Friday, May 28, 2010

Majlis Kerajaan Tempatan Boleh Halang Judi Sukan!!


Selangor dan P.Pinang telah mula mengorak langkah. Bermula di Petaling Jaya, pihak PBT boleh menghalang perniagaan judi sukan daripada menjadi jualan di premis judi ekor masing-masing.

Premis perjudian seperti Sports Toto menyenaraikan loteri sebagai item perniagaan mereka, justeru, pertaruhan sukan bukan dalam senarai itu. Untuk menyenaraikan pertaruhan sukan sebagai antara item perniagaan, pengendali perlu membuat permohonan kepada majlis tempatan dan sudah tentu kuasa menolak permohonan tersebut ada pada majlis tempatan.

Jika semua negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat mengamalkan dasar menolak judi sukan melalui PBTnya, sudah pasti kita dapat mengekang separuh dari semenanjung Malaysia dari terjebak dalam judi sukan yang merosakkan kesihatan mental dan mencemar semangat kesukanan.

Pastikan majlis tempatan di serata daerah mengikut jejak langkah P.Jaya, Ampang Jaya dan Selayang untuk bertegas tidak meluluskan perniagaan judi sukan, tambahan daripada perniagaan asal iaitu judi berbentuk loteri.

Syabas dan tahniah juga dirakamkan untuk Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerana hari ini mengumumkan pengharaman menyeluruh pertaruhan sukan, menjadikan ia negeri pertama Pakatan rakyat yang berbuat demikian.

Harap semua Menteri Besar, berbesar hati untuk mengikut jejak Ketua Menteri P.Pinang terutamanya MB yang beragama Islam - agama yang menolak judi sepenuhnya !

1 comment:

Unknown said...

hehehe mau tunggu apa ustaz azizan mau cakap. takkan dia tak malu dgn lim guan eng kot?