Friday, August 20, 2010

Entri Sekuel - Status Sebenar Ustaz Kazim

Salam semua,

Entri sebelum ini yang saya sangkakan suam-sejuk, kini dah jadi sangat panas bila didedahkan siapa sebenarnya Ustaz Kazim Alias. Tak kenal maka tak cinta, dah kenal baru tahu siapa al-buaya. Sila ke entri sebelumnya di sini.

Bila difikirkan kembali, memang ustaz Kazim lebih banyak berlawak dalam ceramahnya dan saya beranggapan itu adalah satu pendekatan saikologi supaya audience boleh dengar, ingat (dan melaksanakan ibadah) dengan lebih mudah. Ia pasti menarik minat dan juga perhatian kepada sesiapa yg mendengarnya.

Selingan dalam ceramah agama asalkan tidak melampau, pasti boleh diterima. tetapi jika sebaliknya, adalah lebih baik aduan dilakukan kepada badan yang bertanggungjawab.

Berkenaan maklumat yang didedahkan oleh abang saya di blogosfera ManjungMari, Ustaz Kazim adalah adik kepada Kapten (B) Najmudin Alhafiz ADUN Batu Kurau merangkap penasihat agama MB Zambri, manakala ada seorang lagi adik kepada Ustaz Kazim adalah SU UMNO bahagian Larut. Pada saya, ia sedikit sebanyak menggambarkan begitu pekatnya darah UMNO yang terkandung dalam jasadnya, tetapi samada terkandung pada rohaninya tidaklah diketahui.

Marilah kita mengambil sedikit contoh yang wujud dalam Parlimen negara kita sendiri, di mana seorang abang menjadi ahli parlimen di pihak pemerintah zalim, manakala si adiknya pula juga ahli parlimen tetapi tegak beristiqomah berjuang di atas jalan Allah.

Justeru, saya ingin bersikap tidak prejudis dan berdoa kepada Allah supaya ustaz Kazim atau siapa sahaja pendakwah / penceramah agama mengiktiraf PAS sebagai wadah yang paling berkesan untuk melaksanakan sebuah negara Islam seperti yang dituntut.

Sesungguhnya, adalah satu kerugian bagi mereka yang punya ilmu agama yang tinggi tetapi menyalahgunakannya untuk kepentingan peribadi, apatah lagi bersekongkol dengan pemerintah yang zalim.

34 comments:

Anonymous said...

Salam,

Slh satu yg disebut dlm ceramahnya supaya org tidak tunjuk perasaan kepada pemimpin yg zalim n jahat...hy perlu tuntut pada Allah di mahkamah akhirat kepada pemimpin tersebut...tolong bincang sikit statement dia ni sesiapa yg arif.

Anonymous said...

Askm, saya kenal Ustaz Kazim sejak dia baru balik belajar, ceramah pertama dia adalah di Bidor. Masa tu dia muda lagi. Ibu dia adalah AJK Wanita Bahagian yang paling lama di Tanjung Malim, juga guru tajwid Kemas.

Ibu beliau dipecat dari UMNO Tg Malim kerana didapati ada di pentas PAS dimana anak beliau Ustaz Kazim berceramah di Besout, Sungkai.

Sekarang dia ada buka pondok dengan abang beliau Kapten (B) Najmuddin Alhafiz di Kg. Manjoi untuk golongan tuan/dewasa. Semasa saya singgah di rumahnya di Manjoi, beliau ada kereta Accord Baru, Mercedes dan lagi satu kereta yang beliau gunakan saya tak tahu jenamanya.

Beliau sekarang aktif berceramah bagi pihak UMNO. Mungkin kerana incomenya lebih dari PAS.

Wallahualam

Al-Azmy

Anonymous said...

kazim ni pernah isi mengaku jadik ahli seumur hidup pas, mesra ngan pas masa jadi kerajaan kejap , pastu bila mamak zambry rampas kuasa, dia terus buat u-turn.

xpala..kita amiklah yg baik dari dia, macam ulama muda yg masuk umno tu la..

geng song choon.

Manjungmari said...

Salam sejahtera..

Alhamdulilah, apa yang saya tulis sebelum ini mengenai si Kazim, rupa-rupanya banyak lagi yang terbongkar yang mana saya sendiri pun tak tahu,,
Bagi pendapat saya, kalau kita nak menuntut ilmu agama, carilah guru yang mengikut sunnah Rasullalu, bukan setakat cakap dalam ceramahnya, tetapi perbuatan dan sikapnya terhadap perjuangan kearah Islam,
Keikhlasan guru tu yang penting, keikhlasan kerana Allah bukan kerana parti memerintah,bukan kerana periuk nasi..., barulah Ilmu yang kita pelajari dapat berakah..
dan dapat diamalkan...

Rujuklah dalam kitab Ehya Ulumuddin dalam bab menuntut Ilmu, banyak huraiannya antara murid dgn guru...

zanariah osman said...

assalamualaikum,
saya juga baru dengar ceramah kisah rampasan kuasa,benar2 mengelirukan,sebab dalam quraan kata taatlah Allah dan rasul dan pemimpin dari kalangan kamu(sama2 beriman,adil etc).bila saya dengar ceramah ustaz kazim saya telan bulat2,bila suami balik saya cerita kat dia,dia terangkan kat saya,yang kes rampasan kuasa kat perak melibatkan bangsa aja bukan agama,dan caranya pun tak nak buat undi tak percaya yg menyebabkan org marah.lainlah kalau 2 puak yg sama2 taat Allah dan rasul mcm perang antara Ali dan Muawiyyah dulu.Lagipun bila politik mula di pisahkan dari pengajian, memang kelirulah.rasanya memang best dengar ustaz Ismail Kamus,ustaz Azhar Idrus .Politik jadi selitan utk kehidupan yang lebih bermakna. Semoga Allah mengampunkan dosa2 kita ni sekiranya ianya dosa.,cuma memang topik ini memerlukan discussion supaya org seperti saya tidak keliruz

Anonymous said...

Salam,

Alhmadulillah Allah mengatur semua, Allah membongkar segala yg tidak ikhlas dikalangn org yg memperjuang islam..menjadikan islam sebagai sumber periuk nasi.tambah teruk org sebegini mengeliruka dan menyesatkan dengan menggunakan title ustaz,ulama,mufti.

nuri angkasa said...

Askm, sepupu beliau bekerja dng sy dan kaum keluarganya memeng umno tapi tengok dlm fb dia ada Tok Guru Nik Aziz

mr edz said...

selalu di tekaknkan oleh beliau.. mana mana parti pu (umno atau Pas) yang panggil, beliau akan pergi.. selalu beliau tekankan beliau sebagai penceramah bebas dan bukannya penceramah politik

Yanaam said...

Salam,

Aku selalu dengar kuliyah Ust Kazim melalui VCD saja.

Katanya, dia pernah join PAS. Tapi satu ketika dia sakit, agak lama. Lepas tu dia dah tak aktif politik lagi. Dia tak mahu aktif politik.

Katanya lagi, cukuplah abang dia saja yang aktif politik. Buruk macam mana pun abang dia, dia tak boleh putus sedara dengan abangnya. Dia tetap abang, Sedarah, sedaging. (Abang UMNO tak semestinya adik juga UMNO)

Bagi aku, tak ada salahnya dia memenuhi jemputan UMNO untuk majlis tazkirah. Memang UMNO suka perguna ustaz2 berpengaruh untuk menunjukkan seolah2 ustaz2 ni pro UMNO. Macam juga ustaz Shamsuri P.Pinang. Aku yakin ustaz2 ni berkecuali.

Kalau orang kafir jemput ustaz bagi tazkirah, pergi je la. Jangan lepas peluang. Begitu juga kalau orang fasiq dan munafiq jemput (mcm UMNO). Bukan semua hadirin dalam tu fasiq dan munafiq macam tuan rumah nya.

Memang ada kadang2 ulasan dia yang aku tak berapa setuju dan tak berkenan, tapi ustaz2 PAS pun kadang2 tu serupa juga.

Dia pakai merce ke, itu dia punya pasal. Dia ada perniagaan. Allah murahkan rezeki dia. Orang PAS pun yg meniaga ramai juga selalu tukar2 kereta mewah.

Bagi aku, aku suka dengar ceramah dia sama macam aku suka kuliyah ust. Shamsuri Ahmad. Sesekali Kazim sinis kat PAS, sesekali dia bantai UMNO macam kes hilang enjin pesawat.

Sesetengah penceramah PAS, kadang2 memang patut kena pun.

Anonymous said...

apa sumbangan hang pada Islam? sedang hang sendiri x sudah2 mengkritik orang lain..

andai ini berunsur fakta yang tidak benar dan was-was.. tanggunglah dosa fitnah ini kelak..

salah satu pandangan jumud dan sempit orag Melayu Islam ialah orang Islam x boleh guna kereta mewah2, rumah besar2, sebab tue r tngok org melayu islam lain agak mewah org melayu dh mula dengki dan sakit hati.

Anonymous said...

just because of his political affiliations korang nak bising2..inilah org Islam kat Malaysia, mudah sgt get divided by PAS/ UMNO..For me, ape yg die cakap byk betul..Ingatla Allah judge us by our righteousness and Taqwa.. takkan kerana itu die dikire x betul..bukela minda kite, amik c0ntoh from Muslims in other countries yg very open to people,tgk link ni http://www.dailymotion.com/video/xxckl_muslims-in-usa_fun#from=embed.. and see how these people spread the taeching of Islam through their open-minded thinking..dari nyebok hal politik ni!!!

Anonymous said...

sape yg duk ngumpat ustaz Kazim ni ingatla, ade surah untuk pengumpat dalam Quran, Al-Humazah...

Anonymous said...

Salam.
Aku dah ikut ceramah ust kazim dah lama. dia penceramah bebas. mana yg betul dia sokong, yg salah dia kata salah. kalau kita dgr ceramah dia selalu kita akan nampak dia bantai both UMNO & PAS. PAS bkn semua betul, begitu juga UMNO. dia ceramah berlandaskan kitab... kalau dia guna kereta besar, rumah besar apa salahnya? dia ada bisnes. asalkan halal, semua tu xsalah.
kita bebas berpendapat, hanya allah tahu yg mana benar, yg mana salah

Anak Perelih said...

kebanyakan ceramah dia banyak yang kena batang hidung pemimpin UMNO secara tak langsung walaupun yg diberikan tu tak ada kena mengena dengan politik...

mereka yang dari keluarga sokong UMNO banyak tahu pasai keburukan pemimpin UMNO... banyak rahsia dalaman parti yang depa tahu...

Anonymous said...

sekurang-kurangnya ustaz kazim punya ilmu lebih dari kita..jadi apa salahnya dia kongsikan ilmu dengan kita..dlm kubor nanti takde malaikat yang tanya "ko parti mane?
"..biarla Ustaz Kazim saling mengingati kita semua..

Anonymous said...

mengata je keje nya..tak takot azab Allah ke?Ustaz Kazim tu ada pinjam mulut korang ke kalau dia nak ceramah..Insafla sikit woi..

Anonymous said...

bukan mengata ustaz kazim,tp menceritakan ttg kejahatan ulama yg bermuka-muka ni..jadi ulama dan diam pon dah dikira syaitan bisu,apatah ag dosa ulama yg menyokong kebatilan,kezaliman n maksiat pemerintah..


IPOH MALI

Anonymous said...

Cuba la portal ni digunakan untuk memberi ilmu daripada nak bangkitkan pergaduhan & perasaan benci membenci sesama Muslim sendiri. Sedihnya.... Yang untung si Kafir. Inikah perjuangan anda di PORTAL ini?

Anonymous said...

Portal ini hanya membangkitkan sikap bermusuhan sesama Islam, mengaku diri lebih Islam drp yg lain. Saya sungguh kesal dengan sikap yg ditunjukkan. Dalam pada kita patut bersatu dan ingat mengigati sesama Islam, ada pula yg gemar memecahbelahkan sesama Islam dan memberi ruang kepada KAFIR untuk lebih mudah memperlekehkan umat Islam.

Sapu Buruk said...

Assalamualaikum..
Saya salah seorang penyokong ustaz kazim elias..dan beliau merupakan salah seorang penceramah yang saya kagumi..
Cuma,,pendapat saya yg miskin ini..ustaz ini terlalu menumpukan kecenderungan beliau terhadap melayu..adalah lebih afdal jika beliau tidak memelayukan islam..mungkin ramai umat tk kira parti akan sokong beliau..bersikap la natural..tembaklah sapa saja yang tidak kena dimata islam..
Bukan apa..apa pandangan saudara sekelian jika didalam ceramah atau pun pendengar2 CD beliau itu terdapat golongan bukan melayu??
Cina islam..India islam...atau pun sesiapa sahaja saudara baru yang baru masuk islam..
apa agaknya pemikiran mereka jika didalam ceramah islam hanya menyorak supaya melayu bersatu demi islam??
apakah mereka bukan melayu itu tk layak utk diiktiraf BERSATU DEMI ISLAM??

Wallahu alam..sekadar pandangan..nampaknya tertimbus lagi 1 permata didalam islam..hanya lah kerana peranan beliau sendiri yang sedikit tersasar utk islam..bak kata sahabat muallaf saya "melayu hanya untuk melayu..tetapi islam untuk semua"

Anonymous said...

hanya krn tegur pas korang dah label mcm2. Sbg seorg muslim...korang tahu apakah hukumnya anda memfitnah mengumpat...blogger kena btgjwb krn myediakan ruang utk tujuan mcari silap org hy krn tidak koin PAS. Klu dia PAs apa pun dia kt wlu pun slh korang stuju. Alangkan mulianya blogger klu ruang ni digunakan untuk mnambh ilmu ummah.

Anonymous said...

Ya Allah ya Tuhanku...Ampunilah dosa-dosaku kerana telah melawat blog ini...ya,Allah ya tuhanku...jauhkanlah diriku dari fitnah dan umpatan keji...

Anonymous said...

ish..kamu semua xrasa takut ka?dok kata kat Ustaz Kazim...hampa semua ni igt klu masuk PAS boleh masuk syurga ka?klu ilmu Tauhid,Feqah dan Tasawwuf pun xdalami sgt...kitab mana yang hampa tau nahurai,kitab mana yg hmpa tau nak ajaq pd org lain...cubalah berfikiran terbuka...UMNO xsalah tp perjuangan mereka salah...dakwah mereka kearah Islam...ISLAM yg penting..bukan parti POLITIK...

yangbaik2 sahaja said...

jadilah blogger yg baik...sila lawati http://www.yangbaiksahaja.blogspot.com/ jgn buang masa dlm umpatan dan keji

L said...

ish4.. tuan belog... huhu udah2la tue... buat malu orang islam ja eh wat2 gini oooi.... sedih betol eh .. pas umno pas umno... awak ni pejuang pas ka islam? jgnla tggi sentimen politik niih... kita dok rasa orang membunuh tue teruk. tp kita xsedar... dosa menfitnah tu teruk dari mmbunuh...kalu org cite buruk pasal anda yg belum tentu betol , apakah perasaan anda harap orang ISLAM dlm pas ker umno ker paham la kannn.... bertaubatlahhh... ditujukan khas kpd tuan belog...

Roslini Bt Rosli said...

SEMUA YANG KORANG DUK TAIP2 TUH, ANGGAP MACAM KORANG TUNDING JARI KAT MUKA SENDIRI. DOALAH BANYAK2 AGAR ALLAH AMPUNKAN DOSA KORANG YG DUK SIBUK BURUKKAN PASAL ORANG YANG LANGSUNG TAK KATA APA2 KAT KORANG. USTAZ KENAL KORANG PUN TAK, YG KORANG DUK SIBUK2 NGUMPAT PASAL DIA BUAT MENDE NYA?? BUANG MASA. SALAM ;))

Anonymous said...

Udah2 la tu.. Tuan blog.. Jadi muslim sejati.. Di akhirat Allah tidak akan tanya pas atau umno.. Blog camni la yang sebenarnya menghancurkan islam dan pas itu sendiri. Waallahualam

Anonymous said...

Salam.. Buat renungan kte bersama.. Ana harap supaya kita tidak menilai org dari sudut politik.. Apa yg benar kte ambil baik..yg buruk kte buang.. Xsemua org maksum..hanya rusulullah shj yg msksum.. Xkira pas atau umno, semua ada baik dan buruk.. Ana da ikuti ramai penceramah, ustaz2 & alim ulama'.. Semua mereka ada hujah masing2 berdasarkan Alquran & assunnah.. Dan Ustaz Kazim bg ana sangat amanah dengan ilmu beliau.. Beliau mengkritik secara nas..sama seperti Ustaz Azhar Idrus.. Jadi kte yg ilmu cetek..xhafal quran malah x hafal hadith2 nabi SAW..maka lebih baik berdiam diri dari mencela mereka..kerana jika ilmu mereka tidak benar maka kte serahkn haq mereka kpd Allah..

Unknown said...

Asalamualaikum....maaf saya mencelah..ada x beliau kutuk MCA bila hina Hukum Hudud? kalau nak tegur biarlah adil dan saksama. Beliau buat gitu sebab adalah untuk tujuan tertentu. nak tau tanya dia.hahahaha..hanya AL BARAKAH sahaja.

Anonymous said...

ini semua macam butuh kalau korang kaitkan semuani dgn politik, tok guru nyanyuk korang tu terang2 memang seorang politician. puih! jaja islam kat kafir harbi. dulu ludah meludah! sekarang sebab gila kuasa boleh pergi potong kek pulak kat rumah kafir harbi tu sebab birthday.

Anonymous said...

Ustaz kazim.mrupakn al hafiz dn mpunyai latar belakang didikan agama yg sempurna.beliau bukan baru blajar agama ms umur 25 tahun tp sejak kecil.ceramahnya bdasarkn kitab bukan mrapu semata.kata2 lebih sopan bbanding tgna dan uai dn selalu mminta maaf jika tsalah kata.knapa org begini yg dihentam padahal niatnya ikhlas utk bkongsi ilmu.n satu lg...xperlu nk labelkn org islam tu islam mcamana.mmg pnyakit bila mgolongkn sesuatu kaum dn mrasakn diri hebat dr yg lain2

ustaz al-rumi said...

dlm kes al-ustaz Kazim ni saya sekeluarga dn ramai lagi orang2 Melayu Islam yg wasatiah pegangan tidak terlalu taksub dan jumud seperti setengah org kita yg sering menganggap mereka je yg betul...sebenonya kami tetap mempetahankan kedudukan Ustaz kazim dan siapa je penceramah atau pendakwah sepertinya...ikutlah macam yang ada terkandung dlm hadis...' takutlah kamu akan Allah, bersembahyanglah lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadan, berilah zakat dan akhirnya taatlah kamu akan PEMERINTAH (ulul-amri) maka barulah kamu boleh masuk ke SYURGA!'...Syukurlah mudah-mudahan kami ditempatkan ke dlm golongan ahli syurga...Amin!
hadis riwayat al- hakim

ustaz suparman said...

'pas tak mungkin dpt laksanakan hukum hudud di ngara ini kerana bakal ditentang hebat Dap ...kalu pas menang semua kerusi yg ditandingi dlm p.raya ini, pas tak bleh laksana hukum hudud pas kerana mereka akhirnya berbalah sesama sendiri...itu sebabnya isu hudud pas tak ada makna kalu dibahas sekali pun hanya jdi mainan dlm p.raya'...demikian petikan ucapan dr.mohd asri bekas mufti perlis!

matthew clark said...

Saya suka artikel ini . Ia agak berharga dan salah bermaklumat. Terima kasih kerana berkongsi. Saya akan mengesyorkan anda untuk juga melawat http://smstudy.com/ untuk beberapa maklumat yang relevan.