Wednesday, April 2, 2008

BERITA PENUH : Paklah nafi letak jawatan



Pak Lah nafi letak jawatan
Apr 2, 08 7:46pm


Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menafikan spekulasi yang beliau akan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Abdullah mengulangi pendiriannya yang beliau tidak akan lari daripada tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri. "Saya masih di sini. Saya masih di sini. Saya masih di sini. Mereka semua membuat spekulasi. Saya larilah. Saya letak jawatan. Kenapa perlu saya letak jawatan. "Kerajaan saya mendapat majoriti besar (walaupun) bukan dua pertiga tetapi amat kukuh...itulah sokongan yang diterima. Takkan saya nak lari, tinggal saya punya tanggungjawab," katanya Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas mengadakan pertemuan empat mata dengan Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said di pejabatnya di Putrajaya.

Selepas pilihanraya umum 8 Mac lalu, Abdullah berdepan dengan tekanan yang hebat, khususnya dari kalangan ahli Umno, ekoran prestasi paling buruk Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum sejak 50 tahun lalu.Dalam pilihanraya tersebut, BN kembali berkuasa dengan memenangi 140 daripada 222 kerusi parlimen tetapi hilang penguasaan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

BN juga kehilangan empat negeri kepada barisan pembangkang - PKR, PAS dan DAP - iaitu di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Kedah, Perak dan Selangor merupakan kubu kuat Umno, tetapi terlepas ke tangan pembangkang, serta turut menyaksi ramai pemimpin Umno, termasuk menteri, yang tewas.Manakala kerajaan PAS Kelantan pula berjaya mengekalkan pentadbirannya di negeri itu dengan tambahan kerusi Dewan Undangan Negeri.Umno sendiri kehilangan 31 kerusi parlimen apabila memenangi 78 kerusi daripada 109 kerusi yang dimenangi parti tunggak BN itu dalam pilihanraya umum 2004.

Ekoran itu, pelbagai pihak dalam Umno mendesak supaya perubahan besar-besaran dilakukan dalam Umno, termasuk desakan akar umbi supaya dimansuhkan kuota pencalonan untuk jawatan tertinggi Umno.Mengikut kuota tersebut, calon presiden memerlukan 30 peratus atau 58 pencalonan dari bahagian, timbalan presiden (20% atau 38 pencalonan), Majlis Tertinggi (10% atau 19 pencalonan) manakala kerusi MT pula memerlukan 5 peratus atau 10 pencalonan.

Di samping itu, bekas naib presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah juga menyatakan kesediaannya untuk mencabar Abdullah bagi jawatan presiden dalam perhimpunan Umno pada 16 hingga 20 Disember depan.Tengku Razaleigh juga menghantar surat kepada kesemua bahagian Umno di seluruh negara, supaya mendesak pucuk pimpinan parti mengadakan perhimpunan agung tergempar untuk membincang kekalahan Umno dalam pilihanraya umum lalu.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, bukan sahaja tidak adil untuk meminta Abdullah meletakkan jawatan, tetapi juga untuk menyalahkan beliau sepenuhnya bagi prestasi paling buruk Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum sejak 50 tahun lalu."Amat tidak adil untuk berulang kali meminta perdana menteri meletakkan jawatan. BN telah menang dengan majoriti besar. "Kita telah memenangi 140 kerusi dalam Parlimen berbanding 82 oleh pembangkang.

Sebagai perbandingan, kita hanya kurang lapan kerusi bagi majoriti dua pertiga," kata beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Putrajaya petang tadi."Jika perdana menteri adalah punca kepada kekalahan kita, oleh itu kita sepatutnya hilang seluruh negara kepada pembangkang. "Kita kalah kerana terdapat banyak faktor penyumbang yang lain seperti penggunaan blog dan lamanweb untuk menghentam BN," katanya.

edyes wrote :

Sedih jer bunyi nyer nie... macam tak lama lagi jer...

TERKINI : Pak Lah Nafi Letak Jawatan

Pak Lah nafi letak jawatan

Apr 2, 08 7:46pm

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menafikan spekulasi yang beliau akan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Sumber : malaysiakini

edyes wrote :

Masih menantikan ulasan lanjut. Di mana paklah nafikan? press confrence mana?

Masih teringat lagi sebelum PRU12 tempoh hari, paklah menafikan bahawa parlimen akan dibubarkan. 'flip-flop' dengan tak semena-mena pada hari yang sama, paklah mengumumkan pembubaran parlimen!!

Adakah perkara yang sama akan berulang...? adakah besok paklah akan letak jawatan ? tidak tunggu 13 April??

updated berkaitan :

Undur: MT mesti jujur beritahu PM

Apr 2, 08 7:27pm

Ahli-ahli Majlis Tertinggi Umno mesti berani berterus terang kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sama ada beliau perlu berundur sebagai presiden Umno, kata Ketua Umno Bahagian Raub, Datuk Shahiruddin Ab Moin.

Bekas exco kerajaan negeri itu berkata, mereka tidak harus berpura-pura tetapi hendaklah bersikap jujur dan berani memberikan pandangan kepada presiden Umno itu."MT harus beri pandangan secara terbuka kepada Datuk Seri Abdullah, kalau beliau perlu undur, MT harus beri pandangan."Kalau tak perlu undur, MT harus berikan sokongan padu dan bekerja untuk memulihkan parti," katanya kepada pemberita di Raub hari ini.

Shahiruddin mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dong di bawah parlimen Raub dalam pilihanraya umum lalu dengan majoriti 3,391 undi.

Pertembungan Khairy-Khir Toyo



Pertembungan Khairy Jamban - Khir Jambu
Nash Rahman Apr 1, 08 12:47pm

Datuk Seri Hishammuddin Hussein dijangka mengotakan janjinya untuk tidak mempertahankan jawatan ketua Pemuda Umno dan perebutan jawatan itu bakal menyaksikan pertembungan antara dua 'musuh tradisi' - Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan naib ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin." Kali ini kita akan dapat melihat kekuatan sebenar Khairy yang selama ini didakwa banyak bergantung kepada pengaruh bapa mertuanya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi," kata seorang pemimpin Umno bahagian di Selangor.

Katanya, begitu juga dengan Dr Mohd Khir yang kini bukan lagi menjadi menteri besar Selangor dan telah melepaskan jawatan pengerusi badan perhubungan Umno negeri.Ditanya sama ada Hishammuddin akan melepaskan jawatannya bagi membolehkan Dr Mohd Khir berentap dengan Khairy, pemimpin itu berkata:"Sebagai seorang yang berwibawa, Datuk Seri Hisham mesti mengotakan janjinya selepas dipilih semula pada 2004, bahawa beliau akan memegang jawatan tersebut untuk sepenggal sahaja lagi," katanya.

Mesyuarat perwakilan Umno peringkat cawangan bermula pada 17 Julai hingga 24 Ogos, dan mesyuarat peringkat bahagian pada dari 9 Oktober hingga 9 November.Hishammuddin menjadi ketua Pemuda Umno tanpa bertanding sejak 2000 selepas mengambil alih jawatan tersebut daripada sepupunya Datuk Seri Najib Tun Razak.


edyes wrote :

Kita akan lihat sejauh mana kekuatan Khairi Jamaluddin di persada pemuda UMNO. Dari pelbagai aspek, tiada orang lain yang layak menggantikan jawatan ketua pemuda yang bakal dikosongkan oleh dato hisham. Itu adalah perkiraan bagi mereka yang tidak tahu betapa bencinya ahli2 UMNO lain terhadap individu yang dikatakan antara punca utama kekalahan BN pada PRU-12 lalu.

Mungkin sebelum ini KJ begitu kuat kerana kelantanganya bersuara dan dianggap hero pemuda yang bakal menggantikan Dato Hisham untuk mengangkat keris UMNO di PWTC suatu hari nanti. Namun dari sudut sokongan akar umbi serta sikap 'over'nya itu membuatkan lebih ramai yang meluat. Begitulah resam, selaju mana naiknya pemimpin itu, sederas itulah jatuh terlungkupnya.

Bagi pihak Khir pula, sudah pasti medan ini dijadikan gelanggang untuk membalas dendam kerana terdapat dakwaan bahawa KJ menggunakan pihak media untuk 'menyerang' Khir Jambu sewaktu beliau menjadi menteri besar Selangor.

Kedua-dua pihak akan bertempur di atas padang yang rata kerana kali ini, paklah sudah pasti tidak dapat menolong menantunya ini kerana kedudukan paklah sendiri yang 'goyang' menangkis serangan dari dalam. Sama-sama kita nantikan, adakah khairy dapat membeli perwakilan dengan uwangnya yang melimpah ruah itu.

Muafakat Berasaskan Kematangan, Hak Rakyat Terjamin


Muafakat Berasaskan Kematangan, Hak Rakyat Terjamin

Pasca PRU-12, tumpuan saya adalah ke arah memperkukuh KeADILan dan memantapkan kerjasama ketiga parti KeADILan, DAP dan PAS. Alhamdulillah akhirnya muafakat tercapai dalam bentuk Pakatan Rakyat.

Muafakat tersebut berlandaskan agenda perubahan - negara hukum, keadilan - serta berteraskan prinsip Perlembagaan. Ini bermakna hak dan kebebasan rakyat terjamin dan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, Bahasa Kebangsaan dan hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera tetap dipertahankan.

Pertemuan pertama dirumah saya di Segambut diantara Azizah, Sdr Lim Kit Siang, Ustaz Abdul Hadi dan saya pada 18 Mac lalu terpaksa diadakan secara tertutup dan tidak digembargemburkan. Tahniah setingginya kepada tokoh-tokoh tersebut. Mereka arif dengan agenda besar dan sekaligus menumpaskan tohmahan Umno-BN yang mengandaikan bahawa kerjasama ini longgar dan rapuh.

Insyaallah kita kini mampu bergerak lebih cergas dan lancar. Saya ulangi penghargaan tinggi kepada pemimpin parti yang matang dan bijak.

Semuga Allah memberkati usaha kita.
ANWAR IBRAHIM


Komen dari Ahmad Sufi :

Saya rakyat malaysia yg kini menjalankan business di mongolia.saya berbesar hati kiranya ketiga2 pimpinan Pakatan Takyat membuat lawatan rasmi ke mongolia. ini kerana kebanyakn rakyat sini amat gembira bila parti najib razak kalah teruk…kami byk kisah tentang najib yg perlu dbongkar. Rakyat mongolia kini mahu keadilan kes Altantuya

edyes wrote :

Tahniah kepada Dato' Seri atas wujudnya pakatan ini setelah sekian lama menanti. Daripada analisis PRU12, dapat saya bayangkan betapa berkesannya pakatan ini seraya menjadi pilihan bagi rakyat Malaysia untuk memberikan mesej kepada kerajaan melalui undi yang dibuang. Percayalah bahawa setiap pangkahan itu telah difikirkan masak-masak oleh si pengundi yang sememangnya nekad untuk perubahan.

Di sini juga kita dapat melihat betapa bersungguhnya permuafakatan antara PKR, PAS dan DAP walaupun satu demi satu cabaran serta 'cobaan' yang melanda seperti apa yang berlaku di Perak dan Selangor. Media perdana tidak putus-putus menabur fitnah dan melontarkan sentimen-sentimen yang amat menguji persefahaman. Namun begitu, Pakatan Rakyat lebih matang dalam menangani masalah dengan menjadikan konsep meja rudingan sebagai jalan penyelesaian.

Kita harus membuktikan bahawa keakraban antara Melayu, Cina dan India bukan hanya bergantung kepada BN semata-mata dan ingatlah, permainan sentimen perkauman yang mereka laungkan untuk menakutkan rakyat sudah tidak diterimapakai lagi.

Akhir kata, tidak salah rasanya jika kita bersatu di bawah Pakatan Rakyat bagi merialisasikan Malaysia yang lebih mapan dan kemajuan berlandaskan Islamiah.

Pernyataan Menarik di forum mykmu.net

Pernyataan oleh 'obey_one' :-

apa bezanya antara Rakyat Selangor dengan Kelantan?

Minta maaf cakap...sahingga kini aku lihat kerajaan N.Selangor yang lalu benar benar buat kerja mereka...tetapi rakyat selangor yang mudah di gula gula dan di racun pemikiran mereka oleh puak puak tertentu, terutama puak PAS dan PKR yang sehari hari tiada kerja lain selain meracun fikiran....yang heran...boleh termakan pulak tu...yer lah kalau dah hari hari di tuba...tasik pun boleh keruh yer dak....sendiri mau ingat.

Bidasan oleh 'pakitamkiram':-

asalammualaikum

Lagi lagi kita menyalahkan rakyat yang memilih....

ini TUDUHAN YANG SALAH.....SALAH KAH RAKYAT kalau mereka bertangappan PEMERINTAH ITU TIDAK ADIL kalau dengan mata kasar sendiri mereka melihat SALAH LAKU atau KETIDAK ADILAN PEMERINTAH ITU.

contoh saya sebelum ini.......
BERBELANJA BERATUS JUTA UNTUK MEMBINA KEDIAMAN EXCO YANG CUMA HANYA BEBERAPA KERAT DIMANA HIDUP MEREKA SUDAH SELESA........(jangan diulaslah keselesaan mereka itu......malas)SEDANGKAN INI DUIT NEGERI /DUIT RAKYAT

sedangkan RAKYAT pula masih KESEMPITAN dalam kehidupan harian mereka, jadi salahkah mereka kalau MENGATAKAN INI SATU PEMBOROSAN dan MENGUNTUNGKAN SATU PIHAK SAHAJA dan kita harus paham ini bukan lagi PERSEPSI YE ini adalah PERBUATAN/PEMBOROSAN YANG TERANG TERANGAN.
DLM BERPOLITIK dan MEMERINTAH KITA HAUS BIJAK MENGATUR LANGKAH......


contoh diatas adalah cuma satu dari puluhan PROJEK PEMBOROSON yang di lihat oleh RAKYAT dengan mata kepala mereka sendiri......

JADI JANGAN SEKALI KALI MENYALAHKAN MEREKA JIKA MEREKA MEMILIH UNTUK MENGUNDI PIHAK LAIN.........

HIDUP MELAYU DAN TM TANAH AIRKU

edyes wrote:

Satu bidasan yang baik untuk tatapan pengunjung. Bagi mengekalkan originalitinya, saya tidak mengubah Capital Letter yang telah digunakan.

Memang sehingga hari ini UMNO masih menyalahkan rakyat kerana tidak memangkah mereka dalam PRU-12

Peristiwa Penting 13 April !!

Nurul Izzah dan Suaminya bersama hadirin di majlis kesyukuran penubuhan Pakatan Rakyat

Negara akan menerima kejutan sekali lagi pada 13 April ini, kata Pegawai Khas Menteri Besar Selangor, Yahya Sahri.
>
Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili MB Selangor di majlis kesyukuran selepas PKR, PAS dan DAP membentuk kerajaan baru Selangor di Lembah Hijau dekat Bandar Tasik Puteri petang Ahad. “Apakah kejutan itu, tuan-tuan tunggulah. Paling lewat pun Jun ini,” kata beliau mendapat tepukan gemuruh dari para hadirin yang lebih 500 orang itu.

Yahya yang merupakan Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor berkata, selepas pembubaran Parlimen 13 Februari lalu beliau dalam taklimatnya berkata, ketika itu sudah 15 kerusi jatuh ke tangan pembangkang di Selangor. Sejak itu, kerusi untuk pembangkang bertambah hari ke hari, sehinggalah terbukti kerajaan Selangor jatuh pada jam 7.30 malam 8 Mac walaupun diumumkan SPR pada jam 5.30 pagi 9 Mac.
>
Turut berucap di majlis kesyukuran anjuran PAS dan PKR Lembah Hijau itu adalah anggota Parlimen Lembah Pantai yang baru, Nurul Izzah Anwar serta datuknya, Datuk Wan Ismail.Ketibaan mereka telah disambut dengan pasukan bermotor BTP. Orang ramai pula berebut-rebut untuk bergambar dengan Nurul dan suaminya, Shahril.

Adalah difahamkan, PKR menjangkakan, kerajaan Pusat akan berubah tangan dan kerajaan BN yang ada akan jatuh. Kenapa tarikh 13 April dipilih tidak diketahui namun berita angin bertiup kencang kerajaan BN pimpinan Abdullah akan kecundang selepas itu ekoran masalah dalaman yang semakin menjadi-jadi dalam kerajaan pimpinan beliau itu.


edyes wrote :

Antara rentetan yang menguatkan lagi dalil-dalil yang menunjukkan paklah dianggap telah hilang kawalan;
  • Dua calon MB yang dipilih beliau tidak boleh mengangkat sumpah sebagai MB iaitu Datuk Seri Shahidan Kasim di Perlis dan Datuk Seri Idris Jusoh di Terengganu.
  • Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengesahkan akan bertanding merebut jawatan Presiden Umno melawan Abdullah.
  • Usaha beberapa pihak yang menyokong kepimpinan Abdullah untuk menangguhkan pemilihan kepimpinan parti ke tahun depan juga gagal dan ditolak oleh Majlis Tertinggi Umno.Tiga timbalan menteri yang dilantik beliau juga menolak jawatan itu.
  • Yang terakhir adalah Datuk Ghafur Salleh dari Sabah kerana tidak berpuashati dengan layanan Umno Pusat terhadap Sabah.

Tarikh 13 April seperti yang dijangkakan itu semakin menghampiri kita dan sama-samalah kita tunggu tarikh tersebut dengan sabar dan penuh ketenangan. Elakkan sebarang panic dan sentiasa berwaspada.

wallahualam

Lanjutan Ketua Pemuda Umno Bahagian diheret keluar dewan


PETALING JAYA, 1 April (Hrkh) - Seorang Ketua Pemuda Umno Bahagian di Selangor diheret keluar dewan oleh orang ramai hari ini dalam program Forum Umno Pasca Pilihan Raya Umum ke-12 berikutan cadangannya supaya bekas Timbalan Presiden Umno, Dato' Seri Abwar Ibrahim diajak masuk semula ke dalam Umno.


Aznizam Adham yang bangun berucap dan mendakwa menyampaikan pandangan kalangan pemuda elit terpaksa menerima hakikat bahawa beliau tersalah 'gelanggang' hingga menyatakan cadangan sedemikian.

Beliau pada mulanya melontarkan idea supaya Umno dipulihkan selepas mengalami kekalahan pada pilihan raya umum yang lalu dengan agenda pembaharuan. Namun berikutan menamakan Anwar dalam cadanngannya itu, Aznizam yang memakai baju bewarna cokelat gelap diheret oleh beberapa orang pemuda dan penonton, sementara penonton yang lain turut bertempik marah dengan cadangan Aznizam.

Keadaan menjadi kalut kira-kira 5 minit sebelum ditenangkan oleh pengerusi forum dan beberapa orang pengawal bagi pihak penganjur. Turut hadir dalam program itu ialah, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo; Ketua Penerangan Umno Johor, Dr Mohd Puad Zarkashi; anak Tun Mahathir, Dato' Mukriz, Tan Sri Sanusi Junid; Dato' Mohd Khalid Yunus; Dato' Hassan Ahmad; Dato' Rejal Arbee, Marina Mahathir dan kira-kira 2000 penonton.



edyes wrote:


Nama ketua pemuda ini ialah Aznizam Adham, ketua pemuda bahagian mana saya kurang periksa tetapi dalam negeri selangor.


Malam tadi, forum anjuran mykmu.net ini disiarkan di Buletin Utama tetapi tiada laporan mengenai ketua pemuda yang di heret. Ingin juga saya dengar sendiri apakah soalan yang membuatkan ahli-ahli UMNO menjerit ketakutan. Laporan B.Utama itu juga menunjukkan sesi soal jawab bersama Mukhriz, Khir Jambu dan Dr. M sendiri walaubagaimanapun tidak menyiarkan kekecohan yang berlaku. Itu sudah pasti kerana ketelusan itu telah lama pupus dalam UMNO dan TV3.


Apapun, saya memandang tinggi akan keberanian Aznizam dan berharap beliau akur dengan tindak tanduk parti pilihanya yang sudah tidak lagi releven.

Tuesday, April 1, 2008

Pemuda dihalau soal isu Anwar + Penubuhan Pakatan Rakyat

Pemuda dihalau soal isu Anwar

Apr 1, 08 2:23pm

Seorang ketua pemuda Umno dihalau keluar dari forum anjuran kumpulan penyokong parti ketika beliau cuba membangkitkan persoalan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Belum sempat menghabiskan pertanyaannya, beliau disorak kuat sehingga gagal bersuara lagi di tengah-tengah laungan "keluar, keluar".

Beliau terus dibawa ke luar kawasan hotel tersebut, tempat berlangsung forum yang melibatkan tokoh-tokoh popular Umno - ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan exco Pemuda, Datuk Mukhriz Mahathir. Forum bertajuk 'Umno Pasca Pilihanraya ke-12: Satu Penilaian', anjuran MyKmu.net disusuli ucapan dan sesi soal-jawab dengan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kira-kira 1,000 penyokong parti itu menyertainya - termasuk 300 di luar dewan dan lobi hotel.Pihak penganjur yang kesal dengan kejadian itu, dan jeritan-jeritan yang mengganggu ahli panel khususnya sewaktu Dr Mohd Khir memberikan jawapannya, berkata jika keadaan semakin buruk, mereka tidak akan menganjurkan lagi program seumpama itu.


edyesdotcom wrote:

Pertama, saya yakin ketua pemuda tersebut serta ahli-ahli tajaanya akan mendaftar sebagai ahli Parti Keadilan Rakyat selepas dari kejadian ini. saya akan cuba untuk mendapatkan detail dan perkembangan lanjut mengenai pemuda ini.

Kedua, saya juga yakin bahawa UMNO dari mana-mana sudut sekalipun, baik di pakatan A (pro paklah) mahupun pakatan B (pro Najib monggolia) serta pakatan C (pro Mukhriz & Bapaknya) dan pakan D (pro Ku Li), berada dalam keadaan trauma dan ketakutan! Langsung tak boleh dengar nama Anwar, langsung tak boleh membincangkan soal DSAI.

Arakian Barisan Rakyat atau nama barunya PAKATAN RAKYAT semakin tegap bersatu, mereka-mereka di UMNO kian goyah dan persepakatan mereka seolah-olah berada di penghujungnya. Hayatilah artikel di bawah ini ;


Pembangkang tubuh Pakatan Rakyat
Apr 1, 08 2:15pm


Tiga parti pembangkang utama - PAS, DAP dan PKR - hari ini bersetuju untuk menubuhkan gabungan yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat.

Penubuhan pakatan tersebut turut menyaksikan PAS dan DAP memulihkan kerjasama antara kedua-dua parti tersebut.Sebelum ini, DAP, PKR dan PAS, menganggotai Barisan Alternatif (BA) yang ditubuhkan pada tahun 1999. Bagaimanapun, DAP bertindak keluar dari barisan tersebut dua tahun kemudiannya kerana membantah agenda negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

Keputusan menubuhkan pakatan tersebut dibuat dalam satu perjumpaan hari ini yang dihadiri oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail; pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang; dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang."Dalam perjumpaan hari ini, kami telah mencadangkan untuk menggabung kerjasama antara ketiga-ketiga parti tersebut di bawah nama Pakatan Rakyat," kata para pemimpin berkenaan dalam satu kenyataan bersama hari ini.Mereka berkata, nama tersebut dicadangkan sementara menunggu pengesahan parti-parti terbabit.

Majlis KepimpinanMenurut kenyataan itu lagi, Pakatan Rakyat berikrar untuk melindungi hak-hak dan kepentingan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama, sepertimana yang terkandung dalam Perlembagaan.Berikutan itu, kata mereka, kerajaan-kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor akan dikenali sebagai kerajaan negeri Pakatan Rakyat."Dasar-dasar kerajaan-kerajaan negeri berkenaan akan dijalankan mengikut dasar-dasar yang dipersetujui Pakatan Rakyat," kata kenyataan itu lagi. Menurutnya lagi, bagi mengukuhkan lagi kefahaman bersama mengenai dasar-dasar berkenaan, satu konvensyen wakil rakyat Pakatan Rakyat akan diadakan pada 27 April depan.

Bagi mengukuhkan struktur Pakatan Rakyat, sebuah Majlis Kepimpinan ditubuhkan, yang dianggotai pemimpin tiga parti berkenaan.

Di samping itu, kata kenyataan itu lagi, Urusetia Bersama, yang dianggotai tiga pemimpin dari setiap parti terbabit, turut ditubuhkan dengan tugas untuk membina asas dan rangka kerja Pakatan Rakyat untuk disahkan oleh Majlis Kepimpinan.

Mahathir 'lebih bisa' dari blog: Zam





Mahathir 'lebih bisa' dari blog: Zam



Mar 31, 08 10:43am
Kemaskini 9:55pm;


Semalam, Datuk Seri Zainuddin Maidin mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad wajar dipersalahkan atas kekalahan memalukan BN dan Umno dalam pilihanraya umum lalu. Hari ini, bekas wartawan kanan kumpulan Utusan Melayu Bhd yang dianggap dekat dengan Dr Mahathir, meneruskan kritikannya dengan menyifatkan mantan perdana menteri itu "api dalam sekam" Umno.



Bekas menteri penerangan itu berkata kenyataan Dr Mahathir yang kesal melantik Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai penggantinya menggugat Umno dan memaksa parti itu mengumpul tenaga mendapatkan sokongan."Tidak dinafikan kenyataan itu merupakan 'api dalam sekam' yang terus merebak di dalam Umno," kata Zainuddin dalam satu kenyataan.



Kecaman bekas presiden Umno itu, tambahnya, secara terbuka sejak 2006 menyebabkan kewibawaan Perdana Menteri terhakis, lapor Bernama malam ini.




edyesdotcom wrote:

Dah memang dasar tak sedar diri ! inilah sikap orang-orang UMNO yang tidak dapat menerima kekalahan lantas menudingkan jari kepada 'orang' lain. Rakyat semua telah bijak menilai mana yang betul dan mana yang palsu, mana satu permata dan mana satu kaca. Muak dan jelak apabila membaca satu demi satu perenggan artikel di atas, seperti telah tahu segala isi-isinya yang ternyata kekeringan modal!!

Bisa..? Memang Dr. M berbisa. Bermakna zam juga mengakui yang paklah itu tiada bisanya, kenapa nak bandingkan dengan blogers pulak ??? putar alam punyer mamak!! saya bukan menghina mamak, mamak juga adalah saudara seislam tetapi mamak seperti zam ini memutar belitkan fakta dan satu cubaan yang baik untuk mengalihkan perhatian. Sekali lagi kami bersuara "Kami rakyat Malaysia tidak bodoh lagi, kami sudah pandai menilai antara penipuan dan kebenaran, antara yang baik dengan yang buruk, antara yang hitam dengan yang putih, dan antara sandiwara dan realiti sebenar!"


Wahai bekas menteri penerangan yang tak 'terang', bawak-bawak LAH diri tu ke dasar kehidupan sebenar. Jangan kau mainkan lagi perasaan dan sentimen rakyat. UsahLAH kau sibuk lagi untuk memberi komen yang tidak releven. Dan satu lagi, jika zam ada masa, sila hadir ke kelas tuisyen bahasa Inggeris, anak buah saya punyer english lagi baik, bukan satu tapi dua kali lebih bagus dari anda, mantan menteri penerangan...

Barisan Rakyat Tawan Stadium Melawati !!!







Buat pertama kali dalam sejarah, 25ribu umat Islam menunaikan solat isyak dan solat sunat hajat di Stadium Melawati Shah Alam. Buat pertama kalinya juga, ceramah perdana sebegini dianjurkan dalam dewan yang serba besar, suara azan berkumandang, bacaan Quran didengarkan.

Adalah menjadi suatu detik kegembiraan di mana tiada lagi kawalan polis untuk menghalang ceramah, tiada lagi 'patrol' car yang meronda, tidaklah para hadirin ditimpa air hujan lagi kerana ceramah kali ini berlangsung di dewan yang selama ini digunakan untuk sukan badminton, bola keranjang dan lain lain lagi yakni stadium tertutup, Stadium Melawati.

Jumlah kedatangan juga seperti yang dijangka memenuhi stadium ini dan seramai itu jugalah umat yang tak dapat masuk ke dalam stadium kerana tiada ruang lagi. InsyaAllah, di masa akan datang, kita sekali lagi akan berhimpun tetapi bukan lagi di Stadium Melawati, tentunya stadium yang boleh menampung 110ribu pengunjung iaitu Stadium Shah Alam.
Program berikutnya dijangka pada 3 Mei 2008 di stadium yang sama iaitu Stadium Melawati dan antara penceramahnya pula ialah Md Sabu !
>
Tambahan:
>
Bagi sesiapa yang datang malam tadi, tak dapat dibayangkan betapa gegak-gempitanya, betapa gembiranya, betapa bersyukurnya...Ucapan dari YB Hassan Ali yang mengalirkan air mata, dan sepanjang ucapanya jugalah bulu roma ku tegak berdiri... detik ini juga, detik aku menaip petikan ini juga, darah gemuruh.... serum... dan sebak... ALLAH HUAKHBAR!!! ALLAH HUAKHBAR...
>
Siapa sangka, sembahyang hajat seperti di stadium kota bahru berlaku di stadium melawati shah alam.. siapa sangka? dan hanya menunggu masa untuk lebih ramai lagi berjemaah di stadium bolasepak shah alam pula.... dan mungkin juga stadium paroi tempat aku dibesarkan juga akan di buat solat berjemaah seperti ini...
>
Riak wajah semua yang di dalam stadium usah di kata lagi... senyum gembira... terang benderang... tidak lagi di bawah lampu jalan... semua duduk dengan selesa, di lantai karpet, di kerusi yang 'permenent'. ada ketika penganjur menyuruh muslimin dan muslimat yang berada di lantai untuk bangun memberi laluan kepada petugas bagi mengeluarkan kerusi untuk mereka TETAPI seraya mereka semua berkata "kami sudah biasa susah... biarlah kami duduk di lantai karpet ini nescaya ia lebih selesa dari duduk di atas batu2 kerikil beralaskan selipar..." ALLAH HUAKHBAR!!!
>
Takbir bergema... di setiap sudut stadium melawati... sungguh mengasyikkan apabila selesai sembahyang sunat takbir bergema!!!! ALLAH HUAKBAR!!! ALLAH HUAKBAR!!!
>
Yakinlah tuan2... yakinlah bahawa ALLAH bersama kita... inilah zaman kebangkitan Islam... dan sudah sampai masanya kita bersatu... memperkuatkan Barisan Rakyat, pastinya tiada rakyat lain yang akan ketinggalan lagi... dengan kekuatan yang ada pada peringkat keseluruhanya, jangankan kata rakyat dalam negara yang dapat kita bantu, RAKYAT PALESTINE juga dapat kita bantu...
>
>
DARI UFUK TIMUR, KAMI DATANG..
BERSAMA PERISAI DAN PEDANG...
MENYEMBELIH YAHUDI LAKHNATULLAH DI BAITUL MUQADDIS!!!
>
KEBANGKITAN ISLAM TIDAK DAPAT DIBENDUNG LAGI..