Thursday, April 17, 2008

Apakah Kerajaan Sudah Hilang Kawalan ??

Saya pohon supaya Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan Malaysia dengan segera !!

Saya dapat rasakan kerajaan BN dan kroninya 'sedang' melahap hasil bumi sang petani, hasil titik peluh pesawah, hasil penat lelah para pengguna seantero, kerana kedudukan mereka yang semakin terjejas.

Kemungkinan masa yang tinggal oleh mereka maximumnya hanya sepenggal dan minimumnya beberapa bulan sahaja lagi! oleh demikian, mereka2 yang menguasai ekonomi monopoli ini tidak akan melepaskan peluang untuk 'melantak wang rakyat' untuk hari tua mereka dan keluarga mereka !!!

Selepas hargi mee naik sebaik sahaja kerajaan BN mengekalkan penguasaan dalam PRU12, juga selepas harga beras meningkat secara mendadak, harga roti pula naik bagaikan tidak diberi pilihan oleh rakyat Malaysia untuk terus survive. Ini semua adalah makanan asas rakyat !!!

Untuk bersarapan, bagi golongan pertengahan, nasi lemak adalah pilihan utama. Roti juga antara pilihan termasuklah roti buku, roti krim dan makanan asas gandum/tepung seperti juga roti canai. Segala jenis mee tidak terlepas daripada pilihan untuk bersarapan.

Manakala Tengahari dan Malam pula, sekali lagi nasi menjadi pilihan seperti nasi campur dan nasi goreng. waktu petang dan lewat malam pula roti tetap antara pilihan bagi golongan pertengahan. Mee kari ? Mee rebus ? Mee jawa? Mee lambak? semua terlibat dalam sahsiah pemakanan rakyat Malaysia!!

Arakian harga mee, harga beras dan harga roti meningkat, barang asas mana lagi yang akan dinaikkan selepas ini? Apakah kerajaan sekarang sudah hilang kawalan..?

Saya yakin rakyat semakin tertekan dengan kenaikkan yang tidak munahsabah ini. Sudah terang lagi jelas, kerajaan tidak menjaga kebajikan rakyat malah menindas dengan pelbagai kenaikkan kos sara hidup.

Kami semua sudah jelak dengan sandiwara kerajaan yang selama ini berpura-pura dan apabila keadaan menjadi gawat, semua langkah yang diambil oleh kerajaan umpama tiada berguna lagi pada mata rakyat! Itulah akibatnya kerana sentiasa menidakkan keadilan sejagat dari semua aspek!

Di sini ingin saya bertanya, apakah maksud ekonomi negara meningkat 6% (KDNK) seperti yang dicanangkan sebelum PRU? Di mana rasional 6% ini?


edyes

Wednesday, April 16, 2008

Selingan : BN dan Ayah Pin

BN dan Ayah Pin - Kerajaan Langit ?

Lagi desakan agar PM berundur !




Gelombang desakan supaya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur segera daripada perdana menteri dan presiden Umno nampaknya berterusan ke Selangor.

Kain-kain rentang yang menggesa Abdullah menyerahkan kuasa kepada timbalannya Datuk Seri Mohd Najib Razak digantung di luar kawasan sebuah hotel di Subang Jaya yang menjadi tempat perjumpaan jawatankuasa pengurusan Umno, dengan ketua bahagian di negeri berkenaan.

Kain rentang tersebut yang dipasang oleh gabungan ahli Umno Selangor, dengan jelas menyuarakan sokongan mereka supaya Najib mengambil alih kepimpinan parti dan kerajaan.

Mereka juga menyatakan sokongan kepada naib presiden Tan Sri Muhyiddin Yasin untuk jawatan nombor dua kerajaan dan parti.

Manakala yang satu lagi berbunyi "segerakan peralihan kuasa! Datuk Seri Najib - presiden, Tan Sri Muhyiddin - timbalan presiden".

Pertemuan tersebut dijadual bermula jam 4.30 petang ini.
-malaysiakini

edyes wrote:

BERSATU KITA BERSATU...
Dengan Setia Berganding Bahu...
Jiwa Teguh Berpadu...
Kita Rumpun Melayu.....

Beras : rentetan suara-suara rakyat

Berikut adalah rentetan suara rakyat yang tidak berpuas hati....

Aku ingat lagi seorang petani bagi tahu aku....Dulu ada kenaikkan sedikit harga beras.....tapi.......Potongan padinya pula melambung..

Jadi........Macam tak ada makna kenaikan harga padi.....

LPN = Lembaga Padi Beras Negara /BERNAS membuat potongan padi yg dasyat pada petani... Dengar cerita broker padi ada yg berpakat dgn LPN/BERNAS terhadap pemotongan padi bersih itu.

Mereka boleh syer pulak sebahagian dpd potongan padi bersih dpd petani tu....Kesihan aku tengok petani2 kena main dgn broker & lpn/bernas ni..

You all imaging.....utk 1 hektar & selama 6 bln petani cuma dapat bersih dlm rm 2000.00 aje setelah ditolak kos penyelengaraan, baja, benih & dll.

Sedih aku tengok nasib petani-petani kita....dimain2 kan...Pihak kerajaan pulak buat acuh tak acuh aje pada petani....Kalau pada penternak ayam, lembu, pekebun sayur ....cepat aje setuju naikkan harga.....Tapi pada petani padi.....?????

oleh anakwatan

Bukan kah beras di import oleh Bernas...pakai AP. Sepatutnya pakai AP boleh dapat murah...macam AP kereta?Tapi kalau sebabkan nak untung lebih harga dinaikkan ikut pasaran biasa...itu pasal lah.Cuba siapa siapa yang faham pasal AP beras terangkan..

Kalau beras tempatan sepatutnya kesan kenaikan global beras kurang memberi kesan teruk kerana Malaysia bukan pengeksport beras. Ini dah jadi macam cerita minyak petrol ni...

Apa kah polisi BN (Pak Lah) meningkat kan aktiviti pertanian selama empat tahun diwar warkan tidak berjaya?Contoh nya seperti berikut:

1)Malaysia pengeluar minyak sawit dunia, bermasalah satu ketika dulu dengan bekalan minyak masak tempatan.

2)Cerita bekalan ayam tak habis habis....berkokok nak naikkan harga.

3)Malaysia dikelilingi dengan lautan tapi harga ikan mahal macam dikelilingi padang pasir.

4)Sampai kelapa pun nak kena import dari negara jiran.Macam pokok kelapa yang ada di Semenanjung Malaysia ni pencen tak mahu berbuah.

Apa apa saja kalau tak boleh dikawal semuanya diselesaikan dengan diimpotkan dari negara luar. Seperti tidak ada perancangan jangka panjang dalam pengurusan sektor pertanian negara

oleh saukville

HUKUM EKONOMI LAMA: PERMINTAAN MELEBIHI PENAWARAN = HARGA NAIKHUKUM EKONOMI BARU: BN MELEBIHI PR = HARGA NAIK

oleh wohgomok

Susu Naik, Beras Naik!!

Apa kalut sangat, senang je kalau nak turunkan harga barang... Kita turunkan BN dulu... Pastu naikkan PR kita tagih janji PR supaya semua harga barangan keperluan tidak naik.

Selepas itu kita sokong segala tindakan pemimpin tertinggi.. Nak boikot ke, nak kempen terus beli dari petani ke, Nak apa ke, kita bersatu dan kita mesti berada di belakang setiap keputusan..

Kalau kena makan ubi kayu ke dan pisang rebus pun kita kena berkorban demi menunjukkan kesungguhan kita bahawa kita tidak rela ditindas dengan desakan kenaikan harga .. Aku rasa pemimpin kita seperti Anwar ke, TGHH, TGNA ke, dah biasa hidup susah di pijak, difitnah dan diISAkan, Jadi mereka tidak hairan kalau 'berpuasa' nasi sebulan dua..

Ini satu pengorbanan terhadap keperluan rakyat.. Kepimpinan Melalui TeladanMacamana kita nak harapkan BN, usahkan kempen tak makan nasi.. KEMPEN BELI BUATAN MALAYSIA pun tak nampak kesungguhan..

Pemimpin tertinggi pakai produk luar negara. Jika kita dapat melakukan sedemikian, pasti pemborong lain akan berfikir 12 kali untuk menaikkan harga barang mereka di masa akan datang.. Yelah produk ruji pun kita boleh boikot.. Tunggu berkulatpun takde orang beli.. masa tu baru padan muka mereka..

BERSATU KITA TEGUH

oleh nicoasram

edyes wrote:

Kena cepat tukak kerajaan nie, depa semua tengah kalut nak kaut habis-habisan sebab masa depa dah suntuk...

kalau saya tulis loghat utara nie boleh dapat diskaun beras ka..?

Sekilas : Kembar... Dengan Nama Allah !






ALLAH HUAKBAR !!!

Beras naik mendadak

KUALA LUMPUR 15 April – Harga beras di seluruh negara mencatatkan kenaikan mendadak antara 10 peratus hingga 20 peratus sejak Ahad lalu, dipercayai berpunca daripada peningkatan harga beras global.

Tinjauan mendapati beras Super Special 5% Tempatan jenama Jasmine naik antara RM3 hingga RM4 sekampit dengan harga terbaru RM15.90 bagi kampit 5 kilogram berbanding RM12.90 sebelum ini dan RM28.80 bagi kampit 10 kilogram berbanding RM24.80.

Pemantauan Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) mendapati ia berlaku di kawasan bandar di seluruh negara termasuk di Lembah Klang.
utusan

edyes wrote :

Sekali lagi kerajaan BN gagal menangani masalah asas rakyat Malaysia. Bagi saya beras juga umpama minyak tetapi bukan bagi kenderaan, bahkan ianya untuk manusia yang menjadikan nasi sebagai makanan utama dalam kehidupan mereka.

Boleh dikatakan, 100% orang melayu memerlukan beras sebagai makanan harian. Dari sini dapat juga disimpulkan bahwa orang melayu merupakan pembeli utama beras di Malaysia ini berbanding dengan kaum2 lain.

Siapa pula yang berniaga beras ? Kebanyakkanya orang cina yang menguasai perniagaan beras ini sepertimana mereka menguasai ekonomi Malaysia. Saya tidak racist, apa yang cuba saya sampaikan ialah situasi ini menyebabkan orang melayu dan bertambah tertekan.

Pastinya peniaga2 gerai juga akan merasai kegawatan ini di mana apabila peniaga gerai terpaksa menaikkan harga Nasi Goreng Kampung dari RM3.50 kepada RM4.50, pelanggan yang juga turut berasa perit atas kenaikkan harga beras akan berfikir dua kali untuk membawa anak dan isteri makan ke gerai atau medan selera. Daripada seminggu sekali kepada sebulan sekali... sudah tentu kantung para peniaga akan lebih terjejas.

Ingin juga saya persoalkan di sini, adakah pesawah-pesawah kita yang membanting tulang akan merasai kenikmatan kenaikkan harga beras ini ? adakah harga padi naik ? Saya dimaklumkan sekiranya harga beras melambung sekalipun, pesawah kita tetap daif kerana harga padi masih pada tahap lama. Jadi, keuntungan terbesar ini hanya bermain di arena pihak ketiga iaitu pemborong dan pembekal sahaja.

Oleh itu, tiada apa yang menguntungkan dari kerajaan BN sejak dulu kini dan selamanya... Rakyat senang menjadi rakyat susah... rakyat papa kedana,menjadi rakyat sengsara.... tetapi, segelintir yang mewah akan menjadi lebih kaya dengan monopoli ini!!!

Perubahan segera adalah harus !!

REFORMASI !!!

Tuan Guru Presiden di benarkan Pulang


Presiden PAS Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang telah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan selama 6 hari di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.

Beliau keluar meninggalkan HSNZ jam 5.30 petang tadi.Beliau kelihatan sihat sepenuhnya dan sangat ceria ketika ditolak dengan menggunakan kerusi roda.

Beliau dimasukan ke hospital pada 10 April 2008 yang lalu,Tuan Guru Abdul Hadi menyedari kesihatannya terganggu ketika bangun untuk bersahur jam 5.00 pagi hari tersebut dan dibawa ke HSNZ oleh ahli keluarga pada jam 7.30 pagi.Beliau diserang stoke ringan .

sumber : PakLang
edyes wrote :
Semoga TGHA cepat sembuh dan meneruskan perjuangan. Ada banyak perkara yang harus di timbang dalam masa terdekat ini.

Black 14: Polis ke pejabat MB S'gor

Pihak polis akhirnya berlembut dan bersetuju mengambil kenyataan menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim di pejabat rasminya berhubung siasatan perhimpunan ‘Black 14' di Kampung Baru kelmarin.

Anggota polis tiba di pejabat Khalid pada kira-kira jam 1 tengahari dan selesai mengambil kenyataannya dalam masa 20 minit.

Bagaimanapun, mereka masih berkeras meminta tiga lagi pemimpin PKR - termasuk presidennya Dr Wan Azizah Wan Ismail dan naib presiden Azmin Ali - memberi kenyataan mereka di ibu pejabat polis Selangor di Shah Alam.

Pagi ini polis menolak pelawaan parti itu untuk ke pejabat menteri besar Selangor di Shah Alam untuk mengambil kenyataan pemimpin parti tersebut.

Bagaimanapun selepas perbincangan dengan peguam PKR, pihak polis setuju untuk mengambil kenyataan menteri besar di pejabatnya, manakala tiga yang lain dikehendaki berbuat demikian di ibu pejabat polis negeri.

Difahamkan Khalid, yang sebelumnya telah membatalkan mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri pagi tadi, dan menemani tiga pemimpin PKR itu untuk memberi kenyataan di ibu pejabat polis negeri.

Polis mendakwa perhimpunan di Kelab Sultan Sulaiman itu - sempena pembebasan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada larangan berpolitik - haram dan diadakan tanpa permit polis.

-Malaysiakini


Tuesday, April 15, 2008

Himpunan Rakyat, 70,000 Penuhi Stadium Ipoh Perak







IPOH, 14 April :- Setelah rakyat Perak menunggu untuk masuk ke Stadium Perak selama 50 tahun, malam tadi mencatat sejarah baru dengan kehadiran lebih 70,000 rakyat untuk mendengar amanat dari 5 Menteri Besar dan Ketua Menteri dalam program Himpunan Rayat yang diadakan disini malam tadi.

Kehadiran pengunjung sebegitu ramai telah dijangkakan oleh pihak penganjur dengan beberapa persiapan awal memaklumkan program tersebut dalam blog-blog utama dan edaran risalah hand bill dan poster.

Pihak penganjur telah membariskan Menteri Besar Perak selaku tuan ramah,YAB Ir. Nizar, Menteri Besar Kedah, YAB. Ust. Azizan Razak, Wakil Menteri Besar Selangor, YB. Dato' Dr. Hassan Ali, Wakil Menteri Besar kelantan, YB. Dato' Husam Musa, dan Wakil Ketua Menteri YB Nga Kor Ming yang juga Exco Kerajaan Perak.

Semua pengunjung telah dihidangkan dengan maklumat terkini dari semua penceramah sehingga jam 11.45. Keadaan hampir 4/5 sesak dengan pengunjung sehingga kebahagian padang yang sebahagian besar dipenuhi oleh pendengar.

MB Kedah dalam ucapannya, mengatakan rakyat telah berjaya mengikis satu kepercayaan karut iaitu hanya BN yang mampu mentadbir negara. sambil berseloroh beliau mengatakan UMNO jenis tidak mahu mengaku kalah, Beliau membuat kiasan macam suami isteri, kedah dah dapat suami baru dan dia sudah bercerai dengan suami lama(UMNO). Katanya "jangan dok perasan nak balik rumah lagi".

Sepanjang program berlangsung yang dipengerusikan oleh Ketua Penerangan PAS Perak, yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Ust. Misbahul Munir Hj. Masduki, Pengunjung tidak kering gusi dengan selangseli ucapan takbir, Makkal Sakti dan Reformasi.

Antara tetamu yang hadir pula ialah Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Ahmad Awang, Pengerusi PKR negeri Perak, Ust. Zulkarnain, Pengerusi DAP Perak YB. En. Ngeh Koo Ham , dan semua Wakil-wakil Rakyat dari Pakatan Rakyat Perak.

sumber tulisan : cina-islam

sumber gambar : utusan.net (bukan utusan meloya ok)

edyes wrote:

Takbir !!

Tak perlu panggil Mawi, tak perlu panggil Siti... kesedaran ini layaknya mengubah kerajaan negeri Perak, menumbangkan Barisan Nasional yang super angkuh itu...

Paklah pasti makin tertekan dengan gambar2 ini... pemimpin atasan UMNO sedang berkira-kira untuk menyediakan payung sebelum hujan... manakala penyokong UMNO pasti insaf...

Allah Huakbar !!!
Allah Huakbar !!!
Allah Huakbar !!!

Polis Gegar Rumah Pemimpin !!!


LATTEST UPDATE

KUALA LUMPUR, 15 Apr (Hrkh) - Polis mula mengambil tindakan terhadap penganjur Perhimpunan Black 14 yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung baru malam tadi. Menurut Koordinator Media Parti KeADILan Rakyat, Ginie Lim, pihak polis menghantar notis kepada Presiden KeADILan, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden, Mohamed Azmin Ali dan Pengerusi Perhubungan KeADILan Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Menurutnya, Azmin Ali sudah dibawa polis ke untuk siasatan di Balai Polis Dang Wangi, manakala polis dilaporkan sedang menghantar notis yang sama kepada Wan Azizah dan Khalid pagi ini.

Mereka berdua dipercayai dikehendaki hadir atau akan dibawa ke balai yang sama untuk siasatan.

Di sebalik kawalan ketat polis, perhimpunan malam tadi berlangsung dengan aman tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

Tindakan polis ini dibuat berikutan kejayaan besar KeADILan menghimpunkan lebih 20 ribu rakyat untuk meraikan tarikh pembebasan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang berakhir semalam.
Dengan pembebasan ini bermakna Anwar yang juga pemimpin utama Pakatan Rakyat boleh bertanding dalam pilihan raya kecil pada bila-bila masa kekosongan berlaku.

Sementara itu berikutan notis polis kepada tiga pemimpin utamanya, KeADILan akan mengadakan sidang akhbar tergemparnya di pejabat Anwar di Seksyen 14 Petaling Jaya jam 11 pagi hari ini.

Sidang akhbar tersebut akan dikendalikan oleh Timbalan Presiden, Dr Syed Husin Ali.


Ada sumber yang melaporkan bahawa ;

Polis ke rumah Wan Azizah, Tan Sri Khalid & Azmin Ali pada pagi ini (Selasa 15 April) bagi Menyerahkan NOTIS supaya datang ke balai polis dang wangi untuk disiasat kerana anjur program di Kampung Baru semalam !

adakah mereka akan di tahan..?

Ya Allah, selamatkan pemimpin2 kami yang memperjuangkan keadilan!!
amin