Thursday, December 17, 2020

𝐊𝐄𝐀𝐃𝐈𝐋𝐀𝐍 "𝐓𝐇𝐄 𝐆𝐑𝐀𝐍𝐃 𝐂𝐎𝐀𝐋𝐈𝐓𝐈𝐎𝐍" 𝐒𝐄𝐁𝐄𝐍𝐀𝐑

𝐊𝐄𝐀𝐃𝐈𝐋𝐀𝐍 "𝐓𝐇𝐄 𝐆𝐑𝐀𝐍𝐃 𝐂𝐎𝐀𝐋𝐈𝐓𝐈𝐎𝐍" 𝐒𝐄𝐁𝐄𝐍𝐀𝐑

Oleh: Danish Hairudin

Muktahir ini satu persepsi baru iaitu "The Grand Coalition" atau gabungan antara parti secara total sedang dimainkan oleh pemain-pemain politik daripada Perikatan Nasional mahupun dalam kalangan Pakatan Harapan. Apa yang pasti ialah persepsi ini tidak dimainkan dalam kalangan ahli politik PKR. Ulasan saya lebih tertumpu kepada cadangan "Grand Coalition" antara parti pembangkang yang pada mulanya di lontarkan oleh Parti Warisan dan disambut oleh Individu yang tidak berparti iaitu Tun Dr Mahathir. 

Hari ini tanggal 17 Disember, kenyataan bersama pemimpin AMANAH dan DAP tanpa pemimpin PKR secara tersirat cuba menyambut lontaran persepsi "Grand Coalition" oleh Ketua Parti yang telah tewas dalam PRN Sabah. Mereka ini semua seperti tidak keruan dalam melihat kerangka yang lebih besar yang telah dibawa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan Rakyat itu sendiri.

Segelintir pihak cuba menunding jari kepada DSAI atas kegagalan pembangkang menolak belanjawan 2021 baru-baru ini. Pihak-pihak ini sebenarnya cuba mencari alasan untuk "menghalalkan" percintaan mereka bersama pasangan yang terlanjut usia yang telah terbukti gagal dalam memimpin keluarga dan berlaku curang sehingga runtuhnya sebuah keluarga yang direstui oleh rakyat pada PRU umum yang lalu. 

Hari ini mereka masih bermain cinta dan sudah mula memberi reaksi yang lebih terbuka dengan niat cuba menyingkirkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan Rakyat sebagai ahli keluarga yang telah bersama lebih 20 tahun. Pendapat saya, ini adalah satu tindakan untuk menekan DSAI dan PKR itu sendiri untuk bersama dengan seorang yang telah mengkhianati keluarga sendiri.

KEADILAN satu-satunya parti berbilang kaum di Malaysia yang membawa aspirasi setiap kaum di Malaysia tanpa menidakkan hak kaum lain yang telah terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan. KEADILAN telah membuktikan representasi mereka di Dewan Rakyat adalah sebuah parti yang diterima secara menyuluruh oleh setiap kaum di Malaysia. Tiada satu parti politik di Malaysia yang dapat menyatukan pelbagai kaum dalam sebuah parti dan mempunyai bilangan Ahli Parlimen yang ramai di dewan Rakyat melainkan KEADILAN.

KEADILAN juga satu-satunya parti yang mempunyai 222 buah organisasi cabang yang lengkap di setiap 222 konstitusi parlimen dan ahli yang lebih daripada 1 juta orang. Jangan kamu bongkak dan sombong untuk menekan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan parti keramat PKR ini, KEADILAN adalah "The Real Grand Coalition" yang telah dibuktikan berjaya diterima setiap lapisan masyarakat. Parti yang membela setiap hak kaum yang ada di bumi Malaysia tanpa menidakkan hak kaum lain dan hak keistimewaan bumiputera yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan.

Belum pernah dan tidak akan ada parti politik selain Parti Keadilan Rakyat yang berjaya membawa aspirasi setiap rakyat Malaysia. Parti-parti lain perlu sedar, KEADILAN bukan parti setahun jagung yang perlu mengharapkan ehsan individu yang tidak berparti dan mengaharapkan pemimpin parti yang telah tewas dalam PRN Sabah baru-baru ini. 

Dengan segala kekuatan yang telah ada dan pengalaman yang penuh onak duri, saya yakin dan percaya KEADILAN yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh bergerak sendiri sebagai satu "The Grand Coalition" yang sebenar. Menggarapkan segala kekuatan di peringkat akar umbi dan pemimpin parti yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan kaum sudah pasti tiada tempat untuk rakan-rakan sendri menikam sekali lagi.

KEADILAN PARTI MASA DEPAN RAKYAT MALAYSIA!

DANISH HAIRUDIN

1 comment:

satta matka said...

the fastest indian kalyan matka, satta matka,madhur matka only on sattamatkano1!!
join fast today