Wednesday, March 26, 2008

Pak Lah Juga Perlu Bertanding


Pak Lah juga perlu bertanding

Muda Mohd Noor Mar 26, 08 12:06pm

Semua jawatan, termasuk presiden Umno yang kini disandang oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, perlu dipertandingkan supaya mereka yang terpilih merupakan barisan pemimpin yang benar-benar dikehendakli oleh ahli, kata ketua bahagian Umno Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee.

Oleh itu, beliau menggesa dimansuhkan sistem kuota yang diwajibkan ke atas calon-calon yang ingin bertanding jawatan presiden, timbalan presiden, najib presiden dan majlis tertinggi (MT) Umno.

Kuota pencalonan yang dikenakan ialah 30 peratus bagi jawatan presiden, timbalan presiden (20 peratus), naib presiden (10 peratus) dan lima peratus untuk kerusi MT.



edyesdotcom wrote :

Semakin ramai yang mula mendesak supaya jawatan presiden UMNO dipertandingkan lalu mengeruhkan lagi suasana dalaman UMNO. Selepas surat desakan Mukhriz di ikuti pula dengan tawaran Ku Li untuk membaik-pulih UMNO melalui pemilihan presiden, kini muncul pula Datuk Syed Ali Alhabshee iaitu ketua pergerakan UMNO bahagian Cheras yang secara terbuka mendesak agar jawatan presiden dipertandingkan tanpa kouta.

Inilah malapetaka seperti yang diperkatakan oleh Mike Tysetan dalam cubaanya untuk menangguhkan pemilihan parti. Pastinya pemberontakan akan berlaku dari dalam dan mana perpecahan perpecahan tidak dapat dielakkan di antara penyokong paklah dan anti-paklah-khairy!

Biar apa pun yang terjadi di dalam perbarisan UMNO, Barisan Rakyat akan terus maju ke hadapan menjadi penyelamat dan pendukung utama rakyat !!

REFORMASI !!!

No comments: