Kenyataan Terbuka
Solidariti Anak Muda Malaysia
21 Febuari 2012
PEMUDA UMNO TEPUK AIR DALAM DULANG KENA MUKA SENDIRI
Merujuk kepada kenyataan Ketua Biro Aduan Komuniti Pemuda, Muhd Khairun Aseh pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam mengenai desakan Pemuda  Umno mahu Kementerian Dalam Negeri mengkaji semula sebuah buku  pendidikan seks kanak-kanak yang diimport dan didakwa mempunyai  kandungan yang melampau serta berbentuk lucah.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyokong usaha Pemuda Umno mahu buku  yang bertajuk ‘Where Did I Come From’ atau 'Dari Mana Saya Datang',  yang boleh didapati di rangkaian kedai buku tempatan dihentikan  penjualanya segera. 
Buku ini menurut Pemuda Umno harus dihentikan kerana memaparkan ilustrasi kartun bentuk lelaki dan wanita yang lengkap dengan alat kelamin masing-masing. Dalam sidang media semalam Pemuda Umno memperlihatkan pada wartawan buku itu juga mengandungi ilustrasi aksi lelaki dan perempuan yang mengadakan hubungan seks. Khuatir ia memberikan kesan negatif kepada kanak-kanak maka pemuda Umno mendesak Kementerian Dalam negeri mengkaji penjualan buku tersebut. Malah dalam sidang media tersebut Pemuda Umno menyifatkan penjualan buku itu adalah melanggar Seksyen 292 Kanun Keseksaan, yang berkaitan dengan pengedaran atau penjualan bahan-bahan lucah.Satu memo bantahan akan dihantar esok umum mereka.

SAMM  menyokong usaha pemuda Umno tersebut cuma dalam masa yang sama berasa agak pelik dan janggal. Pada  fahaman umum usaha mendesak ini berlaku kerana ada pihak gagal atau enggan  bertindak. Adakah Pemuda Umno dibawah Khairy Jamaluddin ingin  menunjukkan kegagalan atau kelemahan KDN di bawah bekas Ketua Pemuda  Umno selaku Menteri melalui isu ini. Bukankah mudah jika isu ini benar dan  serius, tindakan boleh dibuat lebih pantas daripada hanya sekadar serah memorandum dan buat  sidang media mendesak. Bukankah salah seorang Exco Pemuda Umno bekerja  sepenuh masa dan bergaji dibawah Menteri Dalam Negeri.
Lebih  menghairankan lagi dalam keadaan Pemuda Umno kononnya amat prihatin  dengan pengaruh buku ilustrasi tersebut kepada kanak - kanak tetapi  dalam pada masa yang sama mereka atau sekutu mereka terlibat mengedar  video aksi seks kepada umum termasuk mengedarkan gambar 'real' aksi  lucah termasuk aksi seks yang telah di 'superimpose' dengan wajah  pemimpin PR. 
Ini amat hipokrit sebenarnya. Pemuda Umno yang membuat sidang media dengan penuh kerisauan mengenai bagaimana buku ilustrasi boleh menjejaskan kanak - kanak seharusnya juga risau dengan budaya politik lucah bawaan Umno yang tidak berkesudahan.

Zulkifli Ibrahim
Pengarah Seketeriat Kebangsaan
Pengarah Seketeriat Kebangsaan
Solidariti Anak Muda Malaysia

No comments:
Post a Comment