Monday, February 7, 2011

Pentas Anak Muda & Ceramah Umum di Bukit Naga Berlangsung!

Pentas Anak Muda & Ceramah Umum bersama che'GuBard sedang berlangsung di Markas PAS Bukit Naga.

Program malam ini merupakan pemangkin kepada program anak muda seluruh Selangor yang telah disusun untuk dilancarkan. Program seumpama ini adalah bagi persediaan penting Pakatan Rakyat Selangor khususnya memandangkan pilihanraya umum yang dikatakan kian hampir.

Program yang berjalan lancar dimeriahkan lagi dengan kehadiran YB Kota Raja bagi memberi sedikit amanat sebagai Ahli Parlimen Kawasan.

Dalam program ini juga, penganjur menampilkan jemputan khas iaitu ADUN Seri Muda bagi menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku dalam kancah yang membawa pertuduhan akta hasutan ke atas YB Suhaimi.

Kehadiran para pengunjung begitu memuaskan apabila ruang khemah yang disediakan tidak mencukupi dan melimpah sehingga ke luar, mujurlah cuaca baik dan tidak hujan.

Ketika ini, YB Seri Muda baru habis menyampaikan penjelasan dan seterusnya YB Siti Mariah menyambung menyampaikan ucapan.

Semoga anjuran program sebegini memberi banyak manfaat kepada hadirin dan hadirat. Kepada pengunjung blog, jangan lepaskan peluang untuk mengikuti program-program anak muda anjuran Pakatan Rakyat di kawasan anda. Jemput seramai mungkin bagi menambahkan kemeriahan.


EDYES @ edyesdotcom

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

1 comment:

tungkaran hati.blogspot said...

Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....! juga jauh dihati saya.
Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, janganlah diperbodohkan oleh mereka...! kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat keberkatan daripada perjuangan PAS.
Kembalilah kepada perjuangan asal....sebuah negara Islam yang berdaulat!