Friday, August 13, 2010

Peneroka Bangkit !! BN Semakin Terancam !!



Ia bermula di Negeri Sembilan, semakin banyak deposit undi popular untuk UMNO di Negeri Sembilan semakin lebur !! Deposit ini amatlah penting untuk UMNO terus survive, di sinilah puluhan parlimen dimenangi oleh mereka dengan bantuan undi warga Felda.

Isnin lalu, seramai 766 peneroka Felda Serting Hilir dan Gugusan Raja Alias, Negeri Sembilan mengemukakan tuntutan saman berjumlah RM200 juta terhadap badan itu. Mereka mendakwa "wujud penipuan dan/atau konspirasi untuk melakukan penipuan dalam urusan jual beli dan hasil buah sawit" selama 15 tahun.

Bukan hanya di Negeri Sembilan, Felda bakal berdepan lebih banyak lagi tindakan undang-undang daripada peneroka di seluruh negara, kata Pengerusi Biro Felda PKR Suhaimi Said.

Sebagai peneraju pengeluaran minyak sawit terbesar dunia yakni telah banyak menabur jasa kepada negara,warga peneroka Felda berhak diberi pengiktirafan sewajarnya dan diberi ruang yang lebih baik untuk memperbaiki taraf kehidupan. Namun apa yang berlaku adalah hanya penipuan demi penipuan dari badan yang diamanahkan, apabila urusan jual-beli buah sawit telah dimanipulasikan supaya tidak dilihat cacat-celanya.

Menurut peguam Sivarasa Rasiah, pembayaran kadar perahan gred kelapa sawit Felda didakwa menggunapakai 18.9 peratus sedangkan nilai sebenar didakwa antara 24 hingga 25 peratus. Penipuan ini menyebabkan kerugian kepada peneroka di bawah naungan Felda di seluruh negara selama berbelas tahun lamanya.

Saya percaya ramai lagi peneroka yang akan bangkit menuntut keadilan sebenar. Laporan dari Malaysiakini menunjukkan setakat ini, peneroka daripada Kota Tinggi di Johor dan tiga lagi gugusan di Pahang - Jengka, Bera dan Kratong - akan terlibat.

Kesedaran yang terpacar dikalangan warga peneroka felda yang telah berevolusi, menerbitkan rasa syukur dan pastinya ia memberi tamparan yang hebat terhadap UMNO yang selama ini bergantung kepada pengundi Felda dalam 46 parlimen miliknya.

Di Pahang, 12 daripada 13 parlimennya mempunyai UPU Felda. Maka tidak mustahil negeri Pahang juga boleh terlepas dari tangan Barisan Nasional sekiranya kebangkitan peneroka tidak dapat dibendung. Begitu juga terdahulunya di Negeri Sembilan yang beberapa Feldanya yang sudah semakin maju.

Evolusi kebangkitan peneroka ini seharusnya memberi iktibar yang cukup besar terhadap kerajaan BN mahupun kerajaan yang bakal menerajui pusat pada pasca PRU13, memberi gambaran tepat bahawa penipuan terhadap rakyat memberi impak yang besar dan pasti tidak mudah dimaafkan.

Bangkitlah peneroka, sudahlah reserved milik Felda berbilion susutnya. Setiap wang ringgit untuk anda juga di cantas tanpa diduga. Bangkitlah peneroka, jangan jadi seperti sungai buaya.


EDYES

(maklumat dipetik dari laporan Jimadie Mkini)

No comments: