Tuesday, February 23, 2010

Biar Kalah Asal Islam (baca : Ulama) Tidak Kalah !!

Saya tidak pasti, bagaimana kalanya saya terlepas satu entri penting dari Aduka Taruna. Jika saya terlepas pandang, mungkin ramai lagi yang ketinggalan artikel sepenting ini.

Bahasanya memang parah. Namun jikalau saudara bijak pandai, tafsirlah dengan budiman.

Oleh Aduka Taruna (14 Feb 2010)

Apa Nak Jadi Dengan PAS Nie

Dulu, gualah yang paling kutuk PKR bila kualiti ahlinya tahap sampah. Lompat jer kejenya. Tapi la ni, ada satu dimensi yang memperlihatkan betapa bertuahnya PKR kerana tahap2 sampah dengan mudah keluar.

Dulu gualah yang paling berbangga apabila PAS yang jarang2 sangat wakilnya melompat. Tapi la ni, ada satu dimensi yang memperlihatkan betapa sialnya PAS apabila sampah2 tidak keluar malah membusuk dan membarah dalam PAS.

Sedih dan kecewa, semakin hari semakin nyatalah ada usaha2 tertentu di dalam PAS yang sedang membantutkan era baru politik negara dengan kejatuhan BN. Mereka di dalam PAS sedang memdamagekan kredebiliti PAS di mata pengundi bukan Melayu tidak tahu apa motifnya.

Pada gua, kita (semua yang telah mengundi PAS dengan visi sendiri), harus mencabut pembolehubah utama. Yakni Hadi Awang. Pada gua, dengan mencabut pembolehubah utama, maka, pembolehubah sampingan turut tercungkil dengan sendirinya.

Pada Nik Aziz, PAS harus diberi peluang mencabut pembolehubah dengan EGM. Datang sesetangah puak, tolak EGM, ganti Mesyuarat Khas. Keputusan akhir, rupa2nya Hasan Ali semakin kukuh. Dan terkini, Exco Pemuda PAS mengesahkan dengan Nama Allah bahawa Tuan Ibrahim Tuan Man berbohong (Malaysiakini). Oh ulama....

Selepas PRU13.

Dengan apa yang berlaku hari ini, mari kita ramalkan apakah yang berlaku selepas PRU13, hasil bantuan pihak2 sampah dalam Pakatan Rakyat.

1. Perak dimenangi oleh Pakatan Rakyat, tetapi kerusi PAS semakin mengecil. Walau boleh membentuk kerajaan, namun Sultan Perak menolak Nizar sebagai MB. Tanpa Nizar sebagai MB, pengaruh ulama dalam PAS sedikit bernafas setelah tenggelam dalam populariti Nizar.

Biar Islam kalah, asal ulama tidak kalah. Ulama kalah, maka, jatuh hukum kafir. Falsafah Kepimpinan Ulama.

2. DAP semakin kukuh di Pulau Pinang, tetapi PAS tiada 1 kerusi pun yang dimenanginya akibat perbuatan puak ulama sebelum itu. Dengan ketiadaan PAS dalam Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, puak ulama semakin selesa untuk bergerak sendiri tanpa tahaluf dan kekal sampai kiamat sebagai pembangkang.

Status dan keadaan ulama sebagai pembangkang sangat penting kerana kedaan itu membuatkan ulama menonjol. Jika ulama dalam pengurusan kemenagan, pengurusan kerjasama dan pengurusan pemerintahan, ulama kaku dan terkial-kial. Ini melibatkan survival Kepimpinan Ulama.

Biar kalah, asal Ulama tidak kalah.

3. Kedah tumbang secara tipis akibat protes pengundi bukan Melayu. Tumbangnya Kedah mengurangkan tekanan kekalahan PAS Terengganu 2004, 2008 dan PRU13.

4. Majority kerusi PAS di Selangor kalah menyebabkan Pakatan gagal membentuk majoriti mudah. Apabila Pakatan kalah, bermakna, PAS tidak duduk dalam pengurusan pemerintahan negeri. Bila tidak duduk dalam pengurusan pemerintahan sebuah negeri majmuk, maka, para ulama kembali mendapat 'kuku'. Kerana ulama cukup selesa berada dalam pembangkang. Menyalak, berdemo, berlawan hukum, etc.

Bila ulama kembali mendominasi dalam dunia pembangkang, maka, cahaya pengaruh ulama kembali bersinar. Biar kalah asal Islam (baca : ulama) tidak kalah.

Saya membacanya dari sudut reverse psychology. Bagaimana pula dengan anda-anda yang budiman?

8 comments:

Prof. Era Pasca said...

gila kajian nih.. respek gila ah.. ada kemungkinan itu sume... WOW!!

sgkasai said...

perenggan pertama & kedua aduka sedap dibaca.
edyesdotcom, tolong listkan sgkasai di sini. TQ

ahli pas klang said...

memang macam tu la kalo hampa nak tau perangai puak2 yang mengaku ulama dalam Pas nih,memang aku caya apa yang ditulis oleh duka tuh,husam dikalahkan oleh fitnah sebab bukan ulama,kalo bodoh macam lembu kenyang pun takpa menang asal ustaz walau fill semua ilmu lain.
Aku melayu yang tak akan pangkah pas,aku nak daftar kat penang ,undi DAP lg bagus, 10 kali lebih baik guan eng dari2 ustaz2 wala' macam dres ahmad.
dah serik tengok lakunan puak2 pro ppaduang nih,lg ada hj hadi n gang ganu bangang tuh rasa berdosa pulak nak sokong Pas lani,nak tawakuf dulu.
Guan eng teruskan agenda kejujuran anda terhadap rakyat,biar lebai2 Pas yang ketagih pil wala' mabuk dengan kecintaan melayu yang dah pon di jajah 50 tahun dulu,biar puak2 lebai cucukan hidong stopa ali nih di baluci umno laknat tuh.

Anonymous said...

tapi keadaan skang hubungan pas & pr mantap tapi dalaman PAS SEMAKIN HANCUR SEBAB ADA KAPLA YANG TAK ABIS2 UNGKIT KISAH2 SILAM....
MEMANG TEPAT LA TINDAKAN YG DIAMBIL OLEH JK DISIPLIN...

agas linggi said...

kalau pas nak berjaya dlm pilihanraya takdak cara lain melainkan dgn campak sampah sarap ni,org pas kena faham betul2 maksud aduka..buka la sikit minda tu.

Prof. Era Pasca said...

Salam EYDES!!!

Salam ziarah tuan empunya blog,
saya baginda® ada buat blog baru,
kiranya dapatlah tuan menglinkan blog baru saya ini..

Blog ini adalah blog ke dua Era Pasca, Blog ini mengumpulkan himpunan entri-entri dari artikel pilihan dari Blogger Pakatan Rakyat..

Diharap mendapat sambutan.. Jika Puak gerombolan menghack blog PR yang lain pun kita masih ada backup entri serta maklumat yang anda semua sudah buat dan entrikan di blog anda...

Dan ia menjadi salah satu blog Pakatan Rakyat yang baru..
Sekian...

Sila tinggalkan link anda sekali untuk saya mengk=linkan sekali blog anda sama..

sila ke link Berita Hairan Online..

http://beritahairanon9.blogspot.com/

Wali Bedal said...

aku baca dari sudut aduka adalah pesakit mental psikik. mana2 pengikut,pembaca yang percaya pada aduka adalah mereka yang sudah sakit otak a.k.a gila.

Srikandi said...

Mcm zaman Anwar dalam kerajaan dulu lah. Masa tu PAS asik kalah memanjang. Tapi dakwah islamiyah semakin menyubur dalam kerajaan dan masyarakat.