Saturday, March 3, 2012

Jelajah #ABU Diteruskan - Malam ini (3Mac) Pelancaran ABU Terengganu di Kuala Nerus

Walau diasak, walau ditekan, Sentimen ABU terus bergerak merentasi tanahair. Malam ini di Kuala Nerus Terengganu, malam esok (4Mac) di Teluk Kemang Negeri Sembilan, malam lusa (5Mac) di Temerluh Pahang, malam tulat (6Mac) di Kuala Sawah Negeri Sembilan.

Rakyat harus sedikit berani untuk tampil mencari kebenaran, mendengar maklumat yang tidak mungkin disiarkan dalam media arus perdana. Lebih penting, Rakyat perlu sedar, perlu tahu dan perlu faham mengapa harus bersama dalam kempen ABU.

Ayuh hadirlah beramai-ramai, hadam dan sebarkan maklumat-maklumat penting mengapa Umno perlu dikuburkan. Hanya Asalkan Bukan Umno demi memastikan negara tidak lagi dirompak secara halal!


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments: