Sunday, February 7, 2010

PAS REFORM vs PAS ORTODOKS?

oleh : xenan

PAS REFORM vs PAS ORTODOKS?

Merujuk pada posting di forum tranungkita, suka wa melihat persepi ahli PAS terhadap apa yang di katakan tentang PAS REFORM.

Team 1. (PAS REFORM la ni)
-Oleh kerana nak menang, kita harus ikut persepsi pengundi, jgn pandang remeh persepsi pengundi, kena adil ikut persepsi pengundi,
kena bijak ikut persepsi pengundi..


Team 2: (PAS ORTODOKS?)
-Kita memang berjuang dlm demokrasi tetapi Mahu ISLAM juga disuburkan, kalau menang tetapi dengan berlapang dada dgn idea sekular, mana keunikan Dasar PAS??
-Mahu mendidik supaya ISLAM tetap dasar no 1, praktikal, pendekatan dan cara strategi..


Islam dan Demokrasi

1. Gua percaya sifat azali manusia, tak kira bangsa and agama mempunyai konsep keadilan dan kebaikan yang agak universal. Yang baik di sokong dan yang jahat di tentang.Pendapat awam (common sense) tentang baik dan buruk adalah sunatullah.

2. Menjejak sirah Rasullulah SAW yang berhijrah ke madinah, secara politiknya boleh ditafsirkan adalah untuk menapak di tempat yang majoriti awamnya bersetuju dengan Islam bagi memudahkan urusan Dakwah.(Madinah bukan semua orang islam).

3. Bagi wa, dalam konteks Islam di malaysia, proses demokrasi(Untuk mendapat sokongan majoriti) adalah sangat penting dalam usaha dakwah sebagaimana rasullulah berhijrah.

Formulanya : Rasullullah berhijrah = pemboleh ubah dakwah Islam
Pas menang pilihanraya = pemboleh ubah dakwah Islam

Persoalannnya : "kami rela kalah asal Islam menang" - boleh pakai ke pikiran selapis camnih?

Masalah PAS dan Demokrasi

Contoh 1 persepsi :-
-Kita memang berjuang dlm demokrasi tetapi Mahu ISLAM juga disuburkan, kalau menang tetapi dengan berlapang dada dgn idea sekular, mana keunikan Dasar PAS??

Bro , study la sikit sekular tuh ape demokrasi tuh ape.Jangan main langgar je. Demokrasi cuma proses penyelesaian organisasi, sekular adalah idealism. Demokrasi boleh membawa kepada apa2 pemerintahan tak kira Islam, sekular, sosialis, komunis atau diktator sekalipon.

Lu boleh jer buatkan Demokrasi Syura seperti Iran kalau lu nak.Yang penting lu pemenang la.

Contoh persepsi 2
-Mahu mendidik supaya ISLAM tetap dasar no 1, praktikal, pendekatan dan cara strategi..

Bab ni gua terpaksa attack sikit org2 besar yang lu sokong tu sbb ni kene menilai "action" diorg yang zahir.Yang batin tuh antara dia dgn allah jer yg tahu.

1. Apa yang Islam dan strateginya sgt dalam berjumpa secara gelap dengan UMNO selepas pilihanraya sedangkan sebelum pilihan raya berkempen bersama PKR dan DAP. Alasan PR tak wujud lagi langsung tak terpakai bro.

Apa Islamnya dalam khianati pengundi yang menaruh kepercayaan pada PAS untuk menentang UMNO?Mungkin PAS boleh memerintah dgn strategi camnih tapi Islam dan orgnya akan dicemoh rakyat teramai sebagai pengkhianat dan tiada maruah.

Inikah strategi yang bagus sangat untuk menyuburkan Islam pada rakyat?

2. Kes Khalid vs Hasan Ali
Tak payah gua terang semua dah tau kot kes ni. Point besarnya Khalid Penyokong kuat PR dihukum berat dan Hasan Ali pemecah kuat PR di hukum ringan.

Pendapat awam mmg mengatakan tidak adil, sementelah sebilangn PAS pula kata kene wala'

Betul lu org boleh wala', tapi Islam tak dapat disuburkan mcm ni.PAS sekarang di samakan dengan penzalim dan penyokong pengkhianat.

3. Gua nak tambah pula kat geng gannu(UG). Time pilihanraya bukan main korang guna faktor anwar untuk dapat undi. Ni mamat tuh tgh susah, haram Pres ngn Timbalan pres langsung tak nampak muka,Bagus sangat la strategi penyuburan Islam korang!

Strategi haram jadah ape yang sedang dipakai nak menyuburkan islam ni?

8 comments:

Anonymous said...

sudah edyes and xenan dan aduka taruna whatever the name ...kita sudah muak dgn lo.
kita masih ingat lagi time memula edyes berblog, kita terklik blog edyes..
masih baru, merah lagi,lo tergagap2...english pun silap bab bagitau ni la cahayamata terchenta..
hek eleh...
kalo tak kerana kita2 yg berblog blog korang tak glamer pun...

jusohganu said...

xenan dgn at tu sama je, idea yg dikatakan berlapis-lapis, susah nak faham idea tahap dewa ni, bila masa pas ganu gunakan kes anuar berahim, kalau duk kat negeri adat kekatih tu, dok bising mcm tulang besi le, kt ganu org umno benci anuar sgt sgt, dia tak akan sokong pas kerana anuar berahim, persepsi mana lu org pakai, yg betul masa pas menang kat ganu, wahai dewa xenan org ganu dah benci kt mb waktu itu, itu menyebabkan tcs trg boikot nk mengundi umno, ada lu faham ke, jgn nilai persepsi ikut negeri lu aje.

Anonymous said...

2 ekor mamat ortodoks dh masuk dah kt atas tu..

Anonymous said...

ortodoks.. syuh.. syuh..

Unknown said...

salam tuan blog..link kan blog hamba...tq

Edyes said...

salam,

bagi edyes, pas reform adalah jelas... kita nak pemimpin PAS ambil tahu kehendak ahli dan juga kehendak penyokong!

kita nak islam menang, bukan kita nak kalah asal islam tak kalah...

kita nak menang supaya PAS berjaya laksanakan apa yang selama ini terhalang oleh sekularisma UMNO!! bukan menyertai UMNO membentuk sekularism atas alasan perpaduan islam!!

segala anasir yang berkaitan perpaduang tidak harus diberi peluang...

ketuapolis said...

lu link blog mana tu?link ketua polis maaa..ayerrrrrr

Edyes said...

ok

nanti sy masukkan link tu