Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit dan EHSAN 75 sen seunit (untuk 30 ribu unit pertama)g bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember tahun ini.
Ayuh, bangkitlah. Saya percaya, setiap anak Pahang mempunyai darah kepahlawanan Mat Kilau, setiap anak Perak mempunyai semangat menentang penjajahan Datuk Maharajalela, setiap anak Terengganu mempunyai resam Rahman Limbung, dan akhir sekali, setiap anak Malayu mempunyai darah Jebat dalam memartabatkan keadilan. Bangkitlah bangsaku, menentang penjajah era baru, Kerajaan Penjajah. - Edy Noor Reduan
Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit dan EHSAN 75 sen seunit (untuk 30 ribu unit pertama)g bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember tahun ini.
[Throwback] 5 Sebab UTAMA Mengapa Datuk Seri Anwar Ibrahim Perlu Jadi PM ke-8 Pada Mei 2020
1. Rancangan Malaysia Ke-12
Persiapan untuk Rancangan Malaysia ke-12 yang akan menjadi panduan pembangunan negara untuk tempoh 2021 hingga 2025, dijangka akan dibentang pada September 2020.
2. APEC Malaysia 2020
Dunia pastinya sangat teruja untuk hadir ke Persidangan APEC 2020 disambut oleh ‘brand new’ PM, yang mempunyai hubungan luar yang cemerlang di mata dunia.
3. Pembentangan Bajet 2021
Harus beri ruang kepada Anwar Ibrahim untuk memacu negara mengikut acuannya selaku pemegang rekod Menteri Kewangan Terbaik Asia suatu ketika dulu.
4. Kestabilan politik dan seterusnya menstabilkan ekonomi negara
Pelabur luar khususnya negara kaya dari Arab, Turkey dan Eropah menanti detik DSAI menjadi PM untuk menyuntik pelaburan berskala besar, atas nama DSAI yang mereka yakini.
5. Agenda Reformasi Total
Reformasi yang tuntas merupakan agenda penting yang tidak boleh ditangguhkan. Reformasi sistem, polisi dasar, ekonomi dan sosial, tanahair ini perlu penjajaran di banyak sektor.
“Lebih cepat DSAI menjadi PM8, maka lebih lekaslah nasib rakyat dibela dengan polisi ekonomi beliau yang mendahulukan rakyat. Anwar Ibrahim begitu obses untuk membantu marhein di bawah, membasmi kemiskinan, inilah naratif wajib dalam setiap ucapan beliau”
- Hanya 2 Penggal Untuk Jadi MB di Negeri Sembilan
- [VIDEO] Ritual Perkahwinan Illi Najwa Saddique dan Kapten Hoki India
- Anak Buah Menteri Tukar Agama Untuk Berkahwin Dengan Kapten Hoki Pasukan India?
- Pertemuan Akhir Sebelum Tun M Letak Jawatan
- Lim Guan Eng dan Abang Mat Terlupa Apa Yang Berlaku Dalam Pentadbiran 22 tahun dan 22 Bulan Tun Mahathir?
Dipaparkan adalah sebuah klip video dari upacara 'pernikahan' seorang gadis melayu bernama Illi Najwa Saddique dan pasangannya Ketua Pasukan Hoki India, Manpreet Singh.
Dilaporkan dalam banyak media bahawa Najwa Saddique adalah anak buah kepada seorang menteri di Malaysia.
Majalah The Tribune pula mendedahkan, Najwa Saddique sebelum ini bekerja di sebuah universiti swasta di Malaysia kini akan menetap di India dan turut dikurniakan nama baharu Navpreet Kaur.
Kisah Anwar 'Fly' Ketika di MCKK
Sejak sekian lama saya tersentuh dengan pelbagai kisah keperibadian Datuk Seri Anwar Ibrahim, malam ini sekali lagi tercuit dengan perasaan bangga apabila membaca tulisan sahabat saya saudara Yusof atau nama penanya Milo Suam, yang menggarap sebuah kisah yang saya yakin tidak ramai mengetahuinya - kisah Anwar 'fly' ketika di zaman persekolahan.
Saya pernah juga hidup di zaman asrama. Ketika itu kegiatan 'fly' menjadi kebiasaan rakan-rakan sekolah untuk berhibur di pekan, berhibur dengan cara anak sekolah, melepak, merayau, mengorat dan sebagainya. Saya mengaku tidak terlibat sama sekali. Inilah satu norma kebiasaan bagi budak asrama, bukan norma baharu seperti zaman Covid.
Namun menurut sahabat saya yang memetik kisah ini dari buku bertajuk Anwar Ibrahim: The Evolution of Muslim Democrate tulisan Dr Charles Allers, Anwar Ibrahim kerap 'curi-curi keluar' dari asrama yang disebut dalam buku tersebut dengan istilah 'sneak out' bukan untuk bersuka ria, tetapi beliau dengan begitu cergas mengadakan aktiviti kemasyarakatan kepada penduduk setempat.
Antara aktiviti yang dilakukan oleh Anwar ketika di sekolah Malay College of Kuala Kangsar (MCKK) ialah memberi kelas tuisyen dan motivasi percuma kepada pelajar-pelajar miskin di kawasan sekitar. Beliau turut menyertai program-program agama di sekolah pondok atas bukit, berdekatan Istana. Itulah aktiviti Anwar bersama beberapa rakannya termasuk salah seorang bernama Osman Bakar.
Ironinya, Anwar yang fasih berbahasa Inggeris telah 'curi-curi keluar' sekolah di hujung minggu untuk mengajarkan bahasa Inggeris kepada pelajar sekolah pondok. Sebagai pertukaran, Anwar dan rakan-rakan pula dapat menimba ilmu pengetahuan Agama Islam dan Bahasa Arab dari guru sekolah pondok tersebut.
Rupa-rupanya Anwar telah mengaplikasikan kaedah adaptasi ilmu sejak dari zaman sekolah lagi. Maka tidak hairanlah mengapa beliau diangkat menjadi Menteri Pelajaran ketika berumur 39 tahun pada 1986. Sebagai Menteri Pelajaran, Anwar telah dipilih sebagai Presiden Persidangan Agung UNESCO ke-25 dan pada tahun 1988, beliau menjadi Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Kisah Anwar 'fly' ini wajar dijadikan pedoman buat semua anak-anak muda di luar sana. Mereka boleh belajar dari kesungguhan Anwar untuk melihat anak bangsanya maju ke depan apabila memanfaatkan dan mengorbankan masa-masa yang indah seorang remaja.
Cubalah kita bermenung sejenak, apakah yang kita lakukan sewaktu zaman persekolahan atau zaman kita muda-muda dahulu?
Mungkin jika zaman tersebut sudah ada media sosial, sudah pasti aktiviti terpuji yang pernah dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ini akan mendapat liputan yang meluas dan tular sebagaimana tularnya nama-nama besar seperti Ustaz Ebit Lew.
Kisah seperti ini juga sering difilemkan oleh penggiat filem barat dalam genre biografi, dan adalah menjadi kebanggaan rakyat Malaysia betapa Anwar juga mempunyai banyak singkapan sejarah yang boleh dimegahkan dan mungkin boleh difilemkan.
Semoga anak-anak muda juga lebih mengenali wibawa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menjadikan beliau sebagai tokoh sumber inspirasi moden.
EDY NOOR REDUAN
Aktivis Blogger