Thursday, April 9, 2009

KJ Tiada Dalam Senarai !!

Adoiyai... kenapa tak taruk KJ jadi menteri pelajaran ke, menteri belia dan sukan ke??

Timbalan menteri pun KJ tidak dilantik... Ini semua mesti kerja Mahathir. Tak best lah kalau KJ takde dalam senarai... berkurang jugak modal untuk pakatan.

Maka hari ini, kita dapat melihat seorang ketua sayap parti UMNO tidak memegang apa-apa portfolio. Ketua Pemuda tanpa jawatan menteri... hehehe

Lialibiliti sungguh....


[LATTEST UPDATE]

Berikut senarai barisan anggota kabinet Datuk Seri Najib Razak

Timbalan perdana menteri

Tan Sri Muhyiddin Yassin -

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Tan Sri Koh Tsu Koon - perpaduan dan prestasi

Datuk Seri Nazri Abdul Aziz - Parliamen

Mej (B) Jamil Khir Baharum - hal-ehwal agama

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Unit Perancangan Ekonomi (EPU)

Kewangan

(1) Datuk Seri Najib Abdul Razak

(2) Datuk Ahmad Husni Hanadzlah

Pelajaran

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Pengangkutan

Datuk Seri Ong Tee Keat

Dalam negeri

Datuk Seri Hishammuddin Hussein

Penerangan, komunikasi dan kebudayaan

Datuk Seri Dr Rais Yatim

Tenaga, teknologi hijau dan air

Peter Chin

Pembangunan luar bandar, wilayah

Datuk Seri Shafie Apdal

Pengajian tinggi

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

Perdagangan antarabangsa dan industri

Datuk Mustapa Mohamed

Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan)

Pelancongan

Ng Yen Yen

Pertanian dan perniagaan asas tani

Datuk Noh Omar
Datuk Johari Baharom (timbalan)

Pertahanan

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

Kerja raya

Datuk Shaziman Mansur

Kesihatan

Liow Tiong Lai

Belia dan sukan

Ahmad Shabery Cheek
Razali Ibrahim (timbalan)

Pembangunan sumber manusia

S Subramaniam

Perumahan dan kerajaan tempatan

Kong Cho Ha

Wanita, keluarga dan masyarakat

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil

Luar

Anifah Aman

Wilayah persekutuan

Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

(dipetik dari mkini)


Semua ketua sayap parti dilantik menjadi menteri kecuali.... sipolan



Hishamuddin Menteri Dalam Negeri, Mukhriz Timbalan Menteri...

Hishamuddin Menteri Dalam Negeri, Mukhriz Timbalan Menteri...

Saya nak tunggu nama KJ...

Tolong lah biar KJ jadi menteri penuh, lagi senang UMNO terlingkup...



Klik Sini untuk update terkini

Wednesday, April 8, 2009

Saf Najib tidak direstui RAKYAT !

Lengkap sudah teori RAHMAN oleh perlantikkan Najib sebagai PM ke 6, maka lengkap jugalah petanda awal dan akhir yang menunjukkan UMNO dan Barisan Nasional telah ditolak rakyat. Tiada harapan lagi untuk UMNO dan BN bangkit.

Najib tidak direstui oleh rakyat terutamanya di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Saf kepimpinan baru UMNO telah ditolak dan tidak langsung diberi peluang selayaknya. Keputusan pilihanraya di dua bukit nan sebatang membuktikan bahawa walaupun tampuk pemerintahan bertukar tangan, walaupun UMNO tampil dengan saf berani berubah yang baru, UMNO tetap kalah bersama majoriti yang mendadak naik.

Tajuk berita utusan hari ini juga menunjukkan UMNO tak mahu kalah dengan tajuk "BN1 PKR1 PAS1" kononya masing-masing mendapat satu sedangkan semua rakyat Malaysia membacanya "BN1 PR2". Sikap sindrom denial tidak pernah pudar di dalam jiwa UMNO, sikap tak mahu kalah inilah yang bakal merebahkan sebuah parti pemerintahan yang bertahta 50 tahun lamanya.

Kita berharap agar UMNO meneruskan sikap ini dan menganggap mereka tidak kalah sepenuhnya di Bukit Gantang. Peratusan undi yang kurang menjadi punca kekalahan UMNO seperti di Kuala Terengganu. Mungkin sekiranya semua pengundi mengundi, BN akan menang di mana-mana pilihanraya kecil mahupun besar sekalipun.

Alangkah bagusnya jika UMNO masih tidak sedar bahawa mereka masih tidak dimaafkan oleh rakyat ekoran pemerintahan korupsi yang menekan rakyat kebanyakkan dan mengkayakan segelintir kroni. Baguslah jika ini tidak disedari mereka, dan baiknya jika trend sedemikian berlanjutan hingga ke jendela PRU13.

Pakatan Rakyat semakin menjadi pilihan, Pakatan Rakyat kini polular untuk disokong. PKR, PAS dan DAP menjadi wadah bagi memperjuangkan hak sebagai rakyat daripada sebuah kerajaan yang mengamalkan dasar ikut-suka-hati-asalkan-kekal-memerintah.

Arakian berbondong-bondong sokongan terhadap Pakatan Rakyat menjadi trend dan ikutan, pemahaman rakyat terhadap perlunya kerajaan pusat bertukar tangan begitu memberangsangkan. Semua tahu BN dan UMNO itu menipu rakyat dengan pelbagai helah. Oleh demikian, pertukaran kerajaan pusat bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan sekarang ini. Menjelang PRU13, Pakatan Rakyat semakin selesa dan seharusnya lebih fokus dan berhati-hati untuk bertahan dan mempertahankan kepercayaan rakyat.

Jika kerajaan yang ada pada hari ini adalah kerajaan yang prihatin, sudah tentu mereka akan menang di PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kini BN dalam ketakutan. Wakil-wakil rakyatnya dinasihatkan agar menjaga kesihatan sebaik-baiknya, kerana selepas ini walau di Johor sekalipun berlaku pilihanraya kecil, pasti akan membawa musibah kepada UMNO dan Barisan Nasional !

Saya akhiri dengan serangkap pantun setengah kerat;

Najib di-ganyang
di bukit gantang
Najib di-silambam
di bukit selambau

Salam Perjuangan

RE-FOR-MA-SI !


Tuesday, April 7, 2009

GEMPAK : Selingan dari Bukit Gantang [Trong 12.30pm]

Tak kebuluq tanpa UMNO dan BN


Edyes bersama YB Hassan Ali

Penyokong PAS sebelah kanan


Penyokong PAS sebelah kiri

Duit Duit !

Takde Orang !

Takde Orang Lagi ?

Macam budak PLKN

Sah Budak Ponteng Kelas / Sekolah !

  • Pagi pagi lagi sekitar jam 7.30am kami terserempak dengan sekumpulan konvoi BN bersama 4 biji bas yang agak mencurigakan. 3 daripada Bas tersebut adalah bas yang berjenama MERCY.
  • Kebanyakkan penyokong BN terdiri daripada budak-budak hingusan samada lepasan SPM atau diimport dari mana-mana kem PLKN untuk membantu raih undi.
  • BN umpama tidak mempunyai penyokong yang tersendiri kerana budak-budak ini tiba beramai-ramai dengan bas demi untuk menjadi wakil UMNO di sini.
  • Penyokong Pakatan Rakyat 5 kali ganda lebih ramai daripada penyokong BN. Ini membuatkan penyokong BN tenggelam sama sekali dan dalam keadaan trauma. Dari segi saikologi, gayanya seperti ingin berubah menyokong pakatan selepas PRK dua bukit nan sebatang.
  • Daripada 10 kenderaan yang punya trademark, 8 daripadanya membawa bendera PAS / Pakatan dan selebihnya BN.
  • Keadaan amat positif buat masa ini untuk kem pakatan rakyat, namun debaran masih terasa kerana PRK kali ini dikatakan sengit.
  • Pemimpin yang hadir termasuk YB Hassan Ali dan YB Sivakumar.

Laporan edyesdotcom (bloggers networt @ Malaysia) Dari Trong, Bukit Gantang


Monday, April 6, 2009

Destinasi : Bukit Gantang !

Saya akan bertolak ke Bukit Gantang lewat malam ini untuk memberi sokongan moral terhadap rakan2 kita yang berkempen di sana. Esok hari mengundi, kita jadi peraih undi.

Namun, blog edyesdotcom berkemungkinan akan kontang sehari dua ini. Kerana tiada kemudahan untuk update secara terus dari Bukit Gantang.

Kepada yang berkemampuan, kepada yang masih banyak lagi cuti, ayuh kita bersama di Bukit Gantang / Bukit Selambau. Jalankan peranan kita sebagai pendokong keadilan dan penyokong perjuangan Islam.

salam perjuangan, jumpa di sana...

Bagaimana Jika Nizar Kalah ?

Betapa pentingnya pilihanraya kecil kali ini, dan betapa signifikasinya.

Pertama, ini adalah ujian pertama buat Najib yang kini digandingkan bersama tok sifunya. Samada Najib berjaya mengembalikan penguasaan UMNO dan seterusnya menjadi 'turning point' kepada barisan penyokong kerajaan sekiranya kemenangan berpihak kepada BN. Dr. Mahathir juga turut berkempen mempertaruhkan penghujung kariernya sebagai mastermind UMNO. Kemenangan BN juga bakal menjulang nama Mahathir sebagai penyelamat dan tak lupa juga nama Najib sebagai pemimpin perubahan.

Kedua, signifikasinya pilihanraya kali ini kerana pertembungan di antara rakyat dan sultan sepertimana yang digembar-gembur oleh barisan kerajaan. Rakyat dan sultan tidak bersalah dalam isu negeri perak, malah menjadi mangsa keadaan yang akhirnya beban kesalahan diletak pada bahu Pakatan Rakyat yang kononya menderhaka. UMNO yang memporak-perandakan negeri perak dan PRK Bukit Gantang menjadi pertaruhan penting betapa UMNO dan BN harus dinoktahkan melalui undi.

Pada pihak pakatan rakyat pula, ia nyata lebih penting dari apa yang terlintas difikiran. Walaupun secara positifnya, menang atau kalah itu bukan keutamaan. Namun kali ini apa yang dipertaruhkan ialah kemenangan PRU13. Apa yang dipertaruhkan kali ini ialah samada lulus atau gagalnya matlamat menumbangkan Barisan Nasional yang dikepalai oleh Najib pada pilihanraya umum akan datang, atau menunggu 50tahun lagi untuk kembali bangkit.

Dengan meletakkan MB Nizar sebagai calon, ini bermakna pentas perjuangan P59 bukanlah calang-calang pilihanraya. Pentas P59 adalah umpama penentu segalanya. MB Nizar adalah satu ikon yang sangat cemerlang di mata kita dan juga di mata musuh. Walaupun musuh melabelkanya sebagai boneka cina, sedangkan mereka sendiri pun tahu label itu adalah penipuan semata-mata. Hebatnya Nizar sehingga dicantas dari meneruskan tugas sebagai MB Perak yang berkaliber.

Oleh demikian, apabila PAS meletakkan seorang calon yang sangat cemerlang, segala bentuk ungkapan kekalahan itu harus disimpang dari melalui kem pakatan rakyat. Ini adalah pilihanraya yang harus dimenangkan. Rentetan kemenangan itu harus diteruskan dan akhirnya trend meninggalkan Barisan Nasional akan lengkap sepenuhnya dengan kemenangan pakatan di Bukit Gantang.

Percayalah, Najib tidak harus diberi peluang. Kerangka pemerintahan negara ini akan menjadi sebuah pemerintahan turun temurun yang moden. Daripada Onn Jaafar kepada Hussin Onn, Daripada Razak kepada Najib, Daripada Hussin Onn kepada Hishamuddin, sedarkah kalian semua, Najib dan Hishamuddin itu adalah sepupu sepapat? Jadi siapakah yang akan memerintah Malaysia selepas ini? Adakah anak Najib ataupun anak Hishamuddin?

Kepada pengundi yang berkenaan di dua bukit nan sebatang ini, fikirlah baik-baik. Kembali kepada UMNO bukanlah satu jalan yang sihat, ia umpama membenarkan pemerintahan monarki moden. Pemerintahan bapak ke anak, bapak kroni ke anak kroni, akan semuanya berpusing di situ, dan kaya itu bertambahlah kaya, yang miskin bertambah hina. Kembali kepada UMNO bermakna, memberi sokongan sepenuhnya kepada perasuah tegar.

Saya mengambil satu contoh mengenai apa yang berlaku dalam UMNO. Tidak mustahil pemuda yang bernama Khairy bakal menjadi Perdana Menteri termuda. Kerana perwakilan itu boleh dijual beli sepertimana yang berlaku, Khairy dimenangkan walaupun jumlah pencalonan paling kurang diterima, tetapi menjadi pilihan utama perwakilan. Oleh demikian, andaikata Khairy bertanding di jawatan Naib Presiden dan kemudianya Presiden UMNO, maka pemilihan Perdana Menteri Malaysia terletak pada tangan perwakilan yang berisi-risi. Jadi tidak mustahil ini berlaku.

Bukit Gantang tetap sebagai penentu. Samada legasi pemerintahan UMNO di negara ini sampai ke penghujungnya, atau talian hayat Bukit Gantang bakal menyelamatkan UMNO dari pupus di dada kerajaan pusat.

Bukit Gantang sudah menyeru, saya akan berangkat ke sana lewat malam ini. Pelan asal untuk tiba lebih awal terpaksa ditunda atas sebab kesihatan kenderaan.

Saya tetap yakin kemenangan akan berpihak kepada Pakatan Rakyat di dua bukit. Namun trick orang tua Mahathir tu perlu diperhalusi kali ini. Jumpa kita di Bukit Gantang.

Salam Perjuangan, Salam Reformasi.

TAKBIR !!

Kickdefella : Sokong Najib Razak


oleh sheikh kickdefella

Endorsement dari blog ini tidak membawa apa-apa makna kepada Malaysia amnya dan Najib Razak khasnya, bagaimanapun, sebagai pemilik blog ini, saya tetap mahu menyuarakan sokongan saya terhadap kepimpinan baru Malaysia, Dato’ Seri Najib Razak.

Najib Razak menerima endorsement saya bukan kerana beliau membebaskan 13 tahanan ISA dan berjanji untuk menyemak semula keperluan undang-undang tersebut. Najid Razak juga menerima endorsement saya bukan kerana beliau menamatkan penggantungan sementara 3 bulan kepada Harakah dan Suara Keadilan. Najib Razak mendapat endorsement saya juga bukan kerana beliau telah turun padang dalam publisiti stunt untuk dilihat peduli rakyat di saat dilantik menjadi Perdana Menteri.

Sebaliknya, kalau kita suka untuk mengingati sejarah, Najib Razak sekadar mengulangi tindakan Tun Dr. Mahathir bila dilantik menerajui negara. Apakah Najib Razak juga akan mengikuti langkah seterusnya, membebaskan tahanan ISA supaya baik pulih dapat dilakukan ke atas Kem Tahanan itu untuk diisi dengan lebih ramai lagi selepas suatu pilihanraya umum di mana dia berharap memperoleh kemenangan besar?

Atau tindakan Najib sekadar satu tempelak yang tentu sekali Abdullah ter’guling bating’ setelah Abdullah menempelak Najib di Persidangan Agung UMNO yang lepas kerana khuatir Najib akan kembali ke zaman gelap kebebasan dan hak asasi manusia?

Atau mungkin juga pengantungan Harakah dan Suara Keadilan adalah satu perancangan liar oleh Najib dua minggu sebelum dilantik PM supaya dia sendiri dapat menamatkan penggantungan itu agar dilihat sebagai seorang pemimpin yang peduli hak kebebasan menyampaikan maklumat.

Atau lawatan Najib ke 3 lokasi rakyat jelata Cina, Melayu dan India adalah sepekara yang amat pelik dan tidak pernah dibuat oleh mana-mana PM sebelum ini? Hanya masa akan dapat menentukannya sama ada Najib akan menjadikan lawatan itu sebagai rutin tahunannya sepertimana Tun Dr. Mahathir melakukannya setiap Ramadan di Kuala Lumpur dan Alor Setar.

Pembebasan tahanan ISA dan semakan semula undang-undang itu amat mengejutkan bila tidak disambut dengan protes oleh puak-puak yang memertabatkan Ketuanan Melayu yang sanggup berdemonstrasi dalam kelompok-kelompok kecil yang memalukan sebelum ini.

Manakala tindakan menamatkan penggantungan sementara Harakah pula tentu mengecewakan segelintir puak dari Terengganu yang mungkin merasa rahmat dari penggantungan organ Parti yang dilihat terlalu banyak mempromosi puak Erdogan terutama menjelang pemilihan PAS di Muktamar akan datang.

Dan akhirnya, lawatan ke pasar-pasar rakyat tentu sekali merisaukan para penasihat ekonomi Negara dan Menteri-menteri tertentu kerana jika Najib menjadikan lawatan ke pasar-pasar rakyat yang sama sebagai acara tahunannya, dia akan dapat merasa sendiri kesan inflasi jika berlaku.

Namun begitu, saya tetap memberi sokongan padu kepada kepimpinan baru negara walau tanpa dijerat gula-gula. Sebabnya jelas, sesiapa sahaja yang mempunyai latar belakang perkhidmatan sepertinya tentu sekali berpengalaman penuh dalam hal pentadbiran negara dan oleh itu, dia sebenarnya berkelayakan.

Sesiapa yang layak tak perlu di lanyak. Siapa yang layak perlu disokong supaya beliau dapat melakukan yang terbaik tanpa berdepan dengan halangan dan rintangan melakukannya. Dan jika dia gagal, gagalnya bukan kerana tidak mendapat sokongan tetapi gagalnya adalah dari faktor lain. Jika itu berlaku, saya akan mengambil kira untuk menarik balik sokongan saya terhadapnya.

Saya menyokong Najib kerana saya mahu melihat Malaysia berjaya didalam banyak sudut dan antara yang paling penting ialah,

· Berjaya keluar dari kepompong perbicaraan Ketuanan Melayu sebaliknya melangkah menjadi sebuah negara yang memperkasakan hak setiap warganegaranya dan menjamin keadilan yang sama rata kepada semua tanpa mengira agama dan kaum.

· Berjaya keluar dari cengkaman kezaliman polis dan melihat perlaksanaan penuh saranan-saranan IPCMC yang sudah jelas terkubur.

· Badan kehakiman bebas sepenuhnya dari pertalian eksekutif dan kembalinya keyakinan terhadap institusi berkenaan.

· Rasuah dihapuskan sepenuhnya bermula dari dalam Istana hinggalah ke dalam Penjara.

· Reformasi dalam Suruhanjaya Pilihan Raya dan daftar pemilih.

· Ketirisan dalam pentadbiran kewangan negara yang berpunca dari kronisme dan political survival dihapuskan terus.

· Undang-undang yang menggangu-gugat hak asasi rakyat dan kebebasan bersuara dan meluahkan pandangan di semak semula diantaranya ialah akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Hasutan, Akta Universiti dan Kolej Universiti dan Akta Mesin Cetak.

Saya juga menggesa seluruh rakyat Malaysia untuk memberi sokongan penuh kepada kepimpinan baru negara kerana didalam melaksanakan segala pembahruan ini, Najib Razak akan pasti berhadapan dengan musuh paling ketatnya iaitu UMNO.

Elit-elit di dalam UMNO sudah tentu akan mengganggu-gugat sebarang transformasi yang boleh mengubah cengkaman mereka terhadap sumber kewangan negara dan keutuhan kedudukan mereka dari sudut politik.

Atas sebab itulah, kita melihat sudah dua pemimpin UMNO yang lalu terus gagal membawa perubahan ini disebalik permulaan yang hebat.

Mahathir Mohamad telah berusaha begitu juga dengan Abdullah. Akhirnya mereka samada tunduk kepada ketuanan UMNO lalu meneruskan penindasan rakyat Malaysia atau terpaksa akur dengan pelbagai bentuk perpecahan.

Berdasarkan liabiliti yang begitu membebankan yang terpaksa digendungnya ke pejabat barunya di Putrajaya, dan juga liabiliti berbentuk Maharani Balu yang terpaksa dipimpinnya ke Seri Perdana, ternyata adalah lebih mudah bagi Najib untuk mendapat simpati dan sokongan dari rakyat Malaysia terutamanya dari orang-orang Melayu.

Najib hanya perlu dilihat berusaha melakukan yang terbaik dan psikologi Melayu yang sentimental dan romantis akan jatuh cinta padanya.

Najib memiliki apa yang tidak ada pada Abdullah, iaitu rekod peribadi yang buruk pada mata rakyat. Abdullah sebaliknya memiliki jolokan ‘Mr. Clean’ yang sebenarnya menderaukan darah rakyat bila kelemahannya terbongkar di puncak Putrajaya.

Oleh yang demikian, tidak pelik jika Najib bertindak buruk pada rakyat tetapi amat pelik dan memukau jika Najib melakukan benda yang baik-baik. Itulah keuntungan Najib kerana imej yang berkarat.

Masa depan negara kini ditangan Najib Razak. Seharusnya yang terbaik untuk kita lakukan ialah memberinya sokongan kepadanya tetapi jika sokongan itu terlalu tinggi untuk diminta, maka setidak-tidaknya berikan beliau masa dan peluang.

Untung nasib Najib Razak belum tersurat, tapi Najib mungkin sedar bagaimana tenggelamnya Abdullah.

Tenggelamnya Abdullah bermula bukan dari hentakan Mahathir tetapi tenggelamnya Abdullah adalah dari perkembangan teknologi di dalam dunia siber.

Najib sudah pasti mampu melunakkan Mahathir tetapi hanya yang terbaik yang dilakukkannya akan dapat menjinakkan teknologi ke pihaknya.

Semoga Najib tidak terkehel dengan keajaiban Cobra Sultan, Pesawat Peribadi Baru, Istana di Australia dan lain-lain. Jika pun terkehel, semoga dia tidak tersembelih dirinya sendiri dengan penjelasan yang menghina taraf pemikiran rakyat.

Selamat mencuba tampuk kuasa.

Inilah Pemimpin ....


Di petik dari blog Jamil Kucing

Malam tadi kira-kira jam 9.30 malam berlaku satu kemalangan kecil yang membabitkan penunggang motosikal dengan sebuah kereta di Simpang, Taiping ketika rombongan calon menuju ke beberapa tempat ceramah di Bukit Gantang.

Sebuah motosikal dilanggar oleh sebuah kereta yang terus melarikan diri tanpa memberi pertolongan. Kejadian itu berlaku dihadapan kereta calon. Hj Nizar meminta pemandunya menghentikan kereta dan terus meluru keluar untuk memberi pertolongan. Hj Nizar telah menahan sebuah kereta polis dan memohon kerjasama pihak polis untuk mengawal lalulintas dan meminta pertolongan polis supaya menghantar mangsa tersebut ke hospital.

Kemudian Hj Nizar terus beredar menuju ke beberapa tempat program yang telah dijadualkan.









































Friday, April 3, 2009

Undi PAS Masuk Syurga?


Berikut adalah petikan daripada satu blog yang menghina perjuangan PAS;

UNDI PAS MASUK SYURGA?
SYURGA BUKAN MILIK PAS. BAHKAN PEMIMPIN PAS PUN MUNGKIN AKAN DICAMPAK KE NERAKA KERANA SERING BERDUSTA DAN MUNGKIR JANJI.


PAS PERJUANGKAN ISLAM?
PAS TAK PERJUANGKAN ISLAM TETAPI PERGUNAKAN ISLAM UNTUK KEPENTINGAN POLITIK MEREKA SAHAJA.

PAS MEMBANGUN BERSAMA ISLAM?
PAS TIDAK MAMPU MEMBANGUNKAN ISLAM. HAMPIR KESELURUHAN MASJID DI MALAYSIA DIBINA OLEH KERAJAAN BN/UMNO. PAS TAK MAMPU BANGUNKAN EKONOMI RAKYAT KERANA ITU PAS RETORIKKAN KAPADA RAKYAT KELANTAN: KITA TAK KEJAR DUNIA TETAPI KITA CARI AKHIRAT. TETAPI JIKA KITA TAK DAPAT DUNIA KITA JUGA MUNGKIN CICIR AKHIRAT.

Berikut adalah apa yang saya reply diblognya;

Perwakilan UMNO dapat habuan kerana membenarkan rasuah melalui undi (undi khairy)...

Pemimpin2 UMNO punya rumah umpama istana kerana membenarkan rasuah berlaku dikalangan mereka...

Proxy-proxy (penyangak) UMNO dapat projek berulang kali untuk mengkayakan sesama mereka dengan memberi laluan kepada rasuah...

Bagaimana pula dengan penyokong2 UMNO? mungkin hanya dapat berkongsi dosa kerana bersubahat menyokong parti perasuah tegar.

Fikir balik, betul ke apa yang kita sokong? adakah melayu lebih baik setelah 50tahun diperintah UMNO BERBANDING kaum minoriti di negara ini?

Betulkah UMNO perjuangkan bangsa? bagaimana dengan perjuangan agama?

Adakah perjuangan islam itu disukat melalui pembinaan masjid berbanding meraikannya(memenuhi)?

Kalau kita tak sokong PAS sekalipun, sila jangan memandang rendah tentang apa yang mereka perjuangkan... sekurang-kurangnya ada sebuah parti di negara ini yang memperjuangkan dan menegakkan syiar Islam... Ini jalan Allah...

saya bukan ahli PAS, malah dulu pun saya kutuk PAS... tapi bila saya sendiri lihat dengan mata hati tentang apa yang mereka perjuangkan, saya dapat rasakan bahawa parti seperti PAS perlu ujud di negara ini demi sedikit keseimbangan... dan bila tiba masanya, PAS akan diterima oleh semua kaum dan memerintah Malaysia dengan kerangka baru "Negara Kebajikan" lantas menjadi pemangkin terhadap Negara Rakyat yang bertemakan Sosialisme Islam.


Thursday, April 2, 2009

Najib Tak Jadi PM ??


Sebelum korang klik untuk masuk ke entri ini, pasti korang akan fikir perkara ini cuma khabar angin semata-mata...

Saya pun rasa macam tu juga, rasa macam tiada halangan lagi untuk najib bertahta. Namun begitu, melihat kepada muka Najib yang merah padam, khabar angin boleh jadi bukan sekadar khabar angin... Ini katogeri khabar ribut dah !

Jadi PM atau tak jadi PM, itu bukan hal yang akan saya pedulik. Walau Najib sekalipun, walau Muhyidin sekalipun, walau KJ sekalipun yang jadi PM, lawan tetap lawan... Tiada harapan lagi diberikan kepada UMNO dan BN... Trend sekarang ialah BN dan UMNO harus ditumbangkan di mana-mana pilihanraya dan kemuncaknya ialah PRU13 !

Ikuti perkembangan khabar angin tahap ribut seperti tajuk entri di atas...

Najib Razak Keluar Dari Istana Negara

KUALA LUMPUR (Berita Harian) - Datuk Seri Najib Razak kelihatan keluar dari Istana Negara kira-kira jam 12.15 tengah hari selepas 45 minit dilihat masuk untuk menghadap Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Beliau bagaimanapun tidak memberikan kenyataan kepada wakil media yang menunggu.

Abdullah Menghadap Agong Serah Surat

KUALA LUMPUR (Bernama) - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menghadap Yang Di Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara di sini bagi menyerahkan surat melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri dan memohon perkenan Seri Paduka Baginda melantik Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai penggantinya. "Terserah kepada Tuanku," kata Abdullah kepada pemberita selepas majlis hampir satu jam itu. Abdullah tiba di pada 10 pagi dengan menaiki Proton Perdana rasminya bernombor WCH 13 dan meninggalkan kawasan istana satu jam kemudian sambil melambai-lambai ke arah sekumpulan 70 petugas media termasuk wartawan asing yang berkumpul di situ sejak 7.30 pagi. Ia juga menarik perhatian pelancong asing yang turut berada di situ.

[Jika benar laporan dan dakwaan ini, maka ia merupakan satu tamparan hebat buat Najib Razak. Apakah Tuanku Mizan mengambilkira situasi dan pandangan rakyat selama ini bahawa mereka mahukan supaya imej Najib dibersihkan terlebih dahlu sebelum beriya-iya benar ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kita amatlah berharap agar adanya satu perkembangan yang positif dalam hal ini yang pastinya akan lebih menghangatkan senario politik negara. Kami masih menunggu laporan terkini dari krew-krew kami yang turut berada di Istana Negara sebentar tadi. Laporan jelas mengatakan Najib begitu tidak ceria dan langsung tidak mahu bercakap kepada media memperkuatkan lagu hujah ini]

~ Pahang Daily.

Dua tiga hari kebelakangan ini Abdullah seolah berdalih-dalih bila menyebut mengenai tarikh tepat peralihan kuasa. Abdullah hanya menyatakan bahawa 2 April merupakan tarikh dia akan mengadap Yang Di Pertuan Agong untuk mempersembahkan surat perletakan jawatan (yang sehingga kini tidak disebut tarikhnya).

Mungkin panik dengan perkembangan tersebut dan ditambah dengan rasa tamak maka Najib telah bertindak membelakangi Istana dengan mengarahkan JPM mengeluarkan kad jemputan Majlis Angkat Sumpah yang kononya akan diadakan di Istana Negara pada hari Jumaat ini.

Najib telah bertindak derhaka dan kurang ajar dengan mendahului Yang Di Pertuan Agong.

Kuat desas desus mengatakan pihak istana cukup rasa kurang senang dengan sikap 'kelolo' Najib ini. Maka dikatakan Majlis Angkat Sumpah esok dibatalkan.

Gambar merah padam Najib yang dirakam ketika keluar dari Istana Negara (atas) mungkin boleh menggambarkan betapa paniknya ketika ini.

cheGuBard akan mempersembah surat terbuka kepada Istana Negara berkenaan perkara ini.

~Chegu Bard

Sambil tu, sila ikuti artikel baru edyes;

Ganyang Najib di Bukit Gantang !