Sunday, February 28, 2010

Jalur Gemilang Bakal Mewarnai Litar F1!! Terima kasih PM !!

 
 Jalur Gemilang bakal mewarnai litar F1. Adakah anda tidak bangga ?

 
 Jalur Gemilang  menghiasi kereta lumba terlaju di dunia. Adakah anda tidak berasa bangga ?

 
Malangnya, inilah realiti sebenar kereta pasukan 'Lotus F1 Racing Team' (di manakah nama 1Malaysia/)
 

Inilah lambang pasukan F1 1Malaysia (macam lambang PAS ?)

Bagus hang Najib, hang sembang satu Malaysia...


UNDILAH BARISAN NASIONAL !!

Thursday, February 25, 2010

3 Hari di Kedah !

Salam hormat,

Hari ini merupakan hari ke-3 saya di Kedah dan ketika ini saya berada di daerah Baling.

Kedah negeri yang dilanda masalah. Banyak masalah semasa yang saya cungkil dari penduduk setempat. Ada juga yang membandingkan zaman pemerintahan BN dengan zaman pemerintahan PR.

Hanya mereka yang duduk di Kedah sahaja mengetahui masalah yang melanda. Dari segi kebersihan, pengurusan jalan, dan yang paling ketara ialah masalah Air.

Dari mata ini sendiri, saya melihat beberapa perkara sepertima yang diperkata oleh penduduk setempat iaitu tahap kebersihan, jalan yang berlubang-lubang. Kebanyakkan isu bertaraf PBT.

Cuma saya mahu semua pihak faham, akan masalah yang melanda itu di manakah puncanya. Apakah tindakan dari kerajaan PR Kedah dalam menangani isu berbangkit di negeri jelapang padi ini.

Saya juga mahu semua pihak fahami kedudukan kerajaan negeri yang mungkin menghadapi masalah dari segi kewangan yang di ding-dong sana sini sepertimana berlaku di Kelantan selama puluhan tahun lamanya.

Akhir kata, saya mahu rakyat negeri Kedah dan rakyat negeri di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat supaya lebih bersabar dengan ujian dan cabaran yang melanda penggal pasca PRU-12 ini. Kesabaran anda akan membuahkan hasil selepas kemenangan kerajaan pusat dalam PRU-13 kelak.

Ini juga satu bentuk perjuangan, tidak salah kita menyertainya... secara percuma!

Tuesday, February 23, 2010

Biar Kalah Asal Islam (baca : Ulama) Tidak Kalah !!

Saya tidak pasti, bagaimana kalanya saya terlepas satu entri penting dari Aduka Taruna. Jika saya terlepas pandang, mungkin ramai lagi yang ketinggalan artikel sepenting ini.

Bahasanya memang parah. Namun jikalau saudara bijak pandai, tafsirlah dengan budiman.

Oleh Aduka Taruna (14 Feb 2010)

Apa Nak Jadi Dengan PAS Nie

Dulu, gualah yang paling kutuk PKR bila kualiti ahlinya tahap sampah. Lompat jer kejenya. Tapi la ni, ada satu dimensi yang memperlihatkan betapa bertuahnya PKR kerana tahap2 sampah dengan mudah keluar.

Dulu gualah yang paling berbangga apabila PAS yang jarang2 sangat wakilnya melompat. Tapi la ni, ada satu dimensi yang memperlihatkan betapa sialnya PAS apabila sampah2 tidak keluar malah membusuk dan membarah dalam PAS.

Sedih dan kecewa, semakin hari semakin nyatalah ada usaha2 tertentu di dalam PAS yang sedang membantutkan era baru politik negara dengan kejatuhan BN. Mereka di dalam PAS sedang memdamagekan kredebiliti PAS di mata pengundi bukan Melayu tidak tahu apa motifnya.

Pada gua, kita (semua yang telah mengundi PAS dengan visi sendiri), harus mencabut pembolehubah utama. Yakni Hadi Awang. Pada gua, dengan mencabut pembolehubah utama, maka, pembolehubah sampingan turut tercungkil dengan sendirinya.

Pada Nik Aziz, PAS harus diberi peluang mencabut pembolehubah dengan EGM. Datang sesetangah puak, tolak EGM, ganti Mesyuarat Khas. Keputusan akhir, rupa2nya Hasan Ali semakin kukuh. Dan terkini, Exco Pemuda PAS mengesahkan dengan Nama Allah bahawa Tuan Ibrahim Tuan Man berbohong (Malaysiakini). Oh ulama....

Selepas PRU13.

Dengan apa yang berlaku hari ini, mari kita ramalkan apakah yang berlaku selepas PRU13, hasil bantuan pihak2 sampah dalam Pakatan Rakyat.

1. Perak dimenangi oleh Pakatan Rakyat, tetapi kerusi PAS semakin mengecil. Walau boleh membentuk kerajaan, namun Sultan Perak menolak Nizar sebagai MB. Tanpa Nizar sebagai MB, pengaruh ulama dalam PAS sedikit bernafas setelah tenggelam dalam populariti Nizar.

Biar Islam kalah, asal ulama tidak kalah. Ulama kalah, maka, jatuh hukum kafir. Falsafah Kepimpinan Ulama.

2. DAP semakin kukuh di Pulau Pinang, tetapi PAS tiada 1 kerusi pun yang dimenanginya akibat perbuatan puak ulama sebelum itu. Dengan ketiadaan PAS dalam Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, puak ulama semakin selesa untuk bergerak sendiri tanpa tahaluf dan kekal sampai kiamat sebagai pembangkang.

Status dan keadaan ulama sebagai pembangkang sangat penting kerana kedaan itu membuatkan ulama menonjol. Jika ulama dalam pengurusan kemenagan, pengurusan kerjasama dan pengurusan pemerintahan, ulama kaku dan terkial-kial. Ini melibatkan survival Kepimpinan Ulama.

Biar kalah, asal Ulama tidak kalah.

3. Kedah tumbang secara tipis akibat protes pengundi bukan Melayu. Tumbangnya Kedah mengurangkan tekanan kekalahan PAS Terengganu 2004, 2008 dan PRU13.

4. Majority kerusi PAS di Selangor kalah menyebabkan Pakatan gagal membentuk majoriti mudah. Apabila Pakatan kalah, bermakna, PAS tidak duduk dalam pengurusan pemerintahan negeri. Bila tidak duduk dalam pengurusan pemerintahan sebuah negeri majmuk, maka, para ulama kembali mendapat 'kuku'. Kerana ulama cukup selesa berada dalam pembangkang. Menyalak, berdemo, berlawan hukum, etc.

Bila ulama kembali mendominasi dalam dunia pembangkang, maka, cahaya pengaruh ulama kembali bersinar. Biar kalah asal Islam (baca : ulama) tidak kalah.

Saya membacanya dari sudut reverse psychology. Bagaimana pula dengan anda-anda yang budiman?

Monday, February 22, 2010

TG Hadi: Tiada Kerjasama Dengan UMNO Dalam Pembentukkan Kerajaan!!

 

Abdul Hadi berkata, pembentukan kerajaan melibatkan kedua-dua parti tidak akan berlaku, dengan alasan Pas tidak mahu menjadi mangsa kepada BN atau UMNO yang kini disifatkan sebagai 'bahtera yang sudah bocor'.

Saya harap, atas kapasiti Presiden PAS, TG Hadi boleh menasihatkan semua pemimpin PAS yang selama ini pernah terlibat dengan perjumpaan rundingan gelap pembentukkan kerajaan perpaduan bersama UMNO, supaya menyatakan pendirian mereka menolak sekerasnya unsur UG lantas menutup isu UG buat selamanya.

Walaubagaimanapun, isu entri ini berbeza sama sekali dengan pendirian saya seperti di sini (Kami Mahu TG Presiden Lebih Proaktif) dan di sini (TG Hadi Harus Mohon Maaf). Harap maklum.

The True Color of Saiful Bukhari - Unleash!!

Yeah... The true color of Saifool Bukhari... So fool, so sorry...
Sila komen...

 

  

Sumber laluan di sini

Kami Mahu TG Presiden Lebih Proaktif !

Pertama sekali saya ucapkan terima kasih atas komen-komen yang membina mahupun yang kurang membina... saya terima semua luahan penyokong PAS yang tidak senang apabila presiden mereka ditegur. Mungkin jika kena pada tempatnya, saya juga akan bertindak sedemikian rupa.

Namun begitu saya ingin mengingatkan, segala teguran yang dilempar itu seharusnya diterjemah dengan lebih positif dan akhirnya TG Presiden akan lebih bergerak maju dalam agenda perjuangan moden ini. TG presiden harus lebih peka dan lebih banyak memainkan peranan dalam pelbagai isu yang melanda, bukan sekadar membiarkan diri serta parti terdedah kepada serangan luar dan dalam.
 
Harap semua rakan memahami segala tindak-tanduk saya dan rakan PAS Reform. Percayalah, jika TG Hadi lebih proaktif dalam peranan beliau sebagai presiden parti PAS, pasti kami juga akan memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi sepertimana yang kami juangkan dibelakang TGNA. 

Di bawah ini adalah salah satu komen dalam blog saya. Paparan ini bukan untuk mengaibkan sesiapa, tetapi untuk dijadikan sezarah pedoman;

Nko orang ni terlebih usrah sehingga buta dengan realiti semasa. hangpa ni berapa kerat je berbanding dengan penyokong PAS hari ini yang terdiri dari pelbagai kaum yang meletakkan harapan untuk menjatuhkan UBN dalam pru13.

Setakat kederat hangpa beberapa kerat ni, sejak pilihanraya pertama dulu, hangpa hanya dapat memerintah kelantan sahaja. Pengaruh hangpa hanya berlegar setakat di kelantan, terengganu sedikit-sedikit di kedah dan perlis je.

Berita utusan tu semua geng hangpa tau putarbelit dan memang geng hangpa tak baca. Tetapi ia dibaca oleh sebahagian besar rakyat malaysia dan berupaya meracun fikiran berjuta rakyat malaysia.

Sebab hangpa tak bacalah maka hangpa tak tahu kesannya kepada PAS sendiri. Sebab hangpa asyik dok baca harakah sahajalah maka berkali-kali hangpa kena kencing dengan UMNO. fikiran sesetengah dri hangpa jadi jumud dan tak terpisah dari realiti.

Kekadang aku tengok, kejumudan hangpa ni sama standard degan musuh ketat hangpa, puak-puak UMNO. 2 x 5 je.

Dalam pemerhatian aku, presiden hangpa ni adalah feveret utusan untuk mendapat ulasan setiap kali apabila UMNO dok tertekan. wartawan aju je soalan perangkap, dengan gembiranya dia menjawab panjang lebar mengikut selera wartawan yang bertanya.

esok keluar muka hadapan utusan dan sekaligus menanam bibit prasangka rakyat terhadap parti hangpa.

olan

Ustaz 1G: Doktrin Pahala Lawan UMNO Jangan Digadai

Saya mengambil sedikit kesempatan untuk menyiarkan artikel dari ustaz 1G Al-bakistani. Semoga darah perjuang yang bergelojak dalam diri pembaca yang menghayati artikel ini bangkit menentang kezaliman dari luar dan dalam.
DOKTRIN PAHALA LAWAN UMNO JANGAN DIGADAI

Jika ketua Penerangan PAS Pusat menyebut, doktrin wala’ dan siqah adalah penyebab PAS mampu bertahan sehingga hari ini. Padaku pula, PAS mampu bertahan sehingga hari ini, kerana doktrin pahala melawan UMNO yang menghalang penubuhan kerajaan islam.

Aku masih ingat, semasa belajar di pondok Lubuk tapah dahulu, aku mendengar Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyampaikan satu ceramah di sebuah perkampungan di daerah pasir Mas. Dalam ceramah itu, Tuan Guru membaca kaedah fiqh yang berbunyi;

ما لا يتم الواجب الا به فهو واجب

Maksudnya;
“tidak sempurna perkara wajib, melainkan dengannya, maka melakukan perkara itu adalah wajib juga”

“hukum bina kerajaan Islam adalah wajib. Tidak terbina kerajaan islam, melainkan kita kena terlibat dengan pilihanraya, maka terlibat dalam pilihanraya adalah wajib” ujar tok guru.

”dalam pilihanraya, mesti ada parti. Tidak sempurna dalam pilihanraya melainkan kena tubuh parti, maka hukum tubuh parti adalah wajib.

”di Malaysia, banyak-banyak parti yang wujud, hanya PAS sahaja berusaha untuk menubuhkan kerajaan Islam, maka hukum undi PAS adalah wajib.. dan lawan bagi wajib adalah haram, bermakna undi UMNO adalah haram” tok guru mengakhiri hujjahnya.

Mendengar hujjah Tuan guru itu, hatiku terdetik berkata, ”wajib, buat dapat pahala, tak buat dapat dosa. haram pula, buat dapat dosa, tak buat dapat pahala... jadinya, undi UMNO dapat dosa, undi PAS dapat pahala.. undi PAS masuk Syurga, undi UMNO masuk neraka”

Diakhir ceramah pula, Allahyarham Pok Su Pi yang ketika itu menjadi pengerusi majlis, berkali-kali mengulangi kalimah tersebut sebelum majlis ceramah ditutup. Aku masih ingat, ungkapan tersebut sehingga ke hari ini. sekiranya aku boleh meniru suara Pok Su Pi, aku masih ingat lagi cara dan gaya bercakap Pak Su Pi yang menyebut ungkapan kaedah yang diulas oleh Tuan Guru nik Abdul Aziz.

Sejak dari itu, aku terus berkeyakinan bahawa berjuang dalam PAS akan mendapat pahala. Iaitu pahala dalam menjatuhkan kezaliman UMNO, disamping berusaha mendirikan sebuah kerajaan Islam.

BEKALAN DI AKHIRAT

Di kampungku, ada seorang pak cik yang agak berumur, yang kami anak-anak muda memanggilnya dengan panggilan Pak Tam. Dia berasal dari Aloq Staq, Kedah, tetapi menetap di Selangor. Dia kini telah meninggal dunia, tetapi jasa dan pengorbanannya, kami amat respek sehingga hari ini.

Semasa aku hendak bertolak ke Pakistan dahulu, dia terlalu kerap berpesan kepadaku, ”hang balik Pakistan nanti, hang kena lawan UMNO.. hang jangan jadi UMNO tau”

Dia hadiahkan kepadaku sebuah beg kecil, yang terjahit satu lambang PAS di beg tersebut. Aku menerimanya, dan memang aku menggunakan beg itu semasa belajar di pakistan dahulu.

Kami mengenali pak tam, seorang tua yang amat komitment melawan UMNO. Dia bekerja sebagai berniaga di gerai makan. Setiap pendapatannya, pasti sehari dia akan menabung sebanyak RM 10. Dan tabung itu, bukan untuk kegunaan diri dan keluarganya, sebaliknya digunakan untuk tabung jihad PAS apabila Parti berhadapan dengan sebarang kesulitan, sama ada untuk pilihanraya, mahupun untuk kegunaan harian parti.

aku amat respek dengan Pak Tam atas perjuangannya. aku juga pernah bertanya kepadanya, ”Bagus betul Pak tam kan.. sampai buat tabung untuk PAS?”

”ini bekalan saya di akhirat ustaz oi..” kata pak Tam ringkas, tapi benar-benar menusuk ke kalbu.

Ucapan Pak Tam itu, mengingatkan aku dengan sahabat Nabi SAW yang bernama Al-Irbadh bin Sariyah yang pernah menangis kerana tidak dapat terlibat dalam peperangan tabuk kerana terlalu tua, juga tidak dapat memberi infaq jihad kerana dia soerang yang miskin sehingga tinggal di beranda masjid Nabi SAW.

Inilah perjuangan ahli-ahli PAS bawahan dalam usaha meluputkan UMNO dari muka bumi Allah. Padaku, pak tam itu tidak pernah kenal erti wala’ dan siqah, tetapi yang mereka kenal adalah pahala yang akan menjadi bekalan mereka di akhirat kelak. Justeru, tidak hairan kehadiran manusia seperti Pak Tam menyebabkan PAS mampu bertahan sehingga ke hari ini.

Sekian

Wallahu ’Alam
- Sri Indah (B), Sg Buloh
6 Rabiul Awal 1431 – 20 Febuari 2010 * 1:50 petang

Saturday, February 20, 2010

TG Hadi Harus Mohon Maaf

UMNO kini mengalami satu perubahan yang baik apabila parti itu tidak lagi menganggap agama dan politik sebagai dua perkara berbeza. Ia merupakan satu anjakkan paradigma kepada UMNO - TG Hadi Awang 

Hadi akui UMNO alami perubahan baik - Utusan


Saya tidak nampak perubahan yang lebih baik ditunjukkan oleh parti UMNO dari pelbagai aspek lebih-lebih lagi dari aspek agama. Saya tidak faham mengapa TG Hadi membuat statement mengatakan UMNO mengalami satu perubahan, satu anjakan paradigma. Apa yang sebenarnya TG Hadi nampak pada UMNO?

Di manakah zarah-zarah kebaikkan yang telah dibawa oleh UMNO di bawah kepimpinan Najib? Di manakah anjakkan paradigma itu? Dari sudut mana yang menunjukkan UMNO ingin menjadikan politik dan agama tidak lagi berbeza? Adakah ia merujuk kepada UMNO yang menuntut perarakkan Maulidur Rasul?

Sedangkan kerajaan kini dilihat lebih kejam dari biasa apabila mengkuda-kudakan pelbagai institusi yang sepatutnya bertindak berkecuali, dilacurkan demi survival UMNO dalam jasad kerajaan. Kerajaan dilihat semakin angkuh dan tidak belajar dari kesilapan apabila merangka cukai GST dan mencadangkan subsidi minyak dilupuskan walhal dalam masa yang sama duit dihabiskan dengan menubuhkan satu pasukan sukan termahal iaitu formula satu. Pelbagai lapisan masyarakat tidak lagi mendapat pembelaan setimpal apabila semakin banyak formula retorik kerajaan yang memerangkap rakyat dengan permainan sentimen perkauman serta sentimen keagamaan yang akhirnya memberi pulangan lumayan kepada 'milage political survival' UMNO.

Saya sebut pelbagai kejahatan kerajaan di bawah kepimpinan Najib, tetapi TG Hadi memuji kerajaan dengan menyatakan UMNO melalui anjakan paradigma dan kata-kata beliau dengan pantas dipetik oleh Utusan sebaik-baiknya.

Utusan memang layak diboikot sepanjang masa sepanjang zaman, bahkan dalam isu 'anjakan paradigma UMNO' ini pun dilihat propaganda Utusan itu berjaya melentingkan ramai blogger termasuklah edyes. Namun, cuba saudara dan saudari perhatikan dua pernyataan yang diboldkan di permulaan artikel ini, satunya pernyataan TG Hadi dan satu lagi tajuk Utusan 18 Febuari lalu. Apakah kedua pernyataan itu tidak syncronize ? 

Sedangkan Utusan sendiri tidak mengklafikasikan maksud 'alami perubahan baik' dalam tajuknya, bermakna adalah benar perkara yang dirujuk itu ialah dari kata-kata TG Hadi sendiri. Sebab itu tiada penafian dari TG Hadi.

Pokoknya, statement TG Hadi yang bersahaja itu mengundang tafsiran yang memberi nafas kepada UMNO yang sepatutnya semakin melemas itu. Wajarlah, TG Hadi memang synonym dengan menyelamatkan mangsa lemas.

Oleh demikian, saya menuntut TG Hadi memohon maaf secara terbuka di atas ketelanjuran TG Hadi menggambarkan UMNO itu mengalami perubahan baik. 

Permohonan maaf secara terbuka tidak akan menjejaskan kedudukan TG Hadi sebagai presiden, malah ia akan melihat keikhlasan TG Hadi memimpin parti PAS dalam usaha mengalahkan UMNO dan menegakkan syiar agama Allah di muka bumi ini.

Saya juga menuntut 2 perkara dilakukan oleh TG Hadi sebagai presiden PAS yang masih memegang tampuk nakhoda. Perkara tersebut adalah seperti di bawah;

1. Atas kapasiti TG Hadi sebagai presiden PAS, saya memohon agar TG Hadi melihat kembali hala tuju serta pendirian parti PAS dalam menghadapi PRU-13. Lihat semula kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat, sekonyong-konyong ia perlu lebih diperkuat.

2. Saya juga menyeru atas kapasiti TG Hadi sebagai presiden PAS, memohon agar TG Hadi lebih berusaha untuk menjadikan PAS sebuah parti yang kuat dengan menyelesaikan segala isu dalaman serta menuntut semua pemimpin PAS menyatakan sumpah setia kepada parti dan gugusan Pakatan Rakyat. Sebolehnya, semua pemimpin harus menyatakan pendirian masing-masing dan mengecam sebarang gerakan dalam membentuk kerajaan perpaduan.

Sekiranya kedua-dua perkara di atas di sahut dan digerakkan oleh TG presiden, saya amat bersyukur kerana PAS akan kembali dilihat kuat dari luar dan dalam. Sekiranya tidak, adalah lebih baik TG presiden menimbang untuk memberi laluan.

Ayuh, jika Anwar Ibrahim dengan kempennya Selamatkan Malaysia, ia mudah difahami kerana fenamena semasa. Dan di atas fenamena semasa juga, satu kempen 'Selamatkan PAS' perlu dianjurkan. PAS Reform contohnya!

Diharap dengan penjelasan ini, saya tidak disalah anggap sebagai blogger yang ingin memecahbelahkan kesepaduan PAS dan Pakatan Rakyat, malah saya ingin melihat kejayaan itu berhasil dari gerakan yang ikhlas.

Peluang Kedua Untuk Zul Nordin ?



Kenapa harus diberi peluang kepada Zul Kulim selepas dia didapati menipu lembaga displin kerana lari ke Korea untuk mengelak dibicara?

Masihkah ada peluang untuk Zul Kulim? Sedangkan PAS sendiri tidak akan mengambil YB ini sebagai calon lagi di masa akan datang.

Dia sepatutnya dipecat, pecinta kontrovesi seperti Zul Kulim ini tidak harus diberikan peluang kerana telah menipu demi untuk menyelamatkan diri.

Ahli parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zulkifli Noordin (bawah) diberikan peluang kedua oleh lembaga disiplin partinya itu.

Di bawah adalah laporan dari Malaysiakini;

Dia sepatutnya 'menghadap' lembaga disipin PKR malam semalam tetapi menurut timbalan presiden parti itu, Syed Husin Ali dalam satu kenyataan akhbar semalam, telah 'melarikan diri' ke Korea Selatan.

Zulklifi kini dilaporkan di Seoul bersama 12 ahli parlimen yang lain sejak Rabu lalu dan dijadualkan akan hanya pulang ke tanah air pada 25 Feb ini.

Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail yang dihubungi hari ini berkata “Zul kini diberi peluang bagi mempertahankan dirinya.”

Menurut Saifuddin (bawah), lembaga disiplin PKR bermesyuarat seketika malam semalam dan mengambil keputusan untuk memberikan Zulklifi peluang bagi mempertahankan dirinya berhubung beberapa dakwaan.

Thursday, February 18, 2010

GMI & Suaram Press Statement

Press Statement: 17 February 2010
Charge Or Release Them!

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) and Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) condemn the decision by the Home Minister to extradite the nine Internal Security Act (ISA) detainees to their countries without any explanation to their family members and people of Malaysia. The nine detainees are among those detainees who have been detained currently under the draconian ISA. They were arrested under the ISA on Thursday, 21st January 2010 at Sungai Cincin, Gombak when they were attending an informal religious class at Sungai Cincin. They were allegedly linked to international terrorist organisation.

GMI and Suaram also strongly condemn the new arrest and also deportation of these detainees. We also learned that until today the detainees have not been allowed for legal access. We urged the police and the government to allow the detainees for legal assistance and immediately stop their planning to deport them.

GMI and Suaram values security of the country and does not condone any terrorist activities, but one’s entitlement to a fair trial should not be deprived on any basis. If the government has evidence against the suspects, we urge the government to charge them in an open court, in accordance with their right to defend themselves, the right to legal counsel and the right to a fair trial. Otherwise, they should be released without any delay and unconditionally.

We call up on the government to take the necessary steps to effectively repeal the law in order to respect fundamental rights and freedoms. Abolish the draconian ISA which allows and provides for arbitrary arrest and detention without trial for an indefinite period now!.

Abolish ISA!
Release All ISA detainees!
Close down Kamunting Camp!


Released by,
Nalini.E
Secretariat GMI & Suaram Coordinator
019-3758912, 019-3758912