Jimadie Mkini)

POLL : Antara Khalid Ibrahim dan Khir Toyo, Siapa Lebih Hebat di Selangor ?


Selepas lebih dua tahun merampas teraju pemerintahan Selangor daripada Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim merasakan pentadbirannya di negeri itu jauh lebih baik daripada penyandang sebelumnya. - Mkini

Hari ini, MB Selangor Khalid Ibrahim telah menempelak bekas MB Selangor dari BN dengan kenyataan seperti di atas. Adakah kenyataan ini dikatakan obvious ? Atau memang benar Khalid Ibrahim jauh lebih baik dalam mentadbir negeri Selangor?

Adakah anda setuju dengan kenyataan ini? Nyatakan persetujuan atau bangkangan anda terhadap kenyataan MB Khalid melalui peti undian (Poll) di atas dan sila tinggalkan komen dengan hujah mengapa TS Khalid Ibrahim atau mengapa DS Khir Toyo adalah lebih baik sewaktu menjaga negeri selangor mengikut persepsi anda. 

Saya sebagai aktivis politik bertaraf blogger, mempunyai pandangan yang tersendiri walaupun dalam keadaan untuk tidak berlaku bias. Namun biarlah penilaian saya terhadap hasil pentadbiran MB Khalid tidak dinyatakan di sini kerana dikhuatiri menimbulkan prejudis terhadap anda yang belum mengundi pada poll di atas.

Ayuh tunaikan kewajipan anda...


EDYES

Thursday, August 12, 2010

VVIP Itu Ialah Dari UMNO !!


Khabar angin sepoi bahasa memberi petunjuk bahawa VVIP yang bakal dihadapkan ke mahkamah hari ini adalah dari UMNO! Hishamuddin Rais telah memberi hint bahawa Ahli Parlimen Kuala Kangsar adalah individu yang dimaksudkan.

Malaysiakini versi English juga telah menyebut VVIP tersebut adalah berkaitan dengan parti UMNO dan ianya juga berkait rapat dengan skandal PKFZ.

Walaubagaimanapun diingatkan bahawa entri ini berkadar khabar angin, sama-sama kita nantikan siapakah individu yang bakal diheret menyertai Tun LLS. Adakah ia benar-benar mewakili kuota melayu setelah Tun LLS mewakili kuota cina. Tunggulah sekitar jam 5 petang sepertimana ketika diumumkan Tun Ling Liong Sik dihadapkan ke mahkamah pada 29 Julai lalu.

Saya cuma tidak berapa ingat, siapakah menteri melayu yang dikaitkan dengan PKFZ. Samada Adnan Mansor ataupun, siapa saya kurang ingat. Mari kita tunggu dan lihat, mungkin selepas ini berbondong-bondong rahsia bertembelang yang akan dipecahkan.

Bawang Putih RM9 Sekilo !!


Inilah buktinya negara kita tidak menghadapi sebarang masalah ekonomi mahupun inflasi. Harga bawang putih dah macam harga kerepek raya, RM 9 sekilo. Harga bawang putih sekilo dah macam harga ikan bawal sekilo...

Sokong lagi Barisan Nasional... sokonglah sampai harga gula pun cecah RM9 sekilo... WTF



Bawang Putih Indonesia...

Mahasiswa Tak Matang - Menteri Fasola

BODOH PUNYA MANTAN NAIB CANCELLOR!