Tarikh: 26hb Feb 2012 (Ahad)
Masa: 8.30mlm
Tempat: Taman Air Biru, Pasir Gudang, Johor.
Pemidato:
1) Che'Gu Bard (SAMM)
2) YB Salahuddin Ayub (AP Kubang Kerian)
3) Haris Ibrahim (NGI)
4) Pemidato dari kalangan rakyat
Pertanyaan: 013-7848585
Masa: 8.30mlm
Tempat: Taman Air Biru, Pasir Gudang, Johor.
Pemidato:
1) Che'Gu Bard (SAMM)
2) YB Salahuddin Ayub (AP Kubang Kerian)
3) Haris Ibrahim (NGI)
4) Pemidato dari kalangan rakyat
Pertanyaan: 013-7848585
Hadirlah beramai-ramai! Walaupun ada ura-ura pelancaran ABU Johor ini akan diganggu, namun rakyat yang cintakan demokrasi dituntut untuk menjadi lebih berani demi mencari kebenaran. Turunlah dan bersamalah pertahan majlis penerangan ini. 
Di bawah ini kenyataan SAMM Johor;
Hebahan Umum
Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor (SAMM Johor) 
25 Februari 2012
Hormati Demokrasi, Hentikan Aksi Samseng Menjelang Pelancaran ABU Negeri Johor
Menjelang  program Pelancaran Gerakan Asalkan Bukan UMNO (ABU) Peringkat Negeri  Johor pada 26 Februari ini di mana SAMM Johor turut terlibat sebagai  penggerak Asalkan Bukan UMNO (ABU) Johor, semalam beberapa aktivis SAMM  Johor telah menerima kecaman dan ugutan dari individu-individu semasa  memasang poster-poster promosi program tersebut di beberapa tempat  sekitar Pasir Gudang. Malahan, beberapa poster-poster promosi program  tersebut telah dikoyakkan, diconteng dan disabotaj oleh pihak-pihak  tidak bertanggungjawab.
Sebelum  ini, dalam beberapa siri program Pelancaran Gerakan Asalkan Bukan UMNO  (ABU) di negeri-negeri lain telah berlaku provokasi dan gangguan  tindakan tidak bertamadun yang gemar melacurkan minda anak muda.  Sehubungan itu, SAMM Johor merasakan segala ugutan-ugutan,  kecaman-kecaman dan tindakan mensabotaj poster-poster promosi ini hanya  bertujuan untuk menakut-nakutkan aktivis kami dalam berjuang menentang  rejim korup. SAMM Johor percaya tindakan ini adalah langkah awal  pihak-pihak lawan sebelum aksi samseng digunakan semasa program  pelancaran ini berlangsung Ahad nanti. Bahkan baru-baru ini, kita  dikejutkan dengan aksi ganas sekumpulan anak muda upahan di Sembrong,  Kluang hingga menyaksikan cermin kereta Ketua Pembangkang Malaysia  pecah.
SAMM  Johor dengan tegas menyatakan bahawa kami tidak akan bertoleransi  dengan pihak-pihak yang menjajah minda anak muda dengan anasir politik  sebegini. Seharusnya, UMNO dan Parti Politik yang ada di Malaysia  mendidik anak muda untuk berpolitik secara matang, secara ilmiah sebagai  pewaris masa depan negara bukannya melakukan tindakan sembrono yang  membonsaikan pemikiran masyarakat khususnya anak muda. Anak muda tidak  seharusnya dijadikan mangsa eksploitasi pihak tidak bertanggungjawab  demi survival politik melampau mereka.
UMNO  seharusnya menghormati lunas-lunas demokrasi dan kebebasan bersuara.  Program yang dianjurkan adalah berlangsung di kawasan premis  persendirian serta ini merupakan platform untuk rakyat negeri Johor yang  telah ditindas bertahun lamanya untuk menyuarakan keperitan dan  kepayahan mereka selama ini. Asalkan Bukan UMNO bukanlah satu gerakan  yang dinaungi oleh mana-mana parti politik sebaliknya merupakan satu  gerakan dari rakyat kepada rakyat. Sewajarnya, UMNO menghormati  perbezaan pandangan dan meraikan demokrasi. Ini sahaja platform yang ada  untuk rakyat tertindas meluahkan penderitaan mereka apabila media-media  cetak dan elektronik telah dirantai oleh rejim Pemerintah.
Hujah  biarlah dilawan dengan hujah. Namun jika keras yang dijual maka keras  jugalah yang dibeli. Jika baik budi bicara, kami anak muda sedia memberi  laluan agar anda berhujah di pentas yang telah kami sediakan, dengan  etika dan syarat yang ditentukan seperti yang telah kami lakukan semasa  Ceramah Timbalan Presiden PAS di Muar tempohari. Tetapi jika kehadiran  mereka ini jelas lagi terang hanya untuk mengacau majlis rakyat, kami  anak muda SAMM sentiasa bersedia di barisan hadapan, begitu juga dengan  unit amal serta aktivis-aktivis ABU lain. Adalah menjadi tugas anak muda  untuk memastikan keselamatan orang ramai ketika kemungkinan pihak  berkuasa 'terlepas pandang' dalam menjalankan tugas.
Justeru  itu, SAMM Johor akan menggerakkan kesemua aktivis untuk membantu pihak  penganjur dalam menjaga keselamatan lokasi program daripada terjadinya  tragedi-tragedi seperti di Klang, Selangor dan Semberong, Kluang  baru-baru ini. Malahan, beberapa NGO dan NGI telah menyatakan kesediaan  untuk bersama dalam mengawal keselamatan orang ramai sepanjang program  tersebut berlangsung. SAMM Johor dan rakan-rakan Sekretariat Asalkan  Bukan UMNO (ABU) Negeri Johor amat bersedia kali ini untuk berdepan  dengan asakan provokasi tidak bertamadun pihak-pihak tidak  bertanggungjawab ini.
SAMM  Johor juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menjemput rakyat Johor  hadir ke Pidato Pelancaran Asalkan Bukan UMNO (ABU) untuk mendengar  luahan teman-teman dari segmentasi masyarakat seperti Bekas Penduduk  Tasek Utara dan Plentong Tengah, Generasi Kedua FELDA, Orang Asal,  Pekerja dan pelbagai lagi segmentasi masyarakat yang telah menjadi  mangsa penindasan rejim UMNO pada :
  Tarikh : 26 Februari 2012 (AHAD)
  Jam : 9 malam
  Tempat : PASTI Taman Air Biru, Pasir Gudang, Johor
Akhir,  SAMM Johor sekali lagi menyeru UMNO untuk menghormati lunas-lunas  demokrasi serta jangan mengeksploitasi dan meracuni pemikiran anak muda  dengan permainan politik kotor, politik ugutan dan politik samseng demi  survival politik anda.
ASALKAN BUKAN UMNO !!
Ahmad Anwar Asyraf
Penyelaras SAMM Johor

2 comments:
salam komrad,
mempertahankan diri itu adalah wajib
jgn sampai kena chop solidariti tak solid :)
Beri mereka sedikit ruang untuk tunjuk sikap dan tingkah laku samsing mereka, supaya bertambah ramai rakyat yang membenci. Dia orang ingat dengan perangai buruk itu boleh lepas begitu je. Biarkan. Orang bt 11 jalan keluang.
Post a Comment