Tuesday, December 29, 2020

Adakah Anda Percaya Kalimah Membalak Secara Terkawal di Kedah?

 


Tidak cukup hutan negeri Kelantan yang dibotakkan saban hari, kini hutan di Kedah pula menjadi mangsa kepada kerakusan aktiviti membalak yang mampu menjana puluhan juta ringgit (dan memberi kekayaan kepada pihak yang melobi). 

Seperti yang telah diketahui umum, kehancuran eko-sistem akibat daripada aktiviti pembalakkan akan menyebabkan pelbagai masalah pada masa akan datang. Selain dari habitat liar yang terjejas, kawasan kampung di hilir sungai juga akan berdepan risiko banjir yang lebih kerap.

Penebangan hutan untuk aktiviti pembalakan juga menyebabkan hakisan larian air permukaan dan membawa masuk kelodak serta lumpur ke dalam sungai. Oleh itu, air sungai menjadi cetek dan ekosistem akuatik terganggu.

Pembalakan akan mengurangkan kadar susupan air ke dalam tanah dan menurunkan paras air dalam tanah. Hal ini akan menjejaskan kawasan tadahan air dan bekalan air kepada sungai, tasik, kolam dan paya.

Ikuti kenyataan Dato Seri Saifuddin Nasution di laman FB beliau selaku salah seorang Ahli Parlimen di Negeri Kedah;
Berita 28 dis 2020 tentang pembalakan di ulu muda Kedah amat mengejutkan.

Seluas 25,000 hektar telah diluluskan. Lesen tebang balak pun telah dikeluarkan oleh kerajaan Kedah.

MB sanusi masuk tinjau kawasan pembalakan ahad lepas dan katanya kpd media “.. aktiviti membalak terkawal dan tidak jejas kawasan tadahan air”

Kalau dah namanya membalak .. hutan ditebang, tanah terdedah, aliran air bawah tanah bertambah, sungai jadi cetek. Alam jadi musnah, muka bumi terganggu.

Sy saksikan sendiri apabila hutan simpan di kawasan parlimen kulim bandar baharu diberi lesen balak. Kesannya banyak kampung alami banjir biarpun hujan 45 minit ! Sehingga sekarang penduduk tinggal dalam kebimbangan dek masalah banjir.

Masih percaya .. kalimah membalak yang terkawal?
Maka masalah banjir di negeri Kedah yang berlarutan setiap tahun tidak akan ada kesudahannya jika aktiviti balak ini menjadi sumber pendapatan Kerajaan Negeri.


No comments: