Thursday, April 2, 2009

Bukit Gantang Ganyang Najib !

Najib kini bakal bertahta sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 setelah diberi laluan sebagai Presiden UMNO yang baru dalam Perhimpunan Agong UMNO Mac lalu. Tidak kita lupa Najib jugalah yang menjadi dalang kepada rampasan kuasa negeri Perak sebulan sebelumnya.

Sebagai sebuah parti bangsa, UMNO kini tampil dengan saf kepimpinan yang baru, yang kononya selangkah membawa pembaharuan. Sedangkan saf-saf tersebut adalah muka-muka lama yang mengamalkan pelbagai jenis rasuah yang mengkayakan sanak saudara sesama mereka. Di manakah definasi pembaharuan apabila hanya satu pihak sahaja yang dibenarkan ber'media'.

Arakian media arus perdana tidak lagi dipeduli oleh rakyat kerana penipuan yang terang lagi bersuluh, maka media alternatif dibungkus hidup-hidup demi menjaga kepentingan politik sebuah parti. Rakyat tidak lagi melihat TV123 sebagai sebuah media kebenaran, ia cuma sebuah makanan ringan dengan hanya berita sukan yang ditunggu-tunggu. Media arus perdana akan dilihat sebagai media propaganda BN dan sebagai satu sumber untuk melihat sejauh mana penipuan yang dicanang.

Begitu jugalah dengan Berita Harian dan Utusan, hanya muka belakang sukan yang dibelek. Di manakah perubahan yang dijanjikan sewaktu era Paklah? Mana mungkin sebuah negara yang adil hanya membenarkan hanya satu pihak berpropaganda manakala satu pihak lagi bergerak secara bawah tanah? Mungkin selepas ini bloging juga bakal diharamkan dibawah arahan kementerian Najib(KKDN).

Apa yang jelas ialah UMNO dan kerajaan BN bakal membawa negara ini ke arah pemerintahan kuku besi yang menghalang habis-habisan sebarang unsur yang menggugat kestabilan politik UMNO, bukan unsur yang menggugat kestabilan keselamatan negara seperti yang diharapkan rakyat. Kestabilan negara nyata terjejas seketika apabila sebuah kerajaan negeri yang sah dijatuhkan dengan konspirasi kotor ekoran jenayah culik dan ugut. Ini yang mereka lakukan dan akhirnya segala urusan, perancangan, transaksi, permohonan dan pelbagai lagi perkara yang melibatkan kerajaan negeri Perak tergendala.

Inilah huru hara yang mereka lakukan dan ia tidak harus dimaafkan malah bakal diterjemah dalam bentuk undi sokongan kepada calon PAS dalam PRK Bukit Gantang yang juga seorang Menteri Besar yang sah.

UMNO dan ahli kekalnya menaruh harapan baru terhadap kepimpinan Najib, begitu jugalah dengan Tun Mahathir, namun bagaimana pula dengan ahli UMNO yang sekian lama telah goyang dengan kerakusan mereka sendiri? Ramai yang melihat 8 Mac 2008 adalah satu detik kebangkitan kuasa rakyat melalui undi. Tiada siapa percaya 5 negeri boleh terjunam dan kini saya percaya mereka tidak akan berpaling lagi.

Tiada sebab untuk mereka kembali menyokong UMNO tambahan pula dengan keputusan PAU, maka sedarlah bahwa rasuah dan UMNO umpama tidak boleh dipisahkan. Menyokong UMNO umpama menyokong perasuah dan secara terus bersubahat dengan segala perilaku rasuah yang dilakukan malah penyokong yang dulu-kini-dan-selamanya di barisan semakin sedar bahawa negara semakin tergadai oleh kerakusan UMNO. Walhal yang bersubahat ini masih lagi terkial-kial menongkah arus survival keluarga dengan harga barang yang tidak turun-turun sedangkan survival UMNO masih menawarkan rasuah sebagai jalan kekayaan.

Mereka menyaksikan bagaimana Khairy dan 40 penyamun tarbus masih lagi dipilih sebagai pemimpin sedangkan telah jelas dan nyata Khairy telah bersangkutan dengan rasuah politik wang. Orang-orang UMNO adalah manusia biasa. Mereka punya perasaan dan akal yang waras untuk menilai dan menentukan siapakah yang berhak disokong demi agama dan bangsa.

UMNO tidak lagi popular walau siapa pun pemimpin atasanya. UMNO tidak lagi menjadi pilihan rakyat walau apapun pembaharuan yang cuba ditenangnya. Kerana udang itu sebalik batu, kerana batuk itu dilepaskan di tangga, tiada siapa percaya Najib dan UMNO bakal membawa kebaikkan, malah mereka percaya dengan khairy sebagai bakal menteri belia dan sukan (atau menteri pelajaran) UMNO akan semakin dipinggirkan.

Untuk PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau, saya meletakkan harapan yang tinggi untuk melihat sebuah kebangkitan rakyat bagi menentang penjajah era baru yang menggantikan penjajah British sejak 50tahun yang lalu. Kita harus menentang penjajah ini demi agama dan bangsa. Zaman pemerintahan kuku besi di negara ini seharusnya sudah pupus sama sekali.

Ayuh pengundi Bukit Gantang, ganyang Najib biar tersungkur di kerusi PM yang baru. Dengan calon Mail Sapian yang begitu rajin ke Danok, dengan kredibiliti dan kesohoran peribadi MB Nizar, tiada sebab untuk BN menang. Biarkan deposit mereka lebur di Bukit Gantang supaya mereka ingat, rakyat Malaysia amnya dan rakyat negeri Perak khasnya menolak BN dan Najib Monggolia.

RE-FOR-MA-SI !!

TAKBIR !!!

Wednesday, April 1, 2009

Cubaan Menipu oleh Ezam !!


oleh Jegela Melayu

Saya ketawa besar ketika membaca laporan media berhubung dakwaan Ezam Mohd Noor bahawa Anwar Ibrahim (sewaktu menjadi Ketua Pemuda Umno Malaysia) pernah memberitahunya akan kecerdikan Najib Razak.

Apakah benar dakwaan Ezam ini? Atau sekadar pembohongan yang digunakannya untuk dijadikan modal hiburan pertunjukkan sarkis? Mari kita nilai sejauh mana dakwaan badut Umno yang bernama Ezam ini.

Berikut saya petik laporan dari mStar Online:

Ezam: Barisan baru Umno pasukan idaman Anwar dulu

Oleh G. MANIMARAN dan ZANARIAH ABD MUTALIB

TAIPING: Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Rakyat, Ezam Mohd. Noor dalam kempen pilihan raya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau mendedahkan barisan pemimpin Umno baru sebenarnya merupakan pasukan idaman Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berada dalam Umno.

Malah, Ezam dalam kempennya di Bukit Gantang kelmarin dan di Bukit Selambau malam tadi berkata, Anwar yang merupakan bekas Timbalan Presiden Umno pernah menganggap Presiden semasa, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sebagai “antara orang paling cerdik.”

“Saya pernah tanya Anwar masa beliau jadi Ketua Pemuda Umno, siapa yang paling beliau risau… beliau mengatakan nama Najib… dia kata Najib yang paling cerdik di kalangan barisan Pemuda.

“Anwar mengatakan kepada saya (semasa menjadi pembantu Anwar), Anwar berkata antara yang paling cerdik, yang beliau iktiraf ialah Najib (ketika itu Naib Ketua Pemuda Umno),” kata beliau ketika berceramah pada sesi Pidato Perdana di Taman Kaya dekat di sini malam kelmarin.

Ezam juga merupakan bekas Setiausaha Politik dan Setiausaha Sulit kepada Anwar, yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, dipecat pada September 1998.

Ezam kembali ke pangkuan Umno Jun lalu.

Beliau merupakan antara penceramah tetamu tetap bagi Umno dalam pilihan raya kecil sejak persaingan di Parlimen Permatang Pauh Ogos lalu dan Parlimen Kuala Terengganu Januari lalu.

Anwar menambah, Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dua Naib Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein adalah antara pemimpin Umno yang diakui oleh Anwar sebagai pemimpin-pemimpin bijak dan terbaik yang menjadi sebahagian dalam pasukan idamannya.

Oleh itu, katanya, Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat tidak harus mempertikaikan keupayaan kempimpinan baru ini.

“Kenapa dia (Anwar) protes Datuk Seri Najib? Sebab dia takut. Sebab apa dia paling takut Datuk Seri Najib? Sebab beliau adalah yang paling cerdik.

“Saya pernah tanya Anwar Ibrahim ketika dia menjadi Ketua Pemuda Umno dulu, Exco Pemuda Umno mana yang paling cerdik.

“Anwar jawab Datuk Najib. Lepas Datuk Najib siapa? Dia jawab (Tan Sri) Muhyiddin dan sekarang ini tengok, Najib jadi Presiden dan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden,” katanya ketika berceramah di Sungai Lalang, Bukit Selambau di sini.

Apa yang pasti, Ezam telah menipu!

Setelah melakukan penyelidikan, fakta yang sebenarnya adalah Ezam mula bekerja dengan Anwar Ibrahim pada 1 November 1996.

Anwar Ibrahim melepaskan jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia dan menang jawatan Naib Presiden pada 24 April 1987.

Pada waktu itu Ezam baru berumur 20 tahun (1987) dan hanya menyertai Umno pada usia 26 tahun (1993).

Persoalannya, celah mana Ezam tanya Anwar Ibrahim sedangkan waktu Anwar menjadi Ketua Pemuda Umno Malaysia, Ezam masih lagi seorang budak hingusan?!

Sudahlah Ezam, hentikanlah temberang anda!

———-
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut siapa sebenarnya Ezam Mohd Noor, boleh muat turun buku Babad Pengkhianatan Pendekar Jawa. Sila klik sini.

Tuesday, March 31, 2009

Calon BN Doakan kemenangan Pakatan ?

Karikatur dipetik dari kulupsakah


MB Nizar mengimamkan tiga pemimpin UMNO yang juga berada di saf pertama. Ia termasuklah bakal Timbalan Perdana Menteri Malaysia, MB perak yang haram lagi hitam, dan juga calon BN di P.59 Mail Sapian.

Sudah tentu MB Nizar dijemput mengimamkan solat di Maghrib tersebut kerana telah menjadi resam, MB Nizar akan dijemput menjadi Imam walau di masjid / surau mana pun beliau hadir solat. Sedangkan sembahyang jenazah sekalipun beliau menjadi Imam.

Apabila menjadi imam, sudah tentu beliau akan membacakan doa setelah selesai solat. Pasti ada sepotong ayat yang meminta pertolongan dari Allah supaya dimenangkan Pakatan Rakyat yang kemudianya diaminkan oleh ketiga-tiga pemimpin UMNO termasuklah calon yang bertanding. Alhamdulillah...

Walaubagaimanapun, mengapa Zambri si hitam itu menipu dengan mengatakan MB Nizar merampas microfon telah difahami motifnya iaitu tak lain tak bukan kerana mempolitikan isu solat. Atau kerna tidak dijemput menjadi Imam?

Di bawah adalah rentetan peristiwa SEBENAR yang berlaku hasil daripada temubual mereka yang berada di tempat kejadian;

Tindakan pantas Krew BlogNet@Perak telah menemubual 3 orang penduduk yang bersama-sama menunaikan solat Maghrib di masjid tersebut untuk mendapatkan gambaran lengkap peristiwa itu. Butiran temu bual adalah seperti berikut:

1. DS Nizar memang dijadualkan hadir solat Maghrib dan menyampaikan tazkirah.
2. Tiga pemimpin UMNO tersebut lebih dulu sampai ke masjid.
3. DS Nizar tiba ketika azan sedang berkumandang.
4. Selesai azan, imam masjid menjemput DS Nizar mengimamkan solat.
5. DS Nizar mengimamkan solat dan tiga pemimpin UMNO berada dalam saf pertama.
6. Selepas selesai solat, imam menjemput DS Nizar untuk menyampaikan tazkirah.
7. Seorang yang bersongkok hitam tinggi membantah dan menghalang DS Nizar.
8. DS Nizar membatalkan tazkirahnya sebelum sempat bermula.
9. Majlis bacaan Yaasin dimulakan.
10. DS Nizar dan 3 pemimpin UMNO tersebut turut serta.
11. Selepas selesai majlis, DS Nizar bersalam dengan 3 pemimpin UMNO itu.
12. Ketika itu Dr. Zambry Kadir meluahkan rasa marahnya kepada DS Nizar.
13. DS Nizar tidak membalas kemarahan Dr. Zambry.
14. Jemaah yang hadir tersenyum dan ada yang menggeleng-gelengkan kepala.
15. DS Nizar meninggalkan masjid untuk menghadiri majlis lain


Thursday, March 26, 2009

UMNO Cilaka !


ADIOS UMNO PARTI CELAKA YANG MENCELAKAKAN MELAYU

UMNO celaka dipimpin oleh pemimpin perasuah yang celaka

Saya dibesarkan dalam keluarga UMNO. Saya menjadi ketua pemuda UMNO cawangan pada usia 20an tahun. Saya menjadi AJK pergerakan pemuda bahagian selama 3 penggal. Apabila UMNO lama diharamkan saya yang menubuhkan UMNO baru dan menjadi ketua UMNO cawangan selama 2 penggal kemudian saya melepaskan jawatan secara sukarela dengan menyerahkannya memandangkan saya tidak lagi boleh memberikan komitmen sepenuhnya.

Pada ketika itu dalam UMNO tidak jelas ada berlakunya politik wang. Kita memegang jawatan hanya kerana tanggungjawab. Tetapi parti UMNO sekarang ini telah dicelakakan oleh orang-orang melayu sendiri. Kerana kepentingan peribadi mereka menjual bangsa dan agama. Jiwa ahli-ahli UMNO sekarang telah boleh dijual dan dibeli. Inilah keadaan UMNO yang celaka dicelakakan oleh pemimpin-pemimpin ketika ini.

Kita kata kita mahu berubah tetapi perlakuan kita menunjukkan bahawa kita tidak akan berubah sedikitpun. Rasuah politik berleluasa. Para perwakilan celaka telah memilih calon celaka yang akan mencelakakan UMNO sepanjang hayat kita nanti. Kita akan lihat nanti dalam dalam 'by election' terdekat BN akan kalah lagi. Dan saya juga berharap supaya dalam PRU13 nanti UMNO akan terus lenyap dari ingatan orang melayu buat selamanya.

Nampaknya transformasi yang diingini orang melayu dan rakyat tidak akan menjadi kerana perwakilan celaka lebih mengutamakan duit dari kepentingan bangsa. Perwakilan celaka UMNO telah memilih pemmimpin celaka yang merasuah. Celakalah semua orang melayu hendaknya. Memang patutlah orang melayu dicelakakan oleh bangsa lain. Perwakilan celaka lebih megutamakan setia wang dari segalanya.

Saudara, nampaknya saya akan memilih jalan lain selain dari UMNO. Maafkan saya kerana saya tidak dapat menerima pejuang hipokrit menjadi pemimpin. Berdasarkan keputusan hari ini, pemuda dan wanita, percayalah bahawa esok Muhyidin juga akan tewas. Tewas kerana adanya perwakilan celaka yang memilih pemimpin yang memberi duit dari pemimpin yang tidak memberi duit.

Dulu saya rasa elok saja saya tidak sertai mana-mana parti sebagai protes, kini saya rasa saya harus tunjukkan dengan jelas tentangan itu dengan sertai parti lain selain UMNO. Adios UMNO yang tidak akan berubah sampai bila-bila. Adios UMNO parti celaka yang memilih pemimpin celaka oleh perwakilan celaka dan akan mecelakakan orang melayu. Apabila orang bersalah dan disahkan bersalah tidak dihukum dan kita lantik jadi pemimpin - ini asal kecelakaan kita.

oleh blogger berani (http://braveheart-blogger.blogspot.com)



edyes wrote:

Nampak gayanya, khairy juga yang dipilih oleh perwakilan, itulah suara UMNO masakini yang kononnya inginkan 'perubahan'. Dengan poket yang penuh diisi melampuh-lampuh setelah menempuh salam berisi, mereka umpama menyerahkan negara ini kepada Khairy Jamaludin.

Terima kasih UMNO ! Kami rakyat Malaysia yang inginkan perubahan mengucapkan SELAMAT MENJADI PEMBANGKANG kepada UMNO sejurus PRU13 berakhir.




Tuesday, March 24, 2009

Nizar Calon Bukit Gantang

Saya menyokong penuh perlantikkan MB Nizar sebagai calon prk parlimen Bukit Gantang. Penjelasan mengenai sokongan saya terdapat di entri di sini.

Berikut adalah ciri-ciri pemimpin yang diperlukan bukan hanya di peringkat negeri perak malah di peringkat persekutuan ;


Mengenali Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, beliau dilahirkan pada 17 Mac 1957 di Kampung Air Hitam Labu, Kampar Perak. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Kampar, kemudiaannya meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Anglo Chinese, Kampar.

Selepas itu menyambung pelajaranya di Sekolah Menengah Teknik, Persiaran Brash, Ipoh. Pada tahun 1972 beliau mengambil Advance Level (A Level) di Norwich City College Of Arts & Technology Norwich, Norfolk, England.

Beliau merupakan lulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Brimingham, United Kingdom. Sekembalinya ke tanahair, beliau bekerja di beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Kerja Raya bahagian bengkel dan kuari, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA - Daya Urus), Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.

Beliau berpengalaman luas dalam menjalankan beberapa projek besar negara. Antaranya Projek Dayabumi fasa 2 & 3 pada tahun 1983, projek Pusat Islam (BAHES, Jabatan Perdana Menteri (1984), projek Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu (1985), pengurusan bangunan-bangunan kerajaan dan swasta termasuk KOMTAR, Bangunan Persekutuan Gunasama, pusat membeli belah dan pengurusan semua lif di hospital Kerajaan Negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis sehingga kini.

Merupakan Pengarah Urusan di beberapa firma swasta. Di luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa projek di beberapa buah negara, antara di Birmingham, United Kingdom, Zug Switzerland, Miano Italy, Bangkok Thailand, Sdyney dan Goldcoast Australia, Doha Qatar dan Tehran, Iran.

Dalam bidang politik pula, beliau berkecimpung dengan PAS dengan memegang Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Kampar (1999 - 2001). Beliau menjawat jawatan Yang Dipertua PAS kawasn Kampar (2001 hingga kini). Di peringkat PAS Negeri Perak, beliau memegang jawatan Bendahari PAS Negeri (2001- 2006), Setiausaha PAS Negeri (sebelum menjadi Menteri Besar Perak) dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri.

Beliau mempunyai lapan orang cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama isterinya, Fatimah Taat. Anaknya pertama merupakan lulusan BA Syariah Universiti Mut'ah, Jordan. Anak kedua pula lulusan hafiz al-Quran di Universiti Mut'ah Jordan. Anak yang ketiga juga lulusan hafiz al-Quran dari Universisiti Damsyik, Syria dan Universiti Lebanon. Manakala anak yang ke empat hingga ke lapan sedang belajar di beberapa pelbagai institusi pendidikan dalam negeri.

Memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat menjadi agenda perjuangannya, kerana itu beliau bergiat cergas di dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO). Umpamanya Gabongan Pengguna Air Perak (GPAP).

Di samping itu Haji Nizar juga selain boleh berbahasa Inggeris, ia juga boleh sedikit berbahasa Cina dan Tamil. (sumber - cina islam)


50 kali tembakan gas pemedih mata dilepaskan


Lebih 50 kali tembakan gas pemedih mata dilepaskan dan dua kali semburan air kimia Water Canon dihalakan kepada orang ramai.


SUNGAI PETANI, 23 Mac (Hrkh) - Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim hanya sempat berucap beberapa patah perkataan, sebelum gas pemedih mata ditembak bertalu-talu ke majlis ceramah anjuran KeADILan yang diadakan di Padang Awam, Taman Ria Jaya kira-kira jam 9.20 malam tadi.

Majlis ceramah yang mengundang Anwar dan Menteri Besar Kedah, Dato Seri Azizan Razak pada awalnya mendapat permit polis, tetapi dibatalkan di saat akhir. Azizan bagaimanapun belum hadir ke tempat ceramah sebelum majlis ceramah disuraikan secara kekerasan oleh pihak polis.

Lebih 50 kali tembakan gas pemedih mata dilepaskan dan dua kali semburan air kimia Water Canon dihalakan kepada orang ramai.

Jalan utama melalui Taman Ria Jaya dan Kelab Cinta Sayang ditutup menyebabkan berlaku kesesakan teruk di sekitar taman perumahan berhampiran. Orang ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan rakus pihak polis, kelihatan berkumpul di merata tempat berhampiran tempat ceramah dan enggan berganjak walaupun diberi amaran berkali-kali oleh pihak polis.

Sementara itu, 20 orang ditahan dan dibawa dengan sebuah trak ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Petani. Antara yang ditahan ialah Senator Zamri Yusoff, Hafiz Ali (Setiusaha KeADILan Kedah), Ismadi (pegawai khas MB Kedah), Gunasegaran (pembantu peribadi calon KeADILan Bukit Selambau), Janapala, Ibrahim Tan Sri Yaakob, Mohd Hafizal Mohamad, Mohd Shafiq Md Sofi dan Lee Hong Meng. Lee adalah aktivis KeADILan yang mengalami sakit buah pinggang dan perlu menjalani proses haemodialisis besok.

Seorang lagi yang belum dikenali dibawa dengan kenderaan lain kerana mengalami luka yang agak teruk di muka.

Tindakan polis mengenakan kekerasan secara tiba-tiba pada malam mengejutkan kerana sejak beberapa malam pihak Pakatan Rakyat mengadakan ceramah tidak terdapat sebarang gangguan, malahan mendapat kerjasama yang baik dari pihak polis. Ramai percaya tindakan pada malam ini adalah "arahan dari atas".


edyes wrote:

Ini kerja gila!

Biasanya keadaan begini berlaku setelah ada pihak yang kedudukanya sangat terdesak, ataupun tersedak!

Tindakkan serupa ini, dipercayaai akan meningkatkan jumlah undi kepada pembangkang kerana mereka yang hadir untuk mendengar ceramah Anwar dan Nizar tidak semestinya penyokong Pakatan Rakyat. Pasti ramai juga orang atas pagar dan tidak kurang juga penyokong barisan yang telah kecewa dengan tindak tanduk kerajaan hadir bersama.

Walaupun kejadian ini belum menjanjikan kemenangan Pakatan Rakyat, tetapi ia pasti menjanjikan satu bentuk kekalahan kepada pihak kerajaan pusat Barisan Nasional.

Hidup Rakyat !!

Monday, March 23, 2009

Lebih Kebajikan di Selangor

Genap sembilan bulan selepas kerajaan Pakatan Rakyat Selangor 'merakyatkan ekonominya', kini ia melangkah ke fasa kedua program kebajikan tersebut, demikian diumumkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim malam tadi.

Berucap kepada kira-kira 4,000 orang di Stadium Malawati, Shah Alam, sempena ulangtahun pertama pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, Khalid berkata, fasa kedua itu termasuk bantuan kepada golongan belia, usahawan dan kakitangan kerajaan negeri.

pakatan rakyat carnival 220309 05Menurutnya, kerajaan negeri merancang untuk membantu golongan belia dan usahawan untuk memperbaiki gaya hidup meraka.

Kumpulan itu, tambahnya, perlu diberi peluang untuk memulakan perniagaan mereka sendiri atau meningkatkan lagi kemahiran masing-masing dalam bidang pertanian secara sistematik.

Bagi kakitangan wanita kerajaan negeri pula, kata Abdul Khalid, mereka akan diberi tambahan 30 hari cuti bersalin, menjadi 90 hari.

Di bawah program tersebut, tambahnya, kerajaan negteri sedang memajukan konsep "Rumah Untuk Semua" di mana setiap rakyat Selangor berhak memiliki rumah sendiri berdasarkan kemampuan kewangan masing-masing.

pakatan rakyat carnival 220309 04Menurutnya, mereka kini boleh membeli rumah sendiri, sama ada banglo, rumah teres ataupun apartmen pada bila-bila masa yang sesuai.

Bagaimanapun, Abdul Khalid kecewa kerana usaha kebajikan yang dilaksanakan oleh kerajaan Selangor tidak mendapat tempat dalam media arus perdana milik BN.

Menurutnya, tidak mengapa sekiranya media milik BN tidak mahu memberi publisiti terhadap usaha kebajikan tersebut.

Yang penting, katanya, ialah rakyat Selangor dan Malaysia kini sudah bijak dalam membuat keputusan masing-masing. - Malaysiakini


edyes wrote:

Sayang sekali, fasa kebajikan ke-dua di Perak terkandas dek kerakusan Najib merampas negeri Perak.

Wednesday, March 18, 2009

Mustahil UMNO-BN Membawa Perubahan !

Setelah anaknya digantung tugas semalam, hari ini YB Karpal Singh pula dihadapkan dengan tuduhan menghasut, hanya kerana memberi pandangan profesional berhubung kedudukan Dato’ Seri Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Saya rasa ramai sekali pakar perundangan yang memberi pandangan mereka berhubung isu tersebut, ada yang bersetuju, ada yang tidak.

Episod ini terjadi hanyalah kerana Singa Bukit Gelugor adalah Ahli Parlimen Pakatan Rakyat! Beliau cuba dialahkan dengan kekuasaan milik pemerintah, namun rakyat keseluruhan yang dahagakan Perubahan pastinya bersama wakil Pakatan Rakyat.

Hadir bersama pagi tadi di mahkamah ialah Saudara Kit Siang, Guan Eng, Tian Chua dan saya sendiri. Jelas perubahan yang dicanang seluruh negara adalah kepura-puraan Umno-Bn bagi meraih kembali sokongan rakyat.

Terpalit dengan pelbagai skandal penyalahgunaan kuasa juga rasuah, mustahil Umno-Bn mampu memangkin agenda perubahan. Baru sahaja pilihanraya umum yang lalu, rakyat menghantar mesej kepada penguasa, dan untuk kesekian kalinya, mereka memandang remeh mesej tersebut.

ANWAR IBRAHIM

edyes wrote:

Penyakit barah yang dihidapi UMNO dan BN amatlah teruk hinggakan lebih baik mati dari hidup. Mereka menghalalkan rasuah sesama mereka, begitu juga dengan penyokong tegarnya. Mereka tahu rasuah itu berleluasa di kalangan mereka, mereka tahu penyalahgunaan kuasa termasuklah melantik kroni sanak saudara sahabat handai yang akhirnya menjadikan sekelumpuk umat kaya raya.

Pendukung UMNO juga tidak buta malah membenarkan gejala kolar putih yang tidak sihat ini berlaku. Kepentingan mereka dalam merompak khazanah negara nyata sekali memberikan impak kesengsaraan kepada rakyat kebanyakkan.

UMNO masih tidak sedar dan masih tidak mahu berubah ekoran daripada kekalahan 8 Mac di mana mandat 2/3 yang diperolehi sebelum ini telah dinafikan oleh rakyat. Malah mereka merancang untuk terus berkuasa dengan pelbagai helah dan juga dengan menggunakan segala kekuatan agensi kerajaan yang sepatutnya bukan milik mutlak mereka.

UMNO juga diperkuat dengan propaganda media arus perdana dengan menabur pelbagai fitnah dan tohmahan terhadap lawan, sedangkan rakyat kini tidak lagi melihat media-media ini sebagai sumber berita utama.

Di manakah logiknya untuk berubah jika mereka masih terus mengganas dengan menafikan hak rakyat? Menafikan pilihan rakyat? Saya percaya, tiada harapan untuk UMNO dan BN melakukan perubahan dengan kelaku pemimpin mereka masakini.


Tuesday, March 17, 2009

Peperangan Bukit Gantang - Sumbangan Diperlukan


Kepada yang sudi menderma sambil membantu rakan kita di sana, sila-silakanlah. Perbelanjaan untuk logistik, makan-minum, penginapan, dan pelbagai belanja lagi amatlah tinggi.


Sebagai Blogger, mereka di sana menyampaikan berita kepada kita. Makan tak menentu, tidur pun tak berapa nak cukup, mandi pun tak berapa nak basah. Saya pernah merasainya, ramai pernah merasainya. Ini satu perjuangan.

Dalam sesebuah perjuangan, masing-masing punya peranan. Pemimpin mempunyai peranan yang tersendiri, begitu juga dengan penyokong. Blogger juga punya peranan, sebab itu mereka berada di sana. Apa pula peranan kita sebagai penyokong pembebasan kerajaan Malaysia dari tangan UMNO?

RM 1 atau Seringgit... sumbanglah pada mereka di sana. Lebih mudah bagi mereka yang ada akaun maybank2u.com, just letak angka 1 sahaja.

Saya juga akan ke Bukit Gantang pada awal bulan April nanti. Perbelanjaan sendiri InsyaAllah.

di bawah adalah no account dan status Tabung Bloggers; Bantulah mereka selagi boleh... sama-samalah kita ringankan beban mereka di sana.

Sumbanglah RM1 untuk Tabung Bloggers !

Tanggal 15.3.09 wak lancarkan Tabung BloggersNetwork@P.59 mulai hari ini. Sumbangan boleh salurkan ke akaun Maybank di bawah :

Akaun Maybank: (atas nama Mohd Nazib bin Abdul Ghani)
MayBank : 158417021317
(klik logo dibawah untuk sumbangan kepada Tabung Bloggers P.59-Bukit Gantang, status terkini sumbangan anda akan dipaparkan di sini) Terima Kasih kepada kalian yang prihatin !!


status terkini sumbangan untuk Tabung : RM 2,037.00 (17.3.09:10.45 AM)
No.Tel wak : 012-4026129/MSK 013-5935721
link berkaitan KLIK
email wak : albanjari_online@yahoo.com


Ikuti luahan hamba allah mengenai derma sumbangan inil;

Aku tumpang simpati pada wak radenbanjar, pengendali albanjari online. Wak ambil langkah terpuji lancarkan rayuan sumbangan untuk dana bloggersNetwork@P.59. Ketumbukan bloggers pimpinan primamaya MSK dah 7 minggu berkampung kat Ipoh. Kecil atau besar peranan team ini, aku tak tau nak hukumkan.

Yang aku nampak, mereka ini pejuang. Ke hulu ke hilir menyempurnakan tugasan yang diamanahkan oleh Pakatan Rakyat dan tugasan yang dirancang oleh bloggers sendiri. Team ini mengumpul maklumat, mengolah maklumat, menyalurkan maklumat dan mendokumenkannya untuk kegunaan pada bila-bila masa yang diperlukan.

Masing-masing datang dengan kerelaan sendiri. Tak ada upah yang dijanjikan. Tidak disediakan apa-apa peralatan atau kelengkapan. Tak ada tilam bantal dan katil. Tak ada elaun. Tapi alhamdulillah, setakat ini belum lagi kebuluran. Makan minum tetap ada. Kadang-kadang tak tau siapa yang bagi. Ada juga yang menghulurkan RM sekali sekala. Terima kasih daun keladi.

Di peringkat awal melaksanakan tanggungjawab ini, khabarnya ada rakan yang bagi pinjam sedikit wang untuk kos petrol perjalanan team rakaman video yang setiap hari menyertai road show MB ke merata ceruk negeri Perak. Hutang itu dah dibayar balik. Selesai.

Tabik spring untuk MSK, sya & topeng perak yang tetap turun ke gelanggang walau di mana saja dan tak kira ada fulus atau tak ada. Ketika nak turun ke Pulau Pangkor, aku diberitahu team ini hanya ada rm100. Itulah duit petrol. Itulah tambang feri. Itulah juga duit makan sepanjang hari bermula dari subuh sampai tengah malam. Bukan seorang tapi tiga!

Tu belum kira keperluan peralatan. Modem untuk broadband, video camera, memory card, pc yang power lebih sikit untuk video editing, server untuk online tv, macam-macam sofware, buku-buku rujukan dan macam-macam lagi.

Nak minta duit kat DAP, PKR atau PAS, malu pulak! Masing-masing dah lalui pengalaman buat kerja untuk parti tanpa upah dan tak mintak duit pun untuk modal kerja. Kalau perlukan peralatan, angkut sendiri punya atau pinjam kat kawan-kawan. Tapi kali ini lain sikit keadaannya. Kos makan minum, perjalanan dan peralatan-peralatan khas untuk tugasan yang besar, banyak dan perlu disegerakan, bukannya kecil. Namun setakat ini digagahkanlah juga sedaya yang mungkin. Barangkali dek kerana simpati dan rasa tanggungjawab agar bloggers team ini dapat terus berperanan maka wak radenbanjar lancarkan dana bloggers itu. Syabas wak!

Sebaik saja wak melancarkan dana itu, muncullah blogger upahan UMNO si panglima perang cyber memberi komen ini;

Musim Gantung-Menggantung


Perhatian : Ini bukan gambar paklah

Selepas Wakil rakyat DAP Gobind Singh Deo digantung tugas sebagai ahli parlimen selama setahun, kini tiba masanya pesaing timbalan presiden pula bakal digantung. Menurut perisik rakyat, pemimpin yang bakal digantung adalah seorang ketua menteri.

Dengan pemilihan pucuk pimpinan UMNO semakin hampir, keputusan gantung sampai berhenti ini pastinya akan menimbulkan perasaan kecewa dan ketidakpuasan hati yang bakal membawa kepada perpecahan dikalangan juak-juak UMNO.


Memperkatakan tentang UMNO yang kian lemah, bait-bait perpecahan yang kian terserlah bakal menjadikan parti pemerintah ini semakin parah dan akhirnya, tidak cukup kuat untuk kekal sebagai pemerintah.

Bila tiada tindakan disiplin diambil dari kalangan 900 aduan rasuah menjadi buah bualan rakyat, kini UMNO kembali dengan satu pengumuman pergantungan di atas kesalahan rasuah. Kononya ikan jerung telah ditangkap hasil dari siasatan aduan kes rasuah yakni ketua menteri tersebut sedangkan ikan paus pembunuh masih lagi berkeliaran.


Apakah ketua menteri tersebut akan berdiam diri setelah hak bertanding sebagai timbalan presiden dinafikan begitu sahaja? Kerja siapa lagi jika bukan pesaing calon-calon timbalan presiden yang membuat onar demi kepentingan sendiri? Apakah ketua menteri tersebut bakal membuat kejutan dengan menyertai pembangkang atau sekurang-kurangnya menjadi pendokong pembentukkan Kerajaan Perpaduan yang diusulkan TG Hadi Awang?


Sama-sama kita saksikan drama dalam masa yang singkat ini, dan saya percaya kemuncak atau klimex drama ini adalah samada peralihan kuasa perdana menteri melalui pemilihan UMNO menjadi kenyataan ataupun tidak. Kita tunggu dan kita ambil tahu, kerana ini adalah nasib negara Malaysia. Sama-sama juga kita lalui, minggu gantung menggantung...