Ayuh, bangkitlah. Saya percaya, setiap anak Pahang mempunyai darah kepahlawanan Mat Kilau, setiap anak Perak mempunyai semangat menentang penjajahan Datuk Maharajalela, setiap anak Terengganu mempunyai resam Rahman Limbung, dan akhir sekali, setiap anak Malayu mempunyai darah Jebat dalam memartabatkan keadilan. Bangkitlah bangsaku, menentang penjajah era baru, Kerajaan Penjajah. - Edy Noor Reduan
Monday, November 22, 2010
Inilah Taraf Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Keadilan !!
Tunggu pendedahan dan serangan seterusnya terhadap JPP Keadilan, juga terhadap Parti Keadilan Rakyat!!
Sebelum aku hentak PKR, nie aku nak cakap terus terang. Aku memang sayangkan parti PKR, sayangkan perjuangan parti! Inilah parti harapan rakyat dan parti masa depan!!
Tetapi apa yang berlaku dalam PKR pada pemilihan parti ini, dengan segala penipuan untuk merebut dan mengekalkan kuasa yang seciput itu, membuatkan aku tidak akan berdiam diri !!
Biarlah aku digelarkan pengkhianat PKR, biarlah aku dituduh agen UMNO!! Ketidak-adilan dalam Parti Keadilan iaitu parti yang berlandaskan ketelusan harus disanggah habis-habisan !!
Bagaimana gamaknya parti keadilan itu, tidak adil ?
EDYES @ edyesdotcom
Friday, November 19, 2010
Singh Pun Faham Institusi Masjid !!
"Masjid negara adalah tempat beribadat, dan tiada sesiapa mempunyai kuasa untuk menyuraikan hadirin, atas apa alasan pun orang ramai mempunyai hak berhimpun di masjid," - Hakim Jagjit SinghLaporan Penuh Malaysiakini;
Demo 'haram': 2 MP, 15 lagi dibebas
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini membebaskan 15 orang, termasuk ahli parlimen Batu Tian Chua atas dakwaan terlibat dalam perhimpunan awam yang dianjurkan Gabungan Pilihan Raya bersih dan Adil (BERSIH).
Hakim Jagjit Singh berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie bahawa perhimpunan pada 10 November 2007 itu haram.
"Masjid negara adalah tempat beribadat, dan tiada sesiapa mempunyai kuasa untuk menyuraikan hadirin, atas apa alasan pun orang ramai mempunyai hak berhimpun di masjid," katanya.
Jagjit menyampaikan keputusan itu selepas mendengar pengakuan daripada 36 saksi sepanjang perbicaraan yang mengambil masa tiga tahun.
Selain Tian Chua, dua lagi pemimpin Pakatan Rakyat yang didakwa, anggota parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan dan bekas naib presiden PAS dan pemidato terkenal Mohamad Sabu.
Semua mereka ditahan tiga bulan selepas perhimpunan itu.
edyes wrote:
Singh pun reti bahasa perihal institusi masjid, tapi melayu UMNO je yang tak reti nak fully utelise masjid !
Zaid Keluar Parti, Tetapi Tunggu 16 Disember !
Bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim memilih 16 Disember akan datang sebagai tarikh beliau meninggalkan parti itu.
Bercakap kepada wartawan pagi ini, Zaid juga mengumumkan bahawa beliau telah mengemukakan surat perletakkan jawatannya dari PKR hari ini tetapi hanya berkuatkuasa bulan depan.
"Mengapa 16 Disember? Kalau Anwar gemar 16 September, maka saya pula suka 16 Disember," katanya dengan nada sinis.
Zaid berkata tindakan meninggalkan PKR terpaksa diambilnya berikutan episod pemilihan parti di mana beliau telah dituduh dan difitnah oleh pemimpin-pemimpin kanan parti itu.
“Saifudin Nasution menuduh saya berniat jahat, kononnya saya telah merancang untuk menubuhkan parti baru sebelum pun saya masuk bertanding; Syed Husin dan Azmin pun sama bercakap tentang niat jahat saya untuk menggugat kepimpinan parti semasa saya mula-mula masuk parti lagi.
“Sumbangan saya kepada parti selama ini pun dikatakan kecil sahaja. Mereka juga berkata bahawa saya ini pemalas, tidak setia dan tidak memahami maksud perjuangan parti.
“Anwar Ibrahim sendiri telah menggelar saya sebagai 'Trojan Horse' dan 'Sore Loser'. Fitnah, putar-belit dan cerita-cerita rekaan ini telah memaksa saya untuk keluar dari parti ini. Saya tidak rela bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin yang gemar menghina orang lain seperti yang telah mereka lakukan terhadap diri saya,” kata Zaid yang membacakan kenyataan yang turut dimuatkan di blognya.
Pada sidang akhbar di rumahnya di Petaling Jaya, Zaid berkata menghargai sokongan kuat yang telah diberikan oleh kawan-kawan dan ahli-ahli parti kepadanya.
Minggu lalu, Zaid memutuskan untuk menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR atas alasan wujud kecacatan dalam proses pemilihan pusat - yang julung kali diadakan menggunakan kaedah langsung.
Beliau juga mengundur diri daripada semua jawatannya dalam parti itu.
Bukan penakut
“Saya memasuki parti ini dan terus menjadi ahli seumur hidupnya bersama-sama dengan anak-anak saya kerana saya mahu parti ini menjadi wadah perjuangan reformasi dan keadilan yang tulen, jauh sekali untuk menghancurkannya dari dalam.
“Saya juga merasa yakin bahawa banyak pihak lain yang turut berkongsi kepercayaan dengan saya bahawa mana-mana perjuangan yang didasarkan di atas hasrat untuk menyelamatkan karenah peribadi pemimpinnya semata-mata adalah satu perjuangan yang palsu,” katanya.
Menurut Zaid adalah wajar baginya meninggalkan PKR apabila beliau tidak lagi dipercayai oleh pemimpin-pemimpin atasan yang menganggapnya sebagai pengkhianat.
“Saya bukan penakut dan saya juga bukan kaki merajuk. Saya akan terus bersama dengan kawan-kawan dalam arena politik bagi memperjuangkan politik yang sihat dan bertanggungjawab demi membela hak rakyat,” katanya.
Pada sidang medianya, Zaid juga berkata sekalipun hujan atau ribut, petir, beliau tetap akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang sama ada sebagai calon bebas ataupun di bawah parti baru.
"Saya tetap akan bertanding pada pilihan raya akan datang.
"Jika kami gagal menubuhkan parti baru, walaupun sukar untuk gagal kerana Malaysia ada banyak parti, saya akan bertanding sebagai calon Bebas.
"Tetapi politik adalah permainan yang sunyi, jadi adalah lebih baik jika dapat bertanding dengan rakan-rakan di bawah tiket yang sama,” katanya.
Menurut Zaid, meskipun diberi amaran oleh ramai peminat ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa karier politiknya akan hancur atau terkubur, namun baginya ia tidak penting.
“Kepada mereka, saya ingin menegaskan bahawa karier politik saya adalah satu perkara yang kecil sahaja; yang besar dan penting kepada kita semua ialah politik kotor dan penipuan mesti kita tentang walau dari pihak mana sekalipun ia datang; ia tidak boleh sama sekali dibenarkan untuk bertapak di bumi bertuah ini,” katanya lagi. - mkini
Edyes wrote:
Kalau nak keluar, sila keluar sekarang! kenapa nak tunggu 16 Disember?? Atau nak tunggu dipecat daripada menjadi ahli KEADILAN ??
Saya makin tak faham permainan Zaid, tetapi Azmin tetap busuk !
EDYES @ edyesdotcom
Anak Pak Bakaq di ICU, Mohon Doa dan Harapan...
Sungguh-sungguh saya merayu kepada semua yang bersimpati, sudilah kiranya mendoakan agar anak saya Muhammad Sadiq, 16, yang kini di Intensive Care Unit (ICU), Hospital Kuala Lumpur dilimpahi keampunan dan belas kasihan Allah s.w.t.; agar Allah yang saya bergantung habis-habisan kepada-Nya mengurniakan ke'ajaiban yang menyembuhkan anak saya. Bi haqqi Muhammad wa ali Muhammad s.'a.w.w., tolonglah kami ya Allah!
Mohon sahabat-sahabat yang mengenali Pak Bakaq si Penarik Beca mendoakan keselamatan anak kepada Pak Bakaq yang kini berada di ICK HKL.
Semoga anaknya Pak Bakaq sembuh dan selamatlah hendakNya.
Thursday, November 18, 2010
Haramjadah Pelakon Porno 1Malaysia nih!!
Nak katakan pundek haramjadah pelakon porno 1Malaysia nih baru datang dengan tongkang dari Cina.., tapi pernah sandang title Menteri. Maknanya dah lama laaaa... tinggal di Malaysia nih..., kalau dah lama tinggal di Malaysia dan sebagai seorang berpengaruh kenapa malaun nih masih tak paham dengan budaya pelbagai kaum di Malaysia.
Apa niat sebenar Cina bangsat nih... ini bukan kali pertama anak haramjadah sialan pelakon porno nih.. cuba menghina umat Islam. Mana puak2 haramjadah yang lain macam pemuda umnoapco geng kepala lembu..??? mana puak2 haramjadah pekida yang meloncat terlompat kat masjid negara pasal isu nama Allah hari tu...??? mana puak2 haramjadah Perkasa... lu orang tak nak buat Solat Hajat lepas Asar ke.. mohon supaya si cina pelakon porno tu pecah perut.. tak pun mampus kena gelek steamroll sebab cuba mencetuskan isu agama dan perkauman. - sedutan dari kemarahan seorang blogger.
edyes wrote:
Wahhh... betul punya marah brader aku sorang nie... aku nasihatkan, walaupun nama dia ISA dan blog dia pun nama ISA, itu bukan satu lesen imuniti untuk dia dikecualikan dari disumbat dalam ISA.
Aku tak boleh bayang, andaikata brader aku nie kena lokap atau ISA (bukan aku mintak haa), tapi si penghina raya haji nie boleh relex jer terlepas, dan masih lagi seorang presiden parti komponen utama Barisan Nasional walaupun dah ada rakaman video seks dengan amoi penjual bunga ahahaha...
Nah, baca seterusnya sambungan kemarahan brader kita nie di sini. dan ulasan edyes di entri di sini.
Chua Soi Lek - Dari Skandal Seks ke Menteri Kabinet !??
Adalah menjadi resam dan kebiasaan, presiden kepada parti komponen utama Barisan Nasional menjadi salah seorang menteri penuh dalam kabinet kerajaan. Parti MCA umpamanya, mempunyai presiden parti yang baru iaitu Chua Soi Lek yang sekembalinya dari 'suspended' di atas masalah moral yang melampau. Presiden parti MCA biasanya menjadi menteri kabinet penuh, itu fakta. Apakah kali ini pelucah ini akan dilantik kembali memegang jawatan Menteri Kesihatan - setelah testimoni berjaya ke atas produk viagra.
Maka kita tidak hairan jika seorang pemimpin tidak bermoral, yang mempunyai VCD lucah di merata tempat dan juga bersebaran dalam jaringan internet, akan dilantik menjadi menteri kabinet sekiranya benar berlaku rombakkan. Kita tidak akan berasa pelik kerana memang begitulah gamaknya moral bagi kebanyakkan pemimpin Barisan Nasional.
Baru-baru ini, pemimpin yang telah juga dikenali dengan gelaran anti-islam dan xxxxx iaitu Soi Lek sekali lagi mengundang kemarahan umat Islam negara ini apabila memperlekeh hari besar umat Islam. Disebut melalui twitter, dan di bawah ini adalah alihbahasanya;
“Disebabkan Hari Raya Haji, semua kedai nampak tertutup untuk sambutan ataupun ini adalah arahan daripada majlis tempatan? Ia sunyi di Kota Bharu,”
Soal Chua di Twitter walaupun sememangnya umum diketahui bahawa sambutan Hari Raya Haji di Kelantan dan beberapa negeri lain adalah jauh lebih meriah berbanding Hari Raya Aidilfitri. Mengapa perlu mempersoal hari penting bagi umat Islam? Tidakkah Chua Soi Lek tahu ketika perayaan hari besar cina, sudah pasti banyak urusan tergendala, banyak kedai-kedai penting barangan keperluan tutup selama seminggu dan antaranya ialah dari pengalaman saya sendiri iaitu dari aspek siksa untuk mendapatkan stok alat-ganti kenderaan yang menyebabkan kereta tersadai seminggu lamanya.
Jadi, adakah ini satu lagi perang saraf UMNO-Barisan Nasional untuk mendekatkan rakyat kepada pergaduhan antara kaum, supaya kesempatan itu di ambil bagi memperkuatkan parti berlandaskan bangsa melayu?
Sebagai rakyat yang kalis kepada propaganda murahan, sebagai komuniti yang kalis terhadap provokasi perkauman, kita sudah hadapi pelbagai jenis cubaan untuk melagakan dan menghidupkan api perkauman dan kita menghadapinya dengan cemerlang apabila sehingga hari ini, masih cool and steady.
Percayalah mereka akan cuba melaga-lagakan kita dengan pelbagai resepi dan rencah yang meningkatkan selera untuk pergaduhan antara kaum itu berlaku. Tetapi kita tetap bersedia dan bersetia untuk tidak bersikap rasis dan tidak menyahut laungan rasis!
Kini saya tidak pasti kali yang ke berapa CSL gagal dalam cobaannya. Kita semua faham, cubaan ini adalah semata-mata bagi menarik perhatian Najib Razak untuk diselitkan dalam kabinet baru Najib dengan kapasiti terbarunya - Presiden MCA.
Apakah anda semua boleh duduk diam, kalau ada pemimpin porno tak bermoral serupa ini dilantik menjadi salah seorang menteri kabinet kerajaan Malaysia?
Bangkitlah menentang kebathilan!! kita masih punya maruah sebagai rakyat yang bertanggungjawab dalam menentukan halatuju negara ini!
EDYES @ edyesdotcom - COURT oF PUBLIC OPINION
Che'GuBard - Dari Seorang Pejuang Jalanan !!
UNDILAH CHEGUBARD !!
Di bawah adalah artikel berkaitan Chegubard di blog edyesdotcom mengikut turutan masa sepanjang Pemilihan 2010;
800 Undi Majoriti Untuk Persiapan Ampuh AMK - Demi Menghadapi BN!!
Selekoh Terakhir Pemilihan 2010 - Mampukah Chegubard ?
Hanya Chegubard Berani Tegur Kealpaan DSAI !!
Lu Sengkek Idea ke Bhai??
Video Penerangan Menifestasi CheGubard Sebagai Ketua AMK Keadilan Pusat
Tamrin Akhirnya Dapat Dihubungi Oleh Che'GuBard
Sanggyong Terbalik Di Hadapan Che'GuBard !!
Debat 1 Lawan 1 Antara che'GuBard dan Shamsul !! - Sejarah Paling Ditunggu !!
Ceramah Chegubard Menghentam Kerajaan Najib !!
SAM DI ARAH OLEH AZMIN UNTUK MENENTANG KEBANGKITAN CHEGUBARD !!
CHEGUBARD - Ikon Perjuangan !!
Kepada Warga AMK, Pilihlah Calon Pencetus Revolusi - Penerus Momentum Reformasi! !!
Chegubard Mendahului Pencalonan Ketua AMK
Mat Saman Kati Sokong Chegu Bard !
800 Undi Majoriti Untuk Persiapan Ampuh AMK - Demi Menghadapi BN!!
Dari 57 Cabang terakhir dalam Pemilihan 2010, 8 ratus undi majoriti diperlukan. Dua hari terakhir pengundian, 8 ratus undi majoriti ditagih demi mengembalikan kegemilangan Angkatan Muda Keadilan.
Buktikan bahawa AMK melalui pemuda dan wanita mudanya yang kental serta tidak mudah dijual-beli, adalah sebuah sayap yang ingin benar-benar berubah atau sekurang-kurangnya menjadi pelopor kepada perubahan dalam parti. Berikanlah signal yang jelas kepada mereka-mereka yang kian rancak memperlekeh perjuangan Keadilan, bahawasanya inilah noktahnya kepada segala penghinaan dan ancaman luaran serta dalaman yang boleh membawa rebah kepada parti.
8 ratus undi majoriti akan memberi masa depan yang cerah kepada sebuah parti yang berasaskan keadilan untuk rakyat kerana keputusan penting yang berlaku dalam perebutan Ketua Angkatan Muda Keadilan akan memutuskan, apakah nasib parti ini sudah sampai ke penghujungnya atau, diberi nafas baru melalui sayap anak muda parti dengan memulangkan defesit majoriti 8 ratus undi dari 57 cabang terakhir.
Saudara pembaca dan pengundi Keadilan yang saya hormat, 8 ratus undi majoriti akan membangkitkan keinginan berjuang bukan sahaja demi matlamat menawan Putrajaya semata-mata tetapi dalam memperkasakan parti untuk tujuan yang sama iaitu - menawan Putrajaya.
Sesungguhnya benteng Putrajaya itu tidak mungkin akan dapat ditembus dengan meja rundingan atau melalui mahkamah persekutuan. Benteng perkasa Putrajaya itu harus ditembusi dengan perancangan dan persiapan yang tersusun rapi, kekuatan parti bersama kekuatan rakyat yang tidak berbelah bahagi dalam memberikan sokongan untuk sebuah kerajaan baru, dan juga dengan kelibat anak muda yang bangkit bersatu dalam sebuah sayap penting yang menjadi platform terbaik untuk anak muda berjuang - Angkatan Muda Keadilan.
8 ratus undi majoriti demi mempersiap-siagakan AMK, menjadi lebih ampuh dalam pergerakan-pergerakan yang radikal rapidnya ke arah tranformasi sepasang sayap yang mampu menerbangkan parti. Menjadi lebih mudah didekati oleh anak muda yang berfahaman atas pagar, yang masih mencari halatuju di samping keperihatinan terhadap kejahatan serta penindasan pihak kerajaan terhadap rakyat. Angkatan Muda Keadilan mencari 8 ratus undi majoriti untuk penjenamaan semula AMK, yang bakal menjelmakan idea-idea segar agar berjaya mengimbangi perjalanan 'mainstream' parti yang agak goyah dengan keputusan-keputusan tidak popular yang tidak langsung dicabar.
Apakah sayap parti itu mampu membawa perubahan besar kepada parti? Sayap parti seharusnya menjadi parti di dalam parti. Ia mampu dilakukan dengan membawa 8 ratus undi majoriti kepada ikon revolusi anak muda. Supaya revolusi yang berlaku dalam AMK itu akan memberikan impak kepada parti lantas menjadikan Parti Keadilan Rakyat kembali relevan dan berada di atas landasan yang tepat - Ia harus didahului dengan majoriti 8 ratus undi.
8 ratus undi majoriti, dari 57 cabang terakhir akan menyelamatkan sebuah parti yang sedang goyang dengan kegilaan penguasaan mereka yang di atas. Kegilaan yang menunjukkan betapa tidak perlu Pemilihan 2010 itu dijalankan, apabila 'tangan ghaib itu' boleh sahaja memilih siapakah orang nombor dua dan siapakah ketua pemuda pilihan hati. Apa yang diperlukan hanyalah 8 ratus undi majoriti dan perubahan yang adil pasti berlaku.
Jika dirujuk keputusan-keputusan lalu, 8 ratus undi majoriti bukanlah suatu kerja yang mudah, setelah tergamam dengan adengan kejar-mengejar peti undi di Libaran dan setelah tersentap dengan adengan 'silap mata' di Batu Sapi. Selagi ada kawasan-kawasan ceruk yang tidak sempat diletakkan wakil PACA pemerhati, selagi itulah kesempatan di ambil dan jurang majoriti berjaya diperbesarkan.
Jurang kelebihan bertambah dari minggu ke minggu dengan bantuan negeri terkuat Parti Keadilan Rakyat iaitu Sabah seraya itu juga, ada pihak yang mengesyorkan agar ibupejabat Parti Keadilan Rakyat wajar dipindahkan ke negeri di bawah bayu. Begitulah kejamnya aksi Pemilihan 2010 secara umumnya dan khususnya di arena perebutan Ketua AMK, akhirnya ia hanya dibezakan dengan 8 ratus majoriti.
Perbezaan 8 ratus undi ini harus segera dilenyap dan digantikan dengan majoriti kemenangan kepada ikon anak muda. Ayuh kita tinggalkan pergerakan-pergerakan yang berasaskan rundingan dan ayuh kita gerakkan diri ini untuk cekal dan cekap bersifat anak muda dengan gaya pendesak yang tersendiri. Kita tidak lagi mahukan perwatakan dan kedudukan elit itu membelit diri ini lalu menjadi penghalang untuk setiap anak muda menunjukkan potensi sebenar sebagai seorang anak muda berjiwa Jebat - pemimpin salah pemimpin harus disanggah!!
8 ratus undi majoriti dituntut untuk saki-baki sisa perjuangan untuk memartabatkan Angkatan Muda Keadilan, agar ia benar-benar dimartabatkan sebagai sebuah sayap pemuda yang dikenang sebagai detik bermula revolusi kebangkitan anak muda bangsa Malaysia. Berilah kemenangan kepada calon harapan yang penuh keazaman untuk membawa AMK ke landasan pemacu perubahan parti di samping memperkasa AMK dengan jaringan perhubungan yang kuat di setiap negeri dan seterusnya menjadi penggempur di barisan hadapan yang paling digeruni!
Kepada mereka yang mempunyai satu peluang untuk membuang undi pada 2 hari terakhir Pemilihan 2010, janganlah melepaskan peluang untuk mencipta sejarah, iaitu menafikan kemenangan calon 'wahyu' yang diperturunkan semata-mata untuk menghalang seorang Jebat diangkat menjadi pemimpin anak muda. Ayuh, anak muda cipta sejarah, anak muda pendesak perubahan.
Andainya anda rasakan AMK perlu suatu perubahan drastik, maka pilihlah perubahan, undilah perubahan. Semoga kita berjaya mencapai 8 ratus undi majoriti dalam pengundian 57 Cabang terakhir Pemilihan 2010 Parti Keadilan. Sudah sampai masanya kita perlukan REVOLUSI dalam sebuah REFORMASI.
EDYES @ edyesdotcom - COURT oF PUBLIC OPINION
Tuesday, November 16, 2010
Bekas Permaisuri Agong ??
Yang Teramat Mulia Cik Puan Besar Selangor Datuk Amar Siti Aishah binti Dato Seri Abdul Rahman, bersama seorang ghostbuster terkenal iaitu uncle seekers.
Bukan niat untuk mengaibkan sesiapa, tetapi saya sendiri terasa aibnya bila melihat berita ini di blog sahabat 'budak kampong online' di sini.
Ada beberapa lagi keping gambar yang lebih memeranjatkan, tidaklah saya mahu paparkan di blog edyesdotcom.
Apakah uncle seekers mengambil kesempatan di sebalik kelemahan seorang wanita? Gambar-gambar yang saya maksudkan 'memeranjatkan' itu bukan dicuri dari laptop atau notebook uncle seekers, tetapi ianya dipetik dengan santai dari blog uncle seekers sendiri.
Pada hemat saya, tidak salah kiranya u.seekers menyunting seorang janda waima balu kepada bekas agong, tetapi apakah keperluannya memapar gambar kurang senonoh untuk tontonan umum, selain daripada mencari serta mencuri populariti seseorang yang pernah menjadi kerabat tertinggi dalam pemerintahan bukan eksekutif negara.
Saya juga kurang arif apakah statusnya perhubungan uncle seekers dengan bekas permaisuri agong ini. wallahualam...
Jika ditanya mengapa saya terasa aib dengan berita ini, ia umpama seseorang yang pernah disanjung tetapi dijumpai hari ini dalam keadaan yang agak memalukan... itu juga suatu aib...
Sambut AidilAdha Esok, Bukan Minggu Depan !!!
Semoga kita beroleh rahmat dan keberkatan dalam meraikan hari besar umat Islam, Aidil Adha!
Pesan saya, jangan jadi bengap macam gambar di atas! Raya Haji besok, bukan minggu depan !!
Subscribe to:
Posts (Atom)




