Monday, February 21, 2011

Akhirnya Masturah Dijumpai Di

KUALA LUMPUR, 21 Feb: Calon Pro-M Universiti Malaya, Masturah Abu Bakar yang dikatakan hilang ditemui selepas berapa siri kempen pilihan raya kampus di universiti itu.

Harakahdaily difahamkan, pada pukul 10.40 malam tadi pihak Pro-M menerima maklumat Masturah dijumpai di Bangi.

Berapa anggota Pro-M bergegas ke Bangi dan beliau dijemput oleh ahli keluarga dan dibawa balik ke rumahnya di Sungai Buluh.

Mereka terus bergegas ke rumahnya dan mengesahkan perkara tersebut.
 
 
EDYES wrote:
 
Cuba tanya Masturah betul-betul, masihkah beliau menjadi pendokong Pro-Mahasiswa? Ataupun sudah melompat menjadi penyokong Pro-Aspirasi?
 
 

1 comment:

Anonymous said...

wah...sebijik mcm dilakukan dlm real politik..culik YB PR pastu dilaporkan hilang..pastu tiba muncul kan diri..pastu isytihar bebas mesra BN/UMNO Apco..kah..kah..kah..genjala ni pun menular dan menjadi ikutan pada piliharanraya MPP IPTA...wah..kacau..ni semua atas nasihat APCO..kah..kah..kah..rosak sungguh negara kiter skng..

ayuh bangkit selamatkan malaysia...takbir!!!!