Wednesday, February 9, 2011

Juara Asia Tenggara Akan Bertemu Hongkong Malam Ini !!



Pasukan Malaysia selaku Juara Asia Tenggara akan berentap menentang Hong Kong dalam satu perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam, malam ini.

Semoga kekalahan yang dialami 3 kali berturut-turut sebelum ini iaitu kali terakhir tujuh tahun lalu, dapat dibalas dengan satu pukulan TKO. Hongkong suatu masa dahulu adalah pasukan belasahan tetapi pada era kejatuhan pasukan kebangsaan, Hongkong telah menjadi sebuah pasukan yang membawa masalah kepada pasukan bolasepak Malaysia. Ini berlaku dalam kejohanan kelayakkan piala dunia di mana kita tewas kepada Hongkong dalam kedua-dua perlawanan timbal balik.

Malam ini, pasukan Malaysia menanti kunjungan pasukan Hongkong yang berada 3 tangga di belakang pasukan Malaysia dalam ranking rasmi bolasepak FIFA. Keputusan malam ini akan dikira dalam perebutan mata ranking dunia kerana ini adalah perlawanan persahabatan berkelas A.

3-0 untuk malam ini! Saya bukanlah seorang yang sangat optimis dalam meletakkan harapan tetapi melihat pasukan kebangsaan adalah sebuah skuad yang meningkat dengan baik sekali setelah diasah sekian lama, cuma masalah dirundum nasib kurang baik dalam banyak kejohanan sebelum menjuarai Piala AFF. Tidak mustahil keputusan 3-0 dapat dicapai mengikut tahap prestasi sebuah pasukan juara mukim Asia Tenggara.

Jika sebaliknya berlaku, bermakna skuad bolasepak negara sememangnya masih dibuai mimpi dan tidak punya keinginan untuk melangkah ke arena seterusnya iaitu bagi mengejar kejuaraan Asia dalam beberapa tahun akan datang. Jika pasukan kebangsaan ini benar-benar fit untuk bersaing dalam kejohanan lebih besar, pastinya keputusan akan positif malam ini!

Ayuh kita penuhkan stadium Shah Alam ini malam!! Imbas kembali kegembiraan ketika menewaskan Indonesia 3-0 di Bukit Jalil dalam final pertama kejohanan Piala AFF yang lalu. Jumpa di Stadium Shah Alam malam ini. Tak sabar rasanya nak tengok rembatan Safie Sali dalam keadaan berlari !!

Malaysia ! Tanah Tumpah Darahku !!


EDYES @ edyesdotcom
Blogger sukan anda...

No comments: