Friday, January 7, 2011

Samseng TGHH Membelasah Aduka Taruna !!

 
Aku fikir UMNO sahaja yang ada bela samseng dan suka bertindak ala samseng. Tetapi sungguh tak sangka, sehebat-hebat samseng UMNO, hebat lagi samseng TGHH sebab boleh belasah orang yang tidak disukai di dalam perkarangan rumah Allah. Samada punya lesen dari Allah atau tidak, itu kena tanya TGHH...
 
 
Kronologi Ringkas (sepengetahuan saya)
 
1. Aduka Taruna dijadualkan bertemu dengan TGHH pada pukul 3ptg hari ini(7Jan2011).
 
2. Kerana Khuatir tidak sempat berjumpa TGHH pada jam 3ptg, Aduka mengambil peluang untuk terus berjumpa TGHH selepas solat Jumaat dan memohon agar diberikan masa untuk bertanyakan beberapa soalan.
 
3. TGHH dengan tegas tidak mahu meluangkan masa untuk Aduka dan mengelak setiap pertanyaan.
 
4. Aduka cuba mengikuti jejak TGHH yang ingin pulang ke rumahnya di belakang Masjid. Ketika inilah Aduka mula dikepong, masih lagi dalam perkarangan Masjid.
 
5. Dikepong oleh lebih kurang 90-100 orang, Aduka diugut untuk memadam segala apa yang dirakam ketika berjumpa TGHH sebentar tadi. Difahamkan ada sedikit pergelutan untuk merampas handphone Aduka.
 
6. Kumpulan samseng itu mula memukul dari belakang sebanyak 2 kali dan Aduka menerima kecederaan ringan.
 
7. Satu report polis telah dibuat dan Aduka menerima rawatan untuk satu medical check up(kerana keluar cecair di telinga Aduka).
 
 
Lebih memalukan, peristiwa ini berlaku di dalam perkarangan Masjid dan juga berhadapan dengan rumah TGHH. Apakah TGHH tidak mampu mengawal orang-orangnya?
 
Apakah ini style PAS Terengganu? Adakah ini puncanya mengapa PAS tidak kekal di Terengganu dan tidak berjaya merampas kembali Terengganu walaupun negeri lain BN tumbang? Bertindak ala-samseng ini tidak ubah seperti UMNO, adakah ini untuk membuktikan kasih PAS Terengganu kepada UMNO hingga acap kali mencuba untuk berpadu??
 
Cuba fikir balik, siapakah kita nak memukul orang nie? Siapa kita untuk mendahului undang-undang?? Apakah Aduka mencabul seseorang sehingga dia dipukul? Adakah Aduka merogol orang ditempat kejadian?? Sepatutnya diperkarangan Masjid tu, orang yang beriman akan cuba mengelak akan kejadian daripada berlaku!
 
Saya juga baru difahamkan TGHH berada tidak jauh dari tempat kejadian ketika Aduka dikepong. Harap ada penjelasan dari seorang Presiden Parti Islam.
 
 
EDYES @ edyesdotcom
 
 
 

16 comments:

Anonymous said...

lain kali jgn kurang ajar kt tmpt org...padan muka aduka...dgn sultan pun dia kurang ajar apa lagi dgn org biasa...

.... said...

krn pulut santan binasa
krn mulut henset binasa.... hehehe

Sebal said...

memang patut..mamat ni kena cepuk...dia tau belasah org melalui blog nye aje...sapa dia mau ganggu TGHH..buang masa aje mau jumpa mamat ni..kan dia sendiri yg kata TGHH dgn bermacam-macm gelaran..so, kenapa teregeh-egeh mau jumpa pulak

Anonymous said...

Ntah la, Islam versi tgganu a.k.a versi tghh yang ngajor buat benda2 bacul camtu kut... porahhhhh utk pengikut & ketua yang bacul...

---apam--

Anonymous said...

Malu mendengarnya apatah lagi dihadapan Pres PAS. Aib dan amat mendukacitakan. Macamana menjadi Pres sebuah Parti berlandaskan Islam sedangkan akhlak dimana????????????. Yahudi kencing dalam masjid pun nabi tak suruh sepak. Mungkin inilah akibat berbohong pada jemaah.

Anonymous said...

kalau tindakan pengikut dah 'lebih sudu dari kuah',dh smpai tahap taksub la tu.itulah sebenarnya kelemahan pas sebagai gerakan islam.bukan Allah atau Islam itu yg tinggi tapi ketua atau tokguru (individu) tu yg perlu dipertahankan dgn apa cara sekalipun.seolah2 mati tokguru,matilah islam.jadi,utk jangka masa pjg,mungkin pas kekal sebagai parti pembangkang atau 'biar kalah,asal islam (baca: tokguru) menang'

Anonymous said...

kahakhkahkah...wa dah warning dah dulu kat aduka ni....nak bertemu dgn Tok guru no hal bro...ini tidak sebelum jumpa pelbagai sumpahan,keji,maki hamun duk hemtam dalam blog.so dalam kes pukul memukul ni bukan dari arahan tok guru,jgn lebih kuah dari sudu...nasib lu la aduka jgn main2 dgn budak2 rusila beb...wa knl diorang sebab tu wa awl2 warning aduka...kehkehkhe

Anonymous said...

emm ni ker mengamborkan perangai dan tabie org PAS,dan president kerajaang peraduang...hahahah cam sial, kalau ngan polis kecik batu pelir, nakut nok mampuh, yang membelasoh lok perangai cam natang mender gok APCO puny a nasihat gok,,smaa jer PAS nagn UMNO

Anonymous said...

emm apsal lak dok leh nok tegur sultan ker bro,,,

Anonymous said...

kahkahkahkah kalau takut dgn ppolis tkkan fru lari kat batu 6.takkan polis lari kat batu buruk.PKR lagi hancing bau,.,..parti lompat melompat,tk de istiqomah.giler jawatan,,,kahkahkah

Anonymous said...

pas ganu jer buduh nak mapuhh...pas tempat lain ok ja...

Anonymous said...

PKR seluruh malaysia di timpa bala.parti berlandaskan anwar.mati anwar semua pakat masuk umno...hak ptuih pkr.berjuang semata-mata kebendaan,tgk la contoh pemimpin kamu yang dah melompat.tiada prinsip.

yuuhuu said...

memang patut pung..
aku bagi contoh, org tu fitnah ayah kita, label dgn nama mcm2..pastu nak dtg rumah kita nak jumpa ayah kita nak tanya soalan2 provoke..
kalau engkau laa, engkau nak bagi jalan tak ?
korang ingat, budak2 rusila tu buta IT ker..tak tahu ape yg korang fitnah@kutuk Tok Guru mereka dlm blog korang ? dtg sergah pulak kat tempat org..
memang pucuk dicita ulam mendatang laa

bunbinban said...

anak buah presiden sebuah parti islam membelasah seseorang?. maknanya presiden yg di 'yakini' ulamak ini gagal mentarbiyah dan mendidik pengikut tentang erti keimanan dan kesabaran. Budaya samseng bukan budaya islam. itu kenyataan. Bukan juga ajaran islam. Jika ingin berlagak samseng, buang serban dan ketayap dan pergilah join kumpulan songkok tinggi sbb itu lebeh nampak ada persamaan. jgn islam hanya pada parti tidak pada pengikut dan juga pemimpin.

Anonymous said...

AT biadap,..

PAS gedebe,.

OK ler tu

hehehe

Anonymous said...

kira ok la tu bengong....polis lg best belasah org korang tak bising pong