Wednesday, August 13, 2008

Menyayangi Negara Melebihi Benderanya...

1. Terima kasih kepada rakan yang memberi nasihat. Nasihat secara baik untuk perkara yang baik harus dipertimbangkan.

2. Saya percaya sekarang ini SANGAT ramai yang tidak bersetuju dengan kempen bendera terbalik.

3. Prinsip saya. Bendera negara hanya layak dikibarkan secara betul apabila negara berada dilandasan yang betul. Saya sangat menyanjungi Jalur Gemilang, saya mempunyai semangat patriotik yang tinggi. Oleh sebab atas dasar patriotik juga, saya nekad untuk meneruskan kempen bendera terbalik ini.

4. Kenapa? Mengapa? saya sedia maklum bahawa bendera itu mempunyai fungsi iaitu sebagai lambang kemegahan negara. tetapi apabila negara dilanda krisis, dan krisis itu tidak diusahakan untuk ditangani, maka dari situ menterbalikkan bendera menjadi satu lagi fungsi, menunjukkan negara dalam keadaan bermasalah dan TIDAK ditangani.

5. Saya mengambil pendirian untuk TIDAK menyeru kepada pembaca blog untuk mengikuti kempen ini. Jika entri sebelum ini terdapat unsur-unsur menghasut, saya tarik balik.

6. Saya juga percaya, mereka-mereka yang menasihatkan saya supaya membetulkan kembali bendera tersebut merupakan mereka yang menyayangi saya. Ibu saya, isteri saya, adik-beradik saya, mertua saya semua minta agar betulkan kerana mereka taknak saya ditahan.

7. Aktivis blogger seperti saya ini InsyaAllah takkan ditahan. Saya pun taknak ditahan di atas sebab-musabab macam nie. Taknak menyusahkan orang. Banyak lagi tanggungjawab polis selain daripada menahan blogger.

8. Saya menyayangi bendera Malaysia, saya amat menghargainya sebagai sebuah lambang kedaulatan. Tetapi, dalam masa yang sama saya juga menyayangi negara ini. saya menyayangi negara ini dan menghargainya. jika ditanya mana yang mana lebih saya sayangi di antara bendera dan negara, sudah tentu saya lebih sayangkan negara.

9. Oleh sebab saya lebih menyayangi negara ini, maka saya terbalikkan bendera demi menunjukkan sebuah protes. Bayangkan, saya telah menterbalikkan bendera yang saya sayangi demi negara yang lebih saya sayangi !

10. Dalam konteks tertentu, saya berpendapat bendera itu jauh prioritinya berbanding nasib rakyat Malaysia.

11. Kepada yang marah terhadap tindakkan saya, saya memohon sepuluh jari kerana tetap dengan pendirian saya. saya tiada masalah untuk ubah pendirian ini demi negara, cuma berikan saya masa. Mungkin setelah DSAI mengambil alih negara ini, saya akan mengubahnya. Mungkin setelah paklah menurunkan harga minyak sebanyak RM1.08sen, setelah paklah memansuhkan ISA dan dibebaskan pesalah ISA, setelah paklah mula bertindak merubah semua institusi kerajaan supaya lebih telus, setelah paklah mengumumkan peruntukan yang sewajarnya untuk membasmi kemiskinan tegar di negara ini, setelah paklah memberi jaminan bahawa semua ahli parlimen UMNO tidak kebal untuk dibawa ke mahkamah, setelah paklah menghentikan projek koridornya dan menumpukan ke arah kebajikan negara dan setelah paklah menutup segala ancaman singapura dalam tuntutan demi tuntutannya, mungkin setelah itu saya akan kibar jalur gemilang dengan tepat.

Saya ulang sekali lagi, saya sayangkan Jalur Gemilang, tetapi saya lebih sayangkan negara ini.

7 comments:

anakmelayu said...

assalamualaikum... kepade mereka2 yg terlibat dlm menterbalikkan bendera MALAYSIA tercinta tu elok ler kalo betulkan balik bendera negara kite tu.. kot ye pun tak puas hati dgn kerajaan ape yg nak balas dendam kat bendera kite? bendera tu melambangkan MALAYSIA..bukannyer kerajaan.. Dulu mase rakyat Malaya tentang Malayan Union takde pun terbalik kan bendera diorang..elok je dpt kemerdekaan.. kalau korang terbalikkan bendera Amerika ke takpe la jgak.. memang aku sokong aa.. ni tak bendera negara sendiri jd mangse.. lu pikir aa sendiri!!

Anonymous said...

Geng,

Jgn lah langsi sgt.
sy tau awk perjuangkan Malaysia.
tp terbalikkan bendera menampakkan
KEBODOHAN, KURANG AJAR, KESOPANAN kau yg agak rendah. malu org tua kau kalau tau anak dia perangai mcm ni.. maaf kasar sikit.

Faizal,
Keramat

Letting the time pass me by said...

Selamat Menyambut Merdeka
http://hishamjabar.blogspot.com/2008/08/satria-dan-serikandi-negara.html

Anonymous said...

Apa yg tak kena dgn Malaysia ni smpai nak terbalikkan Bendera. Kita hidup dgn aman, jika ada rasuah bukankah skrg kerajaan sebuk membenters rasuah. (Lihatlah brp dah Ketua Pengarah dn ahli politik ditahan BPR). Jika masalah ekonomi atau minyak ini adalah masalah global. Adalah mustahil jika seluruh dunia mangalami kemelesetam ekonomi dan kenaikan harga minyak tp Malaysia sebaliknya. Berfikirlah waras. Jadilah manusia yg normal berdiri di alam yg nyata. Bukan kepala di lutut dan kaki di kepala. Jgnlah ambil kesempatan diatas kelembutan Paklah. (Zaman Mahadir berani ke buat mcm ni??)

Anonymous said...

salam,
saudara, nampaknya saudara terkeliru atau sengaja terkeliru berkaitan bendera Malaysia dgn kerajaan Malaysia. bendera Malaysia melambangkan negara Malaysia secara umumnya tetapi kerajaan Malaysia tidak melambangkan negara Malaysia. Bendera Malaysia sampai bila2 dan di mana2 pun akan terus kekal dgn membawa identiti negara Malaysia tetapi kerajaan Malaysia pada bila2 masa sahaja boleh berubah. kalau pada hari ini kerajaan barisan nasional yg memerintah Malaysia tetapi esok, lusa dan akan dtg mungkin bukan sudah kerajaan BN yg memerintah Malaysia, mungkin pakatan rakyat yg akan memerintah negara pula. pada masa itu PR pula akan dinamakan sebagai kerajaan Malaysia. jgnlah saudara terkeliru dan melepaskan geram saudara kpd kerajaan Malaysia skrg dgn "meremehkan" identiti negara Malaysia. Di manakah perasaan cinta dan semangat patriotisme saudara kpd negara yg tercinta ini. Jika begini pendirian saudara, sy merasakan saudara tidak layak menjadi warganegara Malaysia, maka nyahlah saudara dr negara ini. satu persoalan kpd saudara, sekiranya negara Malaysia ini diserang dan diceroboh oleh negara lain, apakah saudara tidak akan cuba mempertahankan negara ini disebabkan saudara tidak bersetuju dgn kepimpinan kerajaan skrg?
ya akhi, Malaysia dan kerajaan Malaysia adalah sesuatu perkara yg sgt berbeza sekali. disebabkan bendera Malaysia membawa identiti negara Malaysia maka bendera Malaysia juga patut untuk disanjungi dan dihormati.
sekali lg sy ingin katakan bahawa sikap saudara dgn menterbalikkan bendera negara Malaysia seolah-olah saudara sedang menghina dan merendahkan imej negara saudara sendiri. saudara sbnrnya bukan marah kpd kerajaan tetapi saudara sbnrnya marah kpd negara Malaysia itu sendiri.
saya sebagai rakyat Malaysia menentang dan mengutuk sekeras-keranya perbuatan saudara dgn menterbalikkan bendera Malaysia ini. Ada pelbagai cara lagi yg boleh dilakukan oleh saudara untuk menunjukkan protes saudara kpd kerajaan bukannya dgn melakukan perbuatan seumpama ini. fikirkanlah. maaf atas keterlanjuran.

Anonymous said...

Akum.
Aku percaya sikap toleransi mmg penting dlm kehidupan.Jd terpulang pada mereka sama ada mahu teruskan kempen ini atau tidak.Secara peribadi aku xsokong akan perlunya kempen bendera terbalik mcm nie. Tapi disebabkan aku faham ada golongan2 yg menjadikan kempen seperti ini satu isyarat aku rasa ia xlah sekejam mana sgt.Jnji niat mereka iklas mahu melihat negara ini kembali seperti keadaan yg lebih stabil.
Diharap saudara edyes dan yg lain yg turut sama ikut akan kempen ini iklas dlm perjuangan anda dan tidak bertindak oleh kerana emosi semata2.
Jika kita terlalu bertelagah sampai meregangkan tali persaudaraan itu boleh dikira lebih kejam dr menterbalikkan bendera ini.
Aku harap mana yg tak puas hati dgn kempen ini anda nasihat sudah cukup.Jgnlah smpai terjadi seperti yg aku ckp diatas.Tali persaudaraan lebih penting dari sebuah negara.
Apa2 pun aku kurang bersetuju dgn cara ini.Harap saudara edyes dan yg lain2 dpt fikirkan cara yg lebih baik dan bagus bagi memberi signal kpd pemerintah.Cara yg boleh diterima majoriti masyarakat pasti akan membawa impak yg lebih lagi.
Wassalam.

Edyes said...

Demi kebaikkan, prinsip boleh dikorbankan.

Saya telah fikir, telah timbang, telah teliti semula dan mendapati apa yang saya lakukan adalah membelakangkan negara SEPENUHNYA dengan menterbalikkan bendera.

negara dan kerajaan adalah dua item yang berbeza. Negara ialah kita, kerajaan adalah pilihan demokrasi kita. Jadi, negara tak salah, bendera tak salah. Yang salah cuma kerajaan memerintah, dan yang salah juga ialah mereka yang 'memilih' kerajaan untuk memerintah dengan cara yang SANGAT tidak betul.

Oleh demikian, saya mengaku bahawa telah menyebabkan salah maksud. Tindakan saya telah dipersepsikan sebagai menyamakan bendera dengan kerajaan dan sudah tentu ini adalah tidak benar. Bermakna, saya telah membuat satu kesilapan dan ingin saya tebus kembali dengan mengibarkan bendera dengan betul sempena kemerdekaan dan saya berbangga dengan bendera yang saya kibarkan.

Harap semua rakan memahami apa yang saya lakukan dan apa yang cuba saya perbetulkan. sekali lagi ingin saya jelaskan, prinsip itu boleh dikorbankan jika ternyata prinsip yang dipegang itu memberikan persepsi yang LEBIH negetif. Untuk apa kita berpegang kepada sesuatu yang ternyata salah dipandangan mata RAMAI.

terima kasih

Pernyataan di atas akan saya letakkan dalam entri yang baru sedikit masa lagi, bersama bendera yang tersergam indah !