Thursday, December 31, 2020

TERKINI | Kenyataan DSAI Dedah Dr. Zeti Terkait Skandal 1MDB





Tan Sri Zeti Akhtar harus tampil membersihkan namanya dari terus dikaitkan dalam siri pertuduhan terbaharu melibatkan transaksi dengan Jho Low.

Selaku pemegang jawatan Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan bekas Governor Bank Negara dari 2000 hingga 2016, kita khuatir ada unsur-unsur salah guna kuasa dengan memberi laluan kepada kepincangan yang berlaku khususnya dalam kes 1MDB.

Kenyataan DSAI di bawah ini merungkai persoalan yang wajib dijawab;

KENYATAAN MEDIA
31 Disember 2020

Pertuduhan terbaru mengaitkan keluarga mantan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz dalam kes 1MDB yang melibatkan transaksi dengan Jho Low dan bank-bank di negara jiran Singapura menampakkan Malaysia masih jauh dalam mencari jalan keluar dari skandal ini. Imej dan reputasi buruk kepada negara kesan dari skandal ini masih belum pulih sepenuhnya. 

Mereka yang mendapat faedah dan laba dari kes 1MDB ini mesti dibawa ke muka pengadilan. Mereka yang bersekongkol mesti juga bertanggungjawab kerana tidak mungkin skandal maha dahsyat ini terwujud tanpa persetujuan dari pelbagai lembaga kewangan dan peraturan.

Kegagalan untuk menghadapkan mereka ke muka pengadilan juga akan meletakkan Malaysia dalam keadaan terdedah kepada skandal semacam 1MDB di masa hadapan. Ia juga akan menjadikan Malaysia sebagai bahan gurau senda tatkala kita gah berbicara soal ketelusan. kebertanggungjawaban dan melawan rasuah.

Maklumat terkini berhubung kemungkinan keterlibatan Dr. Zeti dalam skandal 1MDB ini adalah berkait dengan pembekuan wang yang berasal dari dana haram 1MDB oleh pihak berkuasa di Singapura. Akaun-akaun luar pesisir yang berdaftar memberi petunjuk bahawa ia adalah milik ahli-ahli keluarga Dr. Zeti. 

Beliau yang kini menjawat jawatan Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) harus segera mengesahkan kenyataan-kenyataan yang dibuat sebelum ini terkait pengetahuannya tentang aliran dana haram 1MDB, dan apakah atas kapasiti sebagai Gabenor BNM beliau telah dengan sedar membenarkan aliran dan transaksi masuk dan keluar dari akaun-akaun bank di Malaysia yang dimiliki oleh pemain-pemain politik. 

Beliau juga mesti memberi penjelasan tentang sebarang pengetahuan yang beliau ada saat kes 1MDB terdedah, dan apakah ahli-ahli keluarganya turut mendapat manfaat kewangan hasil dari kesepakatan dengan Jho Low. Kegagalan untuk menjawab persoalan-persoalan ini akan mewujudkan prasangka dan keraguan terhadap integriti pengawal selia kewangan di negara ini. 

Pemerintah Republik Singapura juga harus tampil dan memberi penjelasan kerana skandal ini akan memberi dampak buruk kepada reputasi republik itu sebagai pusat kewangan terkemuka. 

Sejak penyiasatan terhadap 1MDB bermula, banyak negara telah melakukan yang sepatutnya, termasuk mengenakan denda dan penalti ke atas bank-bank dan para eksekutif kewangan yang bersekongkol dalam skandal ini. Walhal di Malaysia, tempat asal dana haram ini, masih belum berbuat apa-apa yang ketara dan meyakinkan. 

ANWAR IBRAHIM

3 comments:

Anonymous said...

Zeti, jholow dan mungkin atok turut bersekongkol dlm kes ini. Zeti dan atok akrab. Akrab dari semua perkara dlm menjatuhkan lawan.
Semua pergerakan wang dlm negara mantan gabenor bnm iaitu zeti dah tahu. Atok mungkin juga tahu.
Mungkin konspirasi dgn kemasukan wang dlm akaun najib tanpa pengetahuan najib mgkin dilakukan oleh pihak mereka ini.
SENYAP2 ZETI SEKELUARGA BEDAL WANG 1MDB.
ATOK TAK NAK KOMEN APA2 KER?!

Anonymous said...

pendedahan mula2 dibuat sebenarnya adalah diweb ini...sila copy paste kalau nak baca

https://www.malaysia-today.net/2020/10/30/the-untold-story-of-zetis-involvement-with-jho-low/

Anonymous said...

Laa..raja petra ke yg tulis.kahkahkah
Idup laja petla