Tuesday, August 24, 2010

Beranikah Kita Pijak Bendera Indon ??

JAKARTA 23 Ogos – Tunjuk perasaan membantah penahanan tiga anggota penguat kuasa Indonesia oleh polis Malaysia yang diadakan di depan Kedutaan Besar Malaysia di sini kecoh.

Tunjuk perasaan yang disertai oleh anggota daripada Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) itu bermula dengan orang ramai membawa sepanduk mengecam Malaysia kerana menangkap anggota penguat kuasa negara berkenaan yang sedang menahan nelayan Malaysia yang menceroboh perairan Indonesia dekat Pulau Bintan.

Bagaimanapun suasana menjadi kecoh apabila penunjuk perasaan membawa lima bungkus najis manusia dan mahu dilempar ke dalam Kedutaan Malaysia.

Para penunjuk perasaan sempat memijak bendera Malaysia dan melepar sebungkus najis ke dalam kawasan kedutaan Malaysia dan ke atas Jalur Gemilang yang dibentang di atas tanah, apabila polis berpakaian biasa menangkap tiga penunjuk perasaan terbabit. - utusan


Mana PERKASA ? Adakah sekadar jaguh kampung atau jaguh melayu ??

Di manakah kredebiliti kerajaan apabila hanya membiarkan kedutaan negara dilontar najis, dan bendera Malaysia di pijak-pijak!

Mari kita imbas kembali apakah punca yang menyebabkan mereka merusuh. Di manakah sebenarnya kejadian tangkapan penguatkuasa indon itu ditanggap, adakah di perairan Malaysia atau di perairan indon ? Apakah rasionalnya polis marin menangkap 3 penguatkuasa tersebut? Bukankah ini namanya mencari pasal ??

Di manakah Zahid Hamidi ? Adakah sibuk untuk belajar bahasa arab bagi mentafsir doa dalam khutbah ??

Di manakah Chua Soi Lek ? Di manakah Sami Vellu ? Di manakah Karpal Singh ? Di manakah Guan Eng? Di Manakah Anwar Ibrahim ? Apabila maruah negara ini di telapak kaki mereka, adakah ia tidak langsung dipertahankan pemimpin-pemimpin di atas?

Saya lebih menyalahkan pemimpin pemerintah kerana masalah ini tidak diselesai dengan bijak, mungkin hanya selepas kedutaan dan bendera kita dicemar barulah terhegeh-hegeh buat pembetulan. Namun begitu, itu bukan bermakna kepimpinan Pakatan Rakyat juga harus berdiam diri membiarkan maruah negara dicemar !

Apa nak jadi dengan negara kita nie? Hari nak merdeka, patutnya bendera berkibar! Tetapi yang berlaku ialah, bendera kebanggaan kita dipijak-pijak oleh indon lahanat.

Saya berkata benar, saya tidak menyuruh semua orang pijak bendera indon! Tapi saya nak tanya, berani ke pijak bendera indon ? Pemuda, sila jawab!!

sumber : utusan

PS: Untuk dua minggu ini, saya tidak punya masa yang lumayan untuk berbicara lebih panjang dalam blog ini. Jadi tiada artikel panjang dari edyes untuk seketika waktu. Hanya selingan dan ulasan sahaja dapat dipaparkan.

No comments: