Saturday, November 24, 2012

Sudah Semakin Hampir!!!!

Ayuh bersolidariti buat wira negara !

Kenyataan Umum
23 November 2012

Polis Digesa Iring Kemuncak Perarakan Anti-Lynas Sebagaimana Polis Iringi Nadir Bumi
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menggesa pihak polis supaya mengiringi kemuncak perarakan Anti-Lynas iaitu peringkat terakhir menuju ke Dataran Merdeka, sebagaimana sejumlah besar pihak polis mengiring lebih 100 kontena yang mengandungi bahan nadir bumi.

Demi melindungi kepentingan syarikat besar konglomerat dari Australia, pihak polis telah dikerah untuk 'escort' dan membuat pemantauan proses mengalihkan nadir bumi dari lori kontena ke dalam kilang Lynas yang mengambil masa lebih 6 jam. Begitulah gigihnya anggota polis melindungi korperat barat.

Namun menjadi persoalan sekarang adakah pihak polis sanggup melindungi rakyat dalam perarakan Anti-Lynas yang dijangka besar-besaran masuk ke bandar Kuala Lumpur Ahad nanti?

Perarakkan yang bersimbolkan protes rakyat sejauh 300km dari Kuantan ke Kuala Lumpur turut disertai komrad SAMM dari Pahang, kini berada di sempadan negeri antara Pahang/Selangor dan sedia untuk merentasi Lebuhraya Karak. Perarakan Anti-Lynas akan menembusi benteng terakhir ke Kuala Lumpur bakal disambut meriah di plaza tol Karak pada petang Sabtu.

Kemuncaknya, SAMM dan seluruh warga kota akan bersama peserta Perarakan Anti-Lynas bergerak dari Stesen Komuter Sentul sekitar jam 2.00 petang menuju ke Dataran Merdeka yang menjadi lambang penyatuan rakyat sebagai titik akhir perarakan. Orang ramai yang ingin bersama acara kemuncak ini disaran hadir ke Stesen Komuter Sentul sebelum jam dua atau lebih awal bagi memudahkan perjalanan.

Titik-titik perhimpunan Adalah Seperti Berikut:
2:00ptg - Sentul KTM Station
2:30ptg - Titiwangsa Monorail Station
3:00ptg - Maju Junction/Wisma LLG
4.00ptg - DATARAN MERDEKA

Jika pihak polis sedia melindungi Lynas, maka untuk berlaku adil pihak polis juga lebih perlu untuk melindungi rakyat yang membantah dalam isu yang sama iaitu Lynas. SAMM menuntut pihak polis untuk tidak menghalang acara kemuncak perarakan Anti-Lynas malah harus bekerjasama menjadikan perarakan pada hari Ahad nanti berjalan dengan lancar.

Mobilisasi telah dibuat oleh semua pihak yang membantah kehadiran Lynas dan nadir buminya. Proses kesedaran juga telah sampai ke seluruh pelusuk negara. Kini masanya kita sama-sama ganding bahu menunjukkan solidariti buat wira pejalan kaki yang berjalan lebih 300 kilometer demi rakyat dan demi negara.
 

Sekian

che'GuBard
Ketua Penyelaras SAMM



No comments: