Friday, August 22, 2008

Mafrel: 83 pengundi dalam satu rumah ??

Pemantau Pilihanraya Bebas dan Adil (Mafrel), sebuah badan pemerhati pilihanraya yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), mengesan beberapa rumah kampung di Permatang Pauh yang mempunyai jumlah pengundi yang tidak munasabah.

Sebuah rumah di Kampung Bagan Serai di Seberang Jaya, umpamanya, mempunyai 83 pengundi berdaftar di kalangan lelaki keturunan India dan India Muslim.

Penyelaras Mafrel Wilayah Utara, Ong Boon Keong berkata, pihaknya juga mengesan ada rumah yang mempunyai lebih 60 pengundi.

"Itu yang Mafrel kesan daripada 50 rumah yang diperiksa setakat ini," katanya dalam sidang media di Seberang Jaya hari ini.

Semalam, Pengarah Strategi PKR, Saifudin Nasution Ismail mendakwa 26 nama pemilih telah dikeluar oleh SPR tanpa sebarang pameran awam.

Mengulas perkara ini, Ong berkata, angka sebenar yang hilang itu ialah 25 orang dan ini menimbulkan tandatanya kerana tidak mengetahui puncanya.

700 pengundi tidak dikenali

"SPR pula tidak menjelaskan mengenai perkara ini. Bulan Jun lalu, senarai itu masih ada tetapi kini sudah hilang.

"Adakah mereka telah mati dalam tempoh sebulan ini," katanya lagi.

Sementara itu bercakap dalam sidang media yang sama, penyelaras Mafrel, Jamaluddin Abdullah berkata, pihaknya mengesan kira-kira 700 pengundi yang tidak dikenali.

Katanya, ada satu kawasan penempatan penduduk yang mempunyai 20 rumah di mana terdapat sekurang-kurangnya dua pengundi baru pada setiap rumah.

"Beberapa keluarga di kawasan perumahan di Seberang Jaya pula mendakwa alamat rumah mereka telah didaftarkan dengan pengundi baru yang mereka tidak mengenalinya," katanya.

Ketika ditanya mengenai pengundi hantu, Jamaluddin berkata, sehingga ini pihak belum mengesan kehadiran mereka.

edyes wrote:

Diharap semua petugas-petugas pilihanraya PKR lebih berhati-hati dalam pilihanraya kali ini. Jangan terlepas Borang 14 seperti yang berlaku di Rembau.

Kita pasti menang pada kiraan kertas, tetapi terlebih dahulu harus memberikan fokus sepenuhnya kerana inilah pertahanan terakhir Barisan Nasional sebelum DSAI layak menjadi Perdana Menteri.

Juga harus diingat, medan ini juga merupakan pertahanan terakhir karier DSAI dan hasrat murni mengubah kepimpinan negara. Inilah penentunya.

Ayuh, kerja kuat ! Kami doakan dari jauh supaya jentera kita sentiasa alert dalam apa jua keadaan di sana. InsyaAllah.

1 comment:

Anonymous said...

Lambat plak rasa tarikh pilihanraya. Letih pakcik baca cerita2 "hebat" ahli2 PKR nih.

Citer ugutan bunuh kalau keluar gi mengundi x de ke ?