Thursday, December 15, 2011

Mengapa '#AsalkanBukanUmno' di Negeri Sembilan ? #ABU



Sidang Media Pelancaran ABU di Negeri Sembilan
 
 

Tempat: Jalan Tuanku Antah, Tingkat 1, Restoran Bidara Corner, Seremban
Masa: 3.30pm

Kehadiran


SAMM N.Sembilan - Sdr Saufi (Penyelaras SAMM N.S), sdr Azizi, Sdr Sani, Sdr Yaser

PEWARIS N.Sembilan
Kelab Bermotor United Shark - Sdr Saiful
Wakil peneroka Felda Sendayan - Sdr Daud Idris
Wakil Pengusaha Restoran - Sdr Musliady
Wakil Nelayan - Noor Aiza
Wakil Mahasiswa - Sdr Farel
 

Mengapa 'Asalkan Bukan Umno' di NS ?

Negeri Sembilan sebuah negeri Umno yang paling banyak masaalah. Antara masalah paling terkesan di hati rakyat Negeri Sembilan ialah, negeri ini diperintah oleh adik beradik dan tidak dapat dipastikan yang mana satu MB sebenar. Samada Azman, atau Mohamad, atau Ghani. Post MB di Negeri sembilan boleh bertukar-tukar tangan. 


MB Negeri Sembilan juga terkait dalam beberapa isu besar. Antaranya Ketua Pembangkang Negeri Sembilan Anthony Loke Siew Fook mendakwa menteri besar negeri itu tidak telus dalam penjualan tanah seluas 303.5 hektar di Sendayan untuk menggantikan pangkalan udara tentera di Sungai Besi. Turut dipersoal berapa harga jualan keseluruhan tanah tersebut dan nilai jualan setiap kaki persegi? Terma-terma dalam perjanjian jual-beli tersebut?


Apakah penjualan tanah itu dijalankan secara tender terbuka atau rundingan terus tidaklah diketahui. YB Loke juga mempersoalkan kenapa transaksi tersebut "dijalankan dengan begitu sulit” dan sama ada wujud perkara yang ingin disembunyikan daripada pengetahuan umum.

Turut menjadi masalah besar kepada MB Negeri Sembilan ialah dikaitkan dengan 'penyeludupan' RM10 juta yang dikirim ke luar negara oleh Menteri Besar Negeri Sembilan. Wang RM10 juta itu dikirim ke London pada 2008 melalui Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd iaitu salah satu lesen perniagaan pengurupan wang yang dibatalkan. Sehingga ke hari ini kes tersebut belum diselesaikan walaupun Bank Negara Malaysia mengakui mempunyai bukti bahawa Hassan terlibat dalam 'penyeludupan' wang berkenaan.




Sekarang politik Umno di Negeri Sembilan ini masih lagi bergolak, berpolitik untuk kerusi MB sedikit sebanyak telah mengabaikan rakyat di N.Sembilan. Sekurang-kurangnya 5 kem politik Umno dalam N.Sembilan dengan calon masing-masing. Antara yang menonjol ialah Shaziman dan juga bekas MB N.Sembilan yang terkait rasuah politik iaitu Isa Samad. Sabotaj di sana-sini, rakyat susah tiada yang peduli.

Antara keterangan dari rakyat mengenai mengapa kempen ABU harus dijunjung di Negeri Sembilan;

Saudara Musliady wakil dari pengusaha restoran membangkitkan isu kenaikkan harga barang berasaskan makanan dan keperluan harian menyebabkan kesulitan untuk pihak pengusaha restoran meletakkan harga jualan.

Sdr Daud wakil Peneroka Felda Sendaya meluahkan rasa kecewa peneroka Felda yang menjadi mangsa penipuan Felda selama puluhan tahun. Selain itu, FELDA juga dikhuatiri terdedah kepada risiko rasuah dan ketirisan memandangkan pengerusi FELDA pernah terlibat dengan jenayah rasuah untuk kepentingan politik.

Wakil dari kelab motor United Shark, saudara Saiful pula mengetengahkan isu insfrastruktur untuk sukan permotoran di N.Sembilan yang begitu terhad, menyebabkan Negeri Sembilan begitu terkenal dengan aksi 'merempit di malam minggu'.
 
Semua wakil dari Negeri Sembilan termasuk wakil PEWARIS bersetuju untuk menyokong kempen Asalkan Bukan Umno dan akan turut hadir dalam program raksasa Rapat Rakyat ABU pada 15 Disember 2011.

ABU - Penyelesai Muktamad !

EDYES
Pengarah Propaganda SAMM
www.anakmudamalaysia.com

Kenyataan Umum
12 Disember 2011

9 Disember lepas satu sejarah telah berlaku di mana satu sidang media serentak di seluruh negara berlaku dengan menyuarakan satu maksud yang sama. Tanpa pimpinan 'besar', hanya rakyat biasa dari perbagai latar belakang seperti peniaga kecil, pelajar, pekerja kilang, aktivis masyarakat dan lain - lain tampil untuk bertemu media di seluruh negara dengan menyatakan iltizam bersama menggerakkan rakyat dengan semangat 'ABU' Asalkan Bukan Umno.

ABU bukan organisasi seperti NGO, jauh sekali sebagai parti politik. ABU ialah semangat yang mengikat rakyat dan satu gelombang kesedaran betapa Umno (United Malay National Organisation) merupakan pewaris penjajah yang menjadi punca kecelaruan dan perbagai masalah dalam negara ini.

Dari masalah perkauman melampau, ketegangan antara agama membawa ke masalah ekonomi, rasuah serta kelemahan pentadbiran sehingga pembaziran melampau yang mencipta kepayahan hidup sehinggalah kenaikan kos hidup (harga barang) secara mendadak dan melampau. Semuanya ialah kerana Umno yang dicipta penjajah mewarisi negara ini dan lebih - lebih lagi ia sudah terlalu lama berada ditampuk kuasa.

Siapa ABU ?
ABU ialah saya, saudara dan kita semua rakyat biasa yang bersetuju mengenepikan perbezaan dalam mencari kesamaan melawan kezaliman Umno sehingga tumbangnya Umno dari kekuasaan. ABU tidak dimonopoli oleh mana - mana parti politik atau organisasi. ABU milik rakyat yang sedar perlunya bangkit dengan berani dan dengan tegas menyatakan tidak kepada Umno. ABU ialah trend kebangkitan melawan penindasan. Semua rakyat, organisasi dijemput bersama dan ialah pemilik gerakan ABU. SAMM terlibat menggerakkan ABU atas kesedaran tetapi ABU bukan milik SAMM.

RAPAT RAKYAT
Gerakan kesedaran ini bergerak dengan perbagai pendekatan dari kempen umum, pengedaran risaalah, vcd. Penyampaian mesra media baru tanpa menolak secara konvensional seperti edaran bahan ke rumah - rumah dan pejabat - pejabat. Hinggalah ke kempen secara grafiti dan sabotaj. ABU juga bergerak secara anarkis dan organik. ABU berteraskan rakyat.

Gerakan ABU ini wujud sudah lama cuma sudah sebulan lebih SAMM cuba menggerakkan secara serius mengikut skala yang kami mampu dengan mengikat beberapa lagi organisasi termasuk parti politik dalam usaha serius menyedarkan rakyat mengenai ABU.

Satu program memperkenalkan ABU akan diadakan di peringkat kebangsaan dan negeri. Semua dijemput ke program memperkenalkan ABU peringkat kebangsaan seperti berikut :

Rapat Rakyat ABU
"bersatu ASALKAN BUKAN UMNO"
15 Disember 2011
8.30 malam
Dataran Sebelah KUIZM, Tmn Melewar, Gombak.

Program ini akan menampilkan kelainan dengan mengetengahkan pidato dari rakyat biasa yang mengenengahkan masalah sebenar rakyat, dari pemandu teksi,setinggan, pekerja kilang, suri rumah, pengamal rawatan alternatif, kerani, pegawai bank, cikgu, artis sehinggalah pimpinan parti politik.

Antara pimpinan politik yang telah mengesahkan kehadiran ialah YB Datuk Mahfuz Omar (PAS), Arulchelvam (PSM), Dr. Rohana (PRM) dan Haris Ibrahim (MCLM). Kemunculan khas kali pertama dalam pentas rakyat di semenanjung ialah Datuk Seri Yong Teck Lee (Presiden SAPP) yang akan membuat pengumuman khas bersangkutan ABU.

Majlis juga menjemput Hishamuddin Rais yang porpular dengan blognya Tukar Tiub, beliau didapati antara yang awal menggunakan perkataan ABU sehingga menjadi trend kepada khususnya anak muda.

Diharap semua rakyat yang bersetuju dengan ABU dapat sama membantu menghebahkan maklumat program juga hadir beramai - ramai dan kemudian menjadi agen penyampai maklumat ABU.

Asalkan bukan Umno, selamatkan Malaysia.

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

No comments: