Tuesday, August 19, 2008

UMNO yang Sopan-Santun. PKR yang Ganas





PKR = Ganas ??

Ya, memang detik ini kami ganas. Ganas bagi melawan segala dakyah UMNO. Ganas untuk mereasasikan perubahan ! Ganas untuk mempertahankan rakyat ! Ganas untuk menentang segala bentuk penindasan yang puluhan tahun berleluasa !!! Ganas kena pada tempatnya !

3 comments:

Anonymous said...

Sdr Edyes,

Ganas bertempat tak ada salahnya, malah dalam Islam juga kita diwajibkan untuk mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara kita dari dizalimi oleh golongan yang bersifat munafik dan tak makan dek saman seperti mereka.

Dengan aksi2 lucah seperti itu, mereka sebenarnya menunjukkan kerendahan moral mereka sendiri dan yang lebih penting ialah betapa kurangnya didikan agama dan adab sopan di hati sanubari mereka sehingga terzahirlah wajah sebenar pendokong2 umno yang penuh bergelumang najis kecintaan kepada dunia yang melampau sehingga agama dipinggirkan sebegitu rupa.

Mereka mengaku Islam tapi jiwa mereka mengatakan sebaliknya, dan tanpa mereka sedari, dunia seluruhnya sedang melihat dan menilai mereka.

Jika mereka selama ini berbangga dengan kelebihan dan kebijaksanaan mereka yang kononnya sukar didapati dari pihak2 lain, maka insiden2 seperti ini sebenarnya membantu kita untuk berfikir sebaliknya. Dan kita memang tak perlu pergi jauh untuk melihat siapa mereka sebenarnya, cukuplah di sekitar daerah Permatang Pauh, itupun lebih dari cukup sebenarnya.

Anonymous said...

Saudara Edyes,
Lihatlah betapa rendahnya moral bangsa kita kerana terlalu taksub hingga segala perbuatan yang dilakukan tanpa had. Dalam hal ini, penyokong BN dan PR yang taksub adalah sama saja cuma media berat sebelah dalam beritanya. Kalau tidak, kerajaan memerintah akan silih berganti

Anonymous said...

Saudara Edyes,

Golongan seperti inilah yang membuat kerosakan dan memalukan bangsa melayu. Ia sebenarnya menunjukkan ketidakmatangan segelintir orang melayu dalam berpolitik Hanya pandai mengikut tetapi buta hati dan fikiran.

Terima kasih kerana upload gambar2 ni. Saya memang x percaya hanya satu pihak saja yang 'beraksi' manakala satu pihak lagi begitu 'suci'.

Akhirnya saya mendapat gambaran yang lebih adil. TQ