Friday, February 11, 2011

Backdated : Program Forum (MB Nizar & Ust Badrul) dan Konsert Akhil Hai Anjuran SAMM Mencapai Matlamat !!

Program Forum Perdana yang berlangsung di Dataran Prima Avanue telah berlangsung dengan baik dan dihadiri sekitar 500dihadirin yang datang dari serata Selangor termasuklah anak-anak muda yang hadir dari sekitar Cyberjaya dan Putrajaya. 

Forum Perdana yang berkisarkan semangat Maulidur Rasul yang mendatang dipanelis oleh Menteri Besar Perak yang sah di hati rakyat iaitu YB Hj Nizar Jamaludin dan Ketua Penerangan Pakatan Rakyat Selangor iaitu Ustaz Badrul Amin dengan pemidato sensasi che'GuBard menjadi moderator.

Walaupun berlaku sedikit kekacauan di akhir sesi forum, program anjuran SAMM dengan kerjasama Majlis Daerah Sepang ini berjalan lancar dan menemui matlamatnya dengan bait-bait pidato yang hebat dari kedua-dua panel yang menyentuh perihal Kelahiran Rasul dan juga beberapa isu semasa termasuklah isu kebangkitan Tunis-Mesir. Hadirin juga tidak melepaskan peluang mengambil bahagian dalam sesi soal jawab kepada ahli panel.

Program Forum Perdana diakhiri dengan selawat ke atas junjungan besar nabi kita Muhammad SAW, dan disusuli sesi bergambar. Berakhir Forum, Konsert Akhil Hai mengambil tempat dan para pengunjung agak terpegun dengan kehadiran Akhil Hai bersama zauyahnya Waheeda Wahsini sebagai ikon selebriti yang bertunjangkan dakwah Islam ke atas anak muda.

Konsert Akhil Hai menampilkan lagu-lagu lama dan baru beliau dengan penyampaian yang sangat mengkagumkan dan disulami puji-pujian ke atas Ilahi. Akhil Hai juga mengakui bahawa malam tadi adalah pentas yang pertamanya semenjak diselubungi kontrovesi mengenai hubungannya dengan Waheeda yang kini telah 'selamat' menjadi isteri. Kehadiran Waheeda juga dilihat lengkap bersama mengenakan nikap / purdah.

Akhil Hai juga tidak melepaskan peluang memberi ceramah yang bersahaja tetapi menjangkau hampir satu jam. Ia umpama mengimbau kembali kenangan ustaz Akhil Hai di pentas ceramah PAS suatu ketika dulu. Walaupun ceramah Akhil Hai begitu bersahaja, ia memberi kesan yang mendalam kepada hadirin yang hadir ke Prima Avanue Cyberjaya malam tadi. Masing-masing khusyuk mendengar apa yang disampaikan oleh ustaz Akhil termasuklah ustaz Badrul Amin yang tidak berganjak dari khemah penonton hingga ke akhir konsert Akhil.

InsyaAllah, terdapat desakan yang kuat untuk SAMM memanggil Akhil Hai dalam program yang akan datang memandangkan Akhil Hai dari gerak-gerinya lenggok bahasanya, ingin kembali ke pentas ceramah.

Tetapi difahamkan juga kehadiran Akhil Hai kali ini adalah sebagai pendakwah dengan gaya tersendiri yang mempunyai pakej hebat apabila hadir bersama isterinya Waheeda, lantas menjadi contoh kepada anak muda. Boleh dikatakan ceramah Akhil Hai malam tadi adalah benar-benar concern untuk menyedarkan anak muda dari terus hanyut di arus massa, tanpa berbataskan fahaman politik ustaz Akhil dilihat sesuai untuk semua golongan masyarakat.

Program SAMM di Dataran Prima Avanue pada semalam (10 Febuari 2011) berakhir dengan sesi bergambar bersama Akhil Hai. Ustaz Akhil Hai juga menyatakan kesediaannya untuk bersama SAMM dalam program akan datang.

SAMM tampil sekali lagi hari ini di Dataran Prima Avanue Cyberjaya diteruskan pada hari ini dengan Program Diskusi Anak Muda mengambil giliran sila klik sini. Untuk makluman mengenai program seterusnya iaitu malam ini, esok dan lusa, sila klik di sini.

Ayuh hadir beramai-ramai, kehadiran anda amatlah dialu-alukan.

Di bawah adalah gambar-gambar peristiwa semalam yang menjadi kenangan mahal bagi mereka yang hadir. TAHNIAH SAMM !!











EDYES @ edyesdotcom
SAMM NGAM !

No comments: