Saturday, January 16, 2021

Dewan RM35j | MP Minta Penjelasan PM


RM35 Juta untuk pembinaan sebuah dewan adalah suatu angka yang dilihat tidak munahsabah, malah lebih parah apabila dipersoalkan projek pembinaan dewan tersebut dianugerahkan melalui rundingan terus.

Banyak lagi persoalan yang perlu dijawab. Pertama sekali, apakah surat yang tular di pelbagai media sosial ini sahih? 



Kedua, adakah ini satu kelebihan untuk sebuah negara yang berada dalam keadaan darurat? Kerana kelulusan surat tersebut bertarikh 11 Januari, kebetulan sama tarikh dengan pengishtiharan proclamation darurat.

Ketiga, di manakah rasionalnya pembinaan sebuah dewan berharga RM35 Juta ketika rakyat dan negara sedang bergelut menghadapi bencana Covid-19.

Turut dibangkit oleh netizen, apakah ini satu usaha akhir MY, dengan menghantar projek RM35j ke Pagoh sebelum tumbangnya sebuah kerajaan tanpa majoriti sokongan MP?

Ikuti kenyataan YB Akmal yang dilapor Malaysiakini;

Anggota Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir meminta penjelasan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berhubung peruntukan RM35.4 juta yang akan dibelanjakan bagi membina sebuah dewan di kawasan Parlimennya, Pagoh.

Akmal mendakwa sepucuk surat dari unit penyelarasan pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU) kepada Jabatan Kerja Raya berkaitan perkara itu telah tular di media sosial.

Jika isi kandungan surat tersebut sahih, Akmal mempersoalkan jika wajar untuk mengeluarkan belaja jutaan ringgit untuk sebuah dewan di saat negara sedang bergelut dengan wabak Covid-19.

“Bukankah lebih elok keutamaan dana diberikan untuk meningkatkan kemampuan petugas barisan depan atau mengurangkan bebanan yang ditanggung rakyat menghadapi darurat dan perintah kawalan pergerakan (PKP)?” soal Akmal dalam kenyataan hari ini.

Akmal turut menyatakan bahawa tarikh surat itu sama dengan dengan pengumuman penguatkuasaan darurat, iaitu 11 Januari.

“Adakah ini bermakna ketika darurat kerajaan Perikatan Nasional (PN) boleh bertindak sesuka hati membelanjakan wang rakyat dalam keadaan parlimen digantung?

“YAB perdana menteri, kami mohon pencerahan,” katanya lagi.

2 comments:

Anonymous said...

Zaman covid19 tak perlu buat dewan. Nak berkumpul pun tak bolih buat habis duit rakyat sja. That is a quality of our politicians. Misguided judgement.No moral compass at all

Unknown said...

hahaha jd kita pakat buat krnduri lepas covid nanti kat padang bandaran.. bengong..