Saturday, August 30, 2008

Hisham : Jangan Bohong Hal Merdeka

Jika saudara mengikuti blog ini sejak PRU13, pasti saudara perasan beberapa entri yang memaparkan artikel Hishamudin Rais iaitu sebelum beliau mempunyai blog tukar tiub. Saya meminati tulisannya yang bersahaja tetapi cukup padat, mudah diterima dan sedikit sinis.

Di bawah adalah satu artikel mengenai kemerdekaan VERSI Abang Hisham kita. Banyak fakta menarik dan saya mengambil pendekatan untuk kajian lebih mendalam tentang apa yang diperkatakan oleh Abang Hisham dalam artikel ini. ok, sila baca dan fikirkan.

Jangan Bohong Hal Merdeka
Setiap tahun - pada bulan Ogos - rakyat negara ini telah di tipu dan di bohongi oleh United Malays National Organisation tentang MERDEKA. Melalui media yang mereka miliki mereka telah memekik melolong menjaja fakta bohong tentang apa yang mereka panggil sebagai merdeka.

Malaysia ditubuhkan BUKAN pada 31 Ogos. Jangan bohong. Pada 31 Ogos 1957 ialah hari British lari setelah di perangi oleh rakyat Persekutuan Tanah Melayu. 31 Ogos TIDAK ada sangkut paut dengan projek Malaysia.

Malaysia di tubuhkan pada 16 September 1963. Malaysia ialah projek British.

British menjajah Tanah Melayu ( termasuk Singapura ). Rakyat telah bangun melawan dengan mengangkat senjata. Adalah bohong apabila di tulis dalam buku sejarah dimana Untied Malays National Organisation telah mengatakan kita Merdeka tanpa tumpah darah.

Ini bohong besar. Ribuan nasionalis telah mati berjuang melawan British.

Rakyat Tanah Melayu telah melancarkan Perang Rakyat melawan British semenjak Jun 1948. Penjajah British memanggilnya Darurat. Ini bukan darurat. Tidak ada sesiapa pun dalam darurat. Rakyat tidak darurat sakit perut. Yang dalam darurat ialah British kerana mereka sedang di serang.

Kesatuan Melayu Muda ( KMM), Parti Komunis Malaya (PKM), Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angakatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS ), Hisbul Muslimin adalah badan-badan politik yang lebih awal bagun berjuang untuk memerdekkan Persekutuan Tanah Melayu.

Ini sejarah bukan kelentong.

Di mana United Malays National Organisation waktu itu? Taraaak lagi.

Pada tahun 1941 ketika badan dan parti-parti politik ini bangun bergerila menentang Jepun , United Malays National Organisation belum wujud. Gerakan nasionalis ini telah mula menyususn gerakan untuk menghalau British sebelum Jepun sampai. Apabila Jepun datang ke Tanah Melayu pada tahun 1941 mereka berlajar bergerila dengan bergerila. Mereka belajar perang melaui perang menentang Jepun.

Ini sejarah bukan kelentong.

Dimana United Malays National waktu itu? Taraaaaak lagi.

Badan politik yang PERTAMA menuntut merdeka ialah KESATUAN MELAYU MUDA (KMM) yang di pimpin oleh Ibrahim Yacoob. Slogan parti yang ditubuhkan pada tahun 1938 ini ialah MERDEKA!

Apa slogan United Malays National Organisation …. Ciiis nak cakap pun malu. Parti hampeh ini di wujudkan oleh British pada tahun 1946 sesudah semua parti Nasionalis lain diharamkan atau pemimpin merek di penjara atau dibunuh. Slogan nya ….Hidup Melayu !

Ini sejarah bukan kelentong.

Apabila parti nasionalis lain angkat senjata bergerila, United Malays National Organisation pergi berunding dengan British. Hampeh ! Ini lah pembelotan namanya.

British kalah teruk. Untuk memastikan harta kekayaan British - lombong bijeh dan ladang getah - di jaga dengan baik British telah mengangkat United Malays National Organisation untuk ‘ jadi budak suruhan’.

Ini sejarah bukan kelentong.

Sesudah British lari dari Tanah Melayu timbul pula gerakan nasionalis di Borneo. Rakyat Sabah, Serawak dan Berunai ingin Merdeka. Mereka memanggil negara mereka Kalimanta Utara dengan gerakan gerila bernama – PARAKU – Pasokan Rakyat Kalimantan Utara.

British melihat ini bahaya. Harta mereka di Tanah Melayu telah dapat di selamatkan kerana ada barua mereka di sini. Lalu projek Malaysia di telurkan. Malaysia ialah sebuah projek British untuk memastikan harta kekayaan mereka dapat dijaga terutama minyak di Berunai.

Dalam masa yang sama Parti Rakyat Berunai yang anti British di bawah pimpinan Al Zahari menang dalam pilihanraya. Parti Rakyat di haramkan. Al Zahari di tangkap. Anak raja yang berumur 9 tahun ketika itu di nobatkan. Tentera British dan Ghurkha menjaga Berunai. Sultan Tua yang bersimpati terhadap nasionalis di ketepikan. Berunai menjadi tanah jajahan syarikat minyak Shell/BP. Berunai tidak masuk dalam gagasan Malaysia.

Singapura yang semenjak beribu-ribu tahun ialah sebahagian dari Tanah Melayu keluar dari Malaysia pada tahun 1964. Ini juga projek British berjangka panjang. Singapura diperlukan untuk memainkan peranan seperti Isreal dalam dunia Arab. Singapura kini adalah ‘Israel’ dalam dunia Melayu.

Dunia Melayu – Indonesia/Tanah Melayu/Selatan Siam - adalah sebahagian dari konsep Melayu Raya yang di bawa oleh KMM pada tahun 1938.

Ini sejarah bukan kelentong.

Jadi apa kena mengena 31 Ogos dengan Malaysia. Taraaaaaakkkkk!!

Ini kelentong. Rakyat Sabah dan Serawak di paksa masuk Malaysia oleh British. Kerana itu hingga ke hari ini majoriti rakyat Sabah dan Serawak ingin merdeka dan berkerajaan sendiri. Mereka tidak ambil pot tentang 31 Ogos.

Apabila United Malays National Organisation bungkus nanti – kita wajib menulis kembali sejarah perjuangan kaum agama, kaum nasionalis, kaum kiri, kaum buruh, kaum tani dan kaum komunis yang telah berjuang dan berkorban mati untuk memerdeka kan Persekutuan Tanah Melayu termasuk Singapura.

Esok 31 Ogos tidurlaaaa sampai meninggi hari. Tidak ada apa-apa yang hendak di sambut. 31 Ogos BUKAN hari Malaysia. Itu pesta kelentong United Malays National Organisation.

( Cuba fikirkan sejenak kenapa nama parti ini United Malays National Organisation - Ini nama Mat Salleh kan? Period.)

1 comment:

inderaloka said...

Selama 51 tahun rakyat ditipu dengan fakta sejarah yang tidak benar. Selama 51 tahun hak pejuang kemerdekaan sebenar dinafikan!

Tak Sungguh Tak Kata