Tuesday, December 20, 2011

Implikasi Serangan Terhadap Adam Adli di Bukit Aman





Inilah sipolan yang menyerang Adam Adli... Apakah implikasi sekiranya serangan berbentuk fizikal ini dibalas fizikal?

Videonya di bawah. credit untuk AntaraPos.com




Apakah Bukit Aman tidak lagi aman?

Walaupun kejadian berlaku di depan Ibu Pejabat Polis diraja Malaysia Bukit Aman, namun tiada langsung tindakkan susulan dari pihak polis. Beberapa pegawai polis yang berada di tempat kejadian hanya berdiam diri seolah-olah sipulan yang menyerang mahasiswa itu adalah salah seorang dari mereka.

Sudah lupakah ikrar pihak berkuasa untuk menjaga keselamatan awam? Dalam klip video di atas kita dapat lihat Chegubard beberapa kali meminta pihak polis mengambil tindakkan tetapi tidak diendahkan. Demi keselamatan, sepatutnya pihak berkuasa menahan sipolan yang menyondol tak tentu pasal itu supaya tiada ruang untuk kejadian yang tidak diingini berlaku.

Kita masih ingat sebelum perhimpunan Bersih sampai ke tarikhnya, ramai orang awam yang ditahan hanya kerana mengenakan baju kuning bertulis Bersih. Namun hari ini ketika ada asakkan fizikal dari seseorang yang jelas bertindak di atas faktor Umno, tiada pula tanda-tanda sipolan itu ditahan malah dibiarkan bersahaja. Apakah tiada akta untuk menahan seseorang yang menyerang individu lain? Berhimpun secara aman adalah lebih bersalah daripada menyerang seseorang di Bukit Aman.

Ini satu provokasi terancang! Namun malang bagi pihak yang merancang, provokasi yang dijual itu tidak dibeli oleh komrad SAMM mahupun gerup mahasiswa yang berada di situ. Percayalah jika sipolan yang menyerang itu dibalas dengan serangan fizikal dari pihak SAMM atau mahasiswa SMM, pastinya polis yang betul-betul berada disekitar sidang media itu akan membuat tangkapan. Mereka bersedia untuk menangkap 'Asalkan Bukan Umno'! 

Akhirnya media milik mereka memuntahkan berita yang bertajuk "Mahasiswa ganas ditangkap" atau "Bukit Aman dicemari anasir berniat jahat". Ini strategi lapuk yang mudah dibaca. Kami bukan mahu keganasan, tapi kami mahu yang ganas-ganas ini ditangkap, disumbat ke lokap dan disiasat di bawah akta yang diperuntukkan. Ini termasuklah juga tindakkan terhadap 'panglima' yang secara terbuka membuat ancaman terhadap Adam Adli.

Justeru, tindakan bijak untuk hanya mempertahankan diri dan tidak mempedulikan sipolan yang menyondol itu adalah yang terbaik ketika pihak yang sepatutnya menjaga keselamatan acap kali diragui polisinya dalam menjalankan tugas. Sesungguhnya pendekatan 'gengsterism' dan ugutan adalah kelangsungan politik pihak terdesak untuk terus berkuasa terutamanya bagi menyekat anak muda dan mahasiswa daripada berada di landasan tepat untuk menjana perubahan total!

Di kesempatan ini juga, Edyes mengucapkan syabas dan tahniah kepada Mahasiswa yang bergerak di atas gerakan BEBAS, yang berani bertanggungjawab di atas tindakkan simbolik menurunkan gambar Najib. Walaupun ditekan oleh pelbagai pihak kaki bodek Umno supaya memohon maaf, mahasiswa tetap dengan pendiriannya untuk tidak tunduk kepada si pembodek ini. Menurunkan gambar Najib adalah menifestasi mahasiswa yang harus disambut oleh semua mahasiswa matang yang inginkan hak kebebasan untuk menjadi tunjang berkualiti. Keberanian ini wajar dipuji.

Kepada mereka yang berniat untuk menyerang Adam Adli atau mana-mana mahasiswa yang seangkatan dengannya, lupakanlah hasrat itu kerana ia tidak mungkin melumpuhkan semangat kebangkitan mahasiswa. Hari ini gambar Najib diturunkan oleh mahasiswa, tidak mustahil suatu masa nanti jika mahasiswa terus ditekan, dikurung dan dihimpit, maka mahasiswa sendiri menjadi pencetus jatuhnya regim Najib.

Pemansuhan AUKU, Akta 555 dan 174 , mengembalikan autonomi mahasiswa dan kampus serta kebebasan akademik, ini semua adalah perlawanan hak mahasiswa! Siapa lagi yang akan menjadi teras solidariti ini jika bukan mahasiswa ! Ayuh mahasiswa, terus bangkit dan LAWAN !!


EDYES @ edyesdotcom
Pengarah Propaganda SAMM


4 comments:

Anonymous said...

polis memang balaci umno

Anonymous said...

SALAM SAUDARA,

SEDARI AWAL SAYA DAH AGAK...MAMAK NI MEMANG DARI KUMPULAN...(ANDA TAHU SAYA RASA). MACAM BEST JE....SALUTE PADA ANAK2 MUDA INI...MEREKA BERANI MEMPERTAHANKAN HAK SEBAGAI RAKYAT. HIDUP MAHASISWA...KELUARLAH DARI ZON SELESA ANDA...ZAHIRKAN FIKRAH ANDA SECARA LEBIH BERANI DAN BERFAKTA.

ibahfo

Anonymous said...

xkata la jugak...
kejadian berlaku...
xkena pada masanya !!

waktu tu..
katanya para anggota polis tu tgh sibuk menyemak Pekeliling Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) !!!

Anonymous said...

Nasib baik bro tu jenis sabar gak ..

Kalau aku sudah tentu aku lanyak si adam adli budak jambu kesukaan anu war al juburi tu ..

apa sangat kata kata bro tu kalau dibandingkan dengan perangai adam yang jauh kurang ajar ..

belasah jer bro dengan penumbok .. lebih lebih pun denda RM25.00 jer atas kesalahan bergaduh ditempat awam .. bawah undang undang kecil jer.. itu pun belum tentu kena kalau majistrate ada akai !!!