Thursday, April 10, 2008

Babi ancam nelayan Tanjung Sepat


Babi ancam nelayan Tanjung Sepat

SEPANG 9 April – Kegiatan menternak babi yang tidak terkawal di beberapa kampung sekitar Tanjung Sepat dekat sini mengakibatkan kemusnahan alam sekitar yang teruk hingga menyebabkan penduduk hilang mata pencarian.

Kegiatan itu menyebabkan perairan sekitar kawasan tersebut tercemar teruk hingga menjejaskan aktiviti nelayan di samping kerosakan harta benda.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kampung Kundang, Shahamid Sanusi, berkata, satu ketika dahulu aktiviti membuat belacan merupakan salah satu daripada mata pencarian utama penduduk di situ. Bagaimanapun, akibat pencemaran, aktiviti itu sukar diteruskan kerana kekurangan udang geragau yang menjadi sumber utama dalam pembuatan belacan.

“Selain udang geragau, kawasan pesisir pantai di sini juga kaya dengan hidupan laut lain seperti ikan, kerang, kepah dan mentarang tetapi sekarang semuanya berkurangan kerana pencemaran yang dipercayai berpunca daripada pembuangan sisa najis dari ladang-ladang babi yang banyak terdapat di kawasan itu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri akan meneruskan cadangan membina ladang ternakan babi moden di Kampung Tumbuk, Kuala Langat dalam Parlimen Sepang kerana kawasan itu telah menjadi tapak utama ladang babi.

sumber : muka depan utusan meloya 10 April 2008

edyes wrote :

Astagafirullahalazim... Bawak-bawak lah beristigfar... bawak-bawak lah mengucap.

Cuba tenangkan fikiran, lapangkan minda dan fikir sejenak dua.

1. Ladang babi di sepang itu adalah kawasan penternakan babi yang utama di negeri selangor sewaktu di bawah kerajaan BN Selangor!

2. Kalau mereka kata nelayan terancam, kenapa sepanduk yang menghina kerajaan PKR-DAP-PAS yang dipaparkan? bukankah ladang tu telah wujud di zaman BN memerintah?

3. Apa yang dicadangkan oleh Menteri Besar adalah satu evolusi, iaitu membina sebuah ladang ternakan babi moden yang berteknologi dengan kos yang tinggi demi untuk menjaga alam sekitar.

4. Ladang ternakan babi moden itu juga dibangunkan di tapak yang lama! Pastinya keadaan pencemaran yang digembar-gemburkan akan semakin pulih dan penduduk setempat seharusnya berterima kasih !!!

5. Adalah tidak wajar kerajaan baru negeri Selangor dipersalahkan dalam perkara ini. Umur kerajaan ini baru sebulan dan kita sebagai warga yang celik minda harus berfikir dengan lebih matang untuk menentukan siapa yang bersalah dalam hal ini.

6. Lihat cadangan Menteri Besar Selangor dari sudut yang positif.


'Perjanjian Pangkor' Penarik Beca


PERSETUJUAN AWAL PAS PERAK, DAP PERAK & PKR PERAK - Pada malam keputusan pilihanraya umum dikeluarkan di mana BN gagal memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan, Barisan Rakyat Perak (DAP-PAS-PKR) telah bersetuju untuk membentuk kerajaan campuran dan kesemua parti (DAP Perak, PAS Perak dan PKR Perak) bersetuju untuk memilih Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin (SU Badan Perhubungan PAS Perak yang juga ADUN Pasir Panjang) sebagai calon Menteri Besar Perak sebelum mendapat nasihat daripada pimpinan pusat parti masing-masing.

“Bukankah lebih baik mereka menerima tawaran Umno/BN yang mempunyai 27 wakil daripada orang Melayu dan hanya 1 daripada bukan Melayu?Dan tidak perlu kepada Perjanjian Pangkor kerana Umno/BN sudah lama isytiharkan Malaysia sebuah negara Islam!

Malah Umno /BN , khabarnya , melalui Mufti Perak sanggup menyerahkan jawatan Menteri Besar dan 4 kerusi Exco dan Speaker DUN Perak kepada PAS sebagai balasan untuk bersetuju berpakat dengan UMNO bagi membentuk kerajaan di Perak.”

Antara petikan dari coretan nakal ‘penarik beca’ mengenai ‘perjanjian pangkor’ yang baru...

edyes wrote :

Kalau betullah tawaran UMNO tu, saya rasa memang la bagus sebab daripada 27 kerusi BN di perak, 26 daripadanya adalah orang melayu... memang bagus kalau pas dan UMNO bergabung membentuk kerajaan perak.

TETAPI !! rakyat bukan bodoh lagi... dan rakyat tidak mudah diperbodohkan... UMNO yang giler kuasa tu sanggup ajak PAS bergabung demi 'melayu-melayu' konon...

Dengar sini mereka-mereka yang masih menyokong UMNO, dan juga mereka-mereka yang terlibat dalam tunjuk perasaan depan pejabat MB selangor semalam... Janganlah anda semua fikir bahwa melayu tidak boleh hidup tanpa UMNO. Buangkan jauh2 fikirin jumud itu. Atas nama UMNO itulah rakyat banyak ditipu dan dipermainkan !!

Masih belum terlambat untuk menukar haluan anda, apa salahnya demi sesuatu yang lebih baik !!

Cuba fikir, memanglah hari ini perak banyak dikuasai oleh bukan Melayu dari bilangan exco nya. Tetapi percayalah, in the next PRU, melayu akan lebih ramai yang mengundi PKR dan PAS! dan bilangan exco melayu di negeri perak akan bertambah juga nanti, fikirkanlah jika bilangan exco ini menjadi isu yang menyusahkan diri anda untuk tidur...

Antara UMNO dan Babi !

oleh nestapa

PRINSIP PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG

5. Enakmen Pengawalan Penternakan Babi 1991

Objektif Operasi
Pewartaan Enakmen ini adalah bertujuan untuk menentukan supaya semua aktiviti penternakan babi di negeri ini dijalankan secara terkawal mengikut syarat-syarat pelesenan dan mengamalkan sepenuhnya konsep mesra-alam seta mengambilkira sensitiviti masyarakat sekitar.

Kawasan Penternakan Babi(Pig Farming Area)
Di negeri ini Kawasan Penternakan Babi belum dikenalpasti dan diwartakan. Bagaimana pun menjelang Julai 1998, lesen Penternakan Babi Sementara akan dikeluarkan kepada ladang-ladang babi yang mematuhi syarat-syarat Jabatan.

Hukuman
Hukuman denda sehingga RM 15,000.00 atau penjara 3 tahun atau kedua-duanya sekali boleh dikenakan terhadap penternak-penternak yang didapati menjalankan aktiviti penternakan babi tanpa lesen yang sah.



Akta ini jelas untuk mengawal penternakan babi di Selangor supaya mesra alam dan mengambil kira sensitivity masyarakat, terutama orang-orang Islam. Namun begitu kelemahan penguatkuasaan baik dari pihak PBT mahu pun JPH sendiri telah menyebabkan banyak berlaku pencemaran alam dan gangguan kepada masyarakat Islam sebagaimana laporan2 media. Contoh yang masih saya ingat ialah pencemaran Sungai Langat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Karam Singh Walia.

Manakala mengikut kata Sdr Khir Toyo, matlamat pengeluaran babi di Selangor ialah untuk kegunaan tempatan saja iaitu sekitar 250,000 ekor. Dan jika dibanding dengan statistik ladang babi di Selangor, yang berjumlah 147 buah, purata satu ladang babi menternak 1700 ekor babi. Banyak tu!!!

Bayangkanlah, 1700 ekor babi dalam satu ladang. Satu Selangor ada 147 buah ladang, bermakna 147 buah kampong atau pekan dalam Selangor ada 1700 ekor babi di dalamnya (purata). Berapa banyak sungai yang tercemar? Berapa banyak kawasan yang udaranya tercemar? Bearapa banyak lalat2 yang singgah bagi salam kat penduduk Islam Selangor dengan membawa bersama sisa2 babi?

Bandingkan pula dengan hanya satu kawasan saja di Selangor ini yang dikhususkan untuk ternak babi. Tempat lain tak boleh, Hanya di kampong Tumbuk, Sepang sahaja yang boleh ternak babi. Tempat ini pula memang telah menjadi tapak utama penternakan babi di Selangor, bukan isu baru. Cuma yang digembar gemburkan ialah nilai 100 juta itu nampak seperti ‘mega’ dari segi saiznya.

Walhal kalau dikaji kenyataan MB Selangor, ladang tersebut merupakan ladang moden yang akan ‘recycle’ balik segala hampeh2 babi untuk kegunaan babi juga tanpa keluar dari kawasan mereka. Bermakna satu bentuk system penternakan yang sofistikated. Itu yang membuat kosnya tinggi, bukan kawasannya yang mega. Penternakan babi ini lebih kepada ‘feedlot’ bukan jenis lepas bebas. Jadi, bagi saya yang tak makan babi ni, tak nampak pula apa masalahnya dengan cadangan ini. Lagi baik ada lah!

edyes wrote :
ok.. seperti yang saya pernah katakan sebelum ini, kita wajar memainkan peranan kita.Pastikan semua orang terdedah dengan maklumat yang sebenar.
Ceritakan kepada mereka bahawa isu ladang babi nie dah berpanjangan tetapi dengan kerajaan campuran Selangor, idea untuk projek ladang babi sofisticated ini seharusnya memberi kesan yang baik kepada alam sekitar. Ianya sepuluh kali lebih baik berbanding dari beratus ladang babi yang tumbuh bak cendawan di negeri Selangor semasa pemerintahan BN !!
Jangan biarkan anda sorang sahaja yang faham keadaan ini, sebarkan pandangan ini kepada semua level masyarakat yang ada di sekeliling anda. thats the way we fight this TV3 and RTM !!

Wednesday, April 9, 2008

PM diminta bercuti, Najib pemangku


PM diminta bercuti, Najib pemangku

Muda Mohd Noor Apr 9, 08 2:52pm

Sebahagian besar ketua bahagian Umno di Johor mahu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil cuti daripada menjalankan tugas perdana menteri dan presiden parti bagi meredakan kemarahan ahli Umno ekoran kekalahan teruk parti itu dalam pilihanraya umum 8 Mac.

Menurut mereka, Abdullah perlu bercuti dan menyerahkan tugasan nya sekarang kepada timbalannya Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Desakan tersebut dibuat dalam perjumpaan kira-kira 20 ketua bahagian dengan menteri besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di kediamannya di Johor Bahru awal minggu lalu.

Bagaimanapun, enam lagi ketua bahagian yang terdiri daripada menteri kabinet dan timbalan menteri, tidak dijemput menghadiri perjumpaan tersebut.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Semberong), Datuk Shahrir Abdul Samad (Johor Bahru), Datuk Khaled Nordin (Pasir Gudang), Datuk Syed Hamid Albar (Kota Tinggi), Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pagoh) dan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (Mersing) yang merupakan timbalan menteri kesihatan tiada sewaktu perbincangan tersebut.

Turut tidak diundang, Menteri Pelancongan Datuk Azalina Othman Said dan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad.

Johor mempunyai 26 bahagian Umno - negeri yang paling banyak selepas Sabah (25), Perak (24) dan Selangor (22).

Perak dan Selangor dirampas barisan pembangkang - PKR, PAS dan DAP - dalam pilihanraya umum lalu.

Manakala Barisan Nasional (BN) Johor pula kehilangan satu kerusi parlimen dan enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Ini langkah terbaik untuk menyelamatkan Umno daripada terus menjadi tidak menentu seperti sekarang ini kerana semakin banyak Abdullah bercakap, semakin banyak kekeliruan yang timbul," kata seorang ketua bahagian yang turut menghadiri perjumpaan tersebut.

"Jika keadaan telah reda, Abdullah boleh mengambil semula jawatan tersebut atau membuat keputusan memberikan terus (jawatannya) kepada Najib," katanya, yang enggan dikenali, ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Beliau berkata, penyokong akar umbi Umno di Johor sangat bimbang dengan kenyataan-kenyataan Abdullah sejak kebelakangan ini.

Abdullah dijadual melawat Johor lusa dan mengadakan perjumpaan dengan badan perhubungan Umno negeri itu.

edyes wrote :

Apa sudah jadi ?? Gerakan yang agak merbahaya dari selatan tanah air. Nampaknya UMNO johor terasa begitu tercabar dengan kekalahan tanggal 8 Mac yang lalu.

Bisikan-bisikan dari selatan telah lama kedengaran. Semakin hari semakin kuat bisikan itu seraya menjadi perbualan. Kini, sudah tidak dapat disorokkan lagi suara-suara sumbang itu. Sudah menjadi pekikan "Bercuti lah paklah!! Beri laluan kepada najib untuk memangku (dan memaku), dan jika perlu, serahkan terus tampuk pemerintahan kepada Najib"

Apakah ini maksudnya UMNO masih kukuh di bawah paklah? atau kesinambunganya akan di sambung oleh Najib monggolia? Hanya mereka-mereka yang masih asyik menjilat sahaja kekal dengan pendirian bahawa paklah harus kekal kerana 'mereka' belum kenyang!

Mereka semua telah gentar!!! siapa 'mereka' itu..? mereka itu ialah semua orang-orang UMNO! baik Tun dan Mukhriz, mahupun Ku Li dan gua musang, termasuklah Abd Ghani dengan Johornya, juga Shahidan kassim dan Deris natang, merangkumi semua peringkat UMNO kaki jilat! Mereka semua takut pemerintahan 50tahun itu akan terkubur di museum.

Mereka cuak menghitung hari. Mereka akan bermatian untuk menyelamatkan UMNO iaitu periuk emas mereka!! Mereka akur bahwa tampuk pemerintahan negara akan bertukar tangan jika mereka tidak melakukan sesuatu... keadaan ini tidak pernah berlaku seumur hidup mereka... dan seumur hidup kita... inilah kuasa Allah!

Rentak Reformasi bergema lagi !! kali ini dengan semboyan yang tidak kenal erti putus usaha. Ayuh menuju ke hadapan, ke arah Malaysia yang lebih mapan!!

ITS TIME TO CHANGE !!!
WE DESERVED A BETTER
MALAYSIA...

REFORMASI !!

TAKBIR !!!


Susulan Sang Kelembai : Pernyataan Dato' Kadir Jasin di blog kickdefella

sdr sheih,

Saya SMS Sang Kelembai tanya hal ini. Penjelasan dia lain sikit.

Tapi dia kata dia akan jawab semua.

Kita tunggu apa dia nak kata.

I’ve seen too many unbelievable things to believe anything without question.

Thank you.

>

edyes wrote :

Dato' Kadir Jasin,
>
Saya faham bahwa Zahrin tu rakan seperjuangan Dato'. Ada masa sehaluan dan ada masa di hujung dipersimpangan...
>
Cuma apa yang berlaku pada sang kelembai itu adalah sesuatu yang sukar diterima oleh para bloggers even kepada semua yang kenal penulisan beliau. Tindakan beliau walau apa reason sekali pun mencerminkan peribadi beliau.

Saya nak tanya dengan Dato', apakah Dato' setuju dengan tindakan lompatan seperti ini..? Adakah wajar dengan penulisan beliau yang mencerca paklah sebelum ini dilupakan...?

Bagi saya, bukan mudah untuk menjilat kembali ludah yang telah disemburkan ke muka 'seseorang'. tak tahu lah kalau kerana uwang!!

Alahai Sang Kelambai...


Blogger pertama di pecat oleh UMNO, Zaharin Mohd Yassin atau terkenal dengan nama penanya, Sang Kelembai telah kembali ke pangkuan Abdullah Ahmad Badawi.

Sumber dari dalam UMNO menyatakan Sang Kelembai telah menemui Pak Lah setelah di bawa oleh seorang Ketua Bahagian UMNO. Selepas pertemuan tersebut, Pak Lah dan Zaharin kelihatan menangis.

Kembalinya Zaharin yang merupakan pengkritik hebat Pak Lah menerusi artikel-artikel Kerajaan Tiga Beranaknya di juruterakan oleh Tengku Adnan, Setiausaha Agung UMNO.

Sementara itu, di Sabah, Zaharin dilihat memeluk dan mencium Pak Lah serta melafazkan mohon maafnya di hadapan khalayak ramai.

Sumber dari dalam UMNO juga mengesahkan bahawa ‘kos’ membawa pulang Zaharin ke pangkuan Pak Lah dikatakan mencecah RM1 juta.

edyes wrote :

saya fikirkan sebagai seorang blogger, semangat akan lebih waja… sebab, bila berkomentar pastinya segala ayat2 yang dipapar melambangkan pegangan dan idealogi seseorang itu.

Tambahan pula, sang kelembai tu dah dikira blogger kehormat… but still, we have nothing to loose with this kind of ‘creep’.

ok.. kita jadikan iktibar…
jangan jadi pengkhianat bangsa !!
we are bloggers and we born to fight !!! till the end of BN life !!! or our life…
still, we fight for freedom… and justice for all…

berikut adalah komen-komen mereka yang kecewa dengan sikap sang kelembai :


  • alfred // April 8, 2008 at 6:45 pm

    Zaharin kau ni betul2 bangsat. It must have been a very good offer. Makan dan cekek lah duit2 haram bersama anak2 dan isteri kamu. Bottom line… it will produce ‘bastards and morons’ in your future family tree.

  • cicit datok sagor // April 8, 2008 at 8:36 pm

    Biasa la tu, orang melayu beli melayu, ada pemimpin pun sama blogger pun sama, janji duit apa pun boleh jadi, tak sama cara datok saya berjuang dulu.

  • dr butiq // April 8, 2008 at 9:01 pm

    kpd cicit dato sagor,org zaman datok saudara dulu berjuang dengan keris dan lembing,kalau org mcm Sang kelembai tu dah lame dah kena bunuh kerana jadi pembelot kepada blogger

  • Rusdi// April 8, 2008 at 10:46 pm

    it’s strange!!!
    last entry (6th April) in sang kelembai blog still blaming AAB.
    and 7th April this kelembai huge AAB & kiss AAB hand.
    Yes, i can smell something fishy with kelembai!

  • aah // April 8, 2008 at 10:47 pm

    Zahrin @sang kelembai kamu cukup haprak,you are a real clown !lebih baik jadi badut santa clause,kamu jilat apa yang kamu telah katakan dalam semua posting kamu .you can go to hell!

  • AC // April 8, 2008 at 11:23 pm

    Tadi saya bukak blog Sang Kelambai masih ada lagi posting yang mengutuk, menghina dan biadap terhadap Pak Lah. Apakah dia layak mendapat ciuman Hadhari. Banyak blog yang papar dan ulas gambar ni…. Mungkin Sang rasa Pak Lah tak baca kot blog dia.

    Orang macam ni amat bahaya… takut jatuh taraf munafik aje… Naudzubillah….

Tuesday, April 8, 2008

Berkenaan kes Ternakan Khinzir di Selangor

Berkenaan kes Ternakan Khinzir di Selangor.

Tolong jangan salah faham... kita semua tahu propaganda dari BN yang menggembar-gemburkan perkara yang sensitif begini. Sudah menjadi lumrah kepada mereka yang kalah kerana mereka tiada jalan lain untuk menghentam Pakatan Rakyat.

Dari itu, yang pertama-tama sekali, kita sebagai warga yang cerdik-cerdas harus bersikap lebih tenang dalam menterjemah maklumat yang kita terima. Soalanya di sini, yang mana lebih baik ?

Diulangi, yang mana lebih baik ?


A) Lebih dari 100 tempat pembiakkan khinzir di merata ceruk selangor sehingga apabila JE atau pencemaran barulah diketahui akan kem-kem khinzir ini dan semestinya pencemaran berlaku sewenangnya kerana pertumbuhan ladang ternakan ini tidak terkawal & tidak mengikut prosedur alam sekitar.


B) Dengan Peruntukan 100juta, hanya satu tempat dimajukan untuk penternakan khinzir ini dan dibangunkan dengan sistemetik serta sistem perkumbahan yang membantu dalam konteks alam sekitar.

Dapatkah tuan2 yang bijaksana membezakan antara impak A dan B...?

Cerita pasal khinzir.

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian, penternakan khinzir ini bukan bermula dari tahun 2008 atau lebih tepat selepas 8 Mac 2008. Jangan kita lupa pada tahun 1999 kalau tak silap, penyakit JE melanda beberapa negeri di Malaysia dan negeri saya yang paling teruk dilanda wabak ini iaitu N.Sembilan di bawah Dato’ Seri Utama Tan Sri Isa Samad.

Tahukah anda, mengapa di antara tauke lembu, tauke kambing dan tauke khinzir, kita akan dapati tauke khinzir 10 kali lebih cepat kaya dari tauke lembu dan kambing? Jawapanya mudah. Sekali khinzir beranak, sedozen keluar atau 12 ekor berbanding dengan lembu dan kambing iaitu hanya seekor.

Oleh demikian, mana-mana pihak yang terlibat dengan penternakan khinzir ini semestinya untung besar. Jangan tak percaya bahwa dalam dunia ini ada juga orang Islam yang tutup mata pekak telinga demi untuk dapat keuntungan pantas sebegini. Diorang boleh cakap, "duit mana yang tak haram kat Malaysia ni…"

Berbalik semula kepada pertumbuhan ladang ternakan khinzir yang tak terkawal tadi, percayalah bahawa anda semua tidak ketahui di tengah-tengah ladang kelapa sawit yang agak terpencil, khinzir khinzir berkeliaran umpama lembu-lembu di New Zealand. Siapa tahu? Anda takkan tahu melainkan anda mempunyai helicopter atau ada sedara mara yang kerja di jabatan ukur. Dengan pertumbuhan yang tak terkawal ini jugalah pencemaran alam sekitar umpama tidak boleh dielakkan kerana poket-poket yang penuh itu tidak pernah membusukkan ‘mereka’.

Tidak terfikirkah anda semua, ‘mereka’ ini membuat keuntungan dari sini. Dari konteks ini mereka menjadi senang lenang. Dengan duit rakyat yang mereka songlap itu, mereka bertambah kaya lagi dengan cara yang mudah sebegini. Saya bukan bermaksud ‘mereka’ itu adalah melayu tetapi tak mustahil ada yang terlibat. Walau cina sekalipun, adakah kita sanggup membenarkan mereka menjadi tauke khinzir mencari untung yang mencemar keindahan alam??

Jadi, adalah menjadi satu kelebihan moral dan adalah sangat praktikal bagi kerajaan campuran negeri Selangor untuk memperuntukkan 100juta bagi membangunkan pusat penternakkan khinzir DENGAN teknologi baru yang boleh meng’nyah’cemar alam sekitar dari mana-mana aspek sekalipun.

Sama-samalah kita berdoa, agar dengan langkah ini, Selangor akan lebih baik dan saya yakin langkah yang di ambil ini adalah suatu yang positif.

Please think out of a box and believe WE can do better.

PAS menafikan menjadi "tunjang" Pakatan Rakyat

PAS menafikan ia mahu menjadi "tunjang" Pakatan Rakyat seperti digembar-gemburkan media sehingga mengundang reaksi negatif pemimpin-pemimpin DAP.

Timbalan menteri besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob - yang dilaporkan memulakan kenyataan kontroversi itu minggu lalu - berkata beliau tidak bermaksud memaksa DAP dan PKR menerima PAS sebagai teras utama pakatan yang baru diumumkan.

"Pakatan itu masih lagi di peringkat awal yang dipersetujui semua parti pembangkang termasuk PAS, PKR dan DAP. Jadi soal siapa yang perlu mengetuai pakatan itu belum diputuskan.

"Sesiapa pun boleh mengetuai pakatan tersebut apabila ia dipersetujui semua ahli dalam pakatan yang dibentuk," katanya hari ini seperti dilaporkan Harakahdaily.net.

Pakatan, nama awal yang masih di peringkat cadangan, diumumkan 1 April lalu kini menunggu keputusan muktamad daripada setiap satu daripada tiga parti pembangkang itu.

Keputusan menubuhkannya dibuat dalam satu perjumpaan awal minggu lepas yang dihadiri ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, presiden PKR Dr Wan Azizah Ismail, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan tokoh utama DAP Lim Kit Siang.

Ahmad melahirkan rasa kesal pada laporan-laporan media yang dianggapnya "menyimpang daripada kenyataan asalnya" mengenai isu tersebut.

Memetik Ahmad, agensi berita Bernama pada 2 April melaporkan "PAS wajar menjadi tunjang kepada pakatan itu sekiranya ia mahu merealisasikan impian menubuhkan sebuah Negara Islam."

"Memang ideologi PAS, DAP dan PKR tidak sama, tetapi kita yakin masih ada ruang yang mampu mewujudkan persefahaman bagi memastikan Pakatan Rakyat ini dapat dilaksanakan," beliau dipetik sebagai berkata.

"Tiada halangan untuk PAS wujudkan kerajaan Islam kerana Islam tidak akan mengabaikan mana-mana pihak, apa yang penting ialah kita saling memahami dan sekali gus menjadikan Pakatan Rakyat sebagai alternatif kepada BN."

Menurut media rasmi PAS lagi, kenyataan pemimpin parti itu ditulis mengikut "persepsi wartawan sendiri" dan bukannya menulis apa yang disampaikannya.

Ahmad dilaporkan berkata kenyataannya tidak pernah menyebut soal negara Islam seperti dilaporkan.

Tambahnya, beliau sebenarnya mahu memberi masa kepada mana-mana pihak dalam Pakatan Rakyat memahami mengenai konsep pentadbiran berteraskan Islam yang dilaksanakan di Kelantan sejak lebih 18 tahun.

"Tidak dinafikan kita memerlukan masa untuk memberi kefahaman kepada semua pihak mengenai konsep pentadbiran Islam yang dibawa PAS.

"Buat masa ini biarlah semua ahli dalam pakatan faham sebelum sesuatu itu dilaksanakan. Ini kerana pakatan yang dibentuk dilihat sudah diterima rakyat," beliau, yang juga timbalan pesuruhjaya PAS negeri, dilaporkan berkata.

Sementara itu pengerusi DAP Karpal Singh hari ini menafikan beliau memperkeci-kecilkan usaha Kelantan melaksanakan pentadbiran Islam seperti dituduh menteri besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam, lapor Bernama.

Sambil menyifatkan kenyataan Nik Abdul Aziz "mengelirukan", Karpal berkata dalam satu kenyataan: "Saya tidak pernah, pada bila-bila masa pun, memperkecil-kecilkan Islam.

"Kami tidak berbalah dengan PAS melainkan berhubung ideologi asas parti itu untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam dan memperkenalkan undang-undang hudud."

Mursyidul am PAS itu dilaporkan mengkritik ahli parlimen Bukit Gelugor setelah menyatakan parti itu tidak seharusnya bermimpi untuk menjadi tunjang Pakatan Rakyat yang dicadangkan itu dan mewujudkan sebuah negara Islam.

Nik Abdul Aziz juga menyifatkan kenyataan DAP itu sebagai memperkecil-kecilkan usaha Kelantan untuk mempromosikan Islam.

edyes wrote :

ok, case close. penafian telah di buat oleh PAS dan DAP. Terbuktilah bahawa isu-isu yang berbangkit ini adalah semata-mata permainan media arus perdana dan bertujuan untuk mengalihkan perhatian.
>
Diharap perkara sebegini akan di ambil iktibar dan kita di semua peringkat tidak kiralah sebagai rakyat atau pemimpin, jangan terlalu cepat melatah. Di mana ada kesepakatan, di situ ada jalan penyelesaian...

Pencaturan Anwar !


oleh Elias Hj Idris Apr 8th, 2008

Pecacai UMNO yang nyibuk kat sini tolong jawab.

Apa punca Dolah Badawi boleh mendapat suntikan semangat sehingga dia mampu marahkan hampir kesemua Ketua Perhubungan UMNO Negeri dalam pertemuannya dengan anggota UMNO di PWTC Sabtu lalu?

Kenapa ya Khir Toyo boleh nangis semasa ikut Dolah Badawi ke Sabah hari ini?
Kemudian, pecacai UMNO kena percaya pula yang ini;

Sdra Anwar tidak akan bertanding di Permatang Pauh atau di Bandar Tun Razak. Itu pun dia tidak akan tergesa-gesa walau pun tempoh pantangnya akan berakhir pada 15b April ini.
Sdra/i tau tak berapa banyak pelaburan yang telah Anwar bawa masuk hasil pertemuan beliau dengan Fund Manager di Hong Kong, semasa kunjungannya ke Bahrain akhir Mac lalu dan kunjungan beliau ke Geneva baru-baru ini?

Sebagai contoh, pelaburan untuk industri gas di Yan, Kedah pada mulanya bernilai RM17 bilion. Kemudian Ustaz Azizan Razak mahu kurangkan pengambilan tanah sawah orang kampung. Sebaliknya, beliau mengambil keputusan untuk menambak laut bagi tujuan tersebut.
Jumlah pelaburannya telah meningkat kepada lebih daripada RM30 bilion. Ada pertambahan di situ, hasil daripada keyakinan pelabur dari Asia Barat terhadap daya kepimpinan Anwar.

Tanpa melalui kerajaan persekutuan, banyak sekali pelaburan yang mencurah masuk ke Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kelantan yang ditadbir oleh PAKATAN RAKYAT sekarang.
Anehnya, tahukah anda apa misi Duta Jepun mengunjungi Tuan Guru Hj Nik Aziz di Kota Bharu kelmarin? Ia berkait rapat dengan pelaburan dari Jepun…. Dan duta tersebut tidak pula memilih negeri-negeri di bawah BN.

Hasilnya, Anwar nampak yakin dengan percaturannya. Dan perlu diingat, dia tidak pula mendesak Dolah Badawi agar segera meletakkan jawatan. Sebaliknya, Dr Mahathir dan Ku Li pula yang kalut sangat. Kenapa? Dan apakah rahsia untuk menterbalikkan ahli-ahli parlimen BN di Sabah dan Sarawak agar melompat kepada PAKATAN RAKYAT? Mudah sahaja dan ia ada di tangan Anwar tanpa perlu mengeluarkan wang seperti sangkaan ramai.

Kepada wiramahathir dan MrkMyWord, inilah yang dinamakan percaturan politik seorang negarawan. Nak dikatakan ulung, mungkin agak keterlalan. Sedangkan saya pun bukannya taksub sangat dengan Anwar (sebab tiada kepentingan apa-apa pun!), tetapi saya suka dengan percaturannya yang kemas dan menarik. Lebihnya, ia di luar jangka!

Itu sebab bila Karpal Singh dan Lim Kit Siang memekak fasal cita-cita Islam PAS, saya pinta PAS usah melatah. Dan kelebihan Tuan Guru Mursyidul Am jelas terserlah, apabila beliau bersuara… orang akan termati langkah. Kini Karpal Singh sudah jadi seperti orang tercekik tulang! Sebagai seorang peguam yang hebat, dia kena jawab. Kemudian dia tiada alasan untuk tidak memenuhi jemputan tuan guru itu. Dia kena pergi ke Kelantan dan membuat rumusannya sendiri.

Inilah ramuan yang ada dalam PAKATAN RAKYAT yang bakal mewarnai senario politik masa depan tanah air. Ia amat menjanjikan….
edyes wrote :
Artikel adalah salah satu komen yang di ambil dari blog DSAI. Agak menarik perhatian dan mempunyai kadar logik yang selaras dengan akal.

Monday, April 7, 2008

Nik Aziz menjemput Karpal Singh melawat Kelantan + Tunjang PKR ?

KOTA BHARU 6 April — Nik Aziz menjemput Karpal Singh melawat Kelantan dan melihat sendiri pembangunan di negeri itu yang dibangunkan mengikut acuan Islam.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan meminta Karpal Singh memberikan bukti di mana kelemahan PAS yang telah mentadbir Kelantan mengikut acuan Islam selama 18 tahun itu.
Kita ucapkan syabas kepada pentadbiran PAS dibawah kepimpinan Tuan Guru yang telah membuktikan bahawa Islam boleh mentadbir dengan adil dan baik di Kelantan ; sehinggakan kedudukan PAS semakin kukuh dinegeri itu .

Kejayaan tersebut dibuktikan melalui perlaksanaan ‘ Kerajaan Kebajikan’ yang juga merupakan tuntutan Islam. Bahawa , sesungguhnya Pakatan Rakyat yang di sepakati oleh DAP, PKR dan PAS amat menerima baik, dan bersetuju dengan gagasa ‘Negara berkebajika’ sedemikian ; begitu juga seluruh rakyat Malaysia. Mengapa kita tidak meneruskan sahaja agenda negara Kebajikan tersebut tanpa berpolemik dengan isu remeh temeh seperti siapa yang patut menunjangi Pakatan Rakyat ?

Umno pernah menjadi tunjang kepada pakatan BN. Parti-parti komponen BN terpaksa akur kepada UMNO kerana Umno menguasai sebilangan besar Ahli Parlimen Malaysia ketika itu. Kalau tak silap ingatan saya, dari jumlah 199 , 110 adalah ahli Parlimen Umno. Kita berharap PAS dapat membandingkan kedudukannya secara menyeluruh bukan sekadar di Kelantan dan di Kedah sahaja. Marilah kita gandakan gerak kerja kita dan bercakap seperlunya sahaja , Boleh tak?

Oleh alhusseyn

edyes wrote :

ok, kita menganggap isu 'tersebut' adalah isu remeh. Tetapi percayalah bahawa isu tersebut sudah pasti akan menjadi modal besar kepada kempen UMNO untuk membidas Pakatan Rakyat...

whateverpun, saya rasa tiada masalah di sini kerana UMNO di bawah paklah umpama nyawa-nyawa ikan...