Tuesday, January 25, 2011

Blog edyesdotcom Tangga Ke-13 Top 50 Blog PR Cenangau!!

Terima Kasih Pengunjung, Terima Kasih Rakan Blogger dan Terima Kasih Blog Cenangau...
 
InsyaAllah Blog edyesdotcom akan kembali ke top 10 blogger pro Pakatan Rakyat seperti akhir tahun 2008 lalu.
 
Bukan hits yang dikejar, tetapi penyampaian berita yang pantas dan informatif menjadi kekuatan blog edyesdotcom. Sebagai blogger, edyes akan bergerak ke seluruh negara demi menyampaikan berita dan menulis artikel kesedaran.
 
Terima kasih sekali lagi kepada pengunjung, pembaca dan penyumbang yang budiman. Sesungguhnya ranking ini baik untuk para blogger bagi menguatkan lagi kerja dan kertas kerja bagi menarik sebanyak mungkin sokongan rakyat atas pagar yang menjadi market utama antara perebutan kuasa politik tanahair. Paling penting ialah, demokrasi itu harus diraikan dengan menukar kerajaan pusat dalam PRU akan datang.
 
Demi sebuah Negara Rakyat, saya akan terus berblog dengan separa masa sepenuh kekuatan !
 
 
EDYES @ edyesdotcom
Recharge untuk ke Tenang Khamis ini

1 comment:

Toi'Toi' said...

Tahniah tuan edyes!!

Dalam kesibukan harian, tuan masih sempat lagi menyelitkan infomasi bagi menyedarkan rakyat yang terleka dengan mainan UMNO