Protes!!
Protes! Protes!
Libaran menambah baran...
Protes! Protes!
Sandakan menjadi sakan...
Protes! Protes!
Kubang Pasu menyumbang lesu...
Protes! Protes!
Parit Sulong memohon tolong...
Protes! Protes!
Batu Sapi kian menyepi...
Protes! Protes!
Dewan Sivik penipu...
Protes! Protes!
Protes di Kongress !!
nukilan EDYES @ edyesdotcom
(esok Sabtu, jangan lupa mengenakan baju hitam, sesungguhnya hitam itu menawan dan dapat menyembunyikan kegemukkan kecuali, yang terlalu boroi kedepan...)
Ayuh, bangkitlah. Saya percaya, setiap anak Pahang mempunyai darah kepahlawanan Mat Kilau, setiap anak Perak mempunyai semangat menentang penjajahan Datuk Maharajalela, setiap anak Terengganu mempunyai resam Rahman Limbung, dan akhir sekali, setiap anak Malayu mempunyai darah Jebat dalam memartabatkan keadilan. Bangkitlah bangsaku, menentang penjajah era baru, Kerajaan Penjajah. - Edy Noor Reduan
Saturday, November 27, 2010
Friday, November 26, 2010
Kongres PKR ke-7 bakal dicemari protes?
Oleh Jamilah Kamarudin
PETALING JAYA: Kongres Nasional 2010 Parti Keadilan Rakyat (PKR) kali ketujuh yang bermula esok sehingga Ahad (28 November) bakal dicemari dengan protes daripada sekumpulan ahli parti itu sendiri bagi membantah kepincangan sepanjang proses pemilihan berlangsung.
Melaungkan slogan ‘Kempen Selamatkan Keadilan’, kumpulan yang dikenali sebagai Suara Anak Muda itu difahamkan akan memakai baju T berwarna hitam, selain riben ‘headband’ dan ‘armband’ yang sama warna sebagai tanda protes.
FMT juga difahamkan kira-kira 100 penyokong Suara Anak Muda akan mula mengedarkan risalah kepada perwakilan, pemerhati, media dan orang ramai sepanjang Kongres PKR yang dijadualkan berlangsung di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bermula esok.
Selain risalah, riben, ‘armband’ dan ‘headband’ yang tertera perkataan ‘Selamatkan Keadilan’ turut diedarkan di perkarangan dewan bagi meraih sokongan.
"Risalah itu mengandungi fakta serta bukti kepincangan sepanjang proses pemilihan Majlis Pimpinan Pusat dan juga Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC).
"Dalam kempen risalah itu juga, kita mahu Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim diselamatkan dari terus dikellilingi oleh individu berkepentingan yang menjadi penasihat tidak rasmi (campur tangan) Anwar sehingga menimbulkan banyak keputusan yang tidak sepatutnya daripada beliau dan Biro Politik," kata sumber dalaman kumpulan itu.
Tidak timbul benci terhadap perjuangan PKR
Kempen itu katanya, bertujuan untuk menarik perhatian pemimpin tertinggi termasuk Presiden PKR dan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) supaya mendengar keluhan mengenai proses pemilihan MPP yang dikatakan sebagai demokrasi namun didapati tidak bersifat telus.
"Kerunsingan Pemilihan 2010 ini sedikit pun tidak menimbulkan rasa benci terhadap perjuangan PKR, cuma perasaan benci yang meluap-luap itu hanyalah terhadap penipuan dan penyelewengan yang berlaku dalam JPP.
"Lebih menjengkelkan apabila ianya seolah-olah dibiarkan berlaku. Apabila keadilan itu dinafikan dalam parti yang berlandaskan Keadilan – apakah makna Keadilan?," soal beliau.
Ditanya jika protes itu didalangi pemimpin tertentu untuk menggagalkan perjalanan Kongres PKR, beliau menafikannya.
Malahan beliau menganggap ia sebagai satu kempen untuk menyedarkan orang ramai supaya mendesak pemimpin parti memandang serius segala aduan dan masalah yang berlaku di setiap cabang dan sepanjang proses pemilihan.
"Saya menyeru kepada semua anggota parti terutamanya anak muda menyertai kumpulan kami untuk bersama-sama mencari keadilan yang kian terperosok.
"Jika Pemilihan 2010 adalah satu punca kepada barah yang bakal merosakkan parti, maka kitalah yang menjadi ubatnya untuk melawan barah tersebut," katanya.
edyes wrote:
Untuk pengetahuan saudara, artikel di atas telah dimuatkan dalam laman Free Malaysian Today (FMT). Kalau yer pun ambik sumber dari blog edyesdotcom, sepatutnya penulis artikel ini menghubungi edyes terlebih dahulu untuk at least untuk dapatkan kepastian. Ini dah tulis semua perkara berdasarkan entri di sini, tapi langsung tak kredit dari mana asalnya sumber tersebut.
Jika berlaku protes sekalipun, apa masalahnya? Kita protes bukan tidak bersebab, kita protes bukan tidak berasas. Apabila laporan-laporan penyelewengan dan kepincangan Pemilihan 2010 oleh JPP tidak langsung di ambil perhatian, apa lagi yang boleh kita lakukan selain daripada mengekspresikan diri.
Saya difahamkan, status kertas laporan 6 muka surat yang dihantar oleh Chegubard kepada Presiden parti kini berada dalam tangan JPP. Laporan tersebut sedang diteliti, diperhalusi dan disiasat oleh JPP.
Ini membuatkan saya atau sesiapa sahaja menjadi lebih tidak faham !
Persoalan : Mengapa JPP sebagai badan yang dituduh melakukan penyelewengan, kepincangan dan penipuan, diberi mandat untuk menyiasat perkara ini ?
Ia seumpama kes yang melibatkan salahlaku polis sepertimana kes adik Aminurashid contohnya, disiasat oleh polis sendiri, bukan oleh suruhanjaya siasatan yang bebas waima suruhanjaya siasatan diraja.
Walaubagaimanapun, bagi saya jika ini sahajalah jalan yang kita ada, saya tetap optimis dan mengharapkan keadilan di dalam parti keadilan! Kongress ke-7 ini akan menjadi medan untuk kita sekali lagi mendapatkan keadilan, jadi hadirlah beramai-ramai ke kongress Parti Keadilan dengan mengenakan baju hitam sebagai tanda tidak setuju dengan sebarang ketidak-adilan berlaku.
Hari ini kongress untuk AMK, esok untuk pusat. Samada anda ahli atau bukan ahli, sila hadirkan diri sebagai pemerhati. Kiranya, harapannya, kehadiran anda semua dengan mengenakan baju hitam menjadi signal yang jelas kepada kepimpinan parti bahawa orang dalam dan orang luar Parti Keadilan mahukan kepincangan yang berlaku itu diatasi dengan telus dan bijaksana.
Ayuh hadir ke Kongress Parti Keadilan ke-7 dengan pakaian hitam menawan pada hari kemuncaknya iaitu hari Sabtu. InsyaAllah ramai yang akan bersama kita, kerana ahli parti ini sememangnya bencikan penipuan dan kepincangan terancang !

Thursday, November 25, 2010
Mencari Keadilan, Di Hari Kongress !!
Apakah menjadi satu kesalahan sekiranya kita cuba menegakkan keadilan dalam Parti Keadilan ? Apakah sesiapapun wajar digelar pengkhianat apabila melaporkan cacat cela kepincangan yang terbentuk pada badan parti? Samada kecacatan itu sengaja dibiarkan, tidaklah diketahui secara pasti.
Terus terang saya katakan, ada perkara yang kita boleh kompromi demi sebuah perjuangan dan ada juga perkara yang langsung tidak boleh dikompromi terutamanya perkara yang melibatkan soal ketelusan. Ketelusan juga merupakan satu bentuk perlindungan jangka panjang yang membolehkan parti ini terus subur didokongi oleh rakyat yang ingin melihat negara ini diperintah oleh parti yang boleh diharap akan ketelusannya dan berlaku adil terhadap rakyat.
Saya mengikuti pemilihan 2010 sejak dari awal detik pemilihan sebagai orang kanan kepada salah seorang calon Ketua AMK. Banyak kepincangan yang berlaku di hadapan mata sepanjang meniti minggu demi minggu pengundian, maka adakah anda fikir blogger seperti saya perlu berdiam diri??
Telah banyak aduan salah laku pegawai JPP dan laporan penyelewengan pengundian telah dihantar kepada kepimpinan parti termasuklah SUA, tetapi tiada tindak-balas yang diharapkan berlaku. Mungkin aduan-aduan tersebut telah dibakul sampahkan memandangkan keputusan rasmi sudah menghampiri iaitu ketika kongress Nasional ke-7 berlangsung.

Apabila aduan demi aduan tidak dilayan, beberapa surat bantahan telah dihantar sebelum ini tidak dibalas, resolusi 10 November lalu yang mengandungi 6 perkara itu juga telah dikemukakan namun tiada respon sewajarnya. Sehingga sampai di satu tahap saya terpaksa membocorkan surat laporan kepincangan JPP kepada pucuk pimpinan di sini, supaya ianya diambil peduli oleh biro yang bertanggungjawab. Tetapi malangnya, ia lebih diambil peduli oleh para wartawan termasuklah dari RTM.
Semua saluran kecuali saluran media arus perdana telah digunakan demi mendapatkan secetus perhatian dan keadilan supaya cabang-cabang yang dibuktikan berlaku seleweng dan disaksikan 'sangat tidak logik' itu segera disiasat. Suruhanjaya siasatan itu juga harus dilihat bebas agar akhirnya dapat dikesan siapakah dalangnya yang cuba menang dengan cara yang keji lagi terkutuk. Kita ini Parti Keadilan Rakyat, adalah begitu busuk pekungnya apabila ada di antara kita yang sanggup gadai maruah perjuangan demi sebuah kerusi jawatan.
Justeru itu, saya menyeru kepada semua anggota parti terutamanya anak muda menyertai kumpulan kami untuk bersama-sama mencari keadilan yang kian terperosok. Jika Pemilihan 2010 adalah satu punca kepada barah yang bakal merosakkan parti, maka kitalah yang menjadi ubatnya untuk melawan barah tersebut.
Dalam masa yang sama, Anwar Ibrahim juga harus diselamatkan apabila kita sedar dan melihat bahawa, Anwar Ibrahim sebenarnya telah dikelilingi oleh orang-orang yang berkepentingan tersendiri yang menjadi penasihat tidak rasmi terhadap DSAI yang akhirnya menimbulkan banyak keputusan tidak popular dari Ketua Umum dan juga meja biro politik. Anwar Ibrahim harus dijauhkan dari anasir-anasir yang membawa rebah!
Ayuh menyertai kempen Mencari Keadilan Selamatkan Keadilan, dengan menghadirkan diri pada kongress kali ini mengenakan baju yang berwarna hitam sebagai tanda protes. Juga akan diagihkan riben dan armband di perkarangan kongress untuk dipakai sebagai tanda sokongan terhadap protes yang merujuk kepada kepincangan Pemilihan 2010.
Saudara dan saudari yang saya hormati, percayalah bahawa kerunsingan Pemilihan 2010 ini sedikit pun tidak menimbulkan rasa benci terhadap perjuangan Parti Keadilan Rakyat, cuma perasaan benci yang meluap-luap itu hanyalah terhadap penipuan dan penyelewengan yang berlaku dalam Jawatankuasa Pemilihan Parti, dan lebih menjengkelkan apabila ianya seolah-olah dibiarkan berlaku. Apabila keadilan itu dinafikan dalam parti yang berlandaskan Keadilan - apakah makna KEADILAN?
Saya berpegang kepada prinsip, jika menyatakan kebenaran itu menyebabkan saya dituduh pengkhianat, maka saya rela 1000 kali dipanggil pengkhianat demi memperjuangkan kebenaran. Saya takkan berundur walau setapak, takkan seinci akan berganjak!!
Saya menjunjung Parti Keadilan Rakyat sebagai satu wadah yang paling ideal, sebuah parti harapan merentasi kaum, menjadi pertaruhan terbaik untuk menumbangkan BN keparat. Itu perkara Pasti!
EDYES @ edyesdotcom - COURT oF PUBLIC OPINION

"Terus aktif sebagai kumpulan pendesak" – Chegu Bard
Oleh Nazli Ibrahim
PETALING JAYA: Sebagai golongan muda dalam PKR, Badrul Hisham Shaharin dan kumpulannya akan terus bergerak dalam parti sebagai kumpulan pendesak ke arah penambahbaikan dalam parti.
"InsyaAllah, tidak akan ada beza dari segi sumbangan saya kepada parti walaupun kini saya tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam parti, malah kami akan terus bergerak sebagai kumpulan pendesak dalam parti ini.
"Cuma kini tidak ada lagi mesyuarat pusat yang wajib dihadiri seperti sebelumnya," kata Badrul yang juga dikenali sebagai Chegu Bard kepada FMT hari ini.
ketika ditanya berkenaan bantahan-bantahan yang telah dibuat kepada parti sebelum ini, beliau menegaskan bantahan tersebut dibuat demi kebaikan parti.
"Parti kena faham bantahan yang saya buat bukanlah kerana saya kalah atau menang atau saya anti sesiapa. Selama ini saya tidak ada jawatan pun saya tetap berjuang.
"Banyak kali saya dikhianati dalam parti oleh pemimpin tertentu tetapi saya masih terus berjuang. Saya lakukan kerana ingin membaiki parti dan terus menyakinkan rakyat bahawa parti ini benar-benar parti reformasi dan relevan dalam proses perubahan negara," ujar beliau.
Isu perletakan jawatan Fairus
Chegu Bard turut mengimbau kembali kejadian beliau dan rakan-rakannya di anggap musuh dan perosak parti apabila mendedahkan penyelewengan yang dilakukan oleh bekas Timbalan Ketua Menteri (TKM) Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairuddin April tahun lalu.
"Saya ambil contoh ketika saya bersama teman dari Pulau Pinang termasuk Din Binjai (Amizudin Ahmat), Cikgu Zul dan lain-lain cuba menyelamatkan parti dengan mendedahkan korupsi yang mengaitkan Fairus.
"Ketika itu ramai anggap kami musuh hingga pada satu peringkat parti bukan sahaja tidak peduli malah ada yang menganggap kami perosak parti.
"Sedangkan sudah sampai tahap bahan bukti yang diperolehi cukup meyakinkan kami dan percaya isu ini boleh menjadi faktor kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dalam Pilihan Raya Umum akan datang jika dia terus berada di situ," kata beliau.
Beliau turut memberitahu bagaimana reaksi lesu telah ditunjukkan pemimpin parti di peringkat negeri dan pusat ketika itu dan cuba melindungi isu tersebut daripada terdedah kepada umum.
Amizudin nekad dedah kepada media perdana
"Apabila parti masih terus cuba menutup isu tersebut dengan mendiamkan diri, teman di Pulau Pinang, Din Binjai nekad untuk mendedahkan kepada media perdana.
"Setelah diasak dan diberi tekanan akhirnya Fairus meletakkan jawatannya manakala SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) pula yang begitu beriya-iya menyiasat kes itu terus senyap dan menutup kes bila Fairus masuk Umno.
"Saya dan beberapa teman ketika itu beberapa kali bertemu Pegawai Tinggi SPRM dan kami faham apa yang berlaku," ujar beliau lagi.
"Bayangkan bagaimana tingginya penghormatan rakyat jika pada masa itu parti melucutkan jawatan Fairus kerana kita akui dia korup dan tidak kompeten.
"Tentu lebih dihormati dan meyakinkan masyarakat bahawa pendirian parti terhadap rasuah bukan sekadar retorik kosong tetapi dilaksanakan dengan telus apabila TKM pun boleh dipecat jika korup," ujar beliau dengan bersemangat.
Dalam isu bekas TKM tersebut, beberapa ahli AMK negeri dikenakan amaran dan Amizudin Ahmat pula dikenakan tindakan digantung oleh parti sekaligus jawatan ketua AMK negeri yang disandangnya turut terlucut.
Tindakan tersebut turut mendapat tentangan daripada Chegu Bard dan kumpulannya setelah mendapati tiada ketelusan dalam siasatan isu ini.
Menurut Chegu Bard pendakwa, penyiasat dan pencadang hukuman kes ini terdiri dari kelompok yang sama dalam parti.
Chegu Bard turut menjelaskan, disebabkan matlamat pendedahan yang dilakukan untuk kebaikan parti telah tercapai ketika itu maka akhirnya mereka akur dan berdiam diri walaupun dikenakan tindakan.

Lagi Laporan Kepincangan - Kali Ini di Parit Sulong !
24 November 2010
Kepada :
Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail,
Presiden ,
Parti Keadilan Rakyat
Laporan kepincangan Pemilihan KEADILAN 2010 di Cabang Parit Sulong, Johor.
Perkara di atas dirujuk
2. Cabang Parit Sulong yang mengadakan pemilihan pada 21 November 2010 telah berlaku salahguna dan penyelewengan pengurusan dan pemilihan oleh Setiausaha Cabang Parit Sulong bernama En Zaihan.
3. Menurut Zalan bin A.Hamid selaku Timbalan Pengerusi Cabang Parit Sulong, terdapat 5 perkara yang boleh membatalkan pemilihan di Cabang Parit Sulong.
i) Pemilihan dilakukan di luar kawasan Cabang Parit Sulong.
ii) Tempat mengundi yang tidak sah mengikut peraturan kerana diadakan di rumah Bendahari Keadilan cabang Parit Sulong.
iii) Pengundi yang belum laya mengundi telah dibenarkan mengundi (pengundi hantu)
iv) Penyelaras pemilihan tidak mengumumkan keputusan pemilihan di Cabang Parit Sulong.
v) Penyelaras pemilihan seolah-olah telah mengatur kemenangan Hasmi Hashim sebagai Ketua Cabang.
4. Sehubungan dengan itu, besarlah harapan saya sekiranya Dato' Seri Presiden dapat mengambil perhatian dan mengambil tindkan untuk menyiasat perkara tersebut. Saya lampirkan bukti pengundi hantu dan laporan polis yang telah dibuat oleh En Zalan bin A.Hamid selaku Timbalan Pengerusi Cabang Parit Sulong.
Sekian, terimakasih, wassalam.
Yang Benar
AMIZUDIN BIN AHMAT
016 - 469 5343
sk.
1) YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2) YB Saifudin Nasution
3) YB Fuziah Salleh
4) YB Tian Chua
5) YB Dato' Johari Abdul
6) YB William Leong
7) Saiful Izham Ramli
8) Chegubard
9) Zulkifli Ibrahim (Kempen manager Chegubard)
Wednesday, November 24, 2010
Wartawan RTM Melapurkan Salahlaku Rasuah Pegawai Pejabat Najib ??
Arakian beberapa siri laporan Chegubard terhadap pelbagai kepincangan JPP dan kemuncaknya apabila laporan kali ke-tiga kepincangan JPP memasuki ruang blog (termasuk malaysiakini), maka berbondong-bondonglah wartawan menghubungi Chegubard untuk mendapatkan pengesahan dan penjelasan lanjut.
Untuk wartawan Malaysiakini dan Agenda daily, Chegubard menegaskan surat laporan itu memang wujud tetapi ianya sama sekali bukan untuk tontonan umum. Itu sahaja jawapan yang diberikan oleh Chegubard.
Akhirnya pada sebelah petang, Chegubard telah dihubungi pula oleh wartawan RTM yang ingin meminta komen melalui rakaman perbualan telifon yang berkaitan dengan kepincangan Pemilihan 2010 untuk disiarkan dalam berita perdana malam tersebut.
Chegubard dengan sinis membalas dengan persoalan, mengapa ketika beliau cuba untuk expose mengenai rasuah yang berlaku di kalangan kepimpinan rejim, RTM langsung tidak memberi ruang? Kemudian Chegubard mengusulkan untuk memberi pendedahan tentang aktiviti rasuah yang melibatkan pegawai pejabat Najib, dan untuk pendedahan rasuah ini, Chegubard mengatakan bukan sahaja melalui rakaman perbualan malah beliau sanggup hadir ke Angkasapuri untuk tujuan itu.
Wartawan RTM itu terkedu dan kenyataan terakhir wartawan tersebut berbunyi "ok, lain kali".
RTM yang menjadi alat propaganda kerajaan BN memang wajar untuk dilayan sedemikian rupa kerana selama ini seperti yang kita sedia maklum, mereka sering sahaja memaparkan berita-berita yang menjatuhkan Pakatan Rakyat. RTM dan media perdana lain cuba mengambil kesempatan dengan mengasak setiap ruang yang ada demi memberi persepsi yang buruk terhadap Parti Keadilan Rakyat khususnya pada setiap cacamerba yang berlaku sepanjang Pemilihan 2010.
Adalah harus bagi setiap pemimpin Pakatan Rakyat memulaukan RTM, TV3, Utusan dan Berita Harian termasuklah tidak memberi walau sedikit ruang kepada wartawan-wartawan mereka supaya mereka sedar, tiada tempat bagi penabur fitnah seperti mereka.
Begitu jugalah dengan tindakan Chegubard apabila berhadapan dengan wartawan RTM. Jika mereka fikir Chegubard boleh dibeli dengan kedudukan dan wang ringgit bagi menjatuhkan parti sendiri, nyata mereka salah perkiraan.
Di bawah adalah link terdahulu laporan terhadap JPP dan link-link berkaitan;
Tuesday, November 23, 2010
Satu Lagi Laporan Penipuan JPP (20 Nov) Akan Diserah Kepada HQ Keadilan !!
Oleh Nazli Ibrahim
PETALING JAYA: Satu lagi laporan penipuan pemilihan akan diserah kepada Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini hari ini.
Laporan yang dialamatkan kepada Presiden PKR tersebut akan diserahkan oleh calon Pengerusi Tetap Angkatan Muda Keadilan (AMK), Amizudin Ahmat.
Menurut Amizudin, yang juga merupakan bekas Ketua AMK Pulau Pinang, laporan penipuan yang bakal diserahkan tersebut turut mengandungi bukti-bukti kukuh terhadap penyelewengan yang telah dilakukan sepanjang pemilihan berjalan.
Bagaimanapun menurut beliau kemungkinan beberapa nama saksi tidak dapat didedahkan kepada media ekoran kebimbangan terhadap ugutan dan gangguan lain.
Beliau turut menjelaskan laporan tersebut akan diserahkan kepada ibu pejabat terlebih dahulu sebelum perbincangan diadakan sama ada untuk mendedahkan kepada media atau sebaliknya.
"Kita akan putuskan sama ada akan dedahkan kepada media atau tidak selepas bertemu JPP (Jawatankuasa Pemilihan Pusat) nanti.
Cuma untuk pengetahuan anda, yang pastinya laporan ini bukan mengandungi satu atau dua kepincangan tetapi berderet," ujar beliau.
Antara isu penipuan
Dipercayai beberapa isu yang dijangkakan bakal disentuh dalam laporan tersebut termasuk kewujudan pengundi hantu di beberapa cabang yang telah selesai mengundi sebelum ini.
Sebelum ini kekecohan berlaku di pusat pengundian Libaran apabila semakan buku kehadiran pengundi sehingga jam 2.00 petang yang mencatatkan 20 orang, naik mendadak sehingga 900 orang ketika pengundian ditutup, satu peningkatan yang tidak munasabah.
Manakala dalam satu kejadian di Kubang Pasu, PACA (agen pengundian dan agen pengiraan) yang dilantik oleh seorang calon bertanding dilaporkan berjaya ‘menangkap’ buku kehadiran yang mencatatkan kehadiran pengundi sekitar 70 orang.
Sebaliknya sebaik peti undi dibuka, PACA tersebut terkejut apabila mendapati hampir 200 kertas undi berada di dalam peti undi tersebut.
Anggota JPP tawar jumlah undi dibahagi dua
Lebih mendukacitakan apabila anggota JPP yang bertugas ketika itu menawarkan penyelesaian kepada wakil-wakil calon bertanding dengan cara membahagikan dua jumlah undi yang terdapat di dalam peti undi.
Dijangkakan turut dimuatkan dalam laporan tersebut ialah kegiatan gengsterisme dalam parti yang didakwa mendapat perlindungan pemimpin tertentu dalam parti.
Kaedah pengiraan undi secara menurun bagi tujuan mengurangkan jumlah undi calon tertentu dijangka turut mendapat perhatian dalam laporan ini.
Kejadian yang pernah dilaporkan oleh beberapa blogger ini dikatakan berlaku ketika pengiraan undi sedang dijalankan di Cabang Teluk Intan.
Tembelang tersebut pecah apabila seorang wakil calon menyedari jumlah undi yang telah dikira didapati semakin berkurangan berbanding sebelumnya.
Akhirnya anggota JPP yang bertugas terpaksa membuka semula peti undi setelah didesak wakil calon tersebut dan mendapati jumlah undi untuk calon terbabit telah dikurangkan dengan jumlah yang banyak.
Selain itu kegiatan menukar nama pencalonan seperti yang berlaku di Cabang Tampin turut dijangka mendapat perhatian dalam laporan yang bakal diserahkan ini.
Peti undi "dilarikan"
Kejadian peti undi "dilarikan" hingga ke beberapa tempat untuk pengiraan undi seperti yang berlaku di Tuaran dijangka turut dibangkitkan.
Hingga kini, dianggarkan lebih dari 200 aduan telah dibuat oleh ahli-ahli PKR di sepanjang pemilihan yang didakwa sebagai peneraju demokrasi oleh pepimpin PKR apabila memberi kuasa memilih pemimpin ke tangan ahli akar umbi.
Bagaimanapun keindahan niat parti ini hilang begitu sahaja apabila pelbagai penipuan berlaku demi untuk memberi kemenangan kepada calon tertentu tetapi memburukkan imej PKR sendiri.
Dalam laporan FMT sebelum ini, Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Muhammad Agus Yusof berkata, kemelut berpanjangan yang berlaku dalam PKR kini disebabkan kelembapan JPP yang tidak bertindak tegas di peringkat awal lagi.
"Kalau pemimpin parti dan JPP segera bertindak tegas, sudah tentu PKR tidak perlu menghadapi kemelut yang semakin parah ini," kata beliau kepada FMT

Ini komen ringkas Badrul kepada Agendadaily…
“Saya tidak nafi surat itu wujud, tapi saya tidak mahu layan Agendadaily kerana selalu tidak beri ruang yang adil kepada Pakatan Rakyat,” Itu komen calon Ketua Angkatan Muda PKR Badrul Hisham Shaharin ketika dihubungi lewat petang Isnin untuk mengulas suratnya mengenai kepincangan pemilihan PKR yang bocor.
“Surat tersebut bukan untuk tontonan umum. Saya memang ada menulis bukan sekali, banyak kali tetapi hingga kini tidak ada jawapan.
“itu sahaja jawapan saya, saya tidak mahu ulas panjang kerana menjaga displin parti,” kata beliau sebelum letak telefon.
Bagi yang mengenai Badrul, itu bukan ‘perangai’ biasa kerana selalunya beliau mudah mesra dengan media.
Mungkin ini kerana berbagai-bagai tekanan yang diterimanya sepanjang pemilihan itu.
Badrul yang bertanding satu lawan satu dengan penyandang Shamsul Iskandar Mohd Akin, khabarnya hanya kalah 500 undi sahaja.
Keputusan rasmi akan diumumkan pada hari terakhir Kongres Nasional PKR Ahad depan.
Menurut sumber kepada Agendadaily, Ketua Cabang Rembau itu menang di beberapa negeri dengan majoriti tipis.
“Bagaimanapun semua kemenangan Badrul, dikambus dengan majoriti tinggi untuk Shamsul di beberapa cabang termasuk Batu Sapi,” yang dakwa sumber itu diperolehi hasil penipuan undi.
Ada khabar angin kononnya Badrul sudah fedup tahap maksimum dengan penyelewengan pemilihan PKR kali ini.
“Jangan terkejut kalau dia tidak aktif lagi selepas ini. Mungkin dia akan tumpu pada NGO yang dipegangnya Suara Anak Muda Malaysia (SAMM),” kata sumber tersebut.
Sementara itu, calon timbalan presiden PKR yang dah menang tapi belum disahkan, Azmin Ali berikrar untuk membersihkan parti itu daripada "pengkhianat" yang didakwanya mencemarkan imej parti di mata awam.
Azmin dipetik berkata, ‘pembersihan’ itu akan bermula serta-merta selepas kongres PKR Ahad ini.-22/11/2010
edyes wrote:
Di sini saya paparkan apa yang Chegubard kata dalam kempen terakhirnya di Johor, menjawab berbagai soalan dan kepincangan yang berlaku dalam pemilihan, katanya;
"Anwar adalah pemimpin yang paling layak menjadi Perdana Menteri dan Parti Keadilan Rakyat adalah yang parti yang sesuai oleh anak muda. Oleh itu jangan ada tindakan yang melampau dan semua harap bertenang dan bersabar, saya dan sahabat-sahabat seperjuangan sudah laporkan segala kepincangan dan bukan soal siapa menang atau siapa kalah tetapi soal ketelusan itu wajib dilaksanakan dan berharap pimpinan parti akan ambil tindakan terhadap laporan".
Sesungguhnya Chegubard adalah seorang pemimpin yang menyayangi parti dan dalam masa yang sama, tekad berjuang untuk keadilan. Sila rujuk kepada entry terbaru Sharpshooter yang menggambarkan betapa Chegubard bertindak demi untuk 'Selamatkan Parti Keadilan' sebagaimana Anwar dengan kempennya 'Selamatkan Malaysia'. klik di sini

Monday, November 22, 2010
Serangan Edyes Terhadap JPP di 'Pick-Up' Oleh Malaysiakini !
Setelah beberapa blog menyiarkan artikel edyesdotcom yang bertajuk Pemilihan 2010 Tidak BERSIH !! (Wajib Baca !!), akhirnya laman berita Malaysiakini berbahasa melayu menyiarkan salah satu kepincangan Pemilihan 2010 yang dipetik dari Laporan 18 November Chegubard.
Malaysiakini menyentuh 2 dari beberapa perkara yang dikemukakan oleh Chegubard di atas tajuk Laporan pemilihan: Ada 'campurtangan serius' Anwar.
Sebenarnya campurtangan Anwar telah diulas lebih awal oleh MSK dan Haris Ibrahim sejak dari mula pemilihan. Ketika pemilihan di peringkat Cabang lagi, DSAI telah dikatakan bertindak untuk memastikan orang-orang penting disekelilingnya menjadi ketua Cabang supaya mudah diangkat sebagai calon untuk PRU akan datang.
Ketika Pemilihan 2010 memasuki minggu kedua, MSK sekali lagi menjelaskan dalam entri Undi Telifon, Politik Baru Dalam PKR ;
Ini politik baru dalam PKR apabila Ketua Umum menjadi Pengurus Kempen kepada Calon Timbalan Presiden. Ia juga satu politik baru apabila Anwar menggunakan telefon untuk mengarahkan sesuatu keputusan. Dan Anwar juga menggunakan telefon untuk memberitahu Ketua-Ketua Cabang untuk memastikan undi mesti pergi kepada Azmin.
Diperingkat awal, Pengerusi JPp..Dr. Molly Cheah membuat beberapa keputusan, tetapi akhirnya dioveruled oleh Saifudin..hanya dengan panggilan telefon dari Anwar. Dr. Mansor ditentang oleh arwah Pak Tam..tapi akhirnya arwah Pak tam terpaksa menarik diri selepas mendapat telefon dari Anwar.
Petikan di atas menunjukkan terdapat unsur-unsur campurtangan DSAI yang memperlihatkan pertandingan tidak lagi di padang yang sama rata. Ia juga melibatkan pertandingan perebutan jawatan ketua AMK kerana Dream Team Azmin-Anwar juga melibatkan kelibat pemuda AMK. Kita menyebutnya sebagai CHAI Azmin-Anwar.
Perkara yang sama berlaku juga di Sabah sepertimana dalam petikan MSK;
Anwar memastikan semua Ketua Cabang di Sabah mengikut telunjuknya. Dan tak susah memujuk Ketua-ketua Cabang di Sabah…dengan janji untuk menjadi Calon semasa Pilihanraya nanti, sudah cukup untuk mengubah sokongan mereka. Dan Anwar berjaya kerana dia yang memutuskan siapa yang akan menjadi calon…bukan Zaid.
Itulah antara yang berlaku di Sabah apabila Anwar Ibrahim menggunakan pengaruhnya untuk kemenangan Chai Azmin-Anwar. Perkara ini disebut dalam laporan Chegubard yang merujuk kepada panggilan telifon terhadap Ketua Cabang Kota Marudu, diarahkan supaya memberi sokongan dan juga menolak calon tertentu.
Malaysiakini juga memuatkan antara lain yang dilaporkan mengenai kepincangan JPP seperti di bawah;
- Berlaku penolakan anggota JPP yang dicadangkan secara tidak munasabah, sebaliknya menerima anggota jawatankuasa itu yang "tua dan terketar-ketar" serta "buta IT".
- Berlaku pertukaran pencalonan seperti di Tampin apabila pengkalan data parti meletakkan nama Shamsul Iskandar sedangkan menurutnya cabang itu sahih mencalonkannya (Badrul Hisham).
- Jumlah undi melebihi daripada jumlah keluar mengundi yang dicatat pada buku daftar mengundi. Perkara itu didakwa berlaku di beberapa tempat, antaranya Kubang Pasu yang mana kehadiran anggota didakwa sekitar 70 orang tetapi kertas undi pula hampir 200 di dalam kotak.
- Jumlah kehadiran pengundi meragukan di beberapa tempat. Laporan itu mendakwa, berdasarkan makluman anggota setempat, di Sandakan dan Libaran, paling tinggi kehadiran hanya sekitar 200 orang tetapi jumlah pengundi sehingga 900 orang.
- Terdapat keputusan undi "yang pelik" dalam laman web parti yang tidak konsisten. Laporan itu mendakwa ada jumlah undi yang "berubah ditengah-tengah minggu".
- Di cabang Beluran, ketua AMK cabang itu melaporkan pusat pengundian ditutup awal setengah jam, menyebabkan terdapat anggota AMK gagal mengundi.
Kita harus terus menekan kepimpinan parti supaya Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) disiasat dan dalang kepada berlakunya sebarang bentuk penyelewengan dan ketidak-telusan dalam Pemilihan harus diberi hukuman setimpalnya !
Akhir sekali, Malaysiakini juga sempat mengulas kata-kata Chegubard mengenai kepincangan JPP;
"Satu penyiasatan terbuka perlu diadakan segera mengenai kepincangan yang berlaku," tulis Badrul Hisham di bahagian akhir laporan empat mukasurat itu.
"Saya masih berpegang teguh dengan disiplin parti menggunakan seluruh saluran dalaman parti. Namun saya semakin diasak ke dinding. Saya selaku anggota Parti Keadilan Rakyat mohon keadilan." Chegubard
EDYES @ edyesdotcom - COURT oF PUBLIC OPINION
Pemilihan 2010 Tidak BERSIH !! (Wajib Baca !!)
Pemilihan 2010 telah melabuhkan tirainya semalam, tetapi statusnya pemilihan 2010 adalah umpama susuk yang penuh dengan calar-balar yang lukanya bakal menjadi kudis yang busuk.
Semalam kita dapat lihat proses pengundian yang berlaku di beberapa kawasan negeri Selangor. Sebagai sebuah negeri yang diperintah oleh PKR, sudah pasti proses pengundian Pemilihan 2010 yang di Cabang-Cabang negeri Selangor akan menjadi paling meriah dan turnout yang tinggi. Selangor merupakan lubuk terkuat Parti Keadilan Rakyat semenjak berjaya menguasai negeri Selangor pada 8 Mac 2008.
Di sini saya mengambil pemilihan Cabang Gombak sebagai contoh, iaitu salah satu kubu kuat bakal timbalan presiden PKR. Cabang Gombak yang mempunyai keahlian sekitar 7 ribu. Semalam, dari jumlah keahlian 7 ribu, jumlah yang keluar mengundi bagi Cabang Gombak hanyalah 284 undi sahaja. Apakah gombak dilanda banjir besar ?
Mari kita bandingkan apa yang berlaku di Batu Sapi, Sandakan. Masih kita ingat ketika PRK Batu Sapi, bagaimana jerihnya jentera PKR tempatan hendak dikumpulkan hingga menimbulkan seribu kepayahan untuk mencari wakil PACA dari kalangan penduduk tempatan. Dengan logistik mobilisasi yang tidak semewah daerah gombak, dan kehadiran mesyuarat Cabang (MATC) yang punya kehadiran tidak sampai seratus ahli, mari kita lihat sebuah 'silap mata' ciptaan mereka yang sanggup berbuat apa sahaja demi sebuah kemenangan dalam parti.
Cabang Batu Sapi mempunyai keahlian sebanyak 3 ribu ahli. Dari jumlah ini, jumlah yang keluar mengundi dalam Pemilihan 2010 (pemilihan pusat) adalah menghampiri seribu undi ! Tidakkah sesiapa sahaja akan berasa pelik jika dibandingkan dengan senario yang berlaku di Gombak ? Dan apa yang lebih memelikkan, telah dilaporkan bahawa tidak sampai 100 kertas undi yang dikeluarkan ketika masuk jam 1 tengahari, tetapi di antara pukul 1 hingga pukul 4 petang, sejumlah 900 undi telah dicatatkan dalam 3 jam terakhir tempoh pengundian! Ini pelik bin ajaib !
Saya akan memperincikan lagi dalam sedikit masa mengenai apa yang dikatakan 'silap mata' dari JPP. Jika tiada aral melintang, lewat malam ini perincian demi perincian akan dipaparkan, juga kepincangan demi kepincangan.
Sementara itu, saksikan laporan yang dikemukakan oleh Chegubard mengenai apa yang telah berlaku di Sabah. Ia sangat mengerikan kita, dan membuatkan kita langsung hilang kredibiliti untuk menyertai himpunan sebersih BERSIH.
Laporan di bawah pada asalnya bersifat confidential tetapi telah dipapar dalam blog tukar tiub selama beberapa jam di atas masalah komunikasi sebelum ditarik balik oleh blog tukar tiub. Malangnya, terdapat beberapa blog lain yang telahpun 'copy n paste' laporan ini untuk dipapar di laman blog masing-masing.
Saya mengambil langkah di atas tanggungjawab saya sendiri, untuk memaparkan laporan yang dikemukakan oleh Chegubard untuk perhatian kepimpinan utama Parti Keadilan Rakyat pada 18 November lalu, setelah JPP dan biro bertanggungjawab tidak menghiraukan bantahan dan laporan sebelum ini.
Juga ingin saya maklumkan, maklumat-maklumat di dalam laporan ini dibuat tidak begitu spesifik untuk menjaga hak bukti dan saksi yang terlibat.
Diharap saudara saudari pembaca semua mengamati laporan di bawah seterusnya membuat konklusi mengikut fahaman masing-masing.
Di bawah adalah laporan kali ke-tiga terhadap kepincangan JPP yang telah dihantar oleh pihak Chegubard;
18 November 2010
Kepada :
Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail,
Presiden,
Parti Keadilan Rakyat
Laporan kepincangan proses pengundian Pemilihan KEADILAN 2010
Perkara diatas dirujuk.
Pertama sekali laporan ini ditulis dalam kebimbangan semua saksi yang didedahkan dalam laporan ini terbuka untuk ugutan, malah kebanyakan saksi tidak berapa selesa untuk tampil kerana tidak mahu menimbulkan masalah pada diri.
Berikut ialah antara kepincangan yang muncul
1. Tarikh tutup pendaftaran/pertukaran anggota sudah diputuskan ada pertukaran selepas tarikh yang dibenarkan.
Merujuk aduan Saufi Mi'ad (bekas Pemangku Ketua AMK Teluk Kemang) mengenai pertukaran keanggotaan Ramlan Roes yang dibuat selepas tarikh yang dibenarkan. Pertukaran ini dibuat dan secara sengaja disedari selepas tarikh dibenarkan untuk membolehkan Ramlan bertanding Ketua AMK Teluk Kemang dengan menyokong Kamarul Baharin, Pengerusi Perhubungan Teluk Kemang yang bertanding Ketua Cabang Teluk Kemang. Apabila bantahan dibuat secara lisan kepada JPP yang bertugas dalam proses penamaan calon, Pegawai bertugas bertanya sama ada Ramlan ini penyokong cheGuBard. Apabila dikatakan tidak maka bantahan tidak dilayan. Bantahan bertulis juga telah dibuat sebaliknya tidak diendahkan sehingga kini.
Masalah aduan pendaftaran dan pemindahan keanggotaan seperti ini juga wujud di banyak tempat tidak ditangani dengan serius sehingga menyebabkan masalah yang besar seperti di Kuala Nerus.
1. JPP disengajakan tidak cukup kakitangan ?
Alasan aduan tidak dilayan ialah JPP tidak cukup kakitangan. Saya menjadi pelik bagaimana ini boleh dijadikan alasan. Atau sengaja tidak cukup kakitangan supaya boleh menutup kelemahan. Dari peringkat awal Rembau telah menghantar 4 calon untuk membantu JPP namun semua ditolak kerana alasan tidak layak dan tidak ada pengalaman.
Kemudian apabila melihat anggota JPP yang dipilih mengendalikan tugas besar, maka alasan menolak calon JPP dari Rembau dilihat cukup tidak munasabah. Ada anggota JPP sekarang yang tua dan terketar – ketar, ada anggota JPP yang buta IT tetapi calon JPP dari Rembau yang antaranya pelajar Kolej Tahun Akhir dan lepasan UITM ditolak kerana tak layak. Ada beberapa cabang lain juga mengadu perkara yang sama. Adakah ini terancang dimana beberapa cabang yang dilihat 'melawan' ditolak calon JPPnya ?
2. Pencalonan ditukar
Merujuk surat pengaduan rasmi yang dibuat oleh Zulkifli Ibrahim selaku penyelaras kempen saya yang mengadu mengenai kegiatan menukar pencalonan. Contohnya Tampin, memang sahih mensyuarat mencalonkan cheGuBard dan Chang Lih Kang sebagai calon Ketua dan Timbalan ketua AMK. Namun apabila muncul di database parti ia meletakkan nama Shamsul dan Khairul Anuar. Jika nama boleh ditukar bagaimana pula dengan nombor jumlah undi.
Surat yang dihantar sebulan lebih tidak berjawab dan tindakan tidak diambil. Orang yang dikenal bersalah bebas masuk dan keluar ibu pejabat dan menikmati bayaran gaji tanpa tekanan.
3. Buku daftar mengundi catat kurang dari jumlah Undi dalam peti undi
Perkara ini berlaku di beberapa tempat malah ada yang disenyapkan. Kebetulan di Kubang Pasu kami ada PACA maka kami berjaya 'menangkap' buku kehadiran yang hanya melaporkan kehadiran sekitar lebih kurang 70 orang sebaliknya kertas undi pula hampir 200 di dalam kotak.
Ini diperakui oleh JPP apabila memanggil wakil calon Zaid Ibrahim untuk berbincang dengan menyelesaikan dengan cara bahagi 2 jumlah undi. Ini penyelesaian apa ? Individu bersalah harus dihukum kerana jelas berlaku penipuan. Wakil calon saya langsung tidak dipanggil.
Berapa banyak cabang lain yang perkara ini dilaporkan berlaku tetapi kerana kelicikan kia dilakukan kami gagal membuktikanya.
4. Jumlah datang mengundi meragukan
Mendapat sms dari no. 0105895379 yang merupakan anggota KEADILAN setempat, beliau menyatakan tahu penipuan berlaku di mana pengundi yang hadir di Cabang Sandakan dan Libaran yang mana beliau sendiri melihat tiap cabang yang hadir paling tinggi hanya sekitar 200 orang itupun melibatkan 'pengundi hantu'. Beliau menamakan oleh En. Mustafa Osman, Ketua Penerangan Libaran sebagai terlibat.
Beliau sendiri teragak – agak untuk tampil kerana jika identiti terdedah akan diancam samseng. Lebih lagi seolah tergambar parti itu sendiri sedia menipu. Beliau juga menyatakan bagaimana setiausaha Perhubungan Sabah yang dipukul di Lapangan Terbang berkaitan isu Pilihanraya Kecil tidak mendapat pembelaan malah seolah samseng yang memukul mendapat perlindungan parti, ini lebih menakutkannya.
Dr. Jurin Gunsalam, melaporkan pusat pengundian Libaran pada jam 2.00ptg hanya mencatatkan kehadiran 20 orang sahaja bagaimana mungkin sebelum ditutup kehadiran 900 orang dilaporkan.
Di Batu Sapi, Sandakan, Libaran satu siasatan terbuka harus dilakukan oleh badan bebas segera. Jumlah kehadiran luar biasa yang amat meragukan. Wakil kami hanya mencatatkan kehadiran paling tinggi sekitar 200 orang. Jika parti tidak mampu untuk lakukan siasatan. Beri kami buku kehadiran kami akan siasat sendiri.
5. Keputusan undi yang pelik
Jumlah undi yang tertera dalam laman web parti sendiri tidak konsisten. Ada nombor yang berubah ditengah-tengah minggu. Ada nombor yang menunjukkan undi mengurang. Adakah proses pengundian boleh dikira dengan cara 'negatif'.
Nurin Aina (no hp. 0127616421) Calon Exco wanita melaporkan punya bukti bagaimana jumlah undi boleh dilaporkan secara salah oleh JPP.
Saudara Hisham (no. hp : 0196623930) melaporkan bagaimana dalam proses pengiraan undi di Teluk Intan bagaimana undi yang dikira amat meragukan melibatkan calon MPP Nordin Mahmod tetapi apabila didesak semula tong dibuka dan dikira semula jelas undi tersebut dikurangkan dengan banyak dalam kiraan awal.
6. Keselamatan proses pengundian lemah yang memungkinkan penipuan
Di Tuaran laporan saudara Bobby (PACA di Tuaran) sebanyak 30 kertas undi tidak punya cop dibantah tetapi tidak dikira rosak atau batal sebaliknya dikira sebagai sah.
Ini laporan email dari Kenny, Ketua AMK Libaran yang menyatakan apa yang berlaku dengan peti undi di Sandakan.
---------- Forwarded message ----------
From: kenny cyl
Date: 2010/11/7
Subject: Peti Undi Dewan Pandu Putri
To: zulshowfx@gmail.com
..Terima panggilan dari Kent ( ketua AMK KK ) kira kira pukul 4:40ptg mengenai bilangan undi di Sandakan pada 6hb Oct.2010, lalu saya dan seorang AJK cabang Sandakan menuju ke tempat mengundi Dewan Pandu Putri dan sampai disana kira kira pukul 4:55ptg.
Apabila saya sampai saya bertanya pada yang dimaklumkan Mustaffa mengapa tempat ini bersurai dan mengapa pengiraan undi bukan disini. Mustaffa menjawab bahawa tempat ini disewa sehingga pukul 5ptg dan selepas pukul 5ptg tidak dibenarkan menjalankan aktiviti-aktiviti, Oleh kerana itu peti undi terpaksa di alih ke tempat lain untuk pengiraan.
Didalam perbualan saya dengan Mustaffa, kereta Dmax biru itu lalu membawa peti undi itu beralih dari Dewan Pandu Putri kira kira pukul 5:05ptg. Saya bertanya pada Mustaffa lagi, ke mana peti itu di bawa, dia jawab : belum tentu lagi kerana mahu cari Hotel yang sesuai untuk pengiraan dan perkara ini telah pun di maklumkan pada orang atasan. Saya sekali lagi tanya, siapa yang di tugaskan dalam kereta yang membawa peti undi itu, Dia menjawab : Davi ada dalam kereta. Mustaffa tanya saya jika mahu tahu, call dia dalam pukul 6ptg dan saya pun diberi nombor telefon bimbit dia lalu di terus beralih dari Dewan itu.
Setelah ini saya terus call Jurin Ketua AMK Kota marudu mengenai perkara itu, selepas saya memaklumkan hal ini pada Jurin, dalam bernerapa minit Chang Lih Kang Call saya dan saya memaklumkan hal ini lagi pada dia ... dan seterusnya..Nicholas, zulkifli...juga call pada saya. Saya dan AJK cabang Sandakan terus menuju ke tempat pengundian Cabang Sandakan di Jockey Lodge yang saya di maklumkan oleh Mustaffa bahawa tempat penggundian di Dewan Pandu Putri adalah untuk kawasan Libaran dan Jockey Lodge adalah untuk kawasan Sandakan.
Setelah Saya dan AJK cabang Sandakan sampai di tempat undi kawasan Sandakan iaitu di Jockey Lodge, saya berjumpa dengan Benedict Wong dan dimaklumkan pengiraan undi sedang dijalankan di tempat tersebut. Benedict Wong memaklumkan saya bahawa peti undi itu ada di bilik gerakan Libaran dan saya bersama Benedict Wong menuju ketempat tersebut. AJK cabang Sandakan yang mengikut saya menolong di tempat pengundian di Jockey Lodge. Setelah saya sampai di bilik gerakan Libaran bersama Benedict Wong tetapi gate di bawah tangga berkunci.
Di sana Benedict Wong menelefon untuk mencari arah tuju peti itu, setelah beberapa pangillan yang dia buat, Benedict Wong memaklumkan saya bahawa Peti itu akan ada di Sanbay Hotel dan saya bersama Benedict Wong terus menuju ke Sanbay Hotel dan sampai disana kira kira pukul 5:45ptg. Thamrin sudah pun tunggu disana. saya membuat beberapa panggilan memaklumkan peti Libaran akan sampai ke Sanbay Hotel. Pada masa itu juga Tian Chua juga membuat panggilan pada saya mengenai hal ini dan saya pun memaklumkan dia juga dan dalam perbincangan saya dengan Tian Chua , peti undi Libaran pun sudah sampai kira kira 6ptg. Dan saya melihat Thamrin ada disitu dan Benedict Wong suruh saya hantar dia balik ke Jockey Lodge, lalu kita beralih dari Sanbay Hotel ke Jockey Lodge kira kira pukul 6:45ptg. Disana pengiraan undi kawasan Sandakan di adakan di bilik 207 yang di ketuai oleh Masri.
Setelah saya tahu Pengiraan Undi Libaran ada Thamrin dan Sandakan ada Masri. saya pun meminta diri untuk pulang kira kira 7:15mlm. Kira-Kira pukul 10mlm Star reporter call saya bertanya mengenai Peti Undi Libaran. dan saya memaklumkan dia hal tersebut dan kemudian Malaysian Insider call saya juga dan cerita yang sama saya maklumkan. saya mendapat nasihat dari Nicholas bahawa ceritakan saja apa yang betul betul terjadi pada reporter. Pagi ini saya mendapat panggilan dari reporter lagi. cerita yang sama saya berikan padanya. TAMAT report by Kenny
(Email di atas tidak diedit bahasa dan tulisannya kecuali meletakkan perenggan)
Di semua tempat mengundi pula sebaik sahaja ditutup semua wakil PACA diarah keluar selama 30 min. Adakah ini satu yang terancang untuk merancang penipuan ?
Kami terpaksa menyiapkan jentera seperti melawan Bn yang diuruskan SPR. PACA terpaksa disediakan, sedangkan dipihak lain mereka lansung tidak mempedulikan untuk mewujudkan PACA pun. Di Kota Raja mujur kami sediakan PACA ada dalam sekitar 10 kejadian meja depan yang mencatat kehadiran pengundi mengarahkan kertas undi AMK diberikan kepada pengundi yang sudah lebih 40 tahun. PACA yang kami sediakan berjaya mengesan dan gagalkan usaha ini. Banyangkan berapa banyak yang sudah terlepas.
7. Campur tangan serius DSAI
Dr Jurin (no hp : 0195313585) melaporkan bahawa Ketua Cabang Kota Marudu memaklumkan bahawa beliau telh dihubungi oleh DSAI sendiri dengan 'mengarahkan' sokongan kepada calon tertentu dan mengarahkan menolak calon tertentu. Di Cabang tersebut juga proses pengundian telah mengambil sukarelawan JPP dari AJK cabang yang jelas memihak dan 'mengarahkan' undi ketika proses berlansung.
Ini belum masuk dengan usaha jahat menggunakan laman sosial dan sms menfitnah say dan teman- teman. Amizuddin Ahmat (bekas Ketua AMK Pulau Pinang) sendiri mendapat panggilan telefon dari seorang yang dikenali orang Shamsul yang menuduh saya membeli undi RM30 satu undi di Sabah / Sarawak.
8. Di cabang beluran Ketua AMK Beluran melaporkan Pusat Pengundian ditutup pada jam 3.30 ptg menyebabkan lebih dari 10 anggota AMK yang dibawa tiba jam 3.55 ptg gagal mengundi
9. Jumlah kertas undi yang dihantar ke Cabang juga pelik. Di Pendang ada pengundi tak dapat mengundi kerana kertas undi tidak cukuptetapi di Cabang Batu Sapi, Libaran dan beberapa cabang yang tiba – tiba mencatatkan kehadiran tinggi kertas undi terlebih cukup. Menurut maklumat JPP kertas undi disediakan hanya sekitar 20 % - 30 % dari jumlah pengundi tetapi di tempat yang jumlah undi pelik kertas undi tersedia lebih dari 50 %. Mana JPP tahu yang orang akan datang mengundi lebih ? Bagaimana dengan hak pengundi di Pendang yang dinafikan hak mengundi.
Saya memohon tindakan segera diambil. Satu keputusan mengumumkan menggantung keputusan Kubang Pasu, Libaran, Sandakan dan Batu Sapi perlu dibuat sebelum proses pengundian minggu ini bermula.
Kononya wujud pengundi hantu di Rembau saya juga mohon Rembau dibatalkan dan undi semula.
Satu penyiasatan terbuka perlu diadakan segera mengenai kepincangan yang berlaku.
Saya masih berpegang teguh dengan disiplin parti menggunakan seluruh saluran dalaman parti. Namun saya semakin diasak ke dinding.
Saya selaku anggota Parti KEADILAN Rakyat mohon keadilan.
Sekian dan terima kasih
Badrul Hisham Shaharin
calon Ketua AMK
Pemilihan KEADILAN 2010.
EDYES @ edyesdotcom
Subscribe to:
Posts (Atom)