Galeri di atas adalah detik-detik manis sekumpulan anak muda menyampaikan sumbangan kepada golongan berpendapatan rendah yang sememangnya memerlukan perhatian kita.
Aktiviti mulia ini berlangsung pada 18 Febuari yang lalu, mengambil kesempatan di atas kelapangan hari Sabtu, Anak muda SAMM segmentasi mahasiswa meredah keheningan pagi untuk sampai ke Sabak Bernam bagi menyampaikan sumbangan.
Anak muda SAMM segmentasi mahasiswa membuktikan betapa umur, kedudukan, dan apa jua ketidak-sempurnaan bukan halangan untuk kita berbakti dengan menyampaikan sumbangan. Anak muda mencari jalan, mencari peluang untuk berbakti!
Hayatilah aktiviti ini dan jadikannya iktibar untuk sama-sama kita bangkit membantu golongan yang memerlukan. Inilah anak muda berjiwa rakyat!
Program Anak Muda Merasai Kemiskinan Rakyat
Anjuran :
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Segmentasi Mahasiswa.
SAMM adalah sebuah pertubuhan bebas yang ditubuhkan sekitar tahun 2006 bagi memperkenalkan generasi-generasi muda tentang hak dan tanggungjawab mereka terhadap negara. Pengasas SAMM oleh seorang bekas guru yang mendapat pendidikan tinggi di Korea dan salah seorang pemimpin anak muda yang mempunyai iltizam yang tinggi. Beliau juga telah banyak mengelilingi negeri di seluruh Malaysia bagi menyedarkan tanggungjawab anak-anak muda terhadap Negara. Beliau yang dimaksudkan adalah saudara Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali dengan panggilan CheGubard. Program ini telah diselaraskan sepenuhnya oleh SAMM segmentasi mahasiswa yang diketuai oleh Sdra. Wan Noor Faril Azli b. Wan Haron mahasiswa Universiti Selangor.
2.0 Objektif
Program ini bertujuan untuk:
i. Menaikkan imej mahasiswa di mana kini kurang mendapat tempat di mata masyarakat.
ii. Menyedarkan masyarakat betapa pentingnya generasi ini dalam sistem pemerintahan negara pada masa akan datang.
iii. Untuk menyedarkan masyarakat bahawa golongan mahasiswa ini seharusnya diberikan perhatian bagi mengangkat kebolehan, kepakaran dan kebijaksanaan yang mereka miliki dalam memangkin kekuatan negara.
iv. Mereka harus diberi peluang untuk meluahkan rasa dan hak mereka sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab terhadap negara dan seterusnya memacu negara ke arah mutu yang lebih baik dan berkebajikan.
v. Program ini akan menjadi salah satu platform bagi golongan mahasiswa ini untuk terus bekerjasama dengan semua pihak dan organisasi sama ada kerajaan atau NGO untuk membela nasib golongan yang memerlukan.
3.0 Peluang dan Kelebihan
i. Pada pandangan politik, program ini pasti membuka mata, memberikan keyakinan kepada mahasiswa,anak muda, keluarga dan masyarakat umum bahawa ahli-ahli politik dan pihak-pihak swasta / NGO tidak pernah mengenepikan nasib golongan yang tidak berkemampuan. Ini akan menambahkan lagi kepercayaan dan keyakinan masyarakat kepada ahli-ahli politik dan NGO-NGO dan pihak-pihak swasta yang terlibat.
ii. Dari skop perniagaan, sumbangan korporat terhadap program ini akan membuka mata ramai pihak di mana mereka akan sedar bahawa syarikat-syarikat swasta juga memainkan peranan penting dalam membela golongan-golongan ini. Dengan kata lain, masyarakat di luar sebagai konsumer dapat merasakan bahawa ada bahagian dari segala perbelanjaan yang mereka keluarkan untuk membeli produk atau perkhidmatan disalurkan kepada golongan-golongan muda ini bagi menjamin masa hadapan yang lebih baik dan berkualiti.
iii. Program ini menuntut pihak media untuk memainkan peranan dalam membantu golongan-golongan muda sebagai satu medium untuk menarik minat masyarakat di dalam dan luar negara supaya sedar dan tahu fungsi diri untuk bersama terlibat dalam membuat perubahan ini. Peranan media secara langsung dapat membantu mengharumkan, menjaga nama baik dan imej negara bahawa Malaysia memiliki masyarakat yang amat perihatin terhadap golongan-golongan muda yang tidak mempunyai hala tuju yg sebenar.
iv. Program ini juga dapat memberi isyarat kepada semua bahawa kuasa anak muda tidak harus di pandang rendah kerana generasi inilah yang satu hari nanti akan mengambil tampuk pentadbiran negara bagi membawa negara ke satu kedudukan yang lebih baik dari sekarang.
4.0 Kumpulan Sasar
Kumpulan-kumpulan atau individu-individu yang di fokuskan untuk program ini adalah:-
i. Keluarga Dhaif
ii. Ibu Tunggal
iii. Anak-anak yatim
5.0 Tempat Dan Tarikh
Tarikh : 18 Februari 2012 Jam : 10.00 Pagi ( Sabtu ) Tempat : Sabak Bernam
8.0 Sumbangan yang diperlukan
i. Perbelanjaan membeli barang keperluan asas seperti beras, gula dan sebagainya.
Sumbangan boleh disalurkan kepada:
Wan Noor Faril Azli Bin Wan Haron (SAMM Segmentasi Mahasiswa)
NO. AKAUN : 02-011-02-089404-9
BANK ISLAM
9.0 Manual Perlaksanaan Program
Segala urusan dari awal hingga akhir akan diuruskan oleh SAMM segmentasi mahasiswa serta dibantu oleh rakan-rakan fraksi mahasiswa lain.
i. Perlaksanaan Jemputan dan sumbangan kepada para penyumbang melalui kiriman kad jemputan khas dan kertas kerja program melalui pos, email, faks diikuti tindakan susulan melalui perbincangan bersemuka, pertemuan peribadi atau panggilan telefon.
ii. Cetakan banner, risalah dan sticker yang memuatkan senarai nama-nama penyumbang.
iii. Memuatkan kandungan data program termasuk butir-butir sumbangan dan jemputan segala maklumat yang berkenaan dengan projek ini ke dalam website khas di alamat http://anakmudamalaysia.com/
vi. Liputan media dan rakaman video serta gambar fotograf akan dibuat di sepanjang majlis.
10. Kesimpulan
Mahasiswa adalah golongan yag terpenting dalam pembangunan sesebuah negara.Rasa kasih dan keinginan kita untuk melihat golongan mahasiswa dalam Negara ini tidak akan menyerap dan bermakna dalam diri selagi tidak dibuktikan dengan bersama-sama berganding bahu menghulurkan tangan untuk mengangkat generasi ini kearah yang lebih baik. Program ini akan meningkatkan kesedaran segenap lapisan masyarakat tidak kira tua, muda , tanpa mengira fahaman agama dan politik untuk bersatu hati dan saling tolong menolong untuk membangkitkan maruah bangsa sekaligus anak muda untuk memegang tampuk pemerintahan Negara dengan penuh maruah dan berprinsip. Perlaksanaan program ini akan mengurangkan perselisihan faham dan memupuk hubungan sillaturrahin yang berpanjangan serta membentuk nilai-nilai yang baik dan pengasih sesama insan. Dengan keadaan itu maka generasi muda khususnya golongan mahasiswa dalam Negara ini akan bersikap semulajadi hebat dalam semua aspek kehidupan dalam membentuk sebuah negara Madani yang diredhai tuhan.
No comments:
Post a Comment