Monday, August 1, 2011

MB Azizan Stabil, Tetapi Perlukan Rawatan Lebih Lama




KUALA LUMPUR, 1 Ogos: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Razak yang dimasukkan di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur untuk pemeriksaan jantung berada dalam keadaan stabil.

Bernama yang memetik kenyataan Setiausaha Akhbar beliau, Mohd Helmi Khalid sebagai berkata menteri besar itu yang menghidap penyakit darah tinggi dimasukkan ke IJN Jumaat lalu selepas mengadu sakit jantung.

"Doktor yang memeriksa beliau mendapati satu saluran ke jantungnya ada masalah (tersumbat) dan menasihatkan Menteri Besar tinggal lebih lama untuk dirawat, selain bagi menstabilkan tekanan darahnya.

"Kesihatan Menteri Besar dalam keadaan stabil sekarang, tetapi saya tidak tahu bila doktor akan membenarkan beliau keluar dari IJN," katanya.

Mohd Helmi berkata doktor juga tidak membenarkan Azizan menerima pelawat bagi mengelak gangguan terhadap proses rawatan dan membolehkan tekanan darah beliau kembali normal dengan lebih cepat.

Bagaimanapun, beliau berkata Sultan dan Sultanah Kedah serta beberapa anggota Exco kerajaan negeri itu sempat menziarahi Azizan di IJN hari ini.


EDYES Wrote:
Mohon agar MB Azizan cepat sembuh, rehatlah selama mungkin jika perlu dan bersedia untuk memberi laluan sekiranya sudah tidak mampu. Apabila rehat itu perlu, maka rehatlah...



1 comment:

leekonu said...

GERAKAN ANTI PKR
"MB KEDAH MASUK IJN."
21 Comments - Show Original Post Collapse comments

Anonymous Anonymous said...

jangan hantar dia pergi hospital kerajaan malaysia.

August 1, 2011 4:47 PM
Anonymous Anonymous said...

puak2 toktok pas sila berdoa dlm bulan yg mulia ni untuk beliau. jgn pandai maki hamun saja.

August 1, 2011 4:49 PM
Anonymous Anonymous said...

bila Najib masuk hospital operation lutut, macam-macam depa kata
http://warta365.blogspot.com/2011/08/kepala-lutut-najib-apco-cederahari-ni.html

August 1, 2011 4:55 PM
Anonymous Anonymous said...

Sure Mampoz omar doakan 'terbaik' utk dia jadi MB Kedah pasnie...hahahahahaha Zizan 'goal', dia lak jadi keeper pasnie...

pasmmgbodohpiang

August 1, 2011 4:58 PM
Anonymous Anonymous said...

bukan ke puak2 hijau karat ni dulu duduk jaja kata projek ijn yg tun dr mahathir ilhamkan ini membazir duit?

August 1, 2011 4:59 PM
Anonymous Anonymous said...

setiausaha politik MB selangor, Faekah dan ahli parlimen pembangkang sokong group promosi murtad di Malaysia. haramjadah!
http://notakanan.blogspot.com/2011/08/group-mempormosi-murtad-di-malaysia.html

August 1, 2011 5:04 PM