Wednesday, February 2, 2011

Vokalis Kumpulan Rock, Isteri Ditahan Miliki Ganja, Syabu!!

Ayer Keroh: Seorang vokalis kumpulan rock terkenal tanah air ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini atas dakwaan memiliki dadah jenis ganja dan syabu di sebuah hotel bajet di Taman Melaka Raya, dekat sini, jam 5.20 petang semalam.

Beliau yang berusia 42 tahun ditahan reman bersama isterinya yang berusia 41 tahun, mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dibaca bersama Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15 (1)(a), akta sama.

Kebenaran menahan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Aishah Hijriah Arshad, kira-kira jam 12 tengahari tadi.

Mengikut fakta, pasangan ini ditahan di sebuah hotel bajet di Jalan Melaka Raya 3, dalam satu serbuan yang dilakukan sepasukan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, susulan makluman awam.

Hasil serbuan itu, polis menemui 122 gram ganja dan satu gram syabu.

Turut bersama pasangan ini adalah seorang anak lelaki mereka berusia empat tahun. 


EDYES wrote:
Isu nya di sini bukanlah sebab yang ditangkap itu adalah artis... Tetapi adalah malang sekali kerana anak yang tidak kenal dunia dan tak kenal erti dosa turut terlibat sama...

Sejauh mana benar atau salah, bukan kita yang menghakimi. Mohon pada tuhan semoga yang benar akan tegak dan yang bathil akan rebah...

No comments: