Tuesday, April 5, 2011

Bersama Chegubard Dalam Sesi Penjelasan Video Seks Malam Ini di Labis

Ceramah Umum
5 April 2011, 9.00 mlm
Premis Pn Hajjah Rokiah, Kg. Sawah Baru, Labis

(pertanyaan Nasir 0137125721)
 
Hadir beramai-ramai untuk mendengar sendiri penjelasan che'GuBard mengenai fitnah jahat videoseks yang berasal dari Thai!
 

Phaholyothin Road Bukan di K.Lumpur Tetapi di Bangkok!! Sila Ikuti Analisis Penting Edyes!!!

Kantoi jangan tak kantoi! Gambar di atas menerangkan segala-galanya!!

Kepada yang belum melihat video klip suntingan 2 minit dalam youtube, sila klik di sini untuk menontonnya terlebih dahulu (sekiranya sempat sebelum youtube memadam buat ke sekian kalinya). Kemudian sila amati analisis penting di bawah yang diakhiri dengan sebuah kesimpulan.

Pertama, cuba kita imbas kembali kata-kata Eskay yang sebelum itu dikenali sebagai Datuk T;
“Selepas meneliti, saya temui empat kamera litar tertutup (CCTV), saya kemudian cuba membuka dua laci dari meja solek berkenaan dan mendapati salah satu daripadanya berkunci.

“Saya cuba buka laci berkenaan dengan mengumpil kuncinya sebelum menemui perakam CCTV yang masih aktif, saya putuskan wayarnya dan ambil perakam itu,” - Eskay
Sekarang dapatkah anda lihat kedudukan meja solek di dalam gambar di atas? Dalam keadaan bilik hotel yang serba sederhana, dengan hanya menawarkan katil, almari solek dan sebuah almari telivisyen, apakah yang boleh dijangka untuk satu lagi almari solek berlaci bersebelahan dengan tv? Itu hanyalah sebuah almari tv, bukan almari solek kerana almari solek terletak berhadapan dengan katil.

Sekarang cuba pula lihat perut gendut pelakon porno tersebut. Adalah sangat tidak serupa dengan perut milik anwar Ibrahim yang genetiknya kurus (sepertimana anak-anak DSAI yang kurus tinggi). Sangat jelas sekali, keboroian itu seperti seorang yang pemabuk todi.

Kepada yang sempat melihat video klip yang diedit untuk memasuki youtube, anda harus perasan saat ke 0.29 hingga 0.32, didapati bukan satu remote control yang dipegang tetapi dua. Satu untuk video kamera (yang didakwa CCTV) dan satu lagi remote TV. Seolah-olah orang ketiga dalam video tersebut ingin memastikan status video kamera itu dalam keadaan 'record'.

sila lihat 2 gambar di bawah;

Seolah-olah video kamera yang digunakan benar-benar berada di hadapan orang ketiga ini tanpa selindung, menguatkan lagi hujah rakaman ini adalah kemungkinan untuk kegunaan peribadi.

Seperkara lagi, tahukah anda tulisan berbahasa Thai yang tertera dalam video tersebut setelah dialih bahasa adalah menunjukkan nama sebuah jalan di bangkok. Phaholyothin Road Bangkok adalah nama jalan di mana terletaknya hotel yang kononnya dikatakan berlaku di sekitar Kuala Lumpur tetapi sebenarnya berlaku di Thailand. Lihat gambar di bawah dan klik gambar untuk pandangan lebih jelas;


Terdapat beberapa hotel di Phaholyothin Road Bangkok, dan aktiviti paling digemari sekitar Phaholyothin Road adalah aktiviti pelacuran. Justeru itu, masihkah anda percaya aksi ini berlaku di Kuala Lumpur sepertimana didakwa Trio yang dikepalai oleh Rahim Thambichik? Masihkah anda percaya dengan Trio pembawa fitnah jahat ? 


Kesimpulan

Videoklip yang menjadi senjata fitnah terbaru terhadap DSAI ini adalah dikutip dari negara jiran kita iaitu Thailand. Secara kebetulan, wajah pelakon utama mempunyai mirip DSAI tetapi tidak kepada perutnya yang boroi. Jika benarpun Eskay mengaku bahawa dia adalah salah seorang lelaki yang ada dalam video tersebut, maka pelakon utama itulah Eskay !

Berbalik kepada mengapa saya katakan video tersebut dikutip dari ribuan video seks amatur Thai? Faktornya ialah pelacur itu, dan sarikata dalam video itu yang berbahasa Thai. Mengapa sarikata itu tidak dibuang (dengan cara cut kesemua di bawah aras sarikata tersebut)? Kerana ia akan menyebabkan ketulinan video tersebut tercalar sama sekali. Jadi mereka membiarkan sahaja sarikata itu seperti sediakala tanpa mengusiknya walau sedikitpun.

Kehilangan jam omega, mengumpil laci berkunci dan sebagainya adalah satu helah menyedapkan jalan cerita. Akhirnya klip yang sepanjang hampir dua minit yang telah diedit khas inilah yang akan dipapar satu negara waima dalam pejabat KEMAS, di kelas BTN ataupun di pejabat JKKKP. Mereka tidak akan tayang video penuh kepada semua orang dengan alasan, ianya menimbulkan aib, maka cukuplah dengan video klip yang masuk youtube ini.

Orang kebanyakkan pastinya hanya akan mahu melihat cebisan-cebisan video yang tidak mengandungi aksi ranjang dengan alasan, kurang sedikit dosanya berbanding melihat kesemua rakaman 21minit video asal. Pihak pengfitnah yang jahat akan mengambil peluang ini sebaiknya sedangkan video itu jika dilihat secara penuh terutamanya ketika perut buncit itu kelihatan lebih jelas, barulah orang boleh memberi penilaian lebih tepat.

Kesimpulan dipermudahkan seperti berikut - Video 21 minit ini adalah satu dari ribuan video klip seks amatur yang boleh didapati di Thailand. Pelakon mirip DSAI tetapi saya yakin 110% bukan DSAI berdasarkan postur tubuh badan beliau. Di atas mirip yang sama ini, kesempatan di ambil walaupun dengan tanpa memadam sarikata berbahasa Thai tersebut.

Anwar Ibrahim yang difitnah untuk ke sekian kali menerbitkan rasa simpati yang lebih besar terhadapnya. Sekali lagi saya nyatakan bukan kerana sosoknya Anwar tetapi kerana keadilan untuknya. 

Namun sedikit ingin saya sentuh, di manakah perginya hulubalang-hulubalang AMK yang menang atas nama 'wahyu' dalam pemilihan 2010 tempohari? Apakah strategi yang dirancang oleh AMK untuk mengekang asakan pengfitnah jahat ini selain daripada mengheret DSAI untuk membuat laporan polis?? Saya melihat kita sejak dari awal bertindak defensif sekali, macam kaldai tunggu disembelih!

Cuba lihat tindakkan pantas chegubard. Bukan saya nak lambung puji kepada chegubard, saya yakin beliau tak hidup dek puji tak mati dek maki. Tetapi tindakkan awal beliau wajar di puji. Berita dari rangkaian TV Selangor saya jumpa ketika menulis artikel ini dan antara petikan dari Chegubard adalah seperti di bawah;
"Klip itu adalah dari sumber yang sama tetapi ia di edit (sunting) sedemikian rupa untuk meyakinkan (orang ramai). Tetapi tempat-tempat yang begitu ketara,  hodoh dan tidak sama dengan Anwar tidak disiarkan. Ini  memang kita sudah jangkakan berlaku" - chegubard

Akhir sekali, adalah menjadi tanggungjawab kita di lap-lap terakhir ini untuk menyampaikan keyakinan kita untuk diyakinkan kepada mereka yang tersentap akibat dari pendedahan klip suntingan yang memberi kelebihan kepada pengfitnah jahat. Perlawanan kita sudah masuk ke lap yang terakhir yakni lap yang penuh dengan selekoh-selekoh tambahan. Pusingan terakhir ini, kita akan lawan habis-habisan!! Mereka fitnah, dan kita lawan !! Mereka tetap fitnah dan kita tetap lawan !!

Lawan fitnah jahat ini hingga ke penghujung nyawa, nescaya kalau kita mati dalam perjuangan ini sekalipun, kita berjuang menentang yang bathil!

LAWAN FITNAH 1, 2 DAN 3 !!! LAWAN !!!


EDYES @ edyesdotcom
Untuk bacaan penuh beserta video dari TV Selangor, sila klik di sini. Saya amat bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Chegubard.

Tayangan Semula Sedutan Video Seks Di Sini - Lihat Sendiri Perancangan Jahat UMCO!!



1. Lihat betul-betul saat ke 0.29 hingga 0.32, bukan satu remote control yang dipegang tetapi dua. Satu untuk video kamera (yang didakwa CCTV) dan satu lagi remote TV. Seolah-olah orang ketiga dalam video tersebut ingin memastikan status video kamera itu dalam keadaan 'record'.

2. Lihat betul-betul sepanjang klip 1.47saat ini, ada ketikanya terdapat editing yang tidak sepatutnya berlaku editing (bagi tujuan meminimakan gambar terlampau). Mengapa ia berlaku? Jika tidak kerana menyorokkan bentuk perut boroi pelakon tersebut!

Jawapan sebenar samada ia adalah DSAI ataupun bukan DSAI hanya lebih mudah ditentukan sekiranya kita melihat video penuh kerana di situlah kita akan lihat seorang pelakon mirip Anwar tetapi berperut boroi !!


EDYES @ edyesdotcom

Monday, April 4, 2011

Eskay Dan Pelacur Siam?? Tanya Dato’ T Apa dia “Phaholyothin Road Bangkok”?

Maaf saya di luar kawasan, hanya sempat update thru BB sahaja, jadi ada kekurangan dalam entry ini.

Pertama, video yg dimaksudkan adalah di sini - http://youtube.com/watch?desktop_uri=http%3A%2F%2Fwww.youtube.com%2Fwatch%3Fv%3DDNEWGYPd1MU&v=DNEWGYPd1MU&gl=US

Kedua, timbul persoalan - Rahim dan Eskay mendakwa video ini dirakam di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Tetapi tulisan di dalam video tersebut apabila diterjemah menyebut "Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011"!!

Adakah video ini sebenarnya video lucah yang dikutip dari Thai yang tiada kaitan dengan Malaysia? Mungkin atas alasan ini Eskay mengemukakan soalan "Bila kali terakhir DSAI ke Thai?" Kerana baru menyedari akan tulisan yang tertera dalam video tersebut!

Ini kerja gila! Kutip video CCTV hitam putih yang kebetulan pelakonnya adalah sama tapi tidak serupa dengan DSAI demi untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim?

Atau, adalah Eskay yang menjadi pelakon seks tersebut memandangkan latarbelakang Eskay yang begitu sinonim dengan Thailand!!


EDYES @ edyesdotcom
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Ceramah Chegubard dan Bob Lokman Di Benut Malam Ini (4Apr)!!

Ceramah Umum
cheGuBard & Bob Lokman
4 April 2011, 9.00 mlm
Benut, Johor

Untuk keterangan sila hubungi 0137501589

Hadirlah beramai-ramai!!

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, April 2, 2011

Kalau Blogosfera PR Sunyi Malam Ini...

Kerana kebanyakkan bloggers PR sedang berkumpul di satu tempat bagi memperkuatkan gerakan untuk menghadapi PRU13!

Ketika ini, Prof google Dr Abu Hassan sedang menyampaikan kertas kerja yang merujuk kepada realiti strategi media baru. Hebat sekali!

Antara pesan beliau yang wajar diberi perhatian ialah - Twitter dan FB sangat penting, tetapi jangan sekali-kali meninggalkan Blog!! Sebab abstrak yang disampaikan itu perlukan penjelasan. Di situlah pentingnya Blog!

Semoga resolusi dua hari ini akan membuahkan hasil yang besar dan sangat bermanfaat dalam perjuangan kalangan blogger demi pembentukkan sebuah negara rakyat!


EDYES @ edyesdotcom
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Kalau Blogosfera PR Sunyi Malam Ini...

Kerana kebanyakkan bloggers PR sedang berkumpul di satu tempat bagi memperkuatkan gerakan untuk menghadapi PRU13!

Ketika ini, Prof google Dr Abu Hassan sedang menyampaikan kertas kerja yang merujuk kepada realiti strategi media baru. Hebat sekali!

Antara pesan beliau yang wajar diberi perhatian ialah - Twitter dan FB sangat penting, tetapi jangan sekali-kali meninggalkan Blog!! Sebab abstrak yang disampaikan itu perlukan penjelasan. Di situlah pentingnya Blog!

Semoga resolusi dua hari ini akan membuahkan hasil yang besar dan sangat bermanfaat dalam perjuangan kalangan blogger demi pembentukkan sebuah negara rakyat!


EDYES @ edyesdotcom
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Pecah Berita!! Seorang OKU ditahan Atas Akta ISA!!!

Kekejaman kerajaan BN berterusan apabila hari ini menangkap seorang peniaga kecil, yang juga seorang OKU untuk disumbatkan ke dalam penjara tanpa bicara ISA

Ahli PKR Kg Krinchi, Kadir bin Hashim (cacat anggota), juga seorang peniaga kedai telah dituduh oleh kerajaan bahawa beliau adalah subversif.

Tetapi walaubagaimanapun, walau 10 orang OKU disumbat ke dalam ISA sekalipun, rakyat Malaysia tetap akan berdiam diri kerana memikirkan, bukan adik beradiknya yang terkena.

Justeru, kepada puak penentang kerajaan zalim, juga kepada SAMM, adalah wajar untuk bertindak dengan perancangan yang teratur bagi menunjukkan sekeras-keras protes terhadap pelaksanaan undang-undang ISA!!

Bangkit!!


EDYES @ edyesdotcom
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, April 1, 2011

Minyak Naik Lagi 20sen! Apa Bangsat Sangat ke Rakyat Malaysia Nie??

Malam nie aku tengok banyak sumpah seranah terpacul... Aku belum dengar lagi, tapi baru tengok sebab sumpah seranah tu terpacul di mana-mana dalam FB dan dalam twitter dan tak kurang juga di blog.

Aku pun nak ambik bahagian untuk melontar pendapat yang serba ringkas. Ringkas sebab dalam blogosfera, facebookara dan twitterjaya, ramai yang bagi pendapat negetif terhadap kerajaan Malaysia atas tindakan jahat serupa ini. Komen aku juga sudah tentu bersifat negetif terhadap kerajaan dan positif terhadap nasib rakyat.

Seperti yang pernah aku nyatakan dalam entry-entry berkenaan RON95 dan RON97, kesimpulan yang aku tekankan ialah - Inilah hasrat kerajaan Malaysia sejak perkenal RON95! Melambungkan harga minyak milik rakyat yg sebenar - RON97!!

Harga baru untuk RON97 ialah RM2.80, iaitu rekod tertinggi dalam sejarah. Harga ini melebihi rekod kerajaan Paklah ketika menaikkan harga minyak sebanyak 78sen pada tanggal 5 Jun 2008, meletakkan harga tertinggi ketika itu ialah RM2.70 per liter.

Inilah kegilaan kerajaan kita. Memperkenalkan RON95 minyak mesin rumput yang layak untuk negara bukan pengeluar minyak, tetapi telah dikhaskan untuk rata-rata rakyat pendapatan sederhana dan rendah di sebuah negara pengeluar minyak paling berkualiti!

Apa bangsat sangat ke rakyat Malaysia nie?

Sampai bila rakyat Malaysia nak berdiam diri? Sampai ada saudara mara yang terkorban dek kemalangan terbakar? Ok itu klausa lain dalam bab yang sama, refer entry terdahulu.

Oklah, moga lebih ramai yang tersedar dari lamunan, dan menyertai perjuangan kita menumbangkan kerajaan zalim yang berwajah alim! Alim taik kucing!!


EDYES @ edyesdotcom
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

DUN Lenggeng Patut Dikosongkan!! PRK Terakhir Sebelum PRU13??

ADUN BN Lenggeng Mustafa Salim telah dijatuhkan hukum penjara 3 tahun dan denda sebanyak RM20,000 kerana rasuah. Dengan keputusan ini, Kerusi DUN Lenggeng harus dikosongkan!
 
Mengikut undang-undang tubuh negeri bagi Negeri Sembilan, untuk penggal 2008 - 2013, sekiranya terdapat kekosongan kerusi DUN sebelum 28 April 2011, maka satu pilihanraya kecil akan diputuskan oleh SPR.
 
Namun demikian, hakim mahkamah telah membenarkan penangguhan hukuman bagi memberi laluan kepada mahkamah rayuan. Justeru, apa yang menjadi persoalan ialah bilakah agaknya tarikh sebutan mahkamah rayuan yang bakal menentukan sejauh mana kekebalan seorang ADUN BN ?
 
Saya mengambil contoh keputusan mahkamah tinggi ketika MB Nizar diumumkan sebagai Menteri Besar Perak yang sah tetapi hanya setelah sehari mahkamah rayuan telah menyebelahi kem Barisan Nasional.
 
Sesungguhnya UMNO Barisan Nasional dan gejala rasuah tidak dapat dipisahkan bagaikan aur dengan tebing, bagai ombak dan pantai... saling memerlukan... BERI SALAH TAK BERI KALAH !!
 
 
EDYES @ edyesdotcom