Tuesday, August 24, 2010

Beranikah Kita Pijak Bendera Indon ??

JAKARTA 23 Ogos – Tunjuk perasaan membantah penahanan tiga anggota penguat kuasa Indonesia oleh polis Malaysia yang diadakan di depan Kedutaan Besar Malaysia di sini kecoh.

Tunjuk perasaan yang disertai oleh anggota daripada Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) itu bermula dengan orang ramai membawa sepanduk mengecam Malaysia kerana menangkap anggota penguat kuasa negara berkenaan yang sedang menahan nelayan Malaysia yang menceroboh perairan Indonesia dekat Pulau Bintan.

Bagaimanapun suasana menjadi kecoh apabila penunjuk perasaan membawa lima bungkus najis manusia dan mahu dilempar ke dalam Kedutaan Malaysia.

Para penunjuk perasaan sempat memijak bendera Malaysia dan melepar sebungkus najis ke dalam kawasan kedutaan Malaysia dan ke atas Jalur Gemilang yang dibentang di atas tanah, apabila polis berpakaian biasa menangkap tiga penunjuk perasaan terbabit. - utusan


Mana PERKASA ? Adakah sekadar jaguh kampung atau jaguh melayu ??

Di manakah kredebiliti kerajaan apabila hanya membiarkan kedutaan negara dilontar najis, dan bendera Malaysia di pijak-pijak!

Mari kita imbas kembali apakah punca yang menyebabkan mereka merusuh. Di manakah sebenarnya kejadian tangkapan penguatkuasa indon itu ditanggap, adakah di perairan Malaysia atau di perairan indon ? Apakah rasionalnya polis marin menangkap 3 penguatkuasa tersebut? Bukankah ini namanya mencari pasal ??

Di manakah Zahid Hamidi ? Adakah sibuk untuk belajar bahasa arab bagi mentafsir doa dalam khutbah ??

Di manakah Chua Soi Lek ? Di manakah Sami Vellu ? Di manakah Karpal Singh ? Di manakah Guan Eng? Di Manakah Anwar Ibrahim ? Apabila maruah negara ini di telapak kaki mereka, adakah ia tidak langsung dipertahankan pemimpin-pemimpin di atas?

Saya lebih menyalahkan pemimpin pemerintah kerana masalah ini tidak diselesai dengan bijak, mungkin hanya selepas kedutaan dan bendera kita dicemar barulah terhegeh-hegeh buat pembetulan. Namun begitu, itu bukan bermakna kepimpinan Pakatan Rakyat juga harus berdiam diri membiarkan maruah negara dicemar !

Apa nak jadi dengan negara kita nie? Hari nak merdeka, patutnya bendera berkibar! Tetapi yang berlaku ialah, bendera kebanggaan kita dipijak-pijak oleh indon lahanat.

Saya berkata benar, saya tidak menyuruh semua orang pijak bendera indon! Tapi saya nak tanya, berani ke pijak bendera indon ? Pemuda, sila jawab!!

sumber : utusan

PS: Untuk dua minggu ini, saya tidak punya masa yang lumayan untuk berbicara lebih panjang dalam blog ini. Jadi tiada artikel panjang dari edyes untuk seketika waktu. Hanya selingan dan ulasan sahaja dapat dipaparkan.

Monday, August 23, 2010

Senjata Mereka Sudah Semakin Tumpul! Rakyat Celik dan Bijak !!

Politik perkauman sempit dan laungan bersifat rasis kini telah menjadi bahan ugutan dan senjata untuk meraih sokongan oleh pimpinan BN dikala terdesak, seolah-olah rakyat dengan begitu senang boleh dipengaruhi pada zaman langit terbuka ini.

Semua lapisan rakyat dalam negara kita agar dapat bertenang dan menilai dengan adil akan tiupan... api perkauman yang saban hari semakin menebal oleh pimpinan UMNO dan BN. - Tuan Guru Hadi Awang


Saya tidak punya masa yang lumayan untuk ulas berkenaan isu perkauman yang semakin dicanang, semakin tidak mendapat sambutan oleh semua golongan masyarakat di negara ini.

Janganlah sesekali kita meletakkan diri ini terdedah kepada api perkauman yang dipupuk oleh mereka, hanya kerana semangat assobiyah yang tidak membawa faedah. Mari kita tinggalkan segala sentimen perkauman itu nun jauh di dasar Jurang Mariana. Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, semua boleh hidup dengan adil di muka bumi Malaysia.

Sesungguhnya, Islam tidak pernah mengajar umatnya untuk bermusuhan antara kaum demi sebuah pemerintahan.

No Wonder Lah...


Tengok pada lambang, tengok pada warna... No wonder lah diorang sokong BN...

Sunday, August 22, 2010

Tolong Bagi Tahu, Apa Yang Pelik Dalam Ini Gambar ?


Adakah anda nampak apa yang saya nampak ??

Ada dua keping gambar lagi yang menunjukkan betapa dungunya 'mereka' dalam entri sahabat di sini, harap pengunjung jangan tengok gambar sahaja tetapi menghayati isinya sekali. Dua keping gambar yang saya maksudkan mungkin pernah dilihat merata-rata dalam blogosfera sepanjang minggu ini.

Sumber gambar di atas telah didermakan oleh seseorang.

salam sahur...

Saturday, August 21, 2010

Kenapa Jalur Gemilang Tidak Berkibar di Kenderaan Anda ?


Buletin Utama hari ini memaparkan sebuah berita yang memujuk rakyat Malaysia mengibarkan Jalur Gemilang. Berita tersebut menggambarkan walaupun hanya tinggal 10 hari menjelang kemerdekaan, tiada kenderaan yang mengibarkan Jalur Gemilang melainkan teksi, dan tidak banyak bendera Malaysia yang kelihatan di bangunan-bangunan seluruh negara melainkan bangunan agensi kerajaan dan syarikat GLC.

Apakah faktor yang menyebabkan semangat untuk mengibarkan Jalur Gemilang di kalangan rakyat semakin pudar ?

Semangat nasional dan cintakan negara itu seharusnya menebal pada setiap rakyat Malaysia. Namun apa yang berlaku ialah, kerajaan yang dipimpin Barisan Nasional tidak lagi mempunyai 'aura' untuk membentuk jatidiri yang cintakan negara. Apalah gunanya jika kita cintakan negara melalui kerajaan yang ada, tetapi kasih sayang rakyat itu dibalas dengan pemerintahan yang penuh cacat-cela.

Kerajaan hari ini tidak lagi dilihat popular untuk diraikan. Itulah jawapan secara keseluruhan. Faktor seterusnya ialah, kerajaan tidak mengotakan janji berbentuk slogan mendahulukan rakyat apabila banyak isu-isu yang mengguris hati dan perasaan rakyat. Ianya termasuklah isu judi bola, saman ekor, cubaan untuk mencetus ketegangan kaum, kenaikkan harga petrol dan gula, dan berbagai lagi isu yang tidak sempat disebut di sini.

Rakyat sudah jelak dengan kerajaan Malaysia di bawah pimpinan pemimpin yang ada sekarang. Maka sebagai tanda protes, semangat untuk mengibarkan Jalur Gemilang sudah luntur melainkan negara benar-benar 'perform' di atas landasan yang betul demi memastikan keperluan rakyat kebanyakkan itu diberi perhatian.

Jangankan bendera itu dijual murah, malah jika diberi percuma sekalipun, ia sekadar muat-muat untuk diletakkan dalam 'dashboard'.

Saya percaya, semangat cintakan negara itu tetap tinggi di setiap kalangan rakyat Malaysia, namun mereka tidak menunjukkanya secara terus dan terang. fikir-fikirkanlah sebabnya kerana anda juga berkelakuan sama.

Friday, August 20, 2010

Korang Berani Ke Isi Minyak RON95 ??


20/08/2010 MARANG: Dua beranak terbunuh apabila kereta yang mereka naiki meletup dan terbakar selepas bertembung dengan sebuah kereta dari arah bertentangan di Kilometer 50.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Pasir Putih, Jambu Bongkok, pagi tadi.

Asal berlanggar jer, terbakar... Asal bertembung jer, terbakar...

Mungkin kalau kebakaran atau letupan tidak berlaku, maka nyawa dapat diselamatkan ? Saya kata mungkin...

Mungkin kalau petrol yang digunakan jenis RON yang lebih selamat, maka dentuman tidak berakhir dengan letupan ataupun kebakaran ? Saya juga kata mungkin...

Hanya kerana perbezaan 25sen seliter, sanggupkah anda mempertaruhkan enjin kenderaan anda? Hanya kerana perbezaan RM5 untuk isian 20liter RON95 berbanding RON97, sanggupkah anda membenarkan risiko letupan dan kebakaran kereta itu berlaku apabila kenderaan anda mendentum tiang lampu?

Banyak kemungkinan yang bermain di fikiran, sekiranya ada pakar-pakar automotif atau pakar-pakar hidrocarbon petrolium singgah di sini, sila beri pandangan... Saya difahamkan cara pembakaran RON95 tidak begitu selamat berbanding RON97.

Pengguna RON95 tegar juga boleh kongsi pengalaman penggunaan minyak tersebut di ruangan komen, dan saya harap komen-komen yang diberikan adalah ikhlas dan benar.

Banyak kebarangkalian bermain di fikiran, tetapi yang pasti - Say No to RON95 !!

Entri Sekuel - Status Sebenar Ustaz Kazim

Salam semua,

Entri sebelum ini yang saya sangkakan suam-sejuk, kini dah jadi sangat panas bila didedahkan siapa sebenarnya Ustaz Kazim Alias. Tak kenal maka tak cinta, dah kenal baru tahu siapa al-buaya. Sila ke entri sebelumnya di sini.

Bila difikirkan kembali, memang ustaz Kazim lebih banyak berlawak dalam ceramahnya dan saya beranggapan itu adalah satu pendekatan saikologi supaya audience boleh dengar, ingat (dan melaksanakan ibadah) dengan lebih mudah. Ia pasti menarik minat dan juga perhatian kepada sesiapa yg mendengarnya.

Selingan dalam ceramah agama asalkan tidak melampau, pasti boleh diterima. tetapi jika sebaliknya, adalah lebih baik aduan dilakukan kepada badan yang bertanggungjawab.

Berkenaan maklumat yang didedahkan oleh abang saya di blogosfera ManjungMari, Ustaz Kazim adalah adik kepada Kapten (B) Najmudin Alhafiz ADUN Batu Kurau merangkap penasihat agama MB Zambri, manakala ada seorang lagi adik kepada Ustaz Kazim adalah SU UMNO bahagian Larut. Pada saya, ia sedikit sebanyak menggambarkan begitu pekatnya darah UMNO yang terkandung dalam jasadnya, tetapi samada terkandung pada rohaninya tidaklah diketahui.

Marilah kita mengambil sedikit contoh yang wujud dalam Parlimen negara kita sendiri, di mana seorang abang menjadi ahli parlimen di pihak pemerintah zalim, manakala si adiknya pula juga ahli parlimen tetapi tegak beristiqomah berjuang di atas jalan Allah.

Justeru, saya ingin bersikap tidak prejudis dan berdoa kepada Allah supaya ustaz Kazim atau siapa sahaja pendakwah / penceramah agama mengiktiraf PAS sebagai wadah yang paling berkesan untuk melaksanakan sebuah negara Islam seperti yang dituntut.

Sesungguhnya, adalah satu kerugian bagi mereka yang punya ilmu agama yang tinggi tetapi menyalahgunakannya untuk kepentingan peribadi, apatah lagi bersekongkol dengan pemerintah yang zalim.

Thursday, August 19, 2010

Inilah Pengganti Ustaz Ismail Kamus !

Salam hormat,

Saya mula mengenali penceramah ini sejak dari tahun lepas. Selalu kedengaran ceramah beliau ketika berniaga di pasar malam kerana penjual vcd acap kali memutarkan vcd penceramah yang sama setiap minggu. Penceramah yang saya maksudkan ialah adalah Ustaz Kazim Alias.

Lenggok ceramah Ustaz Kazim saling tak tumpah seperti penceramah yang paling saya minati iaitu Ustaz Ismail Kamus. Mengikut sefahaman saya, sebelum Ustaz Ismail Kamus menjadi ADUN Gombak-Setia, beliau kerap berceramah tetapi bukan atas tajuk politik, hanya sesekali menyelitkan sedikit-sebanyak kepincangan kerajaan pimpinan Tun Mahathir pada waktu itu.

Kini lahir seorang penceramah baru yang jauh lebih muda. Saya tidak tahu apakah Ustaz Kazim berhaluan kiri atau kanan. Tetapi dalam klip video ceramah di atas, beliau telah sedikit menyindir pada minit ke 5.30.

Diharapkan cara ceramah beliau yang bersahaja dan penuh humoristik ini memberi banyak kelebihan dan kesedaran kepada pendengar terutamanya dari sudut 'saikologikal terbalik'. Dan diharapkan juga agar Ustaz Kazim akan diberikan peluang menjadi calon bagi parti PAS, kerana ia pasti memberi kelebihan kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

Tuesday, August 17, 2010