Saturday, November 5, 2011

Nota Kepada Aktivis Perubahan !

3 November 2011

Untuk siaran segera

Nota Kepada Editor & aktivis perubahan ;

Kata Dua Daripada Rakyat kepada Najib: Bersedia Terima Padah Jika Pilihan Raya Mengejut Sebelum Penambahbaikan Pilihanraya

Di serata dunia kebelakangan ini, kita melihat kebangkitan kuasa rakyat menundukan pemerintahan diktator di beberapa buah negara. Di Malaysia, pada 9hb Julai 2011, ribuan rakyat telah memilih jalan raya untuk mendesak penambahbaikan proses pilihan raya negara, yang terbukti dicemari pelbagai kecacatan yang sering dinafi pihak pemerintah.

Kepincangan proses pilihanraya telah diakui oleh Dato Seri Najib Tun Abdul Razak dengan mengumumkan Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya, namun kenyataan umum terus dikeluarkan oleh ahli Barisan Nasional dan Perdana Menteri sendiri, yang mencadangkan bahawa Pilihan Raya Umum yang ke-13 akan diadakan tidak lama lagi dan tidak perlu menunggu proses reformasi proses pilihanraya selesai.

Maklumat terkini, daripada sumber-sumber dalaman yang boleh dipercayai telah mendedahkan bahawa Perdana Menteri akan mendapatkan perkenan Yang Di Pertuan Agong untuk membubarkan Dewan Rakyat sebaik pulang ke Malaysia pada 9hb November 2011, dan Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengumumkan 1hb Disember 2011 sebagai tarikh penamaan calon dan 10 Disember 2011 sebagai hari mengundi.

Sememangnya ia khabar angin. Namun dalam negara ini yang tarikh pilihanraya terpaksa dinujum khabar angin ini perlu diambil serius.

Bagi pihak rakyat, ahli politik, pertubuhan bukan kerajaan, dan pemimpin persatuan-persatuan sivil akan mengadakan persidangan media untuk memberi kata dua kepada Najib, UMNO dan Barisan Nasional tentang padah yang akan diterima jika mereka meneruskan hasrat untuk memanggil pilihan raya mengejut sebelum penambahbaikan proses pilihan raya selesai.

Butir-butir sidang media adalah seperti berikut:

Tarikh : 5 November 2011
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur & Selangor (KLSCAH)

Kami amat menghargai jika anda menghantar wartawan anda untuk membuat liputan sidang media berkenaan. Buat semua aktivis perubahan dijemput juga hadir sidang media yang mengambil semangat pengorbanan di petang EidulAdha ini.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:
(1) +6012-2070534 (2) +6017-6688404

Thursday, November 3, 2011

Selingan Manja... Pakatan Rakyat sedia menyerang!!

Agak-agak binatang apa yang AngryBird versi PR nie lawan? Hehehe

PENTING!! Lokasi Piket MTUC



SUBJEK : Piket / demonstrasi MTUC menentang pindaan akta pekerja

TARIKH : 3.11.2011

MASA : 5.00pm-6.30pm

Secara ringkas, Piket MTUC esok(3 Nov) akan berlangsung seluruh negara di lokasi-lokasi berikut;

WP KUALA LUMPUR : Jalan Raja Laut depan KWSP

SELANGOR
Petaling Jaya - Jalan Barat (depan TWU),

Shah Alam - Section 15 dan depan Proton

Klang - Bukit Rajah depan Jusco,

Telok Panglima Garang - depan Toshiba

Rawang - Jalan Utama Sg Choh

P.PINANG : Depan Pearl View hotel Prai

KEDAH : Depan Sime Tyres International Mergong

PAHANG : Depan Masjid Negeri Kuantan.

JOHOR : Depan Masjid Jamek Kg Pasir Bt 5 Skudai

N.SEMBILAN : Padang Majlis Perbandaran Seremban

PERAK : Depan Bangunan MTUC Perak

MELAKA : Depan air terjun Air Keroh Jalan Bukit Beruang

KELANTAN : Depan Trade Centre

SABAH : Depan hotel Tang Dynasty

Info sahih dari MTUC Nationwide


SAMM sebagai penggerak anak muda radikal mengambil pendirian tegas menentang keras pindaan akta pekerja yang meletakkan golongan pekerja penyumbang ekonomi negara menjadi setaraf dengan buruh asing, malah mungkin lebih teruk.

Sebagai membuktikan 'perlaksanaan kata-kata', semua anggota SAMM di seluruh negara akan bersama MTUC menyertai piket ini lantas mengangkat martabat dan membela nasib golongan pekerja.

Semua penyelaras SAMM negeri juga sudah bersedia dan akan bertindak seperti yang dirancang bagi menjayakan piket penting ini.

Ayuh keluar dari kepompong kesabaran kerana nasib anak bangsa terletak di tangan kita semua, samada untuk melihat anak-anak kita menjadi hamba kuli kapitalis atau sekurang-kurangnya mempunyai satu suara yang menafikan golongan cukong dan konglomerat memerah keringat tanpa tanggungjawab sewajarnya ke atas golongan pekerja rakyat Malaysia.

Kerahlah diri anda untuk berada di lokasi piket terdekat, atau anda dikerah sehabisnya untuk berdekad-dekad!

Di maklumkan cheGuBard, Pengerusi Penyelaras SAMM Kebangsaan akan turut serta dalam demonstrasi di Pulau Pinang


EDYES SAMM
Pengarah Propaganda SAMM
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, November 2, 2011

Dapatkan Risalah 'Cincin Puaka' Secara Percuma di Perak dan Penang !!

 Dapatkan Risalah Ini Secara Percuma !!

Di bawah ialah jadual aktiviti combo Chegubard di utara tanahair dari 2 November - 4 November. Antara program penting yang wajib hadir ialah Pelancaran Risalah 'Cincin Puaka' di peringkat negeri Perak dan P.Pinang.

Ayuh set utara, jumpa kita di sana!!

2 Nov. 2011
5.00 ptg : Hi Tea Anak Muda Memimpin Perubahan, Jalan Pemimpin Kg. Manjoi, Ipoh
9.00 malam : Ceramah Umum perkenal booklet Cincin RM24.45j &Pemborosan Imelda Rosmah peringkat Perak di dataran Sayong, K.Kangsar (depan Petronas)
12.00 malam : Pertemuan tertutup dengan adik beradik SAMM Perak di Kuala Kangsar. Semua SAMM dijemput hadir sila sms atau hubungi
012 480 9600 / 010 504 6300

3 Nov. 2011
6.00 petang : Pertemuan tertutup dengan anggota baru SAMM P.Pinang
9.00 mlm : Ceramah Umum di Dewan JKKK Sg. Burung, Balik Pulau

4 Nov. 2011
5.00 petang : Hi tea & Dialog Anak Muda di Bayan Baru (SAMM)
8.45 malam : Majlis Makan Malam mengutip dana PR DUN Bukit Tengah
10.00 malam :
Ceramah Umum perkenal booklet Cincin RM24.45j & Pemborosan Imelda Rosmah Peringkat P.Pinang di Bukit Gedung (sebelaah Surau Ubudiah)

MP Bakri: Jangan Sembunyi Dagangan Malaysia-Israel !!


Dalam ucapan saya ketika perbahasan Peringkat Dasar Belanjawan 2012 bertarikh 17 Oktober yang lalu, saya telah membangkitkan persoalan mengenai hubungan dagang Malaysia-Israel. Semalam, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah enggan menjawap soalan yang saya kemukakan ini sehingga menyebabkan saya telah diarahkan keluar dari Dewan oleh Tuan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Tujuan saya hanyalah untuk meminta penjelasan Menteri adakah kenyataan yang dikeluarkan di laman web www.anakmudamalaysia.com berhubung isu ini tepat atau tidak? Isu ini penting untuk diperjelaskan kerana Malaysia sememangnya diketahui tidak mempunyai hubungan diplomatic dengan Israel. Bagaimana pula boleh wujud beberapa dokumen kastam, buku-buku dan ucapan Menteri Perdagangan dan Industri Israel yang menunjukkan hubungan dagang di antara Malaysia-Israel?


Dengan keengganan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menjawap soalan yang dikemukakan saya ini seolah-olah menunjukkan terdapat “udang disebalik batu”. Pihak Kerajaan cuba untuk menyorokkan sesuatu disebalik keengganan Menteri menjawap soalan saya. Malahan, dalam ucapan saya ketika perbahasan tersebut, saya hanya meminta Menteri untuk menjawap benar atau tidak wujudnya hubungan dagang ini. Sekiranya tidak, Perdana Menteri harus menafikan kenyataan Menteri Perdagangan dan Industri Israel, Mischa Harish yang menyebut secara jelas dalam kata-kata aluan beliau untuk sebuah majalah promosi perdangangan Isreal, “The public declaration of the Malaysian Prime Minister and Minister of International Trade and Industrial that their country intends to pursue economic relations with Israel is another milestone in the development of trade this continent. “

Kenyataan Mischa Harish ini boleh mengguris hati bukan sahaja umat Islam Malaysia namun, keseluruhan rakyat yang mengutuk kekejaman tentera Zionis Israel terhadap rakyat awam Palestin beberapa tahun ini. Sudah pastilah, sebagai sebuah negara yang cintakan kedamaian, kita tidak mahu Negara Malaysia yang tercinta ini turut sama terheret sebagai antara sebuah Negara yang memberikan keuntungan kewangan kepada Negara Zionis Israel untuk membina peralatan senjata dan terus meratah tubuh anak kecil dan penduduk Palestin.



Apakah keengganan Menteri untuk menjawap soalan saya ini merupakan satu hipokrasi Kerajaan BN pimpinan UMNO? Mereka kerap menuduh Pakatan Rakyat sebagai agen zionis Israel namun pada hakikatnya, merekalah yang bersekongkol dengan Israel. Kita masih ingat mengenai APCO Worldwide. Inilah yang dikatakan sebelah tangan mereka seolah-olah simpati dengan nasib rakyat Palestin, sebelah tangan lagi mereka membantu menyegarkan ekonomi Israel.

Isu ini bukanlah satu isu kecil kerana ia turut melibatkan pandangan dunia terhadap Malaysia. Ketika ini, dunia menyelar kekejaman Israel terhadap Palestin. Malaysia turut merupakan sebuah Negara yang vocal dalam menyuarakan pandangan mengutuk kekejaman Israel dan Negara yang aktif menyalurkan sumbangan kemanusiaan kepada penduduk Palestin. Namun, kenyataan Mischa Harish dan pendedahan dokumen Kastam transaksi perdagangan dengan syarikat berpengkalan di Israel, apatah lagi dengan keengganan Menteri menjawap boleh mencacatkan pandangan dunia terhadap inisiatif Malaysia terhadap isu kemanusiaan di Semenanjung Gaza.

Atas rasa kebertanggungjawaban saya sebagai Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat dan perasaan keinsafan sebagai seorang insan terhadap kesengsaraan rakyat Palestin, maka, saya mendesak Perdana Menteri dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk memberikan penjelasan berhubung isu hubungan dagang Malaysia-Israel agar reputasi dan inisiatif Malaysia untuk memperjuangkan isu kemanusiaan di Semenanjung Gaza tidak dipandang serong oleh komuniti Antarabangsa.

Er Teck Hwa
Ahli Parlimen Bakri
01.11.2011

Kita Bising Peninju Israel Masuk Tetapi Diam Perihal Hubungan Dagang M'sia-Israel?






Ini gambar Menteri Umno dan dibelakng beliau berdiri seorang peninju Israel yang masuk ke negara ini melalui sempadan Malaysia - Thailand. Dikatakan peninju tersebut ditahan oleh Imegresen ketika cuba memasuki negara. Jelas Malaysia tidak membenarkan warga negara malaysia memasuki Israel dan begitu juga sebaliknya namun kerana campur tangan Menteri sendiri peninju tersebut kemudian dibenarkan masuk. Imegresen hanya akur arahan Menteri, membenarkan peninju itu masuk.

Memang benar kononya Malaysia menyokong perjuangan rakyat Palestin dengan memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel. Walaupun begitu ramai yang sudah maklum pemutusan hubungan diplomatik itu bersifat lemah dan longgar. Pernah didedahkan seorang warga negara Malaysia yang terdiri dari kerabat diraja pernah memasuki Israel atas urusan perniagaan. Malah Malaysia sendiri berapa banyak kali telah ditembusi oleh warga Israel atas nama persidangan dan sukan. walaupun putus hubungan diplomatik tetapi ia boleh disambung dalam keadaan tertentu berdasarkan kepentingan semasa. maka apa erti pemutusan hubungan diplomatik ini ?

Terbaru masuk seorang peninju dari Israel dan kali ini menjadi sedikit heboh kerana kononya peninju ini telah ditahan Imegresen tetapi kerana campur tangan menteri dia dibenarkan masuk. Menteri tersebut pula secara dangkal menyalahkan pula orang lain kononya tindakan dia halal hanya semata - mata acara sukan tersebut turut mendapat tajaan Kerajaan Selangor. Adakah kalau perkara salah tetapi turut dibuat PR maka ia menghalalkan tindakan salah tersebut turut dilakukan Barisan Nasional? Seperti hujah anak tahun 3 sekolah rendah sahaja. 

Kerajaan Selangor dalam respon mereka kemudian menyatakan dengan jelas tajaan diberikan kepada penganjur kerana penganjuran secara tidak lansung mempromosikan pelancongan Selangor dan penganjur tidak dimaklumkan kehadiran peninju Israel tersebut.

Namun bagi SAMM isu ini masih kecil dalam perihal menangani keganasan Israel. Tahukah kita semua bahawa Malaysia telah lama punya hubungan dagang dan membantu ekonomi Israel. Soalan ini telah dibangkitkan dalam parlimen minggu lepas oleh Ahli Parlimen Bakri. usaha beliau menuntut jawapan telah menyebabkan beliau dihalau dari dewan.







di atas ialah bukti jelas bergambar bahan - bahan rujukan berkaitan perdagangan Malaysia - Israel yang terdapat di perpustakaan MITI di Kuala Lumpur.
Malah dalam satu petikan ucapan pimpinan utama negara haram israel Micha Harish, Israel Minister of Industry & Trade dalam Israel-Asia Chamber of Commerce menulis pernah menulis kata-kata aluan yang dipetik dalam satu makalah promosi perdagangan Israel mengucapkan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia kerana sudi punya hubungan dagang membantu ekonomi Israel.

Dahulu sememangnya Malaysia ada satu undang – undang yang dipanggil Akta Larangan Perdagangan yang menghalang sebarang hubungan dagang lansung dan tidak lansung dengan dua buah negara iaitu Israel dan Afrika Selatan kerana dasar Apartheid.

Namun sebaik sahaja dasar Apartheid di Afrika Selatan ‘runtuh’ maka pada tahun 1994 dibawah kabinet Dr. Mahathir dasar kerajaan telah diubah dengan meluluskan pindaan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang bukan sahaja menarik balik sekatan larangan dagang dengan Afrika Selatan tetapi kesempatan diambil untuk jalin hubungan dagang dengan Israel.

Sejak itu Malaysia menjadi antara rakan dagang utama dan penyumbang kekuatan ekonomi kepada negara haram Israel ketika kebanyakan negara memboikot Israel.

Kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya organisasi yang memperjuangkan isu Palestin, tidakkah kita membuang masa mengumpul dana kecil atau baju terpakai untuk rakyat Palestin sedangkan regim penguasa sedang giat secara rasmi jalin hubungan dagang bantu ekonomi negara haram Israel.

Seluruh rakyat harus malu dengan hakikat ini, melawan Israel itu wajib khususnya bagi umat Islam. Tidak ada yang paling bangsat bagi satu – satu umat itu apabila kiblatnya dijajah. Maka bangkitlah, hanya satu cara sahaja jatuhkan BN regim pewaris penjajah penjaga legasi perang salib maka kita meletakkan negara ini dalam trek betul membantu perjuangan pembebasan Palestin khususnya Al Aqsa.

Kenyataan terbuka
che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
2 Nov 2011

Hang Jebat Sekat Monorel Kali Kedua !





Memang sudah menjadi resam Hang Jebat yang bangkit memberontak, sistem perkhidmatan monorel yang bernilai hampir RM16 juta sepanjang 1.6km telah berhenti hanya 20 meter setelah meninggalkan Stesen Hang Jebat di Melaka. 

Kejadian kira-kira jam 1.09 tengahari semalam menyebabkan 2 pelancong asing terperangkap selama 20 minit. Akhirnya pasangan pelancong dari Britain itu terpaksa diselamatkan oleh pihak bomba apabila sistem monorel berkenaan gagal dikendali semula.

Kejadian seumpama ini adalah kali kedua berlaku di stesen yang sama - Stesen Hang Jebat. Tahun lalu, seramai 20 penumpang turut terperangkap di dalam gerabak monorel berkenaan apabila ia terhenti secara tiba-tiba, beberapa jam setelah Monorel Melaka dilancarkan.

Jebat oh jebat, darah memberontak bersemai dalam nama Hang Jebat... Biarlah darah jebat ini dipunyai oleh anak muda negara ini, supaya ia boleh diselamatkan oleh 'kerajaan penjajah'...

Senarai Pemborosan Rosmah Bertambah Ketika Rakyat Bersusah Payah



Meskipun kontroversi cincin RM24 juta yang dikaitkan dengan Datin Seri Rosmah Mansor masih belum reda, pengkritik Datuk Seri Najib Razak kini menjadikan anak perempuan perdana menteri sebagai sasaran mereka.

NONEIni berikutan laporan berita yang dikatakan tersiar di The West Australian, yang  mendakwa anak gadis perdana menteri membelanjakan A$60,000 (RM195,000) semasa  membeli-belah di David Jones, antara gedung terbesar di Australia.

Bagaimanapun kesahihan berita itu belum disahkan, tetapi satu salinan keratan berita kecil tanpa tarikh dan logo akhbar berkenaan mula diedarkan di negara ini.

Namun ini tidak menghalang para penulis blog pembangkang dan akhbar web rasmi PKR, Keadilandaily memetik keratan itu dan menyiarkan laporan tersebut.

Selain itu, laporan bertajuk ‘Delegates go shopping and sightseeing’ atau 'Perwakilan membeli-belah dan bersiar-siar' juga dimuatkan di banyak laman Facebook.

Bekas ahli jawatankuasa pusat PKR Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard, menulis di blognya “ketika rakyat terus dibayah payah meneruskan kehidupan seharian keluarga pemimpin negara terus bermewah”.

Makin terhimpit

“Rakyat makin terhimpit dengan kos kehidupan yang makin menggila. Regim penguasa semakin gagal mengawal kenaikan harga barang dan perkhidmatan malah dalam pada masa yang sama pelbagai cukai diperkenalkan terus menjerut rakyat. Rasuah dan pemborosan semakin menggila.

azlan“Masih tidak mampu menjawab isu cincin RM 24.45 juta yang terkait dengan Rosmah Mansor kini muncul pula anaknya dengan imej begitu juga,” tulisnya.

Anak gadis yang tidak dinamakan dalam laporan itu didakwa bersama ibu bapanya yang menghadiri Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) yang diadakan di Perth, Australia Barat.

Keadilandaily yang juga memetik keratan akhbar itu melaporkan, turut bersama rombongan perdana menteri dan isteri serta anak gadisnya itu adalah Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D'Cruz, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim dan presiden PPP Datuk M Kayveas.

Portal pembangkang itu juga mendakwa bahawa peniaga membuat keuntungan yang besar apabila seorang wanita pertama yang tidak dinamakan membelanjakan A$150,000 (RM487,000) membeli mutiara Australia Barat, manakala 'anak gadis Najib' membelanjakan A$60,000.

Ia memetik pengarah negeri bagi CHOGM Richard Muirhead sebagai berkata bahawa aktiviti masa lapang dan ekspedisi membeli-belah berkenaan diatur untuk perwakilan asing di luar jadual mesyuarat CHOGM yang ketat itu.


EDYES wrote:


Senarai Keborosan Imelda Rosmah dan suaminya sebelum ini, antaranya ialah :-

  • Lawatan Rasmi Rosmah ke luar negeri 2008-2011 - RM17 juta
  • Kos selenggara rumah rasmi Seri Perdana - RM49 juta
  • Bil elektrik dan air kediaman rasmi - RM10 juta setahun
  • Peruntukan Program Permata Negara - Rosmah - RM111 juta dan kemudian minta lagi baget tambahan dipertengahan tahun
  • Penginapan Rosmah di Hotel Atlantis, Dubai - RM140,000 satu malam
  • Beg tangan Rosmah berjenama 'Hermezz Matte' - RM361,259.99
  • Cincin berlian - RM24.45 juta
  • Penganjuran Persidangan Wanita Pertama dunia yang dihadiri 14 wanita pertama majoritinya dari Afrika - RM4.5 juta
  • Gelang tangan - RM1.65 juta
  • kos penyewaan sebuah pesawat Airbus A319 RM 9.1 j (pesawat ini digunakan untuk terbangkan pemimpin tertinggi Negara antaranya digunakan sewaktu percutian Rosmah  dan najib ke  Perth, Australia pada Hari Kemerdekaan 2011
Hampir semua jawapan ini hasil dari jawapan yang terkandung dalam hansard parlimen Malaysia. Sekarang terpulang kepada rakyat untuk membuat keputusan.

Dan sekarang yang terbaru ialah;
  •  Membelanjakan A$150,000 (RM487,000) membeli mutiara Australia Barat
  •  Anaknya menghabiskan A$60,000 (RM195,000) semasa  membeli-belah di David Jones, antara gedung terbesar di Australia.

Tuesday, November 1, 2011

Ahli Parlimen Pakatan Dihalau Bila Bongkar Dagangan Malaysia-Israel !!




Kenyataan Terbuka

1 November 2011

Pengusiran Ahli Parlimen Bakri Bukti Negara Ini Munafik Dalam Isu Perjuangan Palestin

Sebenarnya kita harus bertanya pada diri kita semua bagaimana negara kecil seperti negara haram Israel boleh masih bertahan walaupun ramai membencinya. Jawapanya mudah, ini semua kerana ada banyak negara khususnya negara pimpinan umat Islam yang munafik yang masih memberikan sokongan khususnya dengan membuat hubungan dagang secara lansung dan tidak lansung bagi memastikan negara haram ini terus mampu bertahan.

Isu ini che'GuBard dan Solidariti Anak Muda Malaysia telah bangkitkan sejak dua tahun kebelakangan ini secara konsisten. Pada 1 Ogos 2011 yang lepas sempena tibanya Ramadhan, SAMM sekali lagi telah menegaskan perkara ini dalam satu kenyataan rasminya. Klik sini untuk membaca.

Diperjelaskan secara agak terperinci bagaimana rapatnya Malaysia dan Israel menjalin hubungan dagang. Dalam siri - siri rapat umum che'GuBard acap kali juga mendedahkan set-set borang kastam yang membuktikan secara khusus wujud dagangan yang mana Malaysia membantu ekonomi Israel.

Akhirnya usaha konsisten SAMM dalam isu ini telah dibangkitkan dalam parlimen Malaysia oleh ahli Parlimen Bakri - DAP, dalam membahaskan belanjawan 2011.

Berikut merupakan petikan ucapan YB Er Teck Hwa, Ahli Parlimen Bakri semasa membahaskan Belanjawan 2012 Peringkat Dasar pada sessi Dewan Rakyat bertarikh 17 Oktober 2011. Diekstrak dari Penyata Rasmi Dewan Rakyat yang dimuat turun dari laman web rasmi Parlimen Malaysia.

Soalan beliau mudah saja, benarkah kenyataan ini? Kalau tak benar, PM harus nafikan kenyataan Mischa Harish.
"Seterusnya, saya hendak bangkitkan lagi satu isu iaitu Profesor Dr. Syeikh Yusuf Al-Qardhawi dalam khutbah Jumaat bertarikh 12 April 2002 seperti disiarkan di dalam fatwa, hakam dan...‘muhadaroh’ telah menyeru umat Islam dan negara Islam untuk memboikot semua produk dan membatalkan hubungan dagangan dengan Israel. Beliau menegaskan bahawa perbuatan mengadakan hubungan dagangan dengan Israel adalah tergolong dalam dosa-dosa besar dan kerajaan adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan dasar tersebut.

Malaysia sebuah negara yang kononnya tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel. Itulah persepsi yang cuba diwujudkan kononnya kerajaan Barisan Nasional ini membentuk polisi anti-Israel dan pro Palestin. Akan tetapi sedar atau tidak kita sebenarnya mempunyai hubungan dagangan secara langsung dan tidak langsung dengan Israel dan ini merupakan pengkhianatan terhadap polisi negara ini. Malah, ia seperti menipu dunia dan rakyat Malaysia berkaitan hal ini. Sebelah tangan kita anti-Israel tetapi sebelah tangan lagi kita membantu ekonominya.

Berdasarkan satu artikel dalam laman web anakmudamalaysia.com, Solidariti Anak Muda Malaysia telah menyatakan secara jelas bahawa, Dalam satu sesi pemerintahan ini memunculkan imej anti-Israel dan pro Palestin. Malah pemerintah ini pula me’wajah’kan lawan politik dalam negara sebagai agen Yahudi dan Israel dalam pelbagai imej seolah-olah anti Islam. Namun dalam wajah yang lain, Malaysia ialah antara negara umat Islam yang dipimpin oleh pemimpin Islam telah menjadi rakan dagang penyumbang kepada ekonomi Israel. Beberapa bukti seperti borang kastam yang membuktikan bahawa Malaysia merupakan rakan dagang yang memastikan ekonomi Israel terus segar dan terus berupaya membeli senjata untuk membunuh umat Islam Palestin turut telah didedahkan kepada umum.

Dahulu sememangnya Malaysia mempunyai satu undang-undang yang dipanggil Akta Larangan Perdagangan yang menghalang sebarang hubungan dagang secara langsung dan tidak langsung dengan dua buah negara iaitu Israel dan Afrika Selatan kerana dasar Apartheid. Namun sebaik sahaja dasar Apartheid di Afrika Selatan runtuh maka pada tahun 1994 di bawah Kabinet Tun Mahathir dasar kerajaan telah diubah dengan meluluskan pindaan Akta Larangan Import (Pindaan Bil.7) yang bukan sahaja menarik balik sekatan larangan dagangan dengan Afrika Selatan. Akan tetapi kesempatan diambil untuk menjalinkan hubungan dagangan dengan Israel. Sejak daripada itu Malaysia menjadi antara rakan dagangan utama dan penyumbang kekuatan ekonomi kepada negara haram Israel ketika kebanyakan negara memboikot Israel.

Di perpustakaan Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Antarabangsa dengan jelas terdapat banyak bahan-bahan mempromosi produk Israel seperti majalah Israel-Asia Trade, Israel Review, buku Advantage Israel, Trade Policies Review Israel, Advance Technology From Israel, Opportunity Israel, The Economics of Israel, Douanes (iaitu buku kod tarif perdagangan Israel) dan beberapa lagi.

Micha Harish, Israel Minister of Industry and Trade, Israel-Asia Chamber of Commerce pernah menulis kata-kata aluan yang dipetik dalam satu majalah promosi perdagangan Israel seperti berikut dengan izin, “The public declaration of the Malaysian Prime Minister and Minister of International Trade and Industrial that their country intends to pursue economic relations with Israel is another milestone in the development of trade this continent. “

Micha Harish menggambarkan bahawa Perdana Menteri Malaysia telah menyatakan hasrat dengan kementeriannya, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri bahawa Malaysia ingin mewujudkan hubungan ekonomi dengan negara Israel. Benarkah kenyataan ini? Sekiranya tidak benar Perdana Menteri harus menafikan kenyataan Micha Harish ini. Sekian terima kasih."
Persoalan hubungan dagang inilah yang menyebabkan YB Er Teck Hwa diarah keluar oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia apabila YB Er Teck Hwa terus meminta penjelasan dan jawapan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Dato' Seri Mustapha Mohamed yang enggan menjawap persoalan ini ketika berucap dalam Dewan Rakyat semalam.

Dimaklumkan Speaker telah mengarahkan bentara secara fizikal menarik dan menolak Er Teck Hwa keluar dari dewan kerana ketegasan beliau menuntut respon dari Menteri yang bertanggungjawab.

Kejadian semalam seharusnya diangkat dalam media dan menjadi catatan sejarah penting dimana membuktikan betapa munafiknya negara ini. Dalam satu wajah kita mengajak rakyat bersimpati terhadap perjuangan dan penderitaan Palestin tetapi dalam satu wajah yang lain kita membantu ekonomi negara haram Israel.

Satu lagi rekod yang perlu ditandakan hari ini ialah perjuangan pembebasan Palestin ini sudah melangkaui agama dan bangsa. Er Teck Hwa bukan Islam bangkit perkara ini dalam dewan malangnya mana suara ahli parlimen Islam lain khususnya dari Umno ? Mujur ada seorang lagi rakanya, ahli Parlimen Segambut yang juga berkeras dalam isu ini yang juga akhirnya dihalau keluar dewan.

Kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya organisasi yang memperjuangkan isu Palestin, sudahlah membuang masa mengumpul dana kecil atau baju terpakai untuk rakyat Palestin sedangkan regim penguasa sedang giat secara rasmi jalin hubungan dagang bantu ekonomi negara haram Israel.

Seluruh rakyat harus malu dengan hakikat ini, melawan Israel itu wajib khususnya bagi umat Islam. Tidak ada yang paling bangsat bagi satu - satu umat itu apabila kiblatnya dijajah. Maka bangkitlah, hanya satu cara sahaja jatuhkan Bn regim pewaris penjajah penjaga legasi perang salib maka kita meletakkan negara ini dalam trek betul membantu perjuangan pembebasan Palestin khususnya Al Aqsa.


che'GuBard
Ketua Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia(SAMM)
www.anakmudamalaysia.com

SAMM Pastikan Pindaan Akta Pekerja Bakal Berdepan Piket di Seluruh Negara


Kenyataan Terbuka
Solidariti Anak Muda Malaysia(SAMM)
31 Okt 2011

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini menyatakan sokongan dan akan turut bersama Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang akan berpiket di seluruh negara pada 3 Nov untuk membantah pindaan Akta Pekerjaan yang diluluskan Dewan Rakyat yang lalu.


Memetik kenyataan MTUC kepada Malaysian Insider, mereka menegaskan bahawa pihaknya tidak menentang pindaan Akta Kerja 1955 jika membawa kebaikan tetapi membangkang elemen yang boleh menghakis perlindungan terhadap pekerja. Antara yang ditentang adalah mengenai pentakrifan subkontraktor untuk tenaga kerja kepada kontraktor bagi tenaga kerja di bawah Seksyen 2 Akta Kerja 1955. 

SAMM melihat perkara ini serius memandangkan pindaan ini akan menghapuskan sistem perlindungan, yang secara langsung akan menjadikan sistem 'hamba' zaman sebelum negara merdeka. Kita menentang sistem kontraktor tenaga buruh pihak ketiga kerana kesannya akan menjadikan soal kebajikan pekerja dan kedudukan kesatuan sekerja tidak diendahkan.

Kesan jangka panjang pula adalah menjadikan jurang pendapatan semakin meningkat dan tekanan ke atas hak-hak pekerja yang boleh menyebabkan kesan buruk ke atas sistem ekonomi, sosial dan politik di negara ini. Kontraktor tenaga buruh juga akan memperolehi keuntungan berlipat-ganda berbanding apa yang bakal diperolehi oleh pekerja kontrak di bawah jagaannya. 

Seharusnya sesebuah syarikat / perniagaan perlu menggaji seseorang pekerja secara langsung dan bukan menerusi kontraktor yang merupakan pihak ketiga. Tiada alasan rasional yang membolehkan kontraktor menggaji seseorang pekerja dan kemudian dibekalkan untuk tujuan-tujuan komersial. Dengan peruntukan membenarkan sistem kontroktor bagi tenaga kerja, sesebuah organisasi atau syarikat pengeluar perkhidmatan dan barangan tidak perlu mengambil berat tentang soal pengurusan pekerja masing-masing. 

Pekerja-pekerja akan berhadapan dengan situasi yang sukar untuk menuntut hak ke atas kejayaan yang seharusnya mereka terima dan kesan paling buruk ialah tahap pendapatan akan ditekan dan kualiti kehidupan pekerja akan dihakis oleh kumpulan kapitalis ini. 

Sesungguhnya dengan bacaan rang undang-undang (RUU) pindaan akta seperti ini, rakyat Malaysia khususnya golongan pekerja akan dilayan seperti kuli sepenuhnya setaraf buruh asing malah mungkin lebih rendah tarafnya. Juga dikhuatiri melibatkan soal implikasi terhadap pekerja yang diberhentikan secara VSS tetapi tidak diwajibkan dihulur sebarang pampasan.

Demi rakyat yang sudah terhimpit lagi dihempuk dengan akta pekerjaan yang menyebelahi konglomerat dan syarikat-syarikat besar yang telah mengaut keuntungan berlipat ganda dari bumi Malaysia, kami SAMM menyeru agar semua golongan pekerja terutamanya anak muda untuk turut sama berpiket di seluruh negara pada tanggal 3 November 2011. Untuk masa depan karier pekerjaan, ayuh bangkit menyertai demo yang akan diadakan di venue 'hotspot' setiap negeri.



Mengimbas kembali sambutan Hari Hartal ke 64 beberapa hari lalu, regim seharusnya mengambil iktibar atau menghadapi Hari Hartal versi melenium jika regim masih tidak mengendahkan nasib golongan pekerja ini. 


SAMM mengecam Kementerian Sumber Manusia yang bergantung kepada rujukan pihak-pihak tertentu tanpa menangani isu semasa dengan mendengar suara yang membangkang perkara tersebut. Sebagai penggerak anak muda radikal, SAMM sentiasa menjadi frontline kepada sejumlah 11juta golongan pekerja tanpa membenarkan golongan sederhana ini terus dipijak kerajaan pemerintah. 

Yaser Sh.Abd.Rahman
Penyelaras Segmetasi Golongan Pekerja
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
www.anakmudamalaysia.com