Wednesday, August 10, 2011

Tiada Lagi Elaun Perpindahan Bagi Cikgu !



Imej : diambil dari laman web KPM dinyatakan
dengan jelas mengenai 'kehilangan' elaun perpindahan
Banyak pendedahan pembaziran wang negara telah didedahkan. Dari ketirisan dalam perbagai sektor dan perbagai peringkat hinggalah kepada pembaziran Keluarga Perdana Menteri Malaysia itu sendiri.

Namun rakyat dibawah terus diarah berjimat. Terbaru che'GuBard mendapat email dari teman-teman yang pernah sama sepengajian yang masih berkhidmat sebagai pendidik. Mereka mengeluh kerana meremenerima perbagai tekanan. Sudahlah perbagai peruntukan untuk sekolah dipotong. Ketika dikhabarkan RM111 juta diperuntukan untuk program PERMATA milik Imelda Rosmah tetapi sekolah bantuan penuh kerajaan yang sepatutnya menjadi tempat utama pendidikan rakyat telah dipotong perbagai peruntukan dan diarahkan berjimat.

Terbaru kelompok guru ini telah didera dengan 'dihilangkan' elaun perpindahan buat mereka. Bayangkanlah guru-guru ini yang semenjak habis pengajian terus dengan rela dicampakkan ke pendalaman sejauh Borneo tetapi setelah ada yang lebih 12 tahun di sana dan apabila bertukar ke Semenanjung tidak diberi sebarang elaun untuk pindah.

Ada yang sudah bekeluarga dengan anak yang ramai, sudah punya kenderaan dan berapakah perbelanjaan untuk memindahkan keluarga besar ini ke Semenanjung ? Menurut teman - teman yang menyatakan keluhan mereka mahu semua faham selalunya kalau pundiberi elaun perpindahan ini mereka masih perlu menambah dengan duit sendiri. Elaun perpindahan ini sebenarnya pun tidak pun cukup tetapi beerti besar dalam membantu perpindahan khususnya bagi mereka yang telah lama di pendalaman Sabah dan Sarawak.

Regim ini semakin tidak berpijak di bumi nyata. Rakyat terus disuruh berjimat tetapi mereka diatas terus bermewah. Ketika Imelda Rosmah bermewah rakyat terhimpit semakin payah.

Kepada teman-teman yang masih berkhidmat sebagai guru. Regim ini terlalu yakin semua guru takut dengan perubahan ayuh bersama kayuh perubahan demi negara. Kuasa ditangan anda. Daftarkan diri sebagai pemilih dan lalukan perubahan dengan berani demi diri kita dan masa depan negara.

Kementerian Pelajaran dah jadi kementerian rojak dan caca merba agaknya. Guru-guru hanya boleh meluahkan perasaan mereka melalui surat dan forum di akhbar saja. Apakah Menteri, Pengarah Pelajaran dan Pegawai Pelajaran dah jadi PBB (Pekak, Bisu dan Buta)? Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) tak selesai kini masalah pengangguran di kalangan Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.

Antara luahan guru - guru di media setelah Kementerian gagal mendengar
  1. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0808&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_05.htm
  2. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SistemSAPSbanyakmasalah/Article
  3. http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2011%2F8%2F4%2Fnation%2F9224912 

2 comments:

Anonymous said...

kalau ada jugak yg buta dan takut nak berubah.. taktau laaa nak cakap apa lagi!!

Anonymous said...

Kalu cikgu tu yang minta tukar dan pertukarannya dilulus,mana layak di dapat elaun perpindahan? Dari dulu lagi elaun perpindahan tak diberi kpd. guru yang mohon tukar sendiri.Hanyalah pada satu ketika dulu,tapi telah diberhentikan.

Dahulu jika guru itu ditukarkan atas keperluan perkhidmatan, baru dia layak dapat elaun perpindahan. Kalau inilah yang dimaksudkan yg elaun ini tak lagi diberi,maka aku rasa KPM memang zalim!!!

Minta cikgu2 terlibat pergi ke KPM dan sepak punggung Muhyiddin 3 kali!!!! dan dalam PRU 13 nanti bersama2 undi PR!!

cheers.