Friday, March 2, 2012

SIMPATI KEPADA PIHAK POLIS YANG DIPAKSA IKUT TELUNJUK REGIM



Kenyataan Terbuka
Solidariti Anak Muda Malaysia
02 Mac 2012

SIMPATI KEPADA PIHAK POLIS YANG DIPAKSA IKUT TELUNJUK REGIM

Ketika negara sedang hangat dengan isu gangguan samseng yang dipelopori pemuda Umno terhadap pimpinan Pakatan Rakyat di serata negara, dua orang aktivis rakyat telah diarah hadir ke Balai Polis Kajang untuk siasatan di bawah Seksyen 111, Kanun Acara Jenayah hari ini. Ia berikutan satu kes yang disiasat polis dibawah Sek 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 pada tarikh 23 Februari 2012 semasa ceramah ABU di Beranang.‬

Tindakkan pihak polis menerjah rumah kedua-dua aktivis berkenaan iaitu Khalid Ismath – Aktivis Mahasiswa dan S.Arutchelvan, Setiausaha Agung PSM, sekitar jam 11.00 malam dan 1.15 pagi tadi mencerminkan sikap yang tidak dihormati.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengecam keras aksi 'terjah' pihak polis terhadap dua aktivis rakyat di mana kedua-dua aktivis ini masih diperingkat siasatan dan tidak wajar dilayan seperti penjenayah.


Mengapa pihak polis bertindak begitu agressif terhadap pihak atau pergerakan yang condong menyokong Pakatan Rakyat sering menjadi persoalan yang besar ketika pihak polis yang sama begitu berlembut dengan pendekatan samseng yang dibuktikan penyokong Umno. SAMM melihat sikap dwi-standard pihak polis telah mual diperkata dan mengesahkan lagi betapa pihak polis dalam negara ini umpama jentera yang diperkuda parti pemerintah.

Selari dengan itu, SAMM berasa sangat simpati terhadap pihak polis yang menggadai prinsip keadilan dan rela menjadi pak turut kerana mengikut telunjuk Umno. Maka benarlah bagai dikata, perumpamaan yang sering disebut-sebut terhadap pihak polis.

SAMM dengan ini hilang kepercayaan terhadap pihak polis dan berpendapat hanya menumbangkan Umno sahaja yang mampu merawat institusi kepolisian negara. 



ZULKIFLI HJ IBRAHIM

Pengarah Seketeriat SAMM Kebangsaan

www.anakmudamalaysia.com



Sent from my Samsung Galaxy Tab

No comments: