Friday, August 15, 2008

Antara DAP, PAS dan PKR... apa cerita ?

Entri ini adalah menjawab segala komen yang dilemparkan kepada saya di entri "Parlimen Bubar sebelum 16sept". Untuk dihayati.

DAP... DAP.....

ramai orang kita takut DAP??

Harap semua bersabar, kita orang-orang melayu tetap akan bersatu !! ya, tetap bersatu tetapi bukan lagi bawah UMNO yang penuh korup itu...

Sekali lagi saya jelaskan, saya tidak taksub Anwar !! cuma saya beri Anwar peluang, kita beri Anwar peluang !! janji beliau untuk mengangkat martabat melayu, dan membawa negara ini ke arah negara kebajikan sekurang-kurangnya... dan Islam akan diberi lebih ruang dari segi penyampaian dan keberkesanan implementasinya.

Jika DSAI buat tak betul dalam sepenggal ini, jika hidup rakyat semakin sengsara di bawah pemerintahanya, sudah tentu saya menjadi orang pertama menentang beliau !
apapun, pengorbanan itu perlu demi kebaikkan. kita korbankan sepenggal untuk menyelamatkan 10 penggal !! jika keadaan jadi lebih teruk, kita ubah masa PRU akan datang... tapi sebelum buat keputusan, beri Anwar satu peluang dulu.... kita dah bagi UMNO 12penggal peluang, apa salahnya kita membuat sedikit keberanian untuk perubahan !! HIJRAH mengajar kita...

PAS... PAS...

kenapa orang semakin takut dengan PAS...? kerana TIBA-TIBA Pas menyebut tentang siapa yang paling layak jadi PM ! TIBA TIBA Pas mencalonkan Presidenya... atas arahan Presiden kah?

Tolong lah... DSAI belum pun menang lagi... kenapa kalut pasal siapa nak jadi PM? kenapa? kena tanya Ustaz Nasha.

Saya tak kutuk PAS... saya sayangkan perjuangan PAS. Saya sanjung Mursyidul Am PAS iaitu TGNA. Bagi saya, kalaupun DSAI tidak dibenar jadi PM, kalau PM itu dari PAS, sudah tentu saya akan memilih TGNA untuk jadi pemimpin saya... BUKAN orang lain. Saya percaya PAS akan diberi platform secukupnya untuk menerapkan nilai Islam dengan lebih berkesan melalui pemerintahan Malaysia BARU... ok, PAS for All !

Berbalik kepada cerita DSAI. Beliau sudah berumur 61tahun, banyak mana masa yang beliau ada?? kalaulah ditakdirkan masa yang dia ada itu semata-mata untuk ubah negara ini jadi yang terbaik, siapa tahu?? INI KERJA TUHAN.... tolong jangan buat andaian DSAI akan jual Malaysia... sapa yang komen lagu tu kat entri sini memang baghal... takda akai...

Kita tidak akan tahu selagi kita tidak mencuba. yang pentingnya semua mesti bersedia kerana sebarang percubaan biasanya akan membawa sedikit kesan. jadi bersedia saja lahhh. jangan dok kalut. kita ada Allah.

Boleh ke kalian semua bagi peluang kat DSAI?? bagi lah dia peluang.. mana tau, kot nasib rakyat berubah... dah itu janji dia, kita tuntut dengan undi, kerana kita rakyat yang kian bijak !!

Boleh kan??

Kepada yang dalam perjalanan ke Permatang Pauh, sila pandu cermat... banyak pak pulisi di sempadan. Saya akan bertolak malam ini. dari kelang..

salam...
adios, wadechal...

3 comments:

Anonymous said...

Saya sokong pendapat anda 100%!!!

Anonymous said...

ye...saya jg sokong 200%..apa salahnye kte beri peluang pd DSAI utk mbuktikan bhw beliau beragama islam & rakyat malaysia yg xkan mjual negaranya sniri spt yg dhebahkn oleh akhbar2??? klu DSAI smemangnya jahat..next PRU kte jgn undi DSAI lg..cb la bg peluang pd yg lain........

Anonymous said...

Sebenarnya cerita nak jual negara ni cerita lama dan dah basi. Menurut ceritanya, ia sebenarnya rekaan rejim Mahathir dan konco2nya dari kalangan ahli2 UMNo untuk menimbulkan syak wasangka rakyat terutamanya pegawai2 kerajaan terhadap kewibawaan DSAI sebagai seorang pemimpin.

Ini adalah antara propaganda yang paling berkesan bagi mewujudkan keraguan terhadap seseorang yang dianggap musuh politik mereka iaitu dengan memainkan sentimen2 keagamaan, perkauman dsb yang bersifat sensitif dan mudah meresap masuk ke jiwa sasaran mereka.

Ironinya, masih terdapat ramai rakyat yang begitu mudah ditipu dan sanggup dibutakan oleh emosi mereka sendiri walaupun dakyah2 jahat begitu dimomokkan kepada mereka kebanyakannya cuma berbentuk omongan kosong, suatu persangkaan jahat semata2 dan tanpa bukti atau alasan kukuh.

Begitulah, selama berpuluh2 tahun sudah betapa rakyat negara ini sudah terbiasa dengan kejahatan propaganda begini sehingga mereka sudah tidak lagi menganggap ia sebagai suatu kejahatan malah bersedia pula untuk menerimanya tanpa syak dan ragu.

Fenomena ini amat menakutkan sebenarnya dan budaya memfitnah ini sebenarnya seperti sudah menjadi sebahagian dari masyarakat kita dan amatlah malang sekali bagi institusi pendidikan kita yang secara tidak langsung digambarkan sebagai telah gagal untuk mendidik masyarakat agar celik ilmu bermaklumat dalam erti kata sebenarnya.

Manakala, apa yang dimaksudkan dengan celik ilmu bermaklumat di sini ialah kebolehan seseorang itu untuk mengenalpasti samada sebarang maklumat/informasi yang diperolehinya itu benar2 boleh dipercayai atau sebaliknya. Juga kebolehan untuk mempastikan samada maklumat itu mempunyai maksud atau tujuan tertentu serta apakah bukti2 atau maklumat lanjut yang berkait dengannya sehingga membolehkan mereka menganggap ia sebagai maklumat yang benar dan boleh diterima pakai.

Begitulah yang terjadi selama ini sehinggakan ramai di kalangan kita yang takut dengan bayang2 mereka sendiri, tidak berkeyakinan dan ragu2 untuk membawa perubahan kepada negara hanya kerana syak wasangka yang lahir dari dakyah jahat pemerintah sedangkan sudah berkotak2 dan berlori2 kesalahan yang telah dibuat oleh pemerintah yang sama selama berpuluh2 tahun lamanya kepada agama, nusa dan bangsa mereka sendiri sanggup dibiarkan terus bermaharajalela di hadapan mata.

Bilakah agaknya masyarakat kita akan bebas dari sindrom gila emosi dan buta akal ini?