Saturday, December 11, 2010

Hampir 50% Rakyat Percaya Gejala Rasuah Berleluasa

Hampir separuh daripada rakyat di negara ini yang dibanci dalam kajian mengenai rasuah antarabangsa berpendapat gejala rasuah semakin berleluasa di negara ini.

Mengikut Barometer Antarabangsa Rasuah 2010 oleh Transparency International, 46 peratus percaya amalan rasuah tahun ini adalah lebih tinggi daripada tahun lalu manakala 19 peratus berpendapat ia telah berkurangan dan 35 peratus lagi pula berkata keadaan tidak berubah.

Namun daripada 1,000 orang yang dibanci oleh agensi pasaran TNS Malaysia dalam wawancara secara langsung dari 28 Jun hingga 26 Julai tahun ini, hanya 9 peratus atau 90 orang mengakui telah memberi rasuah sepanjang 12 bulan lalu.

transparency international global corruption barometer 101210Mereka mendakwa telah memberi rasuah kepada anggota polis atau mereka yang bekerja di tempat pemprosesan permit, tanah, perubatan, jabatan pendidikan negari, perundangan dan kastam.

Ini meletakkan Malaysia di tangga ketujuh daripada 22 negara Asia Pasifik yang dikaji dengan Korea Selatan mendahului senarai itu - hanya dua peratus rakyatnya yang diwawancara mengakui pernah memberi rasuah sepanjang setahun lalu.

Sebahagian besar rakyat Malaysia berkata pasukan polis paling terjejas dengan gejala rasuah dan diikuti dengan parti politik, badan perundangan dan ahli parlimen.

Mereka mencatatkan mata 4.1, 4.0 dan 3.4 masing-masing pada skala 1 hingga 5, dengan 5 sebagai yang paling terjejas akibat rasuah.Kaji selidik itu juga menunjukkan 48 peratus responden percaya bahawa tindakan kerajaan memerangi rasuah sangat berkesan berbanding 28 peratus tahun lalu.

"Ini merupakan perubahan drastik dari tahun sebelum ini di mana 67 peratus berpendapat tindakan kerajaan tidak berkesan berbanding tahun ini dengan hanya 20 peratus responden berpendapat bahawa tindakan kerajaan perlu ditingkatkan,” petik laporan itu.

Friday, December 10, 2010

Pecah Berita : Harga Tiket Semi-Final MALAYSIA Lwn VIETNAM Semurah RM 2 !!


BUKIT JALIL: Peminat pasukan kebangsaan akan mendapat faedah terbaik apabila tiket dijangkakan akan dijual semurah RM2 untuk tempat duduk biasa manakala RM5 untuk tempat duduk grandstand. 

Pengumuman baik yang akan dibuat sedikit masa lagi akan menyaksikan puluhan ribu peminat bolasepak dari seluruh pelusuk lembah kelang akan membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil bagi memberi sokongan padu yang tidak berbelah bahagi. 

Kejayaan pasukan kebangsaan meneruskan kemaraan pada kejohanan bola sepak terunggul di Asia Tenggara itu, amat bermakna dan kini peminat mengharapkan langkah skuad kebangsaan mampu lebih jauh, apabila berdepan juara bertahan, Vietnam pada perlawanan separuh akhir secara timbal balas pada 15 Disember(Rabu) dan 18 Disember di Vietnam.

Tiket akan mula dijual pada hari Selasa dan hari perlawanan di kaunter jualan Stadium Nasional Bukit Jalil bermula jam 10pagi. Harga-harga tiket yang di atas adalah bagi orang dewasa manakala untuk kanak-kanak bawah 12 tahun pula dibenarkan masuk percuma.

Ayuh datang beramai-ramai memenuhkan Stadium Nasional Bukit Jalil dengan harga tiket yang telah diberi 'diskaun' secukupnya. Penyokong pasukan negara disaran untuk mengenakan baju kuning (BERSIH). - BHamsiau


EDYES wrote:

Berita di atas adalah rekaan semata-mata bagi membuka minda - adakah keuntungan menjadi kepentingan dalam bolasepak negara?

Siapa di antara kita yang sanggup mengatakan kita layak ke Separuh Akhir dengan bantuan nasib, ketika Thailand mendahului Indonesia, bagaimanakah perasaana anda ketika menonton siaran langsung ketika itu? Pasti mengharapkan nasib dan keajaiban berlaku untuk pasukan negara layak buat edisi 2010 bagi meneruskan rentetan kecemerlangan pingat emas sukan SEA Laos tahun lalu.

Jadi, sekiranya pasukan kebangsaan tidak layak, mampukah mana-mana badan bertanggungjawab memperolehi sebarang untung, hasil dari penjualan tiket separuh akhir Rabu ini?

Apa salahnya FAM meraikan rakyat Malaysia, penyokong tegar pasukan kebangsaan yang tidak henti-henti memberikan sokongan dan harapan kepada pasukan demi pasukan yang diterbitkan FAM. Ini adalah saatnya yang terbaik untuk kita maju selangkah lagi kerana walaupun kita tidak mempunyai kesebelasan utama, kita telah berjaya ke pentas separuh akhir.

Raikanlah penyokong Malaysia, ini bukan soal keuntungan tetapi ibaratkanlah hanya mengambil kos pengurusan di malam perlawanan Malaysia menentang Vietnam. Sekiranya pasukan kita layak ke perlawanan Akhir, pasti ada satu lagi perlawanan yang melibatkan Stadium Nasional Bukit Jalil. Ketika itu, letaklah berapa harga tiketnya, kerana kali ini pasukan negara layak dengan kekuatan sendiri!

Perlawanan peringkat AFF Piala Suzuki ini melibatkan negara bersama maruahnya. Jika perlawanan akhir Negeri Sembilan menentang Kelantan dijual dengan harga RM30, kita akur kerana ia melibatkan kantung pasukan negeri dan melibatkan perniagaan serba profesional. Tetapi separuh akhir Piala Suzuki adalah di antara maruah dua negara, janganlah pula keuntungan itu dikejar-kejar kerana seperti yang dimaklumkan, kita layak ke separuh akhir di atas faktor nasib.

Justeru itu, FAM seharusnya wajar mempertimbangkan sebaiknya untuk meletakkan harga tiket seminima mungkin. Ini bukan masanya untuk menjaga prestige semata-mata sepertimana alasan ketika Piala Malaysia tempoh hari. Bukan kita minta untuk masuk secara percuma, cuma mohon dipertimbangkan untuk harga tiket paling minima.

Pastinya Stadium Nasional Bukit Jalil akan dipenuhi penyokong kebangsaan dengan tawaran terbaik dari FAM lantas ia mengembalikan kegemilangan suatu masa dulu di Stadium Merdeka. Dengan kehadiran penyokong yang ramai ini juga, diharap akan membolehkan lebih banyak deposit gol dari pasukan kebangsaan untuk dibawa ke Vietnam kelak.


EDYES @ edyesdotcom

Thursday, December 9, 2010

Asas Chegubard Tidak Iktiraf Pemilihan 2010 !!


Terjawab sudah segala fitnah yang mengatakan Chegubard akan keluar parti dan ada yang mengatakan Chegubard akan ikut jejak Zaid Ibrahim. Cukuplah...jangan ditambah dosa memfitnah.

Analisa keputusan pemilihan AMK Keadilan 2010 menyaksikan Chegubard menang di Negeri-Negeri Semenanjung dengan majoriti 119 undi.

Di Perlis Chegubard menang 2 Cabang dari 3 Cabang dan keputusan keseluruhan negeri Perlis Chegubard menang majoriti 17 undi.

Di Kedah Chegubard menang 10 Cabang dari 15 Cabang dan keputusan keseluruhan negeri Kedah Chegubard menang dengan majoriti 270 undi.

Di P.Pinang Chegubard menang 9 Cabang dari 13 Cabang dan keputusan keseluruhan negeri P.Pinang Chegubard menang dengan majoriti 184 undi.

Di Perak Chegubard menang 9 Cabang dari 24 Cabang dan 1 Cabang keputusan seri. Keputusan keseluruhan negeri Perak, Chegubard tewas dengan 86 undi.

Di Selangor Chegubard menang 9 Cabang dari 22 Cabang dan keputusan keseluruhan negeri Selangor, Chegubard tewas dengan 109 undi.

Di Negeri Sembilan tempat kelahiran Chegubard, Chegubard menang 6 Cabang dari 8 Cabang dan keputusan keseluruhan Negeri Sembilan, Chegubard menang dengan majoriti 160 undi.

Di Melaka tempat kelahiran pencabarnya, Chegubard menang 4 Cabang dari 6 Cabang tetapi keputusan keseluruhan negeri Melaka, Chegubard tewas dengan 20 undi sahaja.

Di Johor, Chegubard menang 11 Cabang dari 26 Cabang, keputusan seri di 2 Cabang dan 5 Cabang pemilihan AMK gagal dilaksanakan. Keputusan keseluruhan negeri Johor, Chegubard kalah tipis dengan 2 undi sahaja.

Di Pahang, Chegubard menang 5 Cabang dari 14 Cabang, keputusan seri di 2 Cabang. Keputusan keseluruhan negeri Pahang, Chegubard tewas dengan 99 undi.

Di Kelantan, Chegubard menang 3 Cabang dari 14 Cabang. Keputusan keseluruhan negeri Kelantan, Chegubard tewas 185 undi.

Di Terengganu, Chegubard menang 2 Cabang dari 8 Cabang dan 1 Cabang keputusan seri. Keputusan keseluruhan negeri Terengganu, Chegubard tewas 38 undi.

Di Wilayah Persekutuan, Chegubard menang 6 Cabang dari 11 Cabang, 1 Cabang keputusan seri dan 1 Cabang gagal melaksanakan pemilihan. Keputusan keseluruhan Wilayah Persekutuan Chegubard menang dengan majoriti 27 undi.

Jumlah keseluruhan undi di Negeri-Negeri Semenanjong, Chegubard menang dengan majoriti 119 undi.

Manakala keputusan pengundian di Sabah menyaksikan di 3 Cabang iaitu di Batu Sapi, Libaran dan Sandakan menimbulkan kontroversi dan aduan serta laporan telah dihantar malah saksi hidup juga telah beri keterangan di Pejabat Pusat Parti di Tropicana tetapi hingga kini masih belum terima jawapan bertulis dari Pusat. Di Batu Sapi jumlah AMK yang keluar mengundi hampir 600 ahli menjadi isu besar.

Di Sarawak pula, hingga kini tiada laporan terpeinci di setiap cabang dipaparkan di laman web rasmi Parti Keadilan Rakyat.

Semua keputusan pemilihan di Cabang di seluruh Malaysia ditarik balik di laman web rasmi Parti Keadilan Rakyat sehari selepas sharsphooter dedahkan keputusan yang meragukan sila klik di sini. Selepas itu hingga kini, tiada lagi keputusan rasmi yang dipaparkan oleh laman web parti.

Inilah salah satu sebab mengapa Chegubard tidak iktiraf keputusan pemilihan dan semasa Kongres di Selangor, Pengerusi Tetap AMK hanya umumkan Shamsul Iskandar dan yang lain sebagai pemenang tanpa mengumumkan berapa jumlah undi Shamsul dan Chegubard perolehi.

Jangan pula salahkan orang yang melapor kepincangan tetapi sepatutnya salahkan orang yang melakukan kepincangan. - Sharpshooter
 
 
Di bawah adalah laporan kali ke-tiga terhadap kepincangan JPP yang telah dihantar oleh pihak Chegubard;


18 November 2010

Kepada :
Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail,
Presiden,
Parti Keadilan Rakyat

Laporan kepincangan proses pengundian Pemilihan KEADILAN 2010

Perkara diatas dirujuk.

Pertama sekali laporan ini ditulis dalam kebimbangan semua saksi yang didedahkan dalam laporan ini terbuka untuk ugutan, malah kebanyakan saksi tidak berapa selesa untuk tampil kerana tidak mahu menimbulkan masalah pada diri.

Berikut ialah antara kepincangan yang muncul

1. Tarikh tutup pendaftaran/pertukaran anggota sudah diputuskan ada pertukaran selepas tarikh yang dibenarkan.

Merujuk aduan Saufi Mi'ad (bekas Pemangku Ketua AMK Teluk Kemang) mengenai pertukaran keanggotaan Ramlan Roes yang dibuat selepas tarikh yang dibenarkan. Pertukaran ini dibuat dan secara sengaja disedari selepas tarikh dibenarkan untuk membolehkan Ramlan bertanding Ketua AMK Teluk Kemang dengan menyokong Kamarul Baharin, Pengerusi Perhubungan Teluk Kemang yang bertanding Ketua Cabang Teluk Kemang. Apabila bantahan dibuat secara lisan kepada JPP yang bertugas dalam proses penamaan calon, Pegawai bertugas bertanya sama ada Ramlan ini penyokong cheGuBard. Apabila dikatakan tidak maka bantahan tidak dilayan. Bantahan bertulis juga telah dibuat sebaliknya tidak diendahkan sehingga kini.

Masalah aduan pendaftaran dan pemindahan keanggotaan seperti ini juga wujud di banyak tempat tidak ditangani dengan serius sehingga menyebabkan masalah yang besar seperti di Kuala Nerus.

1. JPP disengajakan tidak cukup kakitangan ?

Alasan aduan tidak dilayan ialah JPP tidak cukup kakitangan. Saya menjadi pelik bagaimana ini boleh dijadikan alasan. Atau sengaja tidak cukup kakitangan supaya boleh menutup kelemahan. Dari peringkat awal Rembau telah menghantar 4 calon untuk membantu JPP namun semua ditolak kerana alasan tidak layak dan tidak ada pengalaman.

Kemudian apabila melihat anggota JPP yang dipilih mengendalikan tugas besar, maka alasan menolak calon JPP dari Rembau dilihat cukup tidak munasabah. Ada anggota JPP sekarang yang tua dan terketar – ketar, ada anggota JPP yang buta IT tetapi calon JPP dari Rembau yang antaranya pelajar Kolej Tahun Akhir dan lepasan UITM ditolak kerana tak layak. Ada beberapa cabang lain juga mengadu perkara yang sama. Adakah ini terancang dimana beberapa cabang yang dilihat 'melawan' ditolak calon JPPnya ?


2. Pencalonan ditukar

Merujuk surat pengaduan rasmi yang dibuat oleh Zulkifli Ibrahim selaku penyelaras kempen saya yang mengadu mengenai kegiatan menukar pencalonan. Contohnya Tampin, memang sahih mensyuarat mencalonkan cheGuBard dan Chang Lih Kang sebagai calon Ketua dan Timbalan ketua AMK. Namun apabila muncul di database parti ia meletakkan nama Shamsul dan Khairul Anuar. Jika nama boleh ditukar bagaimana pula dengan nombor jumlah undi.

Surat yang dihantar sebulan lebih tidak berjawab dan tindakan tidak diambil. Orang yang dikenal bersalah bebas masuk dan keluar ibu pejabat dan menikmati bayaran gaji tanpa tekanan.


Baca seterusnya dalam entri penuh DI SINI (Pemilihan 2010 Tidak BERSIH) dan baca di sini untuk meneliti kenyataan rasmi Chegubard pasca Pemilihan 2010.


EDYES @ edyesdotcom

Wednesday, December 8, 2010

Chegubard Tidak Meninggalkan KEADILAN !!


Saya memohon maaf kepada banyak pihak termasuk media kerana telah mengelak untuk memberikan kenyataan atau sebarang komen pasca pemilihan KEADILAN 2010.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua teman-teman yang memberikan sokongan yang amat memberansangkan kepada saya dan barisan calon - calon yang bersetuju dengan dokumen Manifestasi Anak Muda - Penerus Perjuangan Reformasi. Kita telah berjaya menggariskan dengan jelas 3 cabaran terbesar, 3 saran gerak kerja dan 5 pelaksanaan praktikal. Manifestasi Anak Muda Malaysia ialah manifesto yang jelas dan praktikal bagi mereformasi AMK dan seterusnya mampu menyerlahkan politik baru dan reformasi yang dilaungkan.

Penghargaan yang tidak terhingga kepada semua teman dari Perlis sampai ke Sabah yang bertungkus lumus menjadi jentera kempen dan pemantau proses pengundian. Kita berjaya melakukan sesuatu yang membanggakan dalam penuh tekanan 'pengaruh' dan kewangan.

Kita telah berjaya membuktikan tanpa politik naungan dan kewangan yang melimpah kita mampu menang jika semua dijalankan secara telus.

Saya telah menghantar bantahan bertulis. Bantahan yang telah menyenaraikan perbagai kepincangan ini tidak mendapat respon bertulis setakat ini.

Saya dengan ini menyatakan akur apa yang berlaku tetapi sama sekali tidak mengiktiraf keputusan pemilihan KEADILAN 2010. Saya masih juga menantikan penjelasan bertulis dalam perkara yang saya bangkitkan.

Saya tidak kecewa kerana saya tewas, kalau kecewa pun adalah kerana saya tidak dapat melaksanakan pembaharuan dalam AMK yang saya dan teman-teman amat yakin mampu menyerlahkan politik reformasi yang kita laungkan selama ini yang telah digariskan dengan jelas dalam Manifestasi Anak Muda Malaysia.

Yang dibangkitkan ialah soal ketelusan bukan siapa kalah atau menang. Kita sering mempersoalkan ketelusan SPR namun apabila kita berdepan dengan cabaran yang sama kita gagal melaksanakan ketelusan tersebut.

Melaksanakan agenda 1 anggota 1 undi adalah satu penciptaan sejarah yang berani. Amat memahami ini proses baru dan banyak kelemahan, tetapi tidak sama sekali berkompromi apabila alasan baru itu sebagai alasan untuk melakukan ketidak telusan dan 'menyapu dibawah pemaidani'.

Pertikaian muncul dari proses penamaan pemilihan cabang, pencalonan jawatan pusat dalam mesyuarat cabang, proses pengundian pusat sehinggalah pemilihan Pengerusi Tetap dengan cara angkat tangan. Semua yang hadir termasuk pemerhati dan media menyaksikan bagaimana undi angkat tangan memilih pengerusi tetap dalam Kongres AMK Pusat pun kiraannya ditipu.

Sehubungan dengan itu saya juga menolak semua jawatan lantikan yang bakal ditawarkan selagi tidak mendapat penjelasan bertulis mengenai apa yang saya bangkitkan dalam bantahan. Ini bukan soal jawatan tapi soal ketelusan. Jika saya menerima lantikan dalam keadaan aduan saya juga gagal diperjelas secara bertulis ini akan membawa erti saya berkompromi dengan sesuatu yang saya pertikaikan sendiri.

Jawatan bukan alasan untuk bekerja. Saya tegaskan tanpa jawatan peringkat pusat saya akan terus setia dalam memperkasakan parti. Saya masih yakin KEADILAN merupakan parti terbaik dalam melaksanakan reformasi dalam negara. Namun KEADILAN juga seharusnya sedia dalam menjamin demokrasi yang telus dalam parti.


che'GuBard

PECAH BERITA : Surau Al-Falah Kerinchi Akan Dirobohkan Besok ??!!


urgent!!! sebaran segera...perobohan surau al-falah,pihak b'kuasa berkeras ingin meroboh!!! bantahan lanjut oleh msyarakat stmpat,mahasiswa & anak muda malaysia...sluruh wrga diseru bersama-sama dgn rakyat esok...

tarikh : 09 dec 2010 ( khamis )
tempat : surau al-falah kg kerinchi
waktu : 8 pagi

jemputan dari hilman mahasiswa...sesiapa kelapangan sila turun!!!


edyes wrote:

Mesej di atas saya terima dari satu sumber yang boleh dipercayai. Saya tak dapat maklumat lanjut kerana ketika ini berada di luar kawasan, walaubagaimanapun kadar kesahihan berita ini agak tinggi... 

maklumat diperolehi oleh rakan2 mahasiswa, ayuh bersama mereka mempertahankan rumah Allah !


Tuesday, December 7, 2010

Esok (8 Disember), Kenyataan Rasmi Chegubard Pasca Pemilihan 2010 !

Salam Perjuangan,

Sejak tirai Pemilihan 2010 Keadilan berlabuh di hari Kongress ke-7, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi tentang pendirian terkini beliau terhadap parti.

Setelah sekian lama ditunggu, dan setelah banyak spekulasi murah mahupun mahal menjangkau ruang media alternatif sehingga ada yang mengatakan Chegubard akan meninggalkan parti, dikhabarkan esok (8 Disember) segala kesimpulan akan terurai apabila Chegubard buat julung kalinya mengeluarkan kenyataan rasmi pasca Pemilihan 2010 Keadilan.

Kita semua berharap kenyataan rasmi tersebut adalah positif demi kemajuan parti dan anak muda khususnya. Seterusnya, kita wajar menghormati apa jua pendirian dan keputusan Chegubard esok.

Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah. Jangan sekali-kali membiarkan diri kita berkompromi dengan penipuan yang menggadai ketelusan!


EDYES @ edyesdotcom

Kah kah kah kah kah...

Kah kah kah kah kah...

Kah kah kah.... kah kah kah....
Kah kah kah kah kah kah....

Kah kah kah... kah kah kah.... uhuk uhuk uhuk...

Kah kah kah kah kah kah.... kah kah kah kah kah kah....
Kah kah kah... kah kah kah.... uhuk uhuk...
Kah kah kah kah kah kah....

I'm fucking speechless... so funny lah kah kah kah kah kah...

Para Bloggers Dan Aktivis Reformasi Dijemput Ke Majlis Aqiqah Dan Hari Lahir Anak Chegubard !

Saya bagi pihak Chegubard dan EraHanim, menjemput kehadiran para bloggers dan aktivis reformasi sekeluarga ke Majlis Aqiqah dan Majlis Ulang Tahun Kelahiran Karl Zameer Adzim.


Tarikh : 7 Disember (Selasa - Awal Muharam)

Masa : 12 tengahari

Alamat : Desa Rahmat, Kg Teras Jernang, Bangi

Untuk Keterangan Lanjut Sila Hubungi : 012-3696474 & 013-2332734

Panduan Ringkas untuk ke Venue Majlis :

1. Keluar Tol Bangi
2. Jumpa bulatan(roundabout) dan ambil pukul 3
3. Jalan terus hingga ke hujung jalan (simpang 3) dan belok kiri.
4. Jalan terus hingga melepasi 2 bumper (lebih kurang 1 km) dan belok kanan sebelum sebuah selekoh.

5. Anda akan melalui satu terowong kecil satu lane, lepas terowong terus belok kanan.
6. Susur jalan tersebut tanpa membelok mana-mana simpang sejauh lebih kurang dua kilometer.
7. Sampai di satu kawasan perumahan lot, sila ke kanan dan Desa Rahmat terletak di hujung jalan tersebut.
8. Sila Printout panduan ini. dan sila hubungi nombor hp yang tertera di atas untuk rujukan lanjut.


(Sepatutnya peta disediakan tetapi tak sempat di atas sebab yang tidak dapat dielakkan.)

Monday, December 6, 2010

Dugaan Di Sebalik Demo Air Syabas ! - Air Radiator Cikgu Kering...


Salam Perjuangan!

Malam nie saya taknak cerita sangat pasal demo yang berlaku hari nie sebab penceritaan yang menarik dari blog priamalaya menjelaskan segala-galanya. Cuma malam ini aku nak cerita serba sedikit cubaan dan dugaan yang aku dan pasukan Chegubard alami, sesuatu yang mungkin tidak pernah anda hadapi...

Berkenaan blog Ruang Bicara Pria Malaya, syabas saya ucapkan kerana telah menggambarkan segala-gala yang berlaku di jalan depan railway station, di perkarangan masjid negara malah termasuklah adengan kejar-mengejar dengan pihak polis hingga ke dalam masjid. Cuma polis tak masuk masjid sebab tak rajin nak bukak boot. Banyak gambar-gambar dan video yang dimuatkan dalam dua entri di blog pria malaya bersama penulisan menarik rentetan peristiwa yang berlaku sepanjang hari ini. Ia termasuklah apa yang berlaku pada demo 200 orang berbaju hitam. (200 adalah kiraan media perdana).

Sila klik di sini dan di sini untuk ke blog Ruang Bicara Pria Malaya. Tahniah dan Syabas saya ucapkan kepada blogger tersebut yang menyampaikan berita dengan cemerlang sekali. Tidak saya kira dari mana originnya gambar-gambar dan video-video yang dimuatkan, persembahan menarik dari blogger ini wajar dipuji.

Berbalik kepada apa yang dilalui oleh saya sepanjang hari ini, tidak banyak yang ingin saya ceritakan pasal Demonstrasi Syabas ini. Mungkin kalau ada masa nanti saya ulas sebagai persediaan untuk BERSIH II yang dijangkakan menjadi medan pertempuran sebenar sebelum pilihanraya umum diumumkan.

Bermula dari malam sebelum demo, ketika Chegubard balik dari ceramah di PJS menuju ke PJ estet untuk perbincangan terakhir fasal demo, aircond kereta citra Chegubard secara tiba-tiba menjadi tidak sejuk. Ketika itu jugalah kami dalam kereta ini baru perasan, meter temperature sudah mencecah huruf H yang bertanda merah. Keadaan menjadi sedikit panik kerana ketika itu baru masuk highway NPE, di mana kedudukkan jalan flyway itu tidak sesuai untuk berhenti di tepi.

Perjalanan diteruskan dengan pemanduan yang sedikit perlahan dengan objektif mencari stesen minyak terdekat untuk mengisi air dalam radiator. Rupanya, telah dikenalpasti sebelum ini ada kebocoran pada tangki radiator. Pun begitu, kereta Citra ini jugalah yang membawa Chegubard ke beberapa ceramah sebelum ini walaupun dalam kondisi yang kurang baik.

Jumpa Esso di selepas bulatan jalan gasing, kami singgah untuk tambah air dalam radiator dan meneruskan perjalanan ke bandaraya Petaling Jaya. Selesai meeting, sekali lagi kami mengisi air untuk radiator yang serba bocor itu sebelum kami meneruskan perjalanan balik ke rumah Chegubard yang agak jauh. Masa tu terfikir juga, macamana keadaan kereta yang semakin teruk masalah kebocoran radiator ini untuk menjadi kenderaan logistik untuk ke Masjid Negara.

Pagi itu, oleh kerana tiada pilihan maka kami terpaksa juga menggunakan Citra tersebut diiringi oleh 3 kenderaan yang lain. Saya potong cerita ketika demo, walaupun banyak juga dugaan termasuklah ada pemimpin yang muncul dengan baju batik kemudian hilang, ada yang muncul tetapi ketika mula berarak, ia hilang tanpa bicara. Saya tetap ambil positif bahawasanya adalah baik juga kita ada pemimpin yang punya ilmu ghaib, selain daripada ilmu kebal yang dimiliki oleh chegubard... kebal dari asakan FRU.

Seterusnya selepas demo, kami ke sebuah lokasi dipinggir Kuala Lumpur untuk satu urusan. Selesai urusan, kami terus menuju ke PGA Cheras untuk operasi menyelamatkan beberapa orang kami yang dikenalpasti telah ditangkap oleh penguasa jahanam tu. Sewaktu dalam perjalanan ke PGA Cheras , walaupun air radiator telah diisi penuh sebelum bergerak, kereta hanya berjalan sekitar 15 kilometer sebelum temperature kembali ke paras H, dan kali ini indikator gauge telah melepasi huruf H dan menegak secara maksimum.


Chegubard yang sebelum ini agak cool terpaksa mengarahkan kereta berhenti tepi setelah jumpa tempat yang sesuai - selepas tol. Anda boleh lihat video di bawah, bagaimana perasaan anda jika melihat temperature sedemikian, dan kenderaan masih meluncur laju ketika itu bagi mencari tempat yang sesuai untuk berhenti.

Berhenti untuk mengambil nafas dan menambah air radiator walaupun dijangka ia tidak membawa Citra Chegubard itu jauh ke depan apabila air yang mencurah keluar dari radiator itu umpama air paip yang mencurah... ini bukan cobaan, ini betul-betul....


Tiada pilihan, pasukan terpaksa berpecah dengan satu kereta menghantar rakan demo ke komuter di Central Market, sebuah kereta lagi dikerah untuk mendapatkan sebuah lagi kereta bagi memastikan beberapa rakan yang duduk di belakang 'hilux' itu tidak terdedah kepada hujan yang mula rintik-rintik manakala Citra akan digagahkan untuk dibawa pulang ke Bangi.

Ketika ini saya telah berpecah dari kereta Citra untuk mendapatkan sebuah lagi kereta. Saya difahamkan Citra mengalami masalah mati enjin secara tiba-tiba, barangkali telah overheat. Chegubard dan beberapa rakan lain yang menaiki Citra terpaksa menolak kenderaan itu ke tepi jalan yang lebih selamat. Ketika itu hujan turun, hampir kuyup mereka menolak kereta dalam keadaan renyai yang konsisten. Citra dapat dihidupkan kembali setelah rehat seketika dan meneruskan perjalanan ke Bangi.

Akhrinya, Citra yang membawa Chegubard dan juga beberapa kenderaan mengiring yang lain tiba di tempat yang dituju tepat jam 7 malam. Masing-masing mengambil nafas sambil menceritakan detik-detik manis dan pahit ketika demo pada sebelah siangnya. Antara ceritanya ialah, bagaimana kelongsong gas pemedih mata telah terkena di lengan tangan saya, menghasilkan bentuk bulatan dan melecurkan satu bulatan kecil sebesar syiling 5 sen (Lihat gambar di atas).

Walaupun beberapa kali terhidu gas pemedih mata (yang sebenarnya memedihkan hidung, mulut, mata, paru-paru, dan seluruh badan selama beberapa minit selagi tak dapat garam), walaupun sesak nafas teruk dialami hingga hingus mencurah-terbit dari hidung bersama air liur yang meleleh, ia tidak sedikit pun melemahkan semangat saya untuk sekali lagi berdemo. Bukan sekali, malah berkali-kali selagi keadilan dan kebajikan untuk rakyat tidak dipelihara oleh kerajaan pemerintah yang serba zalim.

Peristiwa hari ini cukup mendebarkan, saya menceritakan dari sudut yang lain apabila ramai rakan blogger lain telah memberi yang terbaik untuk tatapan umum, saya memilih untuk mendedahkan peristiwa radiator Citra yang kering itu.

Dari sebuah demonstrasi bertemakan air, kepada air watercanon yang menyimbah-nyimbah rakyat marhein dan disudahi dengan peristiwa air radiator yang mencurah-curah umpama air paip separuh terbuka. Segalanya tentang air...

Semoga lebih ramai yang kembali ke jalanan untuk bersama-sama menentang kerajaan zalim legasi penjajah. Kerajaan Penjajah !!


EDYES @ edyesdotcom - COURT oF PUBLIC OPINION
sebuah catatan santai berkenaan isu air...

Sunday, December 5, 2010

Bersiap Sedia Untuk Bertempur !! - DEMI RAKYAT !!

Kuning bertukar jadi MERAH !

Marilah ambik peluang berjuang! Marilah ambil peluang menjadi pejuang !! Demi Rakyat dan maruah anak bangsa, kita wajar untuk turun berhimpun hari ini !

Hari ini jam 12 di Masjid Negara. Gerakkan semua untuk berkumpul di Masjid Negara. Jika anda ditahan atau di tanya oleh badan berkuasa ke mana arah tujuan, sila jawab dengan jujur dan ikhlas, bahawasanya anda menuju ke Masjid Negara bagi menunaikan solat Zohor. 

Siapa FRU untuk menghalang marhein bersolat jamaah?

Artikel di bawah adalah satu entri lama dalam blog edyesdotcom yang dibawakan khas untuk anda hari ini, semata-mata untuk menyatakan mengapa kita harus berhimpun. Mungkin isunya tidak sama dengan apa yang berlaku hari ini, tetapi 'mauduk'nya sama.
Ayuh turunlah berhimpun jika anda fikir ianya adalah terbaik untuk anak bangsa! Apa yang berlaku hari ini menjadi medan ujian kepada BN, akan kekuatan Pakatan Rakyat sebelum mereka melabuhkan tirai membubar parlimen, serta merialisasikan cadangan-cadangan kenaikkan lain yang membebankan rakyat. Ayuh turun beramai-ramai !

Sila hayati dan fahami artikel di bawah...


KENAPA KITA HARUS BERHIMPUN ? 

Umpama lidi nan sebatang, amat mudah dipatahkan, tetapi jika lidi itu seguni, polis dan FRU pasti tidak akan dapat walau melenturkanya.

Kenapa kita harus berhimpun? Kenapa kita harus protes? Kenapa kita harus meluangkan masa di terik panas dan di tengah hujan? Kerana kita rakyat yang sayangkan negara. Kita tidak mahu negara ini hanyut bersama pemimpin yang rakus. Buktikan kepada paklah bahwa keputusan drastik kenaikkan minyak itu tidak masuk dek akal.

Sekali lagi saya ulang fakta, 650ribu tong sehari dikeluarkan manakala penggunaanya ialah 400ribu tong. Maka sahlah kita adalah negara pengeluar. Sebagai negara pengeluar, keuntungan akan menjadi berbilion2 dengan kenaikkan setiap dollar pada harga minyak dunia.

Kenapa tidak pakai sistem 'keluar minyak dari bumi dan terus guna'? kenapa minyak Malaysia dijual keluar dan minyak arab dibawa masuk? kita rakyat bukan minta minyak secara percuma, tetapi biarlah pembayaran setiap liter minyak yang dibeli itu hanya merangkumi harga kos, bukan untuk buat keuntungan. Itu sepatutnya menjadi dasar PETRONAS, iaitu dasar minyak dan gas negara.

Sepatutnya sejak merdeka, satu badan ditubuhkan untuk mengeluarkan minyak dengan satu kos, dan keuntungan itu ditukar menjadi subsidi. Badan itu ialah PETRONAS. Hasil bumi negara ini patut dibahagikan sama-rata, bukan untuk syarikat tertentu sahaja seperti pengeluar tenaga IPP. Diulangi, sepatutnya pengeluaran minyak negara menampung kos. Kos itu ditanggung oleh rakyat melalui kerajaan dan akhirnya minyak itu diberi semula kepada rakyat !!!

Apa yang berlaku ialah, PETRONAS untung bersih 70billion tetapi hanya diagihkan dengan kekeliruan. Bonus para pekerjanya juga melebihi orang lain, wajarkah? Katanya duit keuntungan minyak PETRONAS untuk pembangunan. Jadi, bagaimana pula dengan keuntungan getah negara, keuntungan minyak sawit, komoditi lain, cukai-cukai perbankan, cukai pendapatan, cukai syarikat, road tax, keuntungan export dan lain lagi. Kerajaan pandai pusing.

Di mana perginya wang 4bilion sewaktu harga minyak dinaikkan 30sen sebelum ini? katanya nak mempertingkatkan pengangkutan awam. Tak nampak pun pembaharuan projek LRT, dan gerabak LRT putra masih lagi dua, bukan tiga. Shahril samad kata wang itu hanyut bersama harga minyak yang melambung. Mana boleh ! Duit 4bilion itu sepatutnya sudah diasingkan !!! Kerajaan apa ini?? Kali ini 13bilion pun nak dihabiskan macam itu sahaja kerana kenaikkan harga minyak??

Sesiapa yang tidak berpuas hati dengan kenaikkan harga minyak, sila hadirkan diri bagi memprotes tindak-tanduk kerajaan yang amat membebankan. Apakah perlu kita berdiam diri? Selama ini mungkin kita mengeluh dengan satu persatu harga barang keperluan naik, tetapi kali ini menjejaskan kehidupan kita. Kenaikkan harga barang dari segala jenis mee ke gandum hingga ke beras dan akhirnya gula. Tarif elekrik juga akan naik lagi. Sedarkah paklah, warga pertengahan tidak mampu menyimpan dalam keadaan sebelum minyak naik? Bagaimana keadaan seorang pemandu teksi anak lima bini tak kerja?

Mereka merampas kebahagiaan kita. Masa yang terluang untuk anak-anak terpaksa digunakan untuk mencari lebihan wang bagi mencukupkan perbelanjaan bulanan. Anak-anak akan lebih terbiar selepas ini, kes kehilangan anak juga akan meningkat.

Tahukah kita kenapa gejala sosial sekarang telah melampau dan tidak terkawal? ya, kerana masa untuk membelai anak dan memantau anak telah digunakan sepenuhnya untuk mencari duit belanja dan duit persekolahan anak itu sendiri. Rakyat semua tertekan untuk berebut mencari peluang mendapatkan lebihan wang. jenayah juga akan meningkat berganda. Golongan manakah yang akan menghadapi mimpi ngeri ini? Bukan pemimpin, tetapi rakyat !!

Kita semua tahu, harga minyak adalah kunci bagi semua harga barang kerana ia terlibat secara langsung dengan faktor logistik. Oleh demikian, kenaikkan 78sen petrol dan RM1 diesel ini satu malapetaka ciptaan pemimpin baghal. Kita harus PROTES !!

Wahai peniaga kecil, peniaga besar, pemandu rapid, pemandu teksi, pemandu lori, pekerja tol, pekerja kedai-kedai makan, promoter-promoter di shopping complex, pekerja kilang, pekerja telefonis, pekerja khidmat pelanggan, semua pekerja bawahan kerajaan, penjawat am rendah, semua pekerja non-executive, kerani-kerani, pekerja buruh, penjaga keselamatan (jaga), polis-polis berpangkat rendah, pekerja bomba, pesara tentera, cikgu-cikgu, penjaga makmal, pekerja cyber-cafe, pelayan restoran, pekerja hotel, pekerja sambilan, wartawan, petani-petani, pengusaha ladang, nelayan negara, driver-driver, semua rakyat Malaysia yang bergaji dan tidak bergaji, marilah bersama menunjukkan PROTES kenaikkan harga minyak ini.

Jika kita semua bersatu hati, pasti akan dirahmati dan jalan kemenangan itu akan ditunjukkan oleh yang maha Esa.

Ayuh, jadikan zaman kita adalah zaman yang menumbangkan kerajaan zalim ini. Ambil lah peluang berhimpun ini, jalankan peranan masing-masing. kita bukan mahu nama, kita mahu bersama untuk menghadapi kehidupan yang lebih selesa. Rakyat Malaysia wajar dilayan dengan lebih baik oleh kerajaan dan selaku rakyat celik, kita harus mengajar kerajaan tentang bagaimana kepuasan itu harus dipenuhi dan mampu dipenuhi !

Demi masa depan anak2, kita wajar melakukan sesuatu di zaman kehidupan kita. Jangan biarkan penindasa sebegini berlaku dalam hidup kita. Harga kehidupan ini tidak harus dibayar untuk kesenangan orang lain!

Ayuh Demonstrasi ! tunjukkan protes !! Kenapa kita harus berhimpun? kerana kita wajar mengharungi kehidupan yang lebih selesa, aman dan makmur. Biarlah kita berjemur, berpanas berhujan untuk seketika demi kebaikan selamanya.

Jumpa di Kg baru besok, saya dah apply cuti siap2. Dan jangan lupa, jumpa lusa di Seremban, tempat saya dibesarkan.

EDYES (12 Jun 2008 - Artikel terbit ketika minyak naik 78sen)