Thursday, February 2, 2012

Anak dan Isteri Juga Adalah Perjuanganku!



 
Semalam, dalam keadaan wife di ward, dan cuti hari wilayah, aku ambik kesempatan utk bawak kedua-dua anak aku pergi check hospital check darah (sebab ruam lepas demam tu)... lagi tujuannya, sebab bintik-bintik seperti ruam yang ada pada Hakim tidak surut dan Tasha pula sudah masuk hari kedua demam... hasilnya, doktor kata takde apa-apa, tak perlu check darah dan tak bagi sebarang ubat (sebab masa check tasha, 37.4 shj...)

Pagi ini, Tasha masih demam, dan pulak naik ruam satu badan seperti yang dialami Hakim... agak kemerahan sedikit...

Kejadian nie berlaku kali ke 3 dalam tempoh 4 bulan ... cuma masa kena kali kedua ia hampir jadi tapi sekadar bintik2 di leher dan dada sahaja lepas tu hilang...

Bayangkan, bintik-bintik Hakim tidak surut walaupun hampir 2 minggu, dan sekarang Tasha pulak dah tergaru-garu... Masa kali pertama kena dulu, doktor ada bagi antibiotik yang hasilnya menyebabkan bintik2 nie jadi mengelupas dan hilang... itu yang aku harapkan setiap kali pergi hospital sebab aku yakin antibiotik tu tiada di klinik biasa... sekurang2nya doktor boleh check darah dan bagi ubat yg sepatutnya... bukan membiarkan bintik2 nie berlanjutan beberapa minggu...

aku tak tau apa penyakit yg melanda anak, mak diorang pulak dah 3 hari dalam ward...

now, aku akan datang semula ke hospital (sementara wife pun masih di ward) dan pastikan doktor ambik darah anak aku dan check dan bagi ubat sesuai !!

mungkin betul apa yg doktor tu kata semalam, anak aku takde apa2... dan itu yang aku harapkan pun... tapi aku tak sanggup biar anak aku berbintik dan menggaru selama sebulan hanya kerana doktor kata takde apa2...

mungkin kalau khamis minggu lepas doktor bagi ubat yg sesuai untuk Hakim, hari nie Tasha x kena pun bintik2 yg sama mcm Hakim... Khamis minggu lepas aku datang hospital masa hakim dah 2 hari ada bintik2 yg sama... tapi doktor kata takde apa2...

keadaan ini menyebabkan aku sedikit depression, sebab sakit anak yg berulang2... juga menyebabkan aku sedikit 'out-form' utk mengendalikan blog, dan juga kurang menulis artikel sejak bulan november lepas... yang ada cuma ulasan dan kenyataan2 untuk SAMM...

Aku merayu kepada Tuhan agar aku dikurnia kekuatan untuk mengharungi ujian Mu yg tidak seberapa ini.. Aku akan cuba tabah kerana aku tau Allah bersama dengan orang2 yg sabar dan menyayangi orang2 yang tabah...

semoga anak2 ku dan isteriku sihat seperti sediakala... aku akan terus berjuang di mana medan sekalipun... Anak dan isteri juga adalah perjuanganku!

1 comment:

Muhammad Minor said...

saye orang indonesia, salut untuk gerakan ABU. Tapi sebenarnya saye tidak tahu ABU itu. Tapi tak apalah, saya read post-nya terlebi dahulu.


anaknya belum lahir?