Wednesday, March 26, 2008

876 Ketua Kampung Letak Jawatan


876 ketua kampung di Perak akan letak jawatan beramai-ramai.

26/03/2008 5:09pm

IPOH 26 Mac – Sebanyak 876 ketua kampung di seluruh Perak akan meletakkan jawatan beramai-ramai mulai 1 Mei ini kerana tidak sehaluan dengan kerajaan campuran negeri ini pimpinan DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Selain mereka, sebanyak 13,140 ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) akan turut berbuat demikian.

Presiden Pertubuhan Ketua Kampung Negeri Perak, Zukiman Jalil memberitahu satu sidang akhbar di sini hari ini, semua ketua kampung itu akan memberi notis peletakan jawatan kepada kerajaan Perak pada 1 Mei.

- Utusan


edyesdotcom wrote :


Berita Baik!!


Tindakan sedemikian sudah pasti akan melancarkan lagi proses pemilihan ketua kampung di seluruh negeri Perak seperti yang direncanakan oleh kerajaan Barisan Rakyat negeri Perak.


Mungkin selepas ini pemilihan wakil di peringkat PBT juga boleh dijalankan dalam bentuk pencalonan dan pengundian!!


Pembaharuan mesti diteruskan!

No comments: